CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 31-10-2005 07:16 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 31-10-2005 12:49 AM
waaa... aku lupa nak tgk ep 1


:love:Aku tak pernah tgk drama hospital yg wat aku nangis dan suspen..mmg besh tahap gaban citer ni dari epi 1..alamak next week tak dapat tgk ler kat kg tak de tv uwaaaa:cry:...dah ade jual ker kat S&M citer ni?..baper yerk??..nak beli lah...:hmm:pelakon extra dlm citer ni ramai yg kenal...aku suke tunang si Nanako si Ken n cikgu sekolah tu n jururawat garang (pelakon2 drama Shomuni)..pastu pakcik yg tak berumah tu berlakon jadi bapak Naoki dlm Itazura Na Kiss...mmg besh2 pelakon dia...yg jadi ahli parlimen tu pun Hana minat coz smart aje...:love:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2005 07:19 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 25-10-2005 09:12 PM
Nandodemo ~ Dreams Come True
http://www.megaupload.com/?d=WBJLK2DW


:cak:Emiko lepas raya leh tak upload balik lagu ni adehhh dah epired lah...onegaishimasu..:pray:

   Pesta cahaya pesta kegembiraan
    Hari raya penuh bahagia
    Dalam bergembira menyambut perayaan
    Ingatilah juga mereka yang tiada

    Tangan dihulur memohon kemaafan
    Hati bahagia penuh mesra
    Dalam gembira pulang ke kampung halaman
    Berhati-hatilah juga di jalan raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR AJE WAKAKA:lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 08:00 AM | Show all posts
Originally posted by Hana_Hirokawa at 31-10-2005 07:19 AM


:cak:Emiko lepas raya leh tak upload balik lagu ni adehhh dah epired lah...onegaishimasu..:pray:

   Pesta cahaya pesta kegembiraan
    Hari raya penuh bahagia
    Dalam be ...

Emiko can..takperlah, hana dah leh download dah hehe ari tu server kong rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 11:42 AM | Show all posts
em.. drama nie ok lah.. story mengenai wad kecemasan..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2005 03:00 PM | Show all posts
kepada semua....


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2005 12:03 PM | Show all posts
thanks eyka .... same goes to you ....

satu je yg aku rasa lain macam ... lepas gempa bumi tu kan ... tak de bunyi siren pun ... senyap sunyi je .... biasanye kalau crite mat salleh mesti bising bunyi siren ambulan, bomba n polis.....
kad luar wad kecemasan tu pun tak de org pun ....
pastu politician ngan pembantu dia pun jalan berlengang lenggok je, sambil borak2 lagi  ... tak jalan laju2 pun nak balik rumah ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-11-2005 12:51 PM | Show all posts

Emergency Room 24 Hours 3 Episode 1 (29 October 2005)

"Bulan Ogos, kerajaan meramalkan dalam masa 30 tahun, ada 70% kemungkinan berlakunya gempa bumi pada magnitud 7. Drama ini mengisahkan bencana alam yg berlaku dan bantuan kecemasan yg diberikan."

di Perancis, Dr. Issei Shindo (Yousuke Eguchi) baru balik dari Afrika Barat dan menjalani pemeriksaan kesihatan di ibu pejabat MAHI (Medicine Aid Humanitarian International)...sementara tu di ER Hospital Besar Toto, Tokyo, Dr. Kaede Kojima (Nanako Matsushima) sedang menerima panggilan kecemasan...budak yg baru dimasukkan tu namanya Kimura Shougo dan dah tiga kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit asma...Dr. Kojima dan yg lain2 berjaya stabilkan Shougo...Dr. Shindo pulak akhirnya tiba di Tokyo dari Perancis...

29 jam sebelum gempa bumi...

kat hospital, ketua jabatan ER Dr. Harumasa Kuroki (Teruyuki Kagawa) sedang kejutkan Dr. Kojima dari tidur...Dr. Kuroki suruh dia berehat lebih sebab dah tak tidur semalaman tapi Dr. Kojima cakap dia tak apa2...Dr. Hibiya pulak tengah periksa sorang budak perempuan yg cuba bunuh diri...Dr. Hibiya cakap pesakit macam ni akan selalu datang balik...doktor pelatih Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) cakap Dr. Hibiya tu memang dingin...Sakura cakap gadis tu memang comel, tapi Dr. Kouno cakap dia tak maksudkan apa2...Sakura cakap dia cuma bergurau...

