|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #2250 sudi04's post
mudah mudahan sudi04.... memang itu lah matlamat kita ke sana ....... berusaha untuk mendapat yang terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2251 HUSSAINTAHIR's post
hussain ... dulu rumah kak bay dekat je dgn kompleks tabung haji kelana jaya tu. 2 tahun duduk kat apt kat situ masa mula mula kahwin sementara tunggu rumah USJ siap. masa musim haji ni kat area kompleks tu sungguh meriah. Now... dah tak duduk Kelana jaya dan tak duduk lagi USJ. Tapi kenangan kesibukkan musim haji tu masih lagi terasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 30-10-2008 10:19 AM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
you duduk mana ryeena..kelana jaya tak jamlah malam2
kalau duduk kl..kluar lepas isyak pun ok...parking banyak jangan lah risau..hehe
hope you can find the way...the easiest entry guna ld ...
duduk dekat aje....
rumah mak di cheras...
tanya sebab tak tau cara dia macam mana...mungkin ramai orang ke
kalau terbang ke negara lain....boleh agak masa dia..
esok mak ryna nak pergi ke sana...
sekarang dah rasa gembira.....rasa macam lambat pulak nak tunggu besok malam..
lepas tu tak sabar menghitung hari.....mak nak balik pulak..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
semalam.....pergi cheras kemas beg sekali lagi...
jadi semuanya dah siap...
sampai hus pun cakap....mak relax aje dan tenang aje....
ina yang sibuk sangat....ye la
bukan apa.....uruskan semua keperluan supaya sampai di sana
semua ok..hehe
start dr dapat senarai barang yang nak kena bawa....
rasanya asyik keluar cari barang......nasib baik mak nak pergi esok..
kalau tak mungkin ada lagi...
malam ni....ada kenduri doa selamat dan kenduri arwah ayah kat
surau rumah mak...elok sangat...dapat khamis malam jumaat..
makanan pun semua dah order.....
harap hari ni dan esok semuanya berjalan dengan baik...insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryeena at 30-10-2008 10:40 AM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
duduk dekat aje....
rumah mak di cheras...
tanya sebab tak tau cara dia macam mana...mungkin ramai orang ke
kalau terbang ke negara lain....boleh agak masa dia..
esok mak ryna na ...
hope you can find the way...
panjang masa check in...baggage semua serah kt situe...
saya rasa elok ryeena kluar lepas isyak jer..sempat sampai...
berhenti kt dalam tabung haji..turunkan mak ryeena then baru cari parking...rasanya dia bagi masuk dalam kereta kot..tadi pagi pasal perasmian jer tue..
tak payahlah pergi awal ..sebab byk jemaah..
drive safely..lepas dah check in boleh lah balik..tak yah tunggu..sebab diorang akan naik bas ke airport...(macam makcik aziefa kata..siap ada excort polis lagi hehee) |
|
|
|
|
|
|
|
ryeena tak jemput kitorang ke? boleh makan free
malam nie masjid kt perumahan saya pun buat bacaan yassin dan doa selamat buat tetamu2 ALLAH
moga beroleh haji yang mabrur
pss..haha sajer main2..kalau jemput pun saya tak dapat hadir hehehhe... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 30-10-2008 10:59 AM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
ryeena tak jemput kitorang ke? boleh makan free
malam nie masjid kt perumahan saya pun buat bacaan yassin dan doa selamat buat tetamu2 ALLAH
moga beroleh haji yang mabrur
pss..haha sajer ...
tq banyak banyak..
ye la....kalau dekat boleh datang...
dekat bandar tun razak aje..
pasal memang tak boleh datang.....jadi saya aje tolong makan kan...hehe
semoga semua berjalan dengan lancar...
semoga sentiasa di lindungi..
semoga di permudahkan segala urusan
semoga semuanya memperolehi haji yang mabrur |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryeena at 30-10-2008 11:18 AM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
tq banyak banyak..
ye la....kalau dekat boleh datang...
dekat bandar tun razak aje..
pasal memang tak boleh datang.....jadi saya aje tolong makan kan...hehe
semoga semua berjalan de ...
insyaALLAH semoga beroleh haji mabrur |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2256 HUSSAINTAHIR's post
Jalan sure jam kan? Ye la, yang nak pegi sorang, yang menghantar 5 biji kereta. Kalau orang jauh, ada tak hotel murah - murah yang berdekatan?
