CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duchessofkent

Merged: All about New Zealand

   Close [Copy link]
Post time 7-10-2010 07:42 PM | Show all posts
----dabel post lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 07:44 PM | Show all posts
i got headache memikirkan yg i need to change flight date due to perubahan cuti sekola ...
mofu Post at 7-10-2010 19:10


tiket promo bole tukar date ke ? setau aku tk leh kan... nape cuti sekolah dah tukar ke next year ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 08:42 PM | Show all posts
i got headache memikirkan yg i need to change flight date due to perubahan cuti sekola ...
mofu Post at 7-10-2010 07:10 PM




sabar2 mofu.. kalo boleh dapt cuti... lagi best.. kalo dah x de jalan lain..kite tukar je tix..
me x kisah.. me yang prob nnti.. sebab... akhir bulan.. me kena buat closing
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:29 PM | Show all posts
Reply 2238# akira_nagasaki

u beli tiket trus ke Christchurch atau ke Auckland?

tgk kat jetstar tu...kalu trus ke south island...kena trasit lagik...ponat gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:30 PM | Show all posts
ni kalendar skolah 2011...

http://www.moe.gov.my/?id=19&lang=my
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:48 PM | Show all posts
baru check jetstar...mahal tiket time cuti skolah bln 6 next yr...camner ni yer...kalu pi melbourne dulu..ok ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 10:28 PM | Show all posts


lembu2 di catlins
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 10:29 PM | Show all posts
Reply 2242# arwien


    bole tukar wien, tp kena charges fee... n kalau ada perbezaan harga tiket on selected date, kena bayo lagi...baru je bincang2 ngan tasya nak tukar date, rege tu naik pulak dah.sekelip mata ..terpaksa la ku rayu guru besar thn depan, hari2 kena ngadap nak suruh approve cuti. kena belajar ilmu pengasih gini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 10:33 PM | Show all posts
Reply  akira_nagasaki

u beli tiket trus ke Christchurch atau ke Auckland?

tgk kat jetstar tu ...
dania2009 Post at 7-10-2010 21:29


i beli tiket dari KL transit sg then terus ke auckland.. nanti gi south island amik internal flight la kot pasal ingat nak cover dua2 pulau tu. kita org pun gi 16 hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:02 PM | Show all posts
Reply 2249# akira_nagasaki


    akira, aku pn g sana jgk...tp 29jun until 9 julai je...hihi
naik jetstars jgk...rm1550 return, aku g ngn kwn aku 2 org lg
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:09 PM | Show all posts
Reply  akira_nagasaki


    akira, aku pn g sana jgk...tp 29jun until 9 julai je...hihi
naik je ...
bdk2 Post at 7-10-2010 23:02


bdk ko dah start wat itinerary plan dah ke? aku gi 6-21 may, hehe aku ni baru nak survey2.. ni baca thread ni pun baru sampai page 11.. banyak lagi nak kena khatamkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:31 PM | Show all posts
Reply 2251# akira_nagasaki

hahaha...blom lg ler. lmbt lg kot~ tp kwn aku sorang lg akan bwt draft akhir bulan ni. aku just review je sbb aku ketua!
aku skung ni tgh survey2 tempat tdo yg best2 je...sbb nk amek hostels, motels, farmstays n aprtments. nk try sume. TAMAK KN???
lgpn, esk aku nk g beijing dlu....nk beli brg2 utk nz nnt. winter clothes sume tu...
kalo same date, leh together-gether
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:11 PM | Show all posts
heheeh finally khatam gak aku baca thread ni dari mula.. banyak info dah aku dapat, dah dapat gak gambaran jelas cam ne nak buat itinerary plan ni.. tido kat farmstay tu macam menarik.. terima kasih semua.. aku dah copy paste masuk dalam word korang nye info hehe karang senang nak print baca sambil baring2 buat study..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 08:37 PM | Show all posts
heheeh finally khatam gak aku baca thread ni dari mula.. banyak info dah aku dapat, dah dapat gak ga ...
akira_nagasaki Post at 8-10-2010 18:11