Dr. Kojima tengah periksa Shougo...masa tu mak ayah Shougo pun ada sama...ayah Shougo cakap diorang dah buat macam2 tapi Shougo masih dimasukkan ke hospital...bila mak Shougo tanya apa lagi yg diorang boleh buat, Dr. Kuroki cakap mungkin kena tukar persekitaran...bila balik ke bilik staf, Dr. Kojima cakap kat Dr. Kuroki yg penyakit asma pun boleh dirawat di Tokyo...kalau ayah Shougo pindah ke luar bandar, terpaksa pulak berhenti kerja...Dr. Kojima cakap kalau tukar persekitaran, mungkin susah bagi ayah Shougo...Dr. Hibiya cakap kalau demi perempuan, dia pun sanggup letak jawatan...Dr. Kuroki cakap dia pun mungkin letak jawatan kalau keluarga minta...lagipun tugas merawat pesakit tak semestinya kat ER, kalau buka klinik kat luar bandar pun boleh juga...

Dr. Kojima teringatkan perbualan dia dengan boyfriend dia, Hiroki (Ken Ishiguro)...Hiroki dah 2 bulan tunggu jawapan dari Dr. Kojima...Dr. Kojima cakap dia memang nak kawin dengan Hiroki...Hiroki tanya boleh ke Dr. Kojima tunggu kalau dia dah ke Seattle nanti...Hiroki cakap kalau nak kawin, kenalah pergi bersama...Dr. Kojima cakap dengan Bahasa Inggeris yg teruk, mesti susah dia nak dapat kerja kat ER sana...Hiroki suruh Dr. Kojima berhenti je jadi doktor ER, lagipun kerja tu susah dan Dr. Kojima pun mesti nak anak...sorang nurse kat situ yg jadi kawan rapat Dr. Kojima tegur dia sebab masih ragu2 dengan Hiroki...dia cakap jarang ada doktor perempuan berusia 30 tahun masih kerja di ER...mak Shougo pulak tanya ayah Shougo sama ada terdapat cawangan syarikat kat luar bandar...ayah Shougo cakap dia tak perlu runsing kalau ada...masa tu Shougo yg belum tidur dan terdengar perbualan mak ayah dia...

kat dalam teksi, Dr. Shindo teringatkan rakan seperjuangan dia kat Afrika dulu, Dr. Yamamuro...Dr. Yamamuro pernah beritahu dia yg sorang doktor perlu bergantung pada diri sendiri...banyak lagi mangsa yg perlu diselamatkan dalam dunia ni...Dr. Shindo perhatikan keadaan masyarakat Tokyo yg nampak mewah dan selesa berbanding dengan keadaan masyarakat di Afrika...

24 jam sebelum gempa bumi...

sorang pesakit lain dimasukkan ke ER selepas terjatuh kerana mabuk...orang yg tolong masukkan dia tu iaitu Kitamura tak tau pun nama dia sebab diorang baru kenal...masa buat pembedahan kecemasan, banyak lagi yg Dr. Kouno tak tahu...bila tiba saat genting, Dr. Kojima berjaya selesaikan masalah...kawan Dr. Kojima tu cakap memang sayang kalau Dr. Kojima letak jawatan...

masa jaga pesakit yg baru tu, Kitamura galak bercerita pasal tempat yg diorang berkenalan tu...chief nurse datang suruh Hazuki (Megumi) betulkan report dia untuk kali kedua...Sakura cakap chief nurse buat macam tu untuk kebaikan Hazuki...Hazuki marah Sakura suka2 hati je panggil nama dia...lepas tu chief nurse suruh Kitamura balik rumah, tapi Kitamura cakap dia takde tempat nak pergi...rupa2nya Kitamura tu homeless...

ahli politik Hayato Teraizumi (Toru Nakamura) pulak tengah bercakap kat telefon dan nampak macam tak senang hati...dia dah disuruh oleh mentor dia buat sesuatu yg dia tak nak...bila Teraizumi balik rumah, anak perempuan dia Chihiro tunjukkan kertas ujian pada ayah dia...Teraizumi puji anak dia dapat markah 100%, tapi dia bersikap dingin dengan isteri dia...isteri dia cakap kalau dah balik awal, bolehlah tiga orang makan bersama, tapi Teraizumi cakap dia ada kerja dan lagipun, dia dah makan...isteri dia dan Chihiro nampak sedih...

