|
UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
msaadhamid posted on 6-10-2012 06:31 PM
Kalau nak guna telefon tetap, katakan nombor yang saya nak dial di Makkah ialah 0545873467, (no hp ...
ohh..terima kasih ustaz..
sy nk call esok..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum haji one..
Nak tanya pasal Haji Muasasah..saya difahamkan penginapan haji muasasah paling jauh dekat 1 km dan paling dekat 500 m.Siapa yg tentukan penginapan atau maktab kita dimana.Insyallah tahun depan keluarga saya seramai 7 org masuk dlm kuota haji.5 perempuan dan 2 lelaki.
Boleh ke kita minta 5 adik beradik perempuan tu dpt tinggal dlm satu bilik.
Biasanya Haji muasasah diberi utk satu bilik berapa org ye ?
Pakej swasta sekarang mahal sangat..paling murah pun dekat 18k.
Semasa Haji tahun 1999 saya ikut pakej Batuta Travel..4 org sebilik 13 k..Mekah Darul Marzuki dekat sgt dgn Masjidl Haram.
Di Madinah duduk dekat Hotel Al Jazerah..berdepan dgn Masjid Nabawi.Lintas jalan je.
tapi dua dua masjid ni dah tak de..dah lama kena runtuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 5-10-2012 04:59 PM
AsSalam semua
Nak tanya Haji One, masa kami buat Haji late 2006, ini cerita maktab kami lah, masa ...
Ooo..pasal upah melontar? hehehe..well, memang mcm tu pun, saya pun ada tanya jemaah haji kot2 sesapa yg nak upahkan melontar (apabila layak diupahkan la..), semua ni sebagai satu added value (nilai tambah) dlm perkhidmatan kita. Biasanya jemaah haji warga emas, yg sakit, yg OKU dan mcm2 kekangan lagi biasanya memerlukan dia utk mengupah melontar. Kat Mina, memang payah nak dapatkan orang utk melontar bagi pihak kita.. so, kita offer siap2, bila ada yg nak melontar, kita akan temukan dia dengan orang yg boleh ambil upah melontar (biasanya kita dah kenal pasti orang yg boleh ambil upah melontar, baik dr segi harga upahnya, kebolehpercayaannya dan beberapa segi lagi la). Jemaah haji tu boleh deal / nego lagi dengan orang yg nak wakilkan dia utk melontar..yg tu kita tak masuk campur. Cuma biasanya (mcm maktab kami), bila kami tau orang tu amik upah melontar..kami nak dia lapor pada kami sesudah dia balik melontar (lebih pada seliaan la..).
Kalau jemaah haji tu nak cari sendiri orang yg dia nak upah melontar pun boleh..takdak masalah. Dlm hal ni petugas haji / guru agama cuma menyediakan bantuan utk mempermudahkan urusan jemaah haji yang memerlukan bantuan.
Tapi kalau jemaah haji tu ada saudara mara, so, boleh la wakilkan sedara mara, anak beranak, pasangan dan sesiapa sahaja la utk melontar, lagi mudah dan percuma..
Last edited by haji_one on 8-10-2012 07:54 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 6-10-2012 06:31 PM
Kalau nak guna telefon tetap, katakan nombor yang saya nak dial di Makkah ialah 0545873467, (no hp ...
Syukran ya ustaz on the info.
|
|
|
|
|
|
|
|
aziefa posted on 7-10-2012 11:20 PM
Assalamualaikum haji one..
Nak tanya pasal Haji Muasasah..saya difahamkan penginapan haji muasasah ...
Wa'laikukmsalam wbr wbt.
Untuk alokasi penginapan, ianya disusun oleh Jabatan Haji, biasanya ada perancangan tertentu la. So, jemaah haji tidak boleh memilih bangunan mana yg dia nak tinggal..semuanya berdasarkan kepada alokasi yg akan kita berikan.
Let say Aziefa akan pergi ke tahun ni, penerbangan Aziefa dan kumpulan akan masuk ke Madinah dulu. So, Aziefa dan kumpulan hanya akan tahu penginapan di Madinah sahaja (zon 1 atau zon 2). Maklumat penginapan tu adalah melalui sticker yg kita bagi (letak kat beg, tag nama dll) di kompleks haji.