Thanks in advance. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 30-10-2008 11:46 AM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Jalan sure jam kan? Ye la, yang nak pegi sorang, yang menghantar 5 biji kereta. Kalau orang jauh, ada tak hotel murah - murah yang berdekatan?
Thanks in advance.
taklah jammed sangat sebenarnya..
kalau untuk jemaah ada disediakan asrama..untuk tetamu..sila ke hotel berdekatan..
hotel singgahsana pj..
crystal crown pj
hilton pj.
westin pj
one world damasara....setahu saya itu jerlah hotel berdekatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2261 HUSSAINTAHIR's post
Thanks Hussain. Bukan apa, ada yang nak kena daftar kat Kelana Jaya seawal 7.30 pagi. Kalau yang datang dari utara tentulah kena datang sehari awal.
Penginapan tentu nak kena cari jugak kan.
Nak kena check hotel punya rate ni.
Antara hotel diatas, yang mana paling mudah dah cepat nak ke Kompleks Haji Kelana Jaya? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryeena at 30-10-2008 11:18 AM ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tq banyak banyak..
ye la....kalau dekat boleh datang...
dekat bandar tun razak aje..
pasal memang tak boleh datang.....jadi saya aje tolong makan kan...hehe
semoga semua berjalan de ...
Hisssh.... rina dah dekat dengan rumah kakak tu. BTR kat mana, jalan apa?
bak kata ayahjoe semalam, sememangnya kecil saja dunia ni , dia pulak berdekatan dengan hussain ...
Kakak turut berdoa semoga Allah SWT memberi ibu reeyna kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah, selamat pergi dan balik dan memperolehi haji yang mabrur. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sudi04 at 28-10-2008 01:51 PM ![](http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif)
How to make air miswak so as to delay period or shorten its duration,
inshaAllah:
1. Take 1 (or 3 for extra strength) batang kayu miswak & cut into
pieces of about 1/2-1 inch.
2. Place in ...
mmm...perlu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HarizAzhari at 30-10-2008 12:15 PM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Thanks Hussain. Bukan apa, ada yang nak kena daftar kat Kelana Jaya seawal 7.30 pagi. Kalau yang datang dari utara tentulah kena datang sehari awal.
Penginapan tentu nak kena car ...
salam saya rasa hotel paling dekat hotel armada dan hotel crstal crown..rasanya murah jer
tak pun holiday inn glenmarie |
|
|
|
|
|
|
|
Jemaah haji diminta jaga maruah negara
30/10/2008 12:42pm
PETALING JAYA 30 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2265 HUSSAINTAHIR's post
Thanks again Hussain. Armada dengan Crystal Crown rate agak tinggi.
Rasanya mungkin akan ambil Singgahsana. Rate dia serendah RM 115.
Jarak nak ke Kompleks dalam 15 minit katanya. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ryeena at 30-10-2008 10:40 AM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
duduk dekat aje....
rumah mak di cheras...
tanya sebab tak tau cara dia macam mana...mungkin ramai orang ke
kalau terbang ke negara lain....boleh agak masa dia..
esok mak ryna na ...
Salam semua
Duduk area Cheras, kalau kena daftar 9.30pm keluarlah awal sikit takut tergopoh gopoh pulak kalau keluar lepas isyak. Seeloknya solat isyak kat Kelana Jaya. Akak duduk area Pandan, dulu daftar 12mlm kita orang keluar lepas isyak sampai kat Kelana Jaya dah terlalu ramai orang sampai tak ada tempat nak duduk dah pulak tu hujan turun rintik2. |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu rindukan anak jejas ibadat
Oleh Jamilah Hashim
Jemaah perlu persiapan kursus psikologi cari ketenangan di Tanah Suci
ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana meletakkan haji sebagai rukun yang kelima kerana Allah menghendaki kita melaksanakan empat perkara dulu sebelum menunaikan fardu haji. Haji pula hanya diwajibkan kepada umat Islam yang berkemampuan dari segi perbelanjaan, sihat tubuh badan dan aman dalam perjalanan.