kat hospital, Dr. Kojima periksa Shougo lagi...Shougo cakap dia tak nak datang lagi...Shougo cakap dia akan rajin makan ubat dan akan beritahu mak kalau tak sihat...Shougo nak pulihkan penyakit dia dan tak nak ayah letak jawatan...ayah dia dah banyak berusaha dan rajin belajar demi kerja...Shougo paling sukakan ayah dia...Dr. Kojima janji akan maklumkan ayah Shougo...masa tu, Dr. Kouno sedang bercakap dengan Kokubo (Mao Inoue), budak perempuan yg cuba bunuh diri tu...dia tanya kenapa Kokubo nak bunuh diri sedangkan dia baru berusia 18 tahun...Kokubo cakap hidup pun dah takde makna...Dr. Kouno cakap kalau Kokubo mati, mak dia mesti sedih...belum sempat Dr. Kouno habiskan kata2 dia, Dr. Kuroki dah tarik dia...Dr. Kuroki cakap diorang pun tak tahu apa yg dah menimpa Kokubo, jadi diorang tak boleh terlalu sibuk...Dr. Kuroki suruh Dr. Kouno balik sebab dia dah kerja 3 hari berturut2...

kat bilik staf, Dr. Kuroki beritahu Dr. Kojima dia tak faham budak2 sekarang yg tahu pulak nak bunuh diri...kalau anak perempuan dia pun macam tu, tak tahulah nak buat macam mana...Dr. Kuroki cakap dah lama tak bersembang dengan anak dia, apa anak dia tengah fikir pun tak tahu...Dr. Kojima tanya betul ke Dr. Kuroki akan letak jawatan kalau keluarga minta...Dr. Kuroki pelik sebab Dr. Kojima sangat pedulikan hal ni...Dr. Kojima beritahu dia pasal Hiroki...Dr. Kuroki cakap kalau Dr. Kojima nak menemani dia, kenalah menghargainya...mempunyai keluarga bahagia tak boleh dibandingkan dengan apa pun...tapi bagi ketua jabatan, mestilah dia nak menghalang peemergian doktor cemerlang...

kat rumah Dr. Kouno, mak dia membebel sebab Dr. Kouno tak telefon bila nak balik...masa tengah makan, Dr. Kouno nampak kuku adik lelaki dia Kazuya (Shun Oguri) yg diwarnakan...Dr. Kouno cakap macam mana nak jadi doktor kalau macam ni...mak dia beritahu yg Kazuya ponteng kuliah lagi hari tu...Dr. Kouno cakap kalau tak nak jadi doktor, kenapa nak masuk Universiti Perubatan...Kazuya jadi bosan dengar leteran abang dia dan dah takde selera nak makan...ayah Dr. Kouno tegur dia sebab terlalu mengkritik Kazuya...Dr. Kouno cakap dia nak jadi doktor di hospital dan tak nak mewarisi klinik ayah dia...

Dr. Kojima ajak Hiroki keluar...Dr. Kojima dah setuju dengan lamaran Hiroki, dan dia pun nak dapatkan lesen doktor pediatrik di Seattle...Hiroki cakap tak sia2 dia menunggu 2 bulan, lepas tu dia serahkan cincin pada Dr. Kojima...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 12:54 PM | Show all posts

sambungan Episode 1...

6 jam sebelum gempa bumi...

esoknya masa seminar rawatan kecemasan, kawan Dr. Kojima ucapkan tahniah pada dia...kawan Dr. Kojima tanya kenapa dia masih nak hadiri seminar tu sedangkan dia dah nak letak jawatan...Dr. Kojima cakap sebab boleh dijadikan rujukan...sementara tu kat luar dewan seminar, Dr. Shindo tengah tunggu isteri Dr. Yamamuro...Dr. Shindo nak serahkan beg perubatan yg pernah digunakan oleh Dr. Yamamuro dulu...Dr. Shindo minta maaf sebab tak sempat hadiri pengebumian Dr. Yamamuro...Dr. Shindo tunjukkan gambar2 Dr. Yamamuro semasa di Afrika pada isteri dia...Dr. Shindo cakap Dr. Yamamuro sorang doktor yg handal tapi dah terlewat bila mendapati dirinya sendiri dijangkiti penyakit...isteri Dr. Yamamuro senyum bila nampak muka suami dia yg gembira dalam gambar2 tu...dia bangga dengan suami dia...dia suruh Dr. Shindo je yg ambil beg tu...

kat hospital, Dr. Kouno hantar Kokubo dan mak dia keluar...Dr. Kouno suruh Kokubo jangan balik ke situ lagi...Kokubo cuma angguk...lepas tu Dr. Hibiya cakap jangan terlalu belas kasihan pada pesakit...Dr. Hibiya suruh dia tingkatkan kemahiran dulu sebab semasa buat rawatan kecemasan bagaikan membaiki mesin yg rosak...

