CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bunick

KAWAN by Ruhil Amani

   Close [Copy link]
 Author| Post time 30-8-2010 09:56 PM | Show all posts
hee heee.. aku nak soh ko merepek lagii sebenarnye.. kan laki dorang kembar kan??
ko wat ...
Kia_picanto Post at 30-8-2010 21:36



menarik gak tu, nt aku cuba kembangkan plot ni. tp scene pose dh x valid kot sbb aku dah taip part raya dh ni, kena buat time diorg pose ganti la, x pon pose 6.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 09:57 PM | Show all posts
menarik gak tu, nt aku cuba kembangkan plot ni. tp scene pose dh x valid kot sbb aku dah taip  ...
bunick Post at 30-8-2010 21:56



    hem betul gak... tak pe.. tak kisah pose ke tak.. skang mesia tgh panas... senang je kene heatstroke... bantai je bunick..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 10:00 PM | Show all posts
hem betul gak... tak pe.. tak kisah pose ke tak.. skang mesia tgh panas... senang je kene  ...
Kia_picanto Post at 30-8-2010 21:57



aku mmg suka bantai membantai ni...tambah2 idea best mcm ni
kia, kt cna kol bpe skrg ni? ada bape jam lg nk buka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 11:40 PM | Show all posts
hem... sambil2 tu layan la ek.. dah dapat marcell sbg wedding planner terbaik gitu.. import marii...
apsal ko tak proceed ngan skandal ko bunick?? ke nak wat grand ending ngan skandal ko?? ic... kira skandal terhebat tahun 2010 la nih


Kia_picanto Post at 29-8-2010 14:54



what???? marcell as  wedding planner??? yay....no problem... suka suka suka.... kena sponsor air ticket ni nak balik malaysia..
    

ok... your reception nak buat in the wedding hall or garden wedding?? nanti marcell prepare decoration     
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:00 AM | Show all posts
aku mmg suka bantai membantai ni...tambah2 idea best mcm ni
kia, kt cna kol bpe skrg ni ...
bunick Post at 30-8-2010 22:00



    hahaha.. itu yg best tu.. membantai je keje aku nih.. bunick pon suke ye..
kat sini kul 6 petang.. lagi 2 jam 20 minit utk berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:06 AM | Show all posts
what???? marcell as  wedding planner??? yay....no problem... suka suka suka.... kena sponsor air ticket ni nak balik malaysia..
    

ok... your reception nak buat in the wedding hall or garden wedding?? nanti marcell prepare decoration     
marcell Post at 30-8-2010 23:40



    boleh jer.. tapi sponsor air liur je la.. tak pe.. pakai online jer

buat kat hall je la marcell.. kat mesia ni wat kat garden mau mekap cair
best gile ade yg nak contribute creativity nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2010 01:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by marcell at 30-8-2010 18:48

ok.. these my ideas.... kononlahhhh.... yang sebenarnya curi gambar internet sahja.. hahhahaha

the wedding hall..




the cake


the cupcakes come together with the wedding cake.... i love this idea...


invitation card


wedding favors






hahahahha... best betul berangan nih...
anyone want to add anywhere or anything.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:53 AM | Show all posts
lagiiiiiiiii...
flower girl

flower  boy

the bridemaids


and finally... the bride........... hehehhe
baju pengantin... surpriseeeeeeeeeeee..............
kena surprise lah...nanti terlebih excited pula hehehheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 09:36 AM | Show all posts
masuk rumah bunick...
cam btul2 dlm majlis kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 09:37 AM | Show all posts
meriah sgguh dgn segala gambar..
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:21 PM | Show all posts
lagiiiiiiiii...
flower girl

flower  boy

the bridemaids


and finally... the bride........ ...
marcell Post at 31-8-2010 01:53


sume nampak best..
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:48 AM | Show all posts
chengkeh, ni plak spesel utk ko ngan hadiff iman bercengkerama
bunick Post at 30-8-2010 17:38



tiba2 aku termalu bunick....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:52 AM | Show all posts
ni pulak kek kawen ko chengkeh
simpan utk aku sikit tau, jgn abiskan
bunick Post at 30-8-2010 17:37