Haji menuntut banyak pengorbanan dan memerlukan tahap kesabaran tinggi semasa melaksanakan ibadat itu. Wang ringgit, masa dan tenaga yang dikorbankan pula hendaklah ikhlas kerana Allah. Ibadat dilaksanakan penuh keredaan dan ketakwaan akan memperoleh ganjaran besar.
Bakal jemaah haji perlukan persediaan rohani yang mantap supaya berupaya mengendalikan diri dalam suasana kritikal. Setiap jemaah haji disarankan memberi perhatian kepada aspek kesihatan dan persediaan ubat bagi yang berpenyakit supaya dapat mengurangkan tahap kerisauan mengenai masalah kesihatan ketika di Tanah Suci.
Persediaan ilmu pengetahuan pula, setiap bakal jemaah haji dikehendaki menghadiri Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana supaya dapat menghayati serta melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.
Tabung Haji (TH) membentuk Modul Kursus Haji khusus supaya bakal jemaah haji mudah menghayati dan faham mengenai ibadat yang akan dilaksanakan. Jika timbul masalah, TH menempatkan guru agama di setiap maktab dan jemaah haji boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan.
Setiap ibadat haji dilakukan di tempat berlainan dan banyak menggunakan pergerakan fizikal seperti ibadat tawaf di Baitullah, sa’ie di Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar jamrah di Mina.
TH banyak menerima aduan mengenai perkhidmatan tidak memuaskan ketika di Arafah dan Mina. Sebenarnya kedua-dua tempat itu, jemaah haji tinggal sementara dalam khemah, jauh daripada keselesaan seperti di rumah dan yang penting ialah menghayati falsafah di sebalik ibadat itu.
Sebagaimana hasrat setiap tetamu Allah yang datang menunaikan fardu haji, mereka berharap dan berdoa supaya dikurniakan haji mabrur. Setiap tahun ada kes membabitkan jemaah haji yang kurang persediaan hingga menyebabkan terganggu emosinya. Tidak semua orang berupaya menangani masalah sendiri di mana perkara kecil pun boleh membawa masalah besar.
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, sebaik-baiknya setiap bakal haji mengetahui keadaan cuaca, budaya dan adat resam orang Arab supaya mudah menyesuaikan diri. Dapatkan pengalaman saudara mara dan kawan yang sudah menunaikan fardu haji, selain membaca buku dan menonton cakera padat (CD) yang banyak di pasaran.
Cuaca di Tanah Suci berbeza dengan cuaca di tanah air. Awal musim haji 1428 Hijrah ini, cuaca dijangka masih sejuk dan kering terutama di Madinah. Seeloknya jemaah haji bersedia dengan pakaian agak tebal terutama semasa solat Subuh.
Ada kalangan jemaah haji ke Masjid Nabawi seawal jam 4 pagi, dengan pakaian nipis menyebabkan mereka mendapat batuk, lelah dan sakit paru-paru. Apabila kesihatan terganggu, sudah tentu tidak dapat melaksanakan ibadat dengan sempurna.
Keadaan itu akan menyebabkan jemaah tadi, murung, mengasingkan diri malah ada yang terpaksa dirawat di hospital. Apabila jiwa terganggu, bermacam masalah timbul, berbalah dengan rakan sebilik, pasangan atau keluarga, panas baran, cemburu, merajuk, hilang atau sesat, yang mana akan menyusahkan pihak lain.
Ada kes jemaah haji mengalami kejutan budaya hingga menyulitkan dirinya, keluarga, rakan sebilik malah pihak Tabung Haji dan Muassasah.
Selain faktor kejutan budaya, ada kes jemaah haji yang masih ada ‘urusan belum selesai’ juga boleh mengganggu ibadat haji jemaah ketika di Tanah Suci. Kes begini walaupun tidak banyak berlaku, tetapi memberi impak besar terhadap perjalanan ibadat haji.
Contohnya, kes yang berlaku tahun lalu di mana jemaah haji wanita terpaksa dirawat di hospital sepanjang berada di Tanah Suci. Suaminya berhasrat supaya beliau pergi bersamanya, sedangkan anaknya yang kurang upaya ditinggalkan di tanah air.