fuhhh... hebat gile..tadi baru page 11.. nih dah khatam.. hebat2...
selamat study... kalau asyik duk pk.. mmg x tdo malam..
kalah time study kat sekolah dulu2.. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 01:42 PM | Show all posts
kau masih aktif kat sini fadhil, memang nz memberi kesan mendalam kat kau nampaknya

ada dua (2) artikel pasal nz kat berita harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemoriTanahMaori/Article/index

Memori Tanah Maori
Oleh Amir Hamzah Abu Bakar

2010/10/03



BERMESRA dengan masyarakat Maori, belajar tarian haka dan meneroka gua batu kapur jutaan tahun adalah antara pengalaman tidak dapat dilupakan AMIR HAMZAH ABU BAKAR sepanjang kembara lapan harinya ke New Zealand.

Laga hidung simbol selamat tinggal

NEW ZEALAND amat dikenali dengan sukan ragbi melalui pasukan All Blacks selain buah Kiwi yang turut mewakili nama sejenis haiwan diambang kepupusan. Negara pulau ini juga terkenal dengan masyarakat Maori yang gah dengan tarian perang Haka.

Penulis berpeluang ke negara Kiwi ini, baru-baru ini menyertai lawatan lapan hari yang diatur sebagai ganjaran buat pemenang satu peraduan dianjurkan syarikat pengeluar barangan minuman dan makanan ringan terkenal di Malaysia.
Kami tiba di Christchurch selepas menaiki penerbangan 10 jam dan menghabiskan empat hari di Pulau Selatan yang ketika itu sedang mengalami musim sejuk dengan suhu sekitar 3 darjah Celcius.
Di bandar ini, kami melawat Cathedral Square dan Twizel serta sempat singgah sebentar di Tasek Tekapo, dikelilingi Gunung Cook yang memutih diliputi salji. Di sini juga, tersergam bangunan lama `Church of Good Shepherd’.

Keesokannya, kami menaiki helikopter ke puncak Gunung Cook di Alps Selatan untuk merakamkan gambar kenangan di atas hamparan salji sebelum menempuh perjalanan selama tiga jam yang amat selesa ke Queenstown walaupun tidak dihubungi lebuh raya.

Selepas mengisi perut, kami dibawa bersiar-siar di Arrowtown sebelum ke Jambatan Sungai Kawarau. Beberapa rakan tidak melepaskan peluang menunjukkan keberanian melakukan terjunan Bungy setinggi 43 meter dari jambatan ke bawah Sungai Kawarau.

Makan malam kami dihidangkan di `Queenstown Skyline Restaurant’ yang terletak 790 meter dari aras laut di `Bob’s Peak’. Keesokannya, kami menaiki `jetboat’ menyusuri gaung dan ngarai di lembah sungai ‘Shotover River Canyons’. Dikatakan lawatan ke Queenstown tidak lengkap jika tidak merasai pengalaman menaiki bot laju yang amat popular ini.
Seterusnya kami ke ‘Coronet Peak’ bermain salji di puncak pergunungan sebelum ke Walter Peak Farm di Tasek Wakatipu. Perjalanan melalui dermaga Queenstown menggunakan kapal klasik bertenaga wap menyusuri perlahan Tasek Wakatipu dalam cuaca dingin dan suasana penuh santai.

Walter Peak Farm yang terletak di kawasan tanah tinggi menempatkan pelbagai haiwan peliharaan seperti rusa, Llama, biri-biri dan lembu. Lembu yang berbulu lebat berasal dari Scotland dan dibawa ke New Zealand untuk pembiakan kerana kesesuaian cuaca serta kawasan padang ragut yang luas.

