Originally posted by iDputera at 7-4-2009 09:40
enak jambu bila dimakan
diulam bersama buah rambutan
apa topik yg anda semua ceritakan
sampai kasih, cinta & madu jadi sebutan
-------------------------------------
rose datang ku jamu m ...
hari sukan banyak acara
ramai yg menang yg kalah pun ada juga
bukannya tak boleh anda berbicara
cuma 'curious' nak tahu juga
hari sukan banyak acara
ramai yg menang yg kalah pun ada juga
bukannya tak boleh anda berbicara
cuma 'curious' nak tahu juga...
----------------------------------------------
kudrat tiada berusia lanjut
mengidam dara buah kuini
kalau nak tahu lebih lanjut
rajin2 ler singgah kesini......
dindaku ini masak laksa
tidak juga lupa roti jala
kalau sudah berjanji tetapkan masa
dipulau tioman terungkai segala.......
`sesekali ok juga......
:flower::flower:------------------------------------------:flower::flower: menunggu bulan jatuh ke riba sambil makan biskut 4segi masa yg sesuai blom tiba nak booking tiket pun awal lagi
menunggu bulan jatuh ke riba
sambil makan biskut 4segi
masa yg sesuai blom tiba
nak booking tiket pun awal lagi
`BERapa lama sekali?
----------------------------------------------
menangkap ikan di tg dawai
kena hujan semua basah
kita tunggu masa yang sesuai
melekat terus tak mahu berpisah......
bunga ros banyak duri
mana nak sama bunga melati
bukan tak mahu singgah kemari
kang terjebak merebut kasanova sorang ni...
---------------------------------------------------
manis rasanya buah rambutan
dijual pak tani di dalam pekan
biarlah kasanova menjadi rebutan
tetapi dinda2 juga menjadi pujaan.......
sarapan pagi makan ikan,
makan bersama anak cik suria,
selamat pagi saya ucapkan,
semoga hari ini penuh ceria..
-----------------------------------------
menghilang dia entah kemana
bertimbun kerja diatas meja
selamat pagi juga disana
ceriakan hati sambil berkerja.......
Originally posted by reasweet at 8-4-2009 07:42
sarapan pagi makan ikan,
makan bersama anak cik suria,
selamat pagi saya ucapkan,
semoga hari ini penuh ceria,
jalan2 terjumpa Acappan
sedang membawa baldi dan raga
terima kasih atas ucapan
saya pun ucap selamat pagi juga
Originally posted by ctaz at 8-4-2009 09:42
dua tiga buah gerabak keratapi
mana nak sama lrt sebuah
hasrat dihati nak lepak lama kat cari
tak sangka plak byk keje dtg menyinggah
pagi2 jalan raya kesesakan
penuh dengan pelbagai kereta
apa yang perlu kita kesalkan
dah itu punca rezeki kita
Originally posted by iDputera at 7-4-2009 09:36 AM
bunga tanjung bunga hutan
merbah tewas terkena panah
walau kasih seluas lautan
hati berubah segala pun musnah……
`xrela.......
indah terukir puisi dan madah
luahan hati nan tersurat
hati berubah usah digundah
patrikan kasihmu tanpa bersyarat...............
Originally posted by kasturina at 8-4-2009 12:37 PM
rajuk dihati pujuk sendiri
kekasih hati tak ambil peduli
apa gerangan yang telah terjadi
rindu terasa berpantun disini
indah wajahnya pandang tak jemu
jd pujaan jelmaan sang ratu
kalo rindu dtg lah bertamu
moga terubat hati nan satu...............