Masa nak masuk mekah nanti barulah kita akan bagi sticker baru yg memberitahu maklumat penginapan di sana (mekah). Kenapa TH tak bagitau awal2 semua pergerakan Jemaah Haji? ianya adalah disebabkan BERKEMUNGKINAN akan berlaku perubahan semasa pengurusan disana, so penyampaian maklumat adalah berperingkat.
Sekiranya Aziefa tidak mahu terpisah dlm kumpulan, semasa menjawab tawaran haji nanti, pastikan Aziefa dan ahli kumpulan mengisi ruangan Jemaah Haji yg turut bersama didalam satu kumpulan (ada dlm borang tu), so, nanti teller kaunter akan 'grouping' Aziefa dlm satu group yg sama.
Bila disana, sistem haji akan generated alocation mengambil kira banyak faktor bg menempatkan/menyusun jemaah haji dlm satu2 tempat penginapan dan grouping adalah antara faktor utama. Let say kalau bilik 6 orang, ahli kumpulan plak 7, biasanya seorang akan terkeluar, atau kalau alokasi bilik 6 orang, ahli kumpulan plak 5 orang, so nanti ada la ahli bilik baru. Problem timbul bila ada jemaah haji tak mengisi maklumat utk grouping mereka, kat sana..terus terpecah.
Let say kalau ada kumpulan Aziefa terkeluar dr bilik (biasanya sebab jumlah katil dlm bilik tu kurang dr ahli kumpulan), jemaah haji yg terkeluar tu akan ditempatkan berdekatan (biasanya sebelah bilik) je dgn ahli kumpulannya. bagi jemaah haji lelaki yg satu kumpulan, mereka akan ditempatkan juga berhampiran dgn ahli kumpulannya.
Apa2 pun, normally alokasi katil bg setiap bilik secara puratanya adalah 5-6 katil tetapi still tertakluk kepada saiz bilik tersebut. Last edited by haji_one on 8-10-2012 08:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 8-10-2012 07:51 AM
Ooo..pasal upah melontar? hehehe..well, memang mcm tu pun, saya pun ada tanya jemaah haji kot2 ses ...
Terima kasih Haji. Jadi tak salah lah cara Ustazah tu he he.
Nak tanya lagi (macam soalan Aziefa) tentang hotel penginapan. Boleh ke jemaah tukar bilik sesama sendiri. Maksudnya Di Madinah berlima tiba di Makkah seorang jemaah ni terpisah ke bilik lain, jemaah yang terpisah ni minta duduk sama bilek dengan teman2 sebilik Madinah (tak ada kaitan keluarga pun).
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 8-10-2012 10:31 AM
Terima kasih Haji. Jadi tak salah lah cara Ustazah tu he he.
Nak tanya lagi (macam soalan Azief ...
hehehe..ustazah tu bantu je sebenarnya..petugas haji tidak boleh mengambil upah apa2, tapi tak bermakna kami tak boleh membantu memudahkan urusan jemaah haji berkaitan urusan upah ni..hihihihihihi...
Let say dah terpisah ahli kumpulan, atau ada saudara mara yg tak disangka ada dlm satu maktab yg sama..then nak duduk sebilik.. Kalau ikut peraturan maktab sebenarnya tak boleh tukar, sebab alokasi bilik ni dah disusun secara tepat dan 100% memenuhi setiap kuota bilik yg ada dlm maktab tu.
kalau nak tukar biasanya kita kena cari orang yg sanggup tukar dengan kita la. Orang bilik A, nak masuk bilik B, orang bilik B nak masuk bilik A, so ok la sebab suka sama suka..kalau takdak persetujuan, tak payah la.
Isu bilik ni pun satu masalah jugak sebenarnya, sebagai contoh, alokasi bilik..let say 6 orang per room, then, ada beberapa kumpulan jemaah, ada yg 4 orang satu kumpulan, ada yg 6 satu kumpulan, ada yg 9 orang satu kumpulan, ada yg 2 orang satu kumpulan..so, komposisi kumpulan jemaah yg pelbagai ni pasti mahu tak mahu memang ada yg terpecah sebenarnya, tapi still dlm jarak yg dekat (bilik bersebelahan je biasanya..).