Dr. Shindo pulak sign up untuk seminar rawatan kecemasan tu...masa nak tulis nama tu dia ternampak nama yg dia kenal iaitu Dr. Kojima...orang yg bagi ceramah tu rupa2nya isteri Dr. Yamamuro...dia cakap dalam kajian gempa bumi tahun lepas, kemungkinan berlakunya gempa bumi kat Tokyo dalam masa 30 tahun adalah 70%...gempa bumi yg berlaku di Niigata tahun lepas adalah secara tiba2 tanpa amaran, jadi tak hairan kalau gempa boleh berlaku kat Tokyo bila2 masa saja...kalau gempa dengan magnitud 6 ke atas berlaku di Tokyo sekarang, bandar raya akan musnah dengan sekelip mata...mangsa yg mati boleh mencapai hingga 12000 orang, dan 6900000 orang akan kehilangan tempat tinggal...bila gempa berlaku, doktorlah yg paling diperlukan...tapi gempa bumi juga boleh beri kesan pada doktor, jadi tak kira dalam keadaan apa pun, takde harapan merawat kalau diri sendiri pun terkorban...jika mahu membantu mangsa, perlulah lindungi nyawa sendiri dulu...

masa rehat lepas ceramah tu, Dr. Shindo terus keluar dari dewan seminar...masa tu Dr. Kojima ternampak seseorang yg dia kenal iaitu Dr. Shindo, mentor dan orang yg banyak ajar dia dulu...Dr. Kojima kejar Dr. Shindo keluar dewan...Dr. Kojima akhirnya berjaya jumpa Dr. Shindo...Dr. Shindo beritahu yg dia datang nak jumpa kawan...Dr. Kojima cakap yg dia nak letak jawatan dari ER...Dr. Shindo nampak Dr. Kojima macam ragu2, jadi dia cakap dia akan jumpa Dr. Kojima kat hospital sebelum bertolak dari Narita malam tu...jadi pada masa tu, diorang boleh berbual lagi...

4 jam sebelum gempa bumi...

chief nurse pelik sebab Dr. Kuroki benarkan Kitamura makan makanan hospital...chief nurse beritahu yg diorang dah dapat tahu nama pesakit yg Kitamura bawak tu iaitu Taro Yajima...Hiroki pulak masa tu tengah buat deal dengan client dia...lepas tu Dr. Kojima telefon dia...Dr. Kojima cakap dia nak pertimbangkan lagi hal semalam dan janji akan beri jawapan esoknya...Hiroki nampak kecewa dan cakap nampaknya diorang tak boleh bersama sebab Dr. Kojima tak sanggup letak jawatan...Dr. Kojima cakap dia memang nak kawin dengan Hiroki, tapi Hiroki cakap Dr. Kojima tak boleh buat keputusan pada saat2 genting...masa tu ada nurse panggil Dr. Kojima dan cakap yg mak ayah Shougo nak bercakap dengan dia...

ayah Shougo beritahu Dr. Kojima yg diorang bercadang nak pindah ke kampung halaman mak Shougo...ayah Shougo cakap dia akan menolong kat rumah penginapan mak mertua dia...Dr. Kojima cakap kat Tokyo pun boleh merawat penyakit asma, malah Shougo pun tak nak ayah dia letak jawatan sebab tahu ayah dia dah kerja keras...tapi ayah Shougo dah ambil keputusan...dia sanggup lakukan apa saja demi Shougo walaupun hilang kerja...

1 jam sebelum gempa bumi...

kat sekolah, Chihiro ke bilik sakit...cikgu yg jaga kat situ ialah Nozomi Isobe (Kotomi Kyono)...kat klinik Kouno, nurse Kawarazaki sibuk bercerita pasal rumah baru dia pada Dr. Kouno...nurse Kawarazaki cakap dia lebih suka hidup membujang sebab kalau ada anak akan membebankan, macam anak seseorang...Dr. Kouno tahu nurse Kawarazaki maksudkan anak dia, Kazuya...masa tu Kazuya balik rumah padahal dia ada kelas sampai malam...

30 minit sebelum gempa bumi...

Nozomi telefon mak Chihiro sebab Chihiro mengadu perut dia sakit, padahal Chihiro tak apa2...Nozomi tanya sama ada keluarga Chihiro ada apa2 masalah...mak Chihiro cakap dia akan jemput Chihiro kat sekolah...masa tu, Teraizumi tengah berbincang dengan mentor dia...Teraizumi beritahu yg dia akan mewarisi kawasan pilihanraya bapa mertua dia...mentor dia cakap Teraizumi memang berkebolehan sebab boleh mengahwini anak ahli politik berpengaruh tapi Teraizumi cuba nafikan...