kalau kek besor ini....konpem aku bg suku kat ko sorang jek bunick...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:56 AM | Show all posts
bunick... ko melayan chengkeh ngan miko merenyam nak kawin nih.. cukup tak page nak habiskan cit ...
Kia_picanto Post at 30-8-2010 20:45



kia...sabo....sampi time ko dia lynkan renyam ko plak....
bek ko cop siap2 coloe tema ko nak color apa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 07:16 AM | Show all posts
tiba2 aku termalu bunick....
chengkeh Post at 1-9-2010 03:48



ko reply posting aku ni kol 3.48 pagi....hmmmm  sungguh musykil sekali
apa ko buat kt atas katil tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 07:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 1-9-2010 07:54

“Kia!!!!!” Lantang sekali suara Bunick menjerit nama Kia.


Terkocoh-kocoh Kia yang hanya berkain batik dipadankan dengan t shirt gedoboh berlari ke ruang tamu bila dengar Bunick panggil nama dia macam halilintar membelah bumi.


“Apa hal? Macam nak roboh rumah ni kau jerit.” Kia marah kat Bunick yang sedang menonton rancangan ulangan The Amazing Race.


“Ada orang cari kau, dia tunggu kat luar.”


“Nak kenakan aku ye? Siapa la cari aku sampai kat rumah ni?”


“Tak percaya sudah, orang tu dah nak buka sila dah tunggu kau dari tadi tau.” Bunick langsung tidak alihkan pandangan dari kaca TV plasma 32 inci itu.


“Siapa wei?” Kia ketuk bahu Bunick dengan remote Astro.


“Pergi tengok sendiri. Sibuklah kau ni.”


Kia capai tuala dan tutup kepala dia dengan tuala tersebut. Dah macam kat kampung pulak bila Kia yang berkain batik tu tutup kepala dia dengan tuala. Dia mengendap di balik tingkap, tak ada sesiapa pun. Bunick ni memang saja nak kenakan aku ni…


“Tak ada orang pun Bunick.”


“Ada la, aku dah cakap dengan dia tadi. Dia tunggu kau kat luar. Kau keluarlah tengok dia. Main intai ikut tingkap memang la tak nampak.” Bunick bangun dan tolak Kia keluar dari rumah.


“Assalamualaikum Kia…”


Menyirap darah Kia bila tengok Jihad Ikhmal yang sedang bersandar di keretanya.


“Waalaikummussalam ustaz….” tergagap-gagap Kia menjawab. Apa ustaz handsome buat kat rumah bujang ni? Kia mengacip kemas tuala yang membungkus kepala dengan kedua tangannya. Dia membelek dirinya sendiri, dah la pakai kain batik je, baju pulak boleh masuk lori kontena, tutup kepala dengan tuala pulak tu. Memang markah untuk penampilan confirm negativelah!


“Saya nak ajak awak keluar. Saya tak ada nombor telefon awak, jadi terpaksalah saya jadi macam salesman hari ni cari rumah awak.” Jihad berjeda seketika. “Tapi nasib baik jumpa…”


“Err…macam mana tau rumah saya kat sini?”


“Hari tu kan kita terserempak kat surau taman ni, jadi saya buat kesimpulan Kia memang tinggal area sini. Saya cuba nasib la pusing taman ni, Alhamdulillah nampak kereta Kia dan kawan Kia. Saya berhentilah kat sini. Kemudian cuba nasib lagi, bagi salam. Lepas tu kawan Kia yang keluar. So, confirmlah Kia tinggal kat sini.” Panjang lebar Jihad Ikhmal berperi.


“Oh…macam tu rupanya.” Kia mengulum senyum. Ada rasa yang sukar dimengertikan sedang menari-nari di dalam hati. Apa maknanya bila seorang lelaki bersungguh-sungguh menjejaki tempat tinggal seorang wanita? Anak tenggiri anak sepat, sendiri mau ingat…..


“Saya mengganggu Kia ke?”


“Eh, taklah. Ada hal penting ke ustaz cari saya ni?”


“Hal ni mungkin tak penting pada Kia, tapi saya berbesar hati kalau Kia setuju.”