Saya rasa isu nak sebilik ni tak boleh dijadikan sebagai 'mesti sebilik', sebab TH takkan mampu nak penuhkan kehendak semua orang, sebab itulah peraturan dlm muassasah ni kita kena patuh, tapi tak bermakna la TH takdak ihsan apa2..cuma sekadar mampu je la (handle a group of jemaah haji yg besar ni memang banyak kerenahnya).
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 8-10-2012 10:43 AM
hehehe..ustazah tu bantu je sebenarnya..petugas haji tidak boleh mengambil upah apa2, tapi tak ber ...
Maksudnya ikut budi bicara masing masing lah.
Satu lagi semasa di Mina, semasa haji akak (tak tau lah sekarang aturannya macam mana) satu petak (bukan satu khemah) didalam khemah tu di muatkan 15 jemaah, sempit sesangat (petak tu bukannya besar), mana kepala bertembung kaki, mana kaki bertembung badan he he. Jadi sapa sampai Mina dulu dorang booking siap siap port yang bagus punya he he.
Adakah sekarang masih sama gitu?
Betul ke walaupun kita ikut package swasta, masa di Mina semua urusan di kendalikan of Muassasah Arab Saudi. Sebabnya masa adik akak buat Haji late 2007, rombongan dia tak dapat khemah sebaik sampai di Mina, alasan TA semua tu diuruskan oleh Muassasah Arab Saudi. TA (memang besar & terkenal).
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 8-10-2012 11:05 AM
Maksudnya ikut budi bicara masing masing lah.
Satu lagi semasa di Mina, semasa haji akak (tak t ...
a'ahh..ikut budi bicara masing2, peraturan tetap peraturan tapi bukanlah straight to the rule je, dasar ihsan mesti ada.
sekarang masih sama, dlm 15-18 orang satu lot. Tak boleh nak buat apa dah sebab itu je ruang yg muassasah bagi kat kita..memang kurang selesa la skit, tapi nak buat mcmana, itu semua peraturan arab saudi, kita boleh je minta ruang lebih tapi yg meluluskan tu tetap mereka.
Travel agen pun pergi ke sana tetap dibawah kendalian muassasah arab saudi (tapi ada la muassasah mereka sendiri)..so, memang sepanjang kat masyaier (arafah, mina, mudzalifah), kita adalah bergantung harap sepenuhnya pada pihak muasasah.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 5-10-2012 03:43 PM
Wa'alaikumsalam wbr wbt.
Laa...sebab tu je dah tak puas hati? tu la, kekadang kalau kita fikir ...
kena lepak sambil minum2 dengan hjwan nih... baru dpt tau cerita2 best kat sana...
haji masih duk bangi lagi ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
msvbnet posted on 8-10-2012 12:01 PM
kena lepak sambil minum2 dengan hjwan nih... baru dpt tau cerita2 best kat sana...
haji masih duk ...
hahaha..boleh je, ada banyak benda yg boleh diceritakan time beborak ni..hehe..
Saya dok kat Bangi lagi..tang tu je la umah saya..hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 8-10-2012 12:06 PM
hahaha..boleh je, ada banyak benda yg boleh diceritakan time beborak ni..hehe..
Saya dok kat Ba ...
ok haji.. bila2 free nanti boleh la sembang2 kat area bangi... saya duk kt fasa 1...
|
|
|
|
|
|
|
|
msvbnet posted on 8-10-2012 01:14 PM
ok haji.. bila2 free nanti boleh la sembang2 kat area bangi... saya duk kt fasa 1...