Dr. Kojima pulak teringatkan kata2 ayah Shougo pasal keputusannya nak pindah dari Tokyo, kata2 isteri Dr. Yamamuro pasal doktor kat ER yg dibebankan dengan tanggungjawab yg berat, dan kata2 Hiroki pasal dia tak boleh buat keputusan pada saat2 genting...lepas tu Dr. Kojima teringatkan kata2 Dr. Shindo yg dia akan datang jumpa Dr. Kojima pukul 4 nanti...masa tu ER dapat panggilan kecemasan...mangsa yg dimasukkan adalah Kokubo yg cuba bunuh diri lagi...Dr. Hibiya cakap kat Dr. Kouno yg budak perempuan tu dah balik ke ER lagi...Dr. Kouno nampak terkejut dengan keadaan tu...lepas Dr. Kojima panggil dia barulah dia boleh bertindak...

Dr. Shindo pulak dalam perjalanan nak ke Hospital Besar Toto...keadaan Kokubo pulak dah jadi stabil...masa tu Dr. Hibiya beritahu Dr. Kouno yg perkara bunuh diri Kokubo takde kaitan dengan diorang, yg penting adalah menyelamatkan nyawa...dari dalam teksi pulak, Dr. Shindo nampak jam kat taman dah pukul 4.15 petang...

11 Januari, 4.15 petang...

penduduk semua terkejut bila nampak banyak burung berterbangan kat udara...tiba2, kawasan sekeliling mula bergegar...Tokyo dah dilanda gempa bumi...teksi yg Dr. Shindo naik pun hampir terbabas sebab jalan raya mula rosak...Hiroki pulak ditimpa kaca2 bangunan dan perabot kat tempat dia buat deal tu...lepas gegaran, Hazuki tolong Dr. Kuroki yg dah cedera kat dahi, nasib baik dia takde apa2...semua alat elektronik kat hospital dah rosak dan mesin2 tak berfungsi...Kokubo pulak dah terjatuh dari meja bedah dan perlu diselamatkan semula...Dr. Kojima arahkan diorang angkat Kokubo...masa tu keadaan dalam bilik pembedahan kelam kabut sebab alat2 dah berterabur...Dr. Hibiya dan chief nurse keluar ke wad...Dr. Kuroki arahkan diorang periksa pesakit...Shougo dah terjatuh dari katil...Sakura suruh Kitamura tolong picitkan oksigen untuk Yajima...

Dr. Shindo terselamat...masa tu dia terdengar ada orang jerit2 kata adik dia tertimbus bawah runtuhan bangunan...Dr. Shindo alihkan runtuhan dan cuba capai tangan budak tu...nasib baik budak tu beri tindak balas...kat hospital, chief nurse arahkan Sakura pergi ambil tong oksigen kat gudang...Dr. Shindo dan abang budak tu pulak dah berjaya keluarkan budak tu...Dr. Kouno pulak sangat risaukan Kokubo, tapi Dr. Kojima janji yg Kokubo akan selamat...

Dr. Shindo mula merawat budak lelaki tu dengan bahan2 yg ada...tulang budak tu mungkin dah patah, tapi akhirnya Dr. Shindo berjaya sedarkan budak tu...masa tu tiba2 ada bangunan meletup dan ada kebakaran di sana sini...masa tu barulah Dr. Shindo sedar yg keadaan persekitaran dia dah sangat teruk dilanda bencana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-11-2005 12:55 PM | Show all posts

Emergency Room 24 Hours 3 Episode 2 (30 October 2005)

Kazuya (Shun Oguri) cuba cari mak dia kat bawah perabot...nurse Kawarazaki tolong Kazuya tapi mak Kazuya takde kat situ...nurse Kawarazaki baru teringat yg mak Kazuya dah keluar beli barang...Kazuya terus keluar nak cari mak dia...kat ER, pembedahan ke atas Kokubo (Mao Inoue) masih berjalan, tapi keadaan dia dah stabil...Dr. Junsuke Kouno (Daijiro Kawaoka) dah mula lega...Dr. Kojima (Nanako Matsushima) keluar ke wad dan nampak keadaan yg kelam kabut dan berterabur...Dr. Kojima terus periksa Shougo...nasib baik Shougo tak apa2, dia cuma terkejut...

Dr. Shindo (Yousuke Eguchi) tolong keluarkan orang dari runtuhan...lelaki tu dah cedera agak parah dan kena dibawa ke hospital...ada orang cakap kat kawasan tu ada klink yg berhampiran iaitu klinik Dr. Kouno...kat sebuah bandar lain, TV menyiarkan maklumat tentang Tokyo yg dilanda gempa bumi...

kat ER, Dr. Kuroki (Teruyuki Kagawa) naik geram tengok keadaan wad yg bising dan kelam kabut...dia suruh semua orang bertenang dan diam...dia tanya sama ada ada pesakit yg dalam keadaan bahaya atau staf yg tercedera...Sakura pulak masih tengah mencari gudang yg simpan tong oksigen...Dr. Kuroki cakap hospital dibekalkan dengan janakuasa sendiri, jadi diorang tak perlu bimbang...yang penting, diorang semua kena bertenang...masa tu ada pengumuman yg pusat keselamatan bencana akan ditubuhkan...