Beliau sangat bimbangkan anaknya yang cacat. Oleh kerana beranggapan isterinya akan dapat melupakan masalah apabila berada di Tanah Suci, dan tanpa persetujuan isteri beliau sepenuhnya, anak itu ditinggalkan di bawah jagaan saudara mara.
Sepatutnya perkara itu diselesaikan secara rundingan bersama. Ketika di Tanah Suci, isteri terlalu runsing, tidak tenteram dan sering teringat anaknya menyebabkan beliau menjadi celaru. Kecelaruan fikiran menyebabkan beliau tidak waras, tambahan pula kurang tidur dan tiada selera makan.
Oleh itu, disarankan supaya jemaah haji menguruskan perkara perlu lebih awal tanpa menunggu saat akhir. Kuatkan semangat, belajar mengawal perasaan, jangan dipendam sendiri dan dapatkan nasihat rakan atau petugas TH apabila menghadapi masalah.
Faktor penyakit kronik yang dihidapi sejak dari tanah air juga boleh meresahkan jiwa, menjadi pemarah, sedih dan murung. Jika tidak ditangani akan mendatangkan kemudaratan walaupun TH menyediakan pelbagai kemudahan seperti pakar perubatan, petugas kaunseling dan guru agama.
Kerjasama dan sokongan semua adalah ubat paling mujarab, keluarga dan rakan sebilik boleh mengurangkan derita ditanggung jemaah haji itu. Peranan Rakan TH yang diwujudkan di maktab banyak membantu menyelesaikan masalah yang timbul. Rakan TH dilantik di kalangan jemaah haji sendiri memberi ruang untuk memperoleh ganjaran pahala kerana menolong tetamu Allah patut direbut jemaah haji.
Seperkara lagi, jemaah wanita tidak perlu membawa perhiasan barang kemas dan wang terlalu banyak dalam beg selendang kerana dikhuatiri kecurian atau hilang ketika bersolat atau dalam perjalanan pergi balik masjid.
Kes yang dilaporkan tahun lalu terutama di Madinah menyebabkan jemaah haji mengalami trauma yang membawa kepada gangguan jiwa dan perasaan. Keadaan bertambah parah apabila rakan sebilik mereka cerita bahawa wang itu daripada sumber tidak baik dan tidak bayar zakat.
Sepatutnya jemaah haji memberi sokongan moral dan sikap prihatin supaya mereka berasa selamat dan boleh diharapkan. Jadikan iktibar daripada kes yang berlaku supaya ibadat kita diterima Allah dan dikurniakan haji mabrur.
INFO
Panduan bakal haji
Bakal jemaah haji perlukan persediaan rohani mantap supaya berupaya mengendalikan diri dalam suasana kritikal.
Persediaan ilmu pengetahuan pula, setiap bakal jemaah haji dikehendaki menghadiri Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana.
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, sebaik-baiknya setiap bakal haji mengetahui keadaan cuaca, budaya dan adat resam orang Arab supaya mudah menyesuaikan diri.
Kuatkan semangat, belajar kawal perasaan dan dapatkan nasihat rakan atau petugas TH.
Jemaah wanita tidak perlu membawa perhiasan barang kemas dan wang terlalu banyak dalam beg selendang kerana dikhuatiri kecurian atau hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 30-10-2008 07:53 PM ![](http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Terlalu rindukan anak jejas ibadat
Oleh Jamilah Hashim
Jemaah perlu persiapan kursus psikologi cari ketenangan di Tanah Suci
ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana meletakkan haji s ...
Azie, memang betul apa yang ditulis diatas. Kekuatan mental & fizikal memang perlu ketika buat Haji. Tumpuan kita terjejas kalau asyik nak fikir kerja, rumah, anak keluarga, kalau nak ikut rindu memanglah rindu kat anak anak dan keluarga tapi kena kuatkan hati lupakan seketika rindu tu.
Akak ada bos yang pergi pakej VVIP 2 minggu je tapi kami kat office naik heran kerana ketika disana dia asyik call office tanya pasal kerja. Apalah salahnya peluang yang kita dapat kita gunakan sepuas puasnya untuk beribadah lupakan seketika urusan kerja di tanahair. |
|
|
|
|
|
|
| |
|