Orait..fasa 1 tu apa dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 29-9-2012 09:43 PM
hehehe..memang kalo pi umrah, biasanya mutawwif akan tunjukkan bangunan abraj al janadiriah ni, ac ...
betul ke marwa al naqa tu dah diruntuhkan? saya pernah tinggal di marwa al naqa tahun 1427(2006/2007).... jarak yang diberitau 800m ...ada yang kata jauh... bagi saya biasa-biasa je tak lah jauh sangat..... ada 2 jalan nak gi masjidil haram... 1 jalan berbukit.... satu lagi ikut jalan masjid kucing.... kalau nak ikut masjid kucing tu kena lalu kawasan jual daging.... ustazah selalu marah lalu situ... dia kata najis banyak kat situ.... tapi rasanya lalu masjid kucing tu lagi dekat.... lagi pun boleh cuci mata lalu depan kedai2... tapi masjid kucing pun dah tak ada.... tinggal la kenangan je....
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 8-10-2012 01:15 PM
Orait..fasa 1 tu apa dia?
fasa 1 a.k.a seksyen 1... area2 darussyifa tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
msvbnet posted on 8-10-2012 01:29 PM
fasa 1 a.k.a seksyen 1... area2 darussyifa tu..
Ooo....ok..ok..baru tau orang panggil area tu fasa 1. Takpa nanti ada masa boleh kita bersembang.
Last edited by haji_one on 8-10-2012 04:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
linaz81 posted on 8-10-2012 01:27 PM
betul ke marwa al naqa tu dah diruntuhkan? saya pernah tinggal di marwa al naqa tahun 1427(2006/20 ...
Marwah An Naqa tu dah diruntuhkan dah..last guna tahun lepas (2011M/1432H).
Jarak sebenar Marwah An Naqa tu adalah 500m (lebih kurang) je..dan merupakan antara maktab TH yg terdekat ke Masjidilharam. Tahun 2009 pun ada maktab lg dekat, dipanggil Dar Ghazzah..tak sampai 300 meter pun..tapi yg tu tahun 2009 last guna.
Sekarang ni yg terdekat adalah Safwat Al Shourouq (kira2 600 meter) ke Masjidlharam..hmm..mcm tu lah sekarang ni, maktab makin jauh sebab pembesaran masjdilharam..tapi ok la kan, utk keselesaan jemaah haji kita jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
linaz81 posted on 8-10-2012 01:27 PM
betul ke marwa al naqa tu dah diruntuhkan? saya pernah tinggal di marwa al naqa tahun 1427(2006/20 ...
Linaz81, cuba tengok kat map bawah ni.
Bulatan yg saya tulis Marwah An Naga ni, kat situlah tapak Maktab tu. Dah runtuh dah pun..kiranya google earth pun dah update dah utk view kat Mekah ni.
Yg bulatan kat bawah tu plak, Dar Ghazzah, antara hotel TH yg terdekat dgn Masjidilharam (tahun 2009 last pakai), time tu orang yg pergi dgn Pakej pun terkejut sebab maktab TH lagi dekat dr penginapan mereka (tapi hotel old school la..).
yg kat atas tu Abraj Janadiriah, HQ TH di Mekah..boleh nampak betapa besarnya bangunan kemegahan TH tu. Yg kat bawah Abraj tu adalah Dar Janadiriah, maktab tu saya 'jaga' tahun lepas. Sekali tengok mcm dekat lagi drpd Abraj ke Masjidilharam, tapi sebenarnya ukuran diambil dgn mengambil kira laluan ke masjid, so, Dar Janadiriah sejauh 850 meter, Abraj (800 meter..kalau ikut peta yg TH bekalkan la).
Kalau tengok bangunan Abraj dan Dar tu, boleh nampak betapa besarnya bangunan tu..yg tentunya ianya sangat selesa.
|
|
|
|
|
|
|
|
So far, TH menyediakan lebih kurang 15 buah bangunan sebagai maktab di Mekah.
3 zon utama adalah Mukim Ghazzah Shuib Amir yg berwarna biru, Mukim Misfallah yg hijau dan Mukim Jiyad Birbalilah yg berwarna Merah.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 8-10-2012 04:14 PM
So far, TH menyediakan lebih kurang 15 buah bangunan sebagai maktab di Mekah.
3 zon utama adalah ...
Haji area Misfalah tu Maktab TH masih ada ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|