kat klinik Dr. Kouno, ramai mangsa dah tunggu kat luar...Dr. Shindo dah sampai dan masuk ke dalam klinik...dia tanya sama ada ubat narkotik ada berlebihan sebab ramai lagi mangsa kat luar...Dr. Shindo suruh Dr. Kouno bertenang sebab Dr. Kouno pun cedera juga...Dr. Shindo perkenalkan diri dia sebagai doktor MAHI...Dr. Shindo jahit luka mangsa tu dengan cepat dan menyebabkan Dr. Kouno dan nurse Kawarazaki kagum...Dr. Shindo minta diorang berdua dengar arahan dia nanti...Dr. Shindo cakap tak perlu rawat mangsa yg cuma cedera ringan sebab cuma suntik narkotik dah boleh sembuh...Dr. Shindo cakap prinsip dalam rawatan kecemasan adalah menyelamatkan mangsa yg serius terlebih dulu...mangsa yg akan datang semakin ramai, jadi tak perlu ubati mangsa yg cedera parah hingga takde peluang hidup...nurse Kawarazaki cakap doktor tak boleh pilih pesakit, tapi Dr. Shindo cakap masa sangat terhad, jadi kalau rawat mangsa dengan peratusan sembuh yg tinggi, lebih ramai orang dapat diubati...

Kazuya dah sampai ke pusat membeli-belah tapi masih tak jumpa mak dia, jadi Kazuya cuba cari kat tempat lain...Sakura pulak dah jumpa gudang tapi berkunci...kat bilik staf ER, TV takde siaran dan talian telefon pun dah putus...Dr. Kojima keluar dan terkejut bila nampak keadaan yg gelap dan takde cahaya lampu langsung...Dr. Kojima cuba telefon Hiroki (Ken Ishiguro) tapi talian tak dapat disambungkan...Dr. Kojima mula bimbangkan Hiroki...

kat klinik, Dr. Shindo nampak mangsa yg lebih parah dan suruh yg lain2 tunggu kat luar klinik sebab dia nak guna bilik tu untuk buat rawatan...Dr. Shindo suruh nurse Kawarazaki buat giliran...masa tu ada sorang mangsa wanita tua dibawa ke klinik...Dr. Shindo periksa wanita tu dan dapati yg mangsa tak mampu diubati lagi...orang yg bawa wanita tu protes pada Dr. Shindo, tapi Dr. Shindo cuma mampu minta maaf...Dr. Shindo masuk balik ke dalam klinik dan kunci pintu...Dr. Kouno tahu Dr. Shindo pun sedih dengan keadaan tu...semua orang kat luar dah mula marah pada dia...

Teraizumi (Toru Nakamura) dan pembantunya Aoki berjalan balik ke rumah Teraizumi...Teraizumi sangat bimbangkan anak dia Chihiro...kat hospital, Sakura ke bilik pengawal cari kunci gudang tapi semua kunci kat situ dah berterabur...kat klinik, Dr. Shindo buat rawatan ke atas mangsa...Dr. Shindo suruh orang sediakan kereta nak hantar mangsa ke hospital berhampiran...sorang mangsa yg lain pulak mula tak sedarkan diri...Dr. Shindo terpaksa buat pembedahan kecemasan...disebabkan takde jarum dan benang untuk pembedahan, Dr. Shindo terpaksa gunakan forseps untuk kepit salur darah buat sementara waktu...

semua stesen TV dah siarkan berita gempa bumi di Tokyo ke bandar2 lain...ayah Nozomi (Kotomi Kyono) cuba telefon Nozomi tapi cuma boleh tinggalkan pesanan...kat sekolah, Nozomi dah sedar dan nampak Chihiro yg dah pengsan...Teraizumi pulak dah sampai ke rumah dan cuba cari Chihiro...masa tu Aoki ternampak isteri Teraizumi, Kaori kat bawah peti sejuk...diorang cuba keluarkan Kaori...kaki Kaori dah cedera parah...Kaori beritahu Teraizumi yg Chihiro masih kat sekolah dan suruh Teraizumi pergi cari Chihiro...Teraizumi suruh Aoki hantar Kaori ke hospital, tapi Aoki dah tercedera...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 12:57 PM | Show all posts

sambungan Episode 2...