Keesokannya kami terbang ke Rotorua atau lebih dikenali sebagai Tanah Maori di North Island. Jadual lawatan diisi dengan bersiar dan menikmati pemandangan indah bandar ini yang dikelilingi banyak tasik. Rotorua sendiri berasal dari perkataan Maori - Roto bermakna tasik dan Rua bermakna dua merumuskan makna Rotorua sebagai ‘Dua Tasek’.

Sebenarnya ada 16 tasik di sini, antara yang terbesar Tasik Taupo dan Tasik Rotorua. Bandar Rotorua terletak di Zon Gunung Berapi Taupo dan mengalami lebih kurang 1,000 gegaran setahun. Tidak hairanlah ketinggian rata-rata bangunan di sini tidak lebih lima tingkat.

Cuaca sejuk dan hujan renyai tidak membataskan kunjungan kami ke kawasan perhutanan untuk mengenali tumbuhan kayu `Rosewood’ dan paku-pakis. Daun paku-pakis juga logo baju pasukan ragbi All Blacks dan pasukan bola sepak All Whites, namun yang paling terkenal adalah daun Silver Fern.

Destinasi seterusnya ialah ‘Rainbow Springs Park’ yang dibangunkan kerajaan New Zealand sejak 1995 untuk menyelidik dan memulihara burung Kiwi dari kepupusan. Terdapat juga pelbagai spesies burung dan ikan air tawar jenis ‘trout’ di kawasan ini, termasuk jenis Rainbow Trout dan Brown Trout yang amat terkenal.

Kembara hari keenam diteruskan dengan menyertai program ‘Offroad Monster 4x4 Thrill Ride’ di mana kami menempuh pelbagai halangan seperti laluan cerun, laluan balak, laluan berlumpur dan laluan berbukit dengan menggunakan pacuan empat roda dikendalikan pemandu profesional.

Kami kemudian ke Te Puia, iaitu Institut Kraf dan Seni Maori New Zealand yang menempatkan Perkampungan Maori Pikirangi untuk menyelami kehidupan masyarakat Maori termasuk sejarah hidup, adat resam, kebudayaan serta cara hidup mereka seharian. Ketibaan kami disambut dengan ungkapan ‘Kia Ora’ (hello) dan ‘Haere Ma’ (selamat datang).

Di sini kami turut dibawa mengunjungi `Kiwi House’ yang mempamerkan maklumat berkaitan kehidupan burung Kiwi dan mengapa haiwan itu begitu disanjung serta mendapat tempat di hati masyarakat Maori hinggakan bulunya begitu berharga dan menjadi pakaian luar kepada ketua masyarakat bangsa berkenaan.

Seterusnya kami ke kolam lumpur panas atau Nga Mokai-a-Koko Mud Pool yang digelar orang Eropah ‘Frog Pool’ kerana letusan lumpur panas menyamai lompatan katak. Di sini terletak ‘Pohutu Geyser’ iaitu pancutan air panas yang meledak sekali atau dua kali setiap jam dan mampu mencapai ketinggian 30 meter setiap ledakan.

Ada juga demonstrasi masyarakat Maori memanfaatkan sumber asli iaitu kolam air panas untuk memasak makanan seperti jagung, hasil laut dan telur. Kami sempat merasai hasil masakan berkenaan sambil dihiburkan dengan nyanyian dan petikan gitar sepasang suami isteri penduduk setempat.

Di sini juga ada sekolah mengait dan tenunan, belajar tarian haka untuk lelaki dan tarian poi bagi wanita. Kami turut dibawa ke Hangi House menikmati makan malam sambil dihiburkan dengan nyanyian lagu tradisional Maori sebelum diceritakan kisah berkaitan masyarakat berkenaan.

Keesokannya kami mengucapkan selamat tinggal atau Haere Ra dalam bahasa Maori kepada Rotorua selepas menikmati sarapan istimewa nasi lemak disediakan chef Malaysia yang bermastautin di New Zealand. Kami berpisah dengan penduduk di sini selepas menyempurnakan adat berlaga hidung dipanggil `Hongi’.