“Macam berat je ustaz…”


“Saya nak ajak Kia temankan adik-adik kat rumah anak yatim pergi beli baju raya. Ada syarikat yang bagi sumbangan, so diorang mintak kami bawak budak-budak tu pergi Carrefour Wangsa Maju. Kalau Kia ada, mungkin boleh tolong puteri-puteri tu pilih baju raya mereka.”


Tersentuh hati Kia saat mendengarkan permintaan Jihad Ikhmal itu. Nak pergi ke tak nak? Apa salahnya kalau sesekali memerah keringat untuk anak-anak yang kurang bernasib baik itu? Lagipun bukannya dia perlu berjemur di tengah panas, sekadar menolong mereka memilih baju di dalam air cond sahaja.


“Ustaz boleh tunggu sekejap tak? Saya nak tukar baju.”


“Boleh Kia…”


Kia berpusing 90 darjah dan mula berjalan ke dalam kawasan rumah. Namun langkahnya terhenti saat Jihad melaungkan namanya.


“Kenapa ustaz?”


“Saya nak minta tolong sikit lagi boleh tak?”


“Tolong apa ustaz?”


“Tolong jangan panggil saya ustaz boleh?”


Kia tersenyum, namun tiada jawapan yang diberikan kepada Jihad Ikhmal.


15 minit kemudian, Kia sudah pun berada di dalam kereta Jihad Ikhmal. Masing-masing hanya melayan perasaan, Jihad yang kehilangan kata bila berada di sebelah Kia. Dan Kia pula seolah-olah sedang menyimpan emas di dalam mulutnya.


“Saya nak minta maaf kalau saya menyusahkan Kia..” akhirnya, salah seorang dari mereka bersuara juga.


“Ishh….saya tak rasa susah pun. Lagipun besar pahala kalau tolong anak yatim. Walaupun tak boleh tolong dengan wang ringgit, dengan tenaga pun dah memadai saya rasa.”


“Alhamdulillah, senang hati saya kalau Kia cakap macam tu.”


Deringan telefon bimbit Jihad Ikhmal memintas perbualan yang baru bermula itu.


“Assalamualaikum umi,”


Jihad Ikhmal diam sebentar, mungkin sedang mendengar patah bicara dari pemanggil.


“Jihad dengan kawan, nak ke sanalah ni.”


Diam lagi.


“Dengan kawan……perempuan.” Lambat-lambat Jihad memberitahu pemanggil itu.


“Ye umi, Jihad tau. Takkanlah Jihad nak buat tak senonoh pulak.”


Sekali lagi Jihad Ikhmal diam, cuba menumpukan perhatian kepada pemanduan dan juga pemanggil di hujung talian.


“Insyaallah umi, nanti Jihad kenalkan pada umi. Okeylah mi, Jihad tengah drive ni. Dah sampai sana nanti Jihad call umi.” Jihad mematikan talian dan sekilas memandang Kia yang sedang melemparkan pandangan ke luar.


“Spotcheck ye?” usik Kia pada Jihad.


Jihad hanya tersenyum mengiyakan usikan Kia. Bertindih-tindih rasa serba salah di dalam hatinya sekarang. Dia tau hukum berduaan dengan wanita yang bukan muhrim dengannya. Walaupun mereka langsung tidak bersentuhan, namun zina mata tetap juga terjadi. Dia tidak mampu untuk menahan matanya dari terus mengerling ke arah Kia yang manis bertudung itu. Pesanan umi hinggap di fikiran, jangan sesekali bawa anak dara orang keluar kalau tiada tujuan yang satu itu. Umi tidak mahu dia terjebak dengan sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar-besar dosa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 07:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 1-9-2010 08:00

“Kia selalu terawih kat mana?” Jihad memecahkan kesunyian.


“Selalu kat surau taman tu je la.Lepas tu ikut Jihad terawih kat rumah anak yatim hari tu.”


“Kia nak dengar satu cerita tak?” Jihad pandang sekilas wajah Kia.


“Cerita apa?”