kat ER, semua staf pelik sebab masih takde mangsa yg datang...Sakura pulak dah bawak tong oksigen ke wad, tapi lepas tu chief nurse suruh dia pegi ambil selimut kat gudang kedua pulak...tandas pulak takde air...tiba2 Dr. Hibiya cakap dia nak balik...Dr. Kuroki cakap macam mana kalau ada mangsa yg datang, tapi Dr. Hibiya cakap kalau mangsa datang pun mesin tak dapat digunakan dan tak dapat buat rawatan...yg lain2 cuba protes tapi Dr. Hibiya cakap keluarga sendiri pun mungkin ada apa2, macam mana nak selamatkan mangsa...Hazuki (Megumi) pun nak balik rumah sebab bimbangkan keluarga dia...Dr. Hibiya cakap doktor dan jururawat pun manusia juga, jadi diorang takde hak nak halang...lepas Dr. Hibiya dan Hazuki balik, ramai jugak yg ikut balik...Dr. Kuroki tak dapat nak buat apa2...

Dr. Kojima cuba telefon Hiroki lagi tapi tak dapat...Dr. Kuroki cakap kalau Dr. Kojima nak balik pun takpe sebab dia tahu dia takde kuasa nak halang macam yg Dr. Hibiya cakap tadi...Dr. Kuroki pun sebenarnya bimbangkan isteri dan anak perempuan dia...Teraizumi pulak gendong Kaori ke klinik...Kaori suruh Teraizumi pergi cari Chihiro sebab dia rasa Teraizumi sebenarnya tak bimbangkan dia...Kaori tanya kalau dia bukan anak ahli politik, nak ke Teraizumi kawin dengan dia...Kaori cakap Chihiro pura2 sakit perut dan tak nak balik rumah...ini sebab Chihiro tahu hubungan diorang yg renggang...tapi Teraizumi cakap Aoki mesti dapat cari Chihiro...

bila Teraizumi sampai ke klinik Dr. Kouno, dia nampak orang tengah marah2 kat luar klinik...nurse Kawarazaki jadi tak tentu hala...wanita tua yg cedera parah tu pulak dah mati...ada orang marah nurse Kawarazaki sebab enggan buat rawatan...Teraizumi masuk ke dalam klinik dan minta doktor rawat isteri dia...Dr. Shindo dan Dr. Kouno tak pedulikan Teraizumi walaupun Teraizumi perkenalkan diri dia sebagai ahli politik...Dr. Shindo suruh Teraizumi terus dukung isteri dia ke hospital berhampiran...Teraizumi beritahu diorang yg wanita tua tu dah mati...Teraizumi marah Dr. Shindo tapi dia buat tak dengar...

Teraizumi keluar klinik dan suruh diorang semua ke hospital lain sebab doktor kat sini tak boleh harap...Teraizumi marah2 Dr. Shindo yg tak nak merawat wanita tua yg mati tu...dia suruh diorang jangan percayakan Dr. Shindo sebab Dr. Shindo bukannya hebat sangat pun...Teraizumi cakap dia akan tanggung semua ni...Dr. Shindo pulak dah siap merawat dan keluar klinik...Dr. Shindo minta tolong Teraizumi gunakan apa juga cara untuk hantar mangsa ke hospital sebab rawatan kat klinik memang terhad...Teraizumi cakap dia takde kuasa buat semua tu, lagipun tugas menyelamatkan mangsa adalah tugas doktor...lepas tu Teraizumi dukung isteri dia pergi...

nurse Kawarazaki pulak cakap dia pun tak dapat buat apa yg disuruh sebab dia tak dapat tolak permintaan pesakit...Dr. Shindo cakap kalau macam tu biar dia je yg buat...Dr. Shindo periksa satu2 mangsa dan tentukan cara rawatan...ada mangsa yg dah terbakar sebanyak 80% dan memang tak mampu diselamatkan dalam keadaan cemas macam tu...orang yg hantar waita tua tadi mula nak marah Dr. Shindo lagi, tapi dia terhenti bila nampak air mata Dr. Shindo...Dr. Shindo cakap kalau nak pukul dia, pukul je, tapi dia takkan ubah cara rawatan...kalau nak selamatkan lebih ramai orang, inilah satu2nya cara...Dr. Shindo cakap kalau masih mampu bergerak, dia minta diorang pergi membantu yg lain...isteri Dr. Kouno pun masih belum ditemui...

Dr. Kouno cakap sepanjang dia jadi doktor, tak pernah dia sengsara macam tu...dia cakap dia tak mampu selamatkan semua oang yg dia kenal walaupun isteri sendiri...Dr. Kouno cakap diorang akan cuba selamatkan semua orang, jadi dia minta semua orang dengar cakap Dr. Shindo...Dr. Shindo cakap semua orang pun adalah mangsa sekarang...suami pada wanita tua tu setuju dengan kata2 Dr. Shindo...akhirnya Dr. Shindo dan Dr. Kouno berjaya buat orang lain faham...diorang berjanji akan cuba cari isteri Dr. Kouno...nurse Kawarazaki pun minta maaf dengan Dr. Kouno dan berjanji akan bertahan...

