|
CC yg dpt kalo kita tak activate dikire jugak ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Kadar Faedah Kad Kredit Akan Dikurangkan
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kadar faedah bagi kad kredit akan dikurangkan sebanyak antara 0.5 peratus dengan 1.5 peratus bagi pemegang kad kredit Tier-1, Tier-11 dan Tier-111 manakala fi pembayaran lewat akan diturunkan kepada minimum RM5 dan maksimum RM75 bermula 31 Mac, 2009.
Dalam mengumumkan perkara ini, di sini, Khamis, Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), berkata pada 31 Disember tahun lepas, jumlah hutang tertunggak kad kredit yang dihutang oleh rakyat Malaysia berjumlah RM23 bilion.
ABM berkata kadar faedah bagi pemegang kad kredit "Tier-I" yang menjelaskan dengan segera pembayaran minimum bulanan mereka bagi pembelian runcit untuk tempoh 12 bulan berturut-turut akan dikurangkan kepada 13.5 peratus setahun daripada 15 peratus ketika ini.
Bagi pemegang kad "Tier-II" yang menjelaskan dengan segera pembayaran minimum bulanan mereka bagi 10 bulan atau lebih dalam tempoh kitaran 12 bulan juga akan mendapat manfaat kerana kadar faedah relevan akan dikurangkan kepada 16 peratus setahun daripada 17 peratus ketika ini.
Pemegang kad yang tidak berada dalam dua kategori ini dan mereka yang umumnya berada dalam kategori pemegang kad "Tier-III" akan menyaksikan kadar faedah bagi mereka turun kepada 17.5 peratus setahun berbanding 18 peratus ketika ini, kata ABM dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, persatuan itu berkata kadar baharu itu tertakluk kepada semakan seterusnya dari semasa ke semasa dan walau apapun berlaku, selepas tempoh 12 bulan.
Untuk malahan memudahkan lagi pemegang kad kredit memandangkan tahun-tahun mendatang yang serba mencabar, fi pembayaran lewat minimum RM10 atau satu peratus daripada jumlah baki tertunggak, tertakluk kepada maksimum RM100 ketika ini akan disemak semula kepada jumlah minimum RM5 dan maksimum RM75.
"Bank-bank memahami masalah yang dihadapi dan menjadi perintis di rantau ini melaksanakan langkah pengurangan sedemikian meskipun caj kad kredit tempatan sedia ada sudahpun menjadi antara yang terendah di Asia," kata Pengerusi ABM Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz.
Semakan semula itu bukan sahaja membuktikan sistem kewangan Malaysia yang dinamik, responsif dan bertimbang rasa tetapi juga sejajar dengan prinsip sokongan skim kadar faedah bertingkat yang diperkenalkan tahun lepas, iaitu, untuk menggalakkan tabiat pembayaran semula dan disiplin kewangan yang baik, katanya.
Bank-bank berharap langkah terbaharu ini akan mendorong pemegang kad kredit untuk membuat sekurang-kurangnya pembayaran minimum bulanan lima peratus daripada jumlah baki tertunggak mereka dengan segera kerana pemegang kad kredit kini berpeluang membuat penjimatan besar dalam bentuk perbezaan kadar faedah sehingga empat peratus apabila menggerakkan peringkat, seperti daripada 17.5 peratus bagi "Tier-III" kepada 13.5 peratus bagi "Tier-1."
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2281 ecomoda012
sepatutnye tak..aku pernah dpt offer melalui surat siap kad name aku wlpn aku tak apply..aku tak activekan..then aku cek dgn bank kad tu terbatal dengan sendirinyee.biasenye die cakap sila aktikan dlm mase 3 bulan dr sekarang.if tiba2 kita aktifkan dlm lebih dr mase tu kad tu tak dapat diaktifkan juga.ni pengalaman aku dan info dr awek telefonis CS bank tu.
satu lai,jgn confirmkan mase offer mase call,sbb call anda akan direkodkan dan bank bole kasi anda kad wlpn anda tidak berminat.macam tu gak dgn insurans dan lain2 produk yg sgt menarik tp tak menarik bile nak bayoo
>just my 2 cents.
[ Last edited by ridd at 13-2-2009 09:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2282 ecomoda012's post
tier 1 2 3 tu hape |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2282 ecomoda012's post
dia turunkan lg ek..
bagus2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2286 tulip.purple's post
turunkan bukan bermaksud soh tambah utang ek |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2285 jac_diehard_fan\ catat
Ni aku wat summary utk ko memandangkan avvy ko comel
Tier 1 ~ mereka yang menjelaskan dengan segera pembayaran minimum bulanan mereka bagi pembelian runcit untuk tempoh 12 bulan berturut-turut
Tier 2 ~ mereka yang menjelaskan dengan segera pembayaran minimum bulanan mereka bagi 10 bulan atau lebih dalam tempoh kitaran 12 bulan
Tier 3 ~ merea yang tidak berada dalam dua kategori di atas |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2281 ecomoda012\ catat
x kire... sbb suma kad yg blum activate kene pre-blocked by bank |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2290 quedac1\ catat
eh nape tahap 1 lagi tggi interest dia dr tahap 2 & 3? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2287 ryo_takahashi1's post
baik cekgu
aku da semakin berjimat sejak membalance transferkan utang CC aku aritu..
**azam tahun baru ku..BERJIMAT..
semoga terus berjalan nan lancar |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2292 tulip.purple\ catat
brape bank caj utk balance transfer ae? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2295 quedac1\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2295 quedac1\ catat
aku konpius.. patutnya tier 1 lagi bagus dr tier 2 & 3 tapi knape rate utk tier 1 lagi tggi dr tier 2 & 3..
kat artikel atas tu ckp..
tier 1 ~ 13.5%
tier 2 ~ 16%
tier 3 ~ 17.5% |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2297 syahza's post
takper.. mana2 pun bule... yg penting bayar aje la ontime... dapat le berjimat...
tapi ikut statement mmg tier 1 the lowest rate la... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syahza at 13-2-2009 10:36 AM
brape bank caj utk balance transfer ae?
ikut bank... tapi skrg byk yg FOC... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|