“Cerita pasal Nabi Muhammad dan bulan puasa. Ada satu cerita di mana ketika tu Rasulullah baru nak bagi khutbah Jumaat. Ketika baginda naik di mimbar yang pertama, secara tiba-tiba baginda menyebut perkataan celaka. Jemaah di dalam masjid semua terkejut, lebih-lebih lagi para sahabat Rasulullah kerana baginda tidak pernah mengucapkan kata-kata yang kasar. Bila baginda melangkah ke atas mimbar yang kedua, perkataan celaka itu sekali lagi disebut. Begitu juga ketika baginda naik ke atas mimbar yang ketiga, tetap juga perkataan celaka itu keluar dari mulut baginda.”


“Tapi kenapa pulak Rasullullah cakap celaka? Padahal baginda amat memelihara setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Hairan la….” Kia menyampuk cerita Jihad.


“Bila mereka semua siap solat Jumaat, para sahabat cepat-cepat mengerumuni Rasulullah dan bertanya kenapa baginda mengatakan celaka sebanyak tiga kali. Jawab Rasulullah, sewaktu baginda sedang melangkah naik ke atas mimbar, malaikat Jibrail turut berada dengannya. Kata malaikat Jibrail, celakalah bagi mereka yang tidak berselawat bila mendengar orang lain menyebut namamu Ya Rasulullah. Maka Nabi Muhammad menyebut perkataan celaka itu untuk kali pertama. Dan ketika Nabi Muhammad melangkah ke mimbar yang kedua, Jibrail berkata celakalah bagi mereka yang masih mempunyai ibu bapa tetapi langsung tidak menghormati dan mempedulikan orang tua mereka.Sebab itu sekali lagi Rasulullah mengucapkan perkataan celaka itu.”


“Malaikat Jibrail cakap apa sampaikan Rasulullah boleh cakap perkataan celaka untuk kali ketiga Jihad?”


“Bila baginda melangkah ke atas mimbar yang ketiga, malaikat Jibrail berkata celakalah bagi orang Islam yang tidak merebut peluang untuk bertaqwa dan bertarbiah di sepanjang bulan Ramadhan ini. Maka berkatalah Rasulullah celaka sekali lagi di hadapan jemaah yanglain.” Persis seorang ustaz sedang memberikan tazkirah sahaja Jihad Ikhmal bercerita kepada Kia.


“Oh…..macam tu rupanya.”


“Kia tau apa maksud cerita tu?”


“Apa yang Kia boleh simpulkan dari cerita tu, umat Islam dituntut untuk melakukan kebaikan di sepanjang bulan Ramadhan ni.”


“Kia, umat Islam atau sesiapa pun kena buat baik tak kira bulan apa pun. Cuma, kalau boleh, usaha untuk berbuat kebaikan dan bertarbiah di sepanjang ramadhan ni hendaklah dilipat gandakan.”


Terkedu Kia bila dengar Jihad cakap macam tu. Betapa dia merasakan selama ini dia telah menjadi seorang umat Islam yang sewajarnya, sekadar melakukan perkara asas dalam Islam sahaja. Benarlah orang kata, berkawan dengan orang yang baik, maka baiklah kita. Sebaliknyapula….pandai-pandailah fikir sendiri.


“Jihad bukan nak tunjuk pandai Kia,tetapi sekadar mengingatkan sesama kita. Bila Jihad cakap macam ni, Jihad bukan sekadar menyampaikan kepada Kia sahaja, secara tidak langsung Jihad turut mengingatkan diri Jihad sendiri.”


“Jihad dulu belajar kat sekolah agama ke?” terkeluar soalan yang sedikit lari dari topik asal dari mulut comel Kia.


“Taklah, saya sekolah sekular je. Tapi lepas sekolah ayah akan hantar kami adik beradik ke sekolah agama. Malam pulak, umi sendiri yang akan ajar kami mengaji.”


“Oh, Kia ingatkan Jihad belajar kat sekolah agama. Jarang nak jumpa orang muda yang macam Jihad sekarang ni.Kebanyakan mereka lebih suka dengar lagu-lagu yang mengarut daripada mendalami sirah Nabi macam Jihad ni.”


“Ish Kia ni, malu pulak bila Kia cakap macam tu.”