Sakura dah bawakan selimut, tapi chief nurse suruh dia naik ke atas bumbung untuk baiki tangki air pulak...Shougo pulak tanyakan mak ayah dia...Dr. Kojima cakap mak ayah Shougo mesti akan datang nanti...Dr. Kojima keluar hospital lagi dan cuba telefon Hiroki lagi...akhirnya telefon dapat disambungkan tapi cuma boleh tinggalkan pesanan...Dr. Kojima sangat risaukan Hiroki dan mula menangis...Dr. Kojima mula berjalan menjauhi hospital tapi pada masa tu, dia nampak lampu kereta dari jauh...kereta tu bawa pesakit dari klinik Dr. Kouno...

orang yg bawak pesakit tu cakap hospital2 lain dah penuh sesak jadi tak dapat dirawat kat situ...Dr. Junsuke Kouno kenal pesakit tu...sekeping nota diserahkan pada Dr. Kuroki...diorang jumpa forseps dalam perut...Dr. Kouno sangka forseps tu terlupa dikeluarkan tapi Dr. Kojima cakap forseps tu digunakan untuk menghentikan pengaliran darah sebab takde alat2 untuk buat pembedahan...Dr. Kouno pasti bukan ayah dia yg buat...Dr. Kojima minta nak tengok nota tu dan nampak nama Dr. Shindo kat situ...

Sakura akhirnya sampai ke atas bumbung dan nampak pemandangan Tokyo yg gelap, terbakar dan menakutkan...Dr. Kojima pulak seolah2 dapat semangat baru dan cakap yg dia nak terus stay di ER...jika dia tinggalkan ER, maka takdelah makna lagi dia jadi doktor...Dr. Shindo pun masih terus buat rawatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 01:16 PM | Show all posts
untuk kawan2 & forumners tercayang...

nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, dan maap bebanyak kalau ada tersilap kata atau tersalah pilih kata... Enjoy your raya & jangan lupa jenguk2 lagi thread nih walaupun sedang beraya, hehe...;)
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 04:10 PM | Show all posts
^
Untuk semua di thread yang meriah ini, terutamanya our whitedove...

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI YANG MULIA

Harap maafkan segala yang saya tersilap cakap atau terkasar bahasa pada sesiapa pun & pada bila2 masa, kadang2 terlupa bila berforum... harap jangan simpan di dalam hati.



* image from www.redang.org, protect our corals *


[ Last edited by katt at 2-11-2005 04:16 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 10:17 PM | Show all posts

Screencaps from Episode 1...

Dr. Issei Shindo


Dr. Kaede Kojima


Dr. Kuroki


Dr. Junsuke Kouno


Dr. Kouno & adiknya, Kazuya...


Kazuya Kouno


[ Last edited by whitedove at 2-11-2005 10:21 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2005 10:31 PM | Show all posts

more from Episode 1...

Dr. Kojima dengan pakwe dia, Hiroki...




Nozomi Isobe


ahli politik, Hayato Teraizumi




Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2005 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 1-11-2005 12:03 PM
thanks eyka .... same goes to you ....

satu je yg aku rasa lain macam ... lepas gempa bumi tu kan ... tak de bunyi siren pun ... senyap sunyi je .... biasanye kalau crite mat salleh mesti bis ...



sebab diorang tak expect gempa bumi tuh jejaskan tokyo ngan teruk rasernyer..
diorang agak cam gempa bumi biasa biasa jer..tuh yg wat tatau jer tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2005 11:05 PM | Show all posts

Screencaps from Episode 2...









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2005 11:06 PM | Show all posts

more from Episode 2...









Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2005 09:54 PM | Show all posts
ooooooo citer ni best gak

mmg asyik cepat jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2005 10:59 PM | Show all posts
alamak ... ari ni sempat tengok 5 minit terakhir je ... kena tunggu whitedove nye synopsis ni ....

errrrr ...dr.kojima n dr.shindo ni ada apa2 hubungan lain ke selain drp mentor menti ni ? tengok dorang pandang memandang cam lain macam je .... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by kayla at 5-11-2005 10:59 PM
alamak ... ari ni sempat tengok 5 minit terakhir je ... kena tunggu whitedove nye synopsis ni ....

errrrr ...dr.kojima n dr.shindo ni ada apa2 hubungan lain ke selain drp mentor menti ni ? tengo ...



aku tak baper nengok er 1 ngan 2.. so kureng pasti...
tapi..dlm yg 3 nih...tade ape pun...sekadar mentor menti gitu...heh!!..:lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056231 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list