Destinasi seterusnya ialah Waitomo dengan sebahagian daripada kami ke Waitomo Black Water Rafting menyusuri sungai menggunakan rakit. Sebahagian lagi dibawa ke Waitomo Glowworm Caves, meneroka gua batu kapur bawah tanah yang amat gelap berusia jutaan tahun.

Kami kemudian ke Auckland, destinasi terakhir yang juga bandar terbesar dan utama di New Zealand, terletak di bahagian utara North Island. Kekangan masa membuatkan penulis serta beberapa teman hanya bersiar-siar berhampiran hotel menikmati keindahan malam bandar ini.

Sebelum ke lapangan terbang, kami sempat ke Gunung Eden, kawasan rekreasi warga Auckland. Dalam kesejukan dek cuaca dingin dan tiupan angin yang kuat, kami masih sempat merakamkan gambar kenangan terakhir sebelum berlepas pulang ke tanah air.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 01:42 PM | Show all posts
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PukauanRotorua/Article/index

ukauan Rotorua
Oleh Hidayah Mohammad
[email protected]
2010/08/29

PENGALAMAN kecut perut menaiki gondola ‘Skyline, Skyride,’ hayunan buaian Swing Sky serta meluncur di kemuncak Gunung Ngongotaha setinggi 575 meter di Rotorua, New Zealand, sememangnya mengasyikkan

SEBAIK menjejakkan kaki ke bumi New Zealand atas satu tugasan, baru-baru ini, terasa tidak sabar-sabar mahu melawat tempat menarik di negara kepulauan berkenaan yang terkenal dengan buah kiwi serta pasukan ragbi tersohor, All Blacks.
Walaupun jadual harian penuh dengan tugasan membuat liputan buah kiwi keluaran syarikat Zespri International serta lawatan berkaitan, penulis serta rombongan media dari Malaysia dan India sempat dibawa ke beberapa lokasi tumpuan pelancong yang ada di sana.
Paling menarik, sepanjang lima hari di negara itu ialah kesempatan mengunjungi Rotorua. Begitu seronok menikmati keindahan dan pemandangan tempat pelancongan terbaik di daerah kecil ini iaitu Mount Ngongotaha.

Di kawasan tanah tinggi itu, terhidang pemandangan indah bandar, tasik dan pulau Mokoia yang begitu menakjubkan sebelum kami merebut peluang mencuba aktiviti menarik yang disediakan di puncaknya.

Mount Ngongotaha dengan ketinggian 757 meter, memerlukan pengunjung yang ingin ke puncaknya menaiki gondola ‘Skyline Skyride.’ Gondola berkenaan boleh memuatkan lapan dewasa dan mengambil masa lapan minit untuk sampai ke puncaknya.

Mengikut sejarah, gondola pertama beroperasi ke puncak gunung itu ialah pada 3 November 1967 dan laluan menggunakan kabel dibuka secara umum pada 17 November tahun sama.
Tiba di puncak, penulis dan rakan media lain teruja dengan permainan `Swing Sky’ terletak di sebelah kanan pintu keluar gondola. Buaian berkenaan hanya boleh memuatkan tiga orang dan menjadi permainan pertama menguji tahap keberanian pengunjung.

Mereka yang tidak mudah kecut perut boleh mencuba Swing Sky untuk merasai pengalaman dibuai pada kelajuan hayunan sekitar 150 kilometer sejam selama dua minit pada ketinggian 50 meter dari paras tanah.

Selepas keberanian teruji, penulis ke ruang tengah pusat pelancongan berkenaan. Oleh kerana suasana di Mount Ngongotaha begitu indah, ramai pelancong tempatan memenuhi tanah tinggi ini selain mencuba permainan meluncur dipanggil `Luge Adventure’