“La, nak malu apa pulak. Saya cakap benda yang betul. Saya sendiri tak tau pasal kisah Rasulullah yang baru Jihad cerita ni. Terima kasih sebab sudi berkongsi ilmu dengan Kia ni. Lepas sekolah menengah Jihad belajar kat mana? Kalau tengok dari gaya, macam belajar kat belah-belah negara timur tengah je ni…..”


“Jihad belajar kat timur tengah? Bertuahlah Jihad kalau dapat peluang belajar kat sana Kia. Jihad ni ex Oxford….”


“Hah? Oxford? Macam tak percaya je….Tahun bila Jihad kat sana?”


“Macam tak percaya kan? Semua orang tak percaya budak Oxford macam Jihad ni boleh jadi macam ni. Kia ingat student Malaysia kat sana tu semua jahat ke?”


“Taklah, Kia tak fikir macam tu pun sebab Kia dulu pernah study kat Irelandjugak.”


“Really Kia? Then kenapa kita tak pernah jumpa ye? Selalu pergi Malaysia Hall tak?”


“Maybe masa Kia kat sana Jihad dah balik Malaysia kot…”


“Kia study kat sana tahun bila tu?” Jihad mula mengorek rahsia. Tak sangka, gadis genit ni pernah tinggal di bumi Ireland rupanya.


“Kia kat sana dari tahun 2006 lagi. Last year baru balik sini. Jihad pulak?”


“Hmmm…kita berselisih lah nampaknya.Jihad balik sini end of 2006. Kia study apa kat sana?”


“Research….in science computer. Jihad ni mesti student business kan?”


“Mana tau? Ada bela hantu raya keni?” Giat Juhad.


“Masa mula-mula tengok Jihad, I thought Jihad ni baru balik dari Mesir then jadi ustaz mengajar budak-budak. But, I changed my mind bila tengok Jihad dah ala-ala businessman berjaya masa tolong Kia hari tu.”


“Jihad ni ada tokoh jadi ustaz ke?”


“Ada la sikit-sikit….”


Jihad mula memperlahankan kereta bila sudah memasuki kawasan parking Carrefour Wangsa Maju. Sukar sekali mencari petak parkir yang kosong pada waktu-waktu begini. Hari minggu ditambah pula dengan kesibukan umat Islam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal adalh faktor utama mengapa Jihad perlu berpusing dua tiga kali sebelum berjaya mendapat petak parkir kosong.


“Jihad!” Kia laung ke arah Jihad yang sudah mendahuluinya beberapa langkah.


Kaki Jihad terhenti betul-betul di depan pintu masuk pusat beli belah itu. “Kenapa Kia?”


“Entah-entah multinational company yang nak bagi sumbangan tu company Jihad….” tebak Kia.


“Atas dasar apa Kia cakap macam tu…”


“Betul ke tak?” Kia masih tegak berdiridi tempat yang sama.


“Kalau betul kenapa dan kalau tak betul pulak kenapa?”


“Nothing, I just want to confirm it….”


“Itu je? Kita masuk dulu, adik-adik tu dah lama tunggu kita.” Jihad meyambung langkahnya yang terhenti dan Kia mengikut langkah Jihad dengan seribu teka teki. Siapa Jihad Ikhmal yang sebenarnya?

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:03 AM | Show all posts
ko sabar ye miko, aku tgh berusaha nk kawenkan korang cepat2 nih

sambil2 tu ko tgk dulu  ...
bunick Post at 28-8-2010 12:54


assalammualaikum n selamat pagi uols!!!!!!!!!!!!!!!!
wahhhhhhhhhhhhhhhh, meriahnye!!!!!!!!!!!!! mcm nak kawen2 btol2 pulak rasanye...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:04 AM | Show all posts
ini pulak kek kawen ko ye miko
bunick Post at 28-8-2010 13:26


aku sukeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!! thanks bunick...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 08:05 AM | Show all posts
yg ni belah pengantin pompuan, umah miko
belah laki wat resepsi kt otel, kena cari pelamin be ...
bunick Post at 29-8-2010 03:18


perancangan baekkk punya drpd miss director....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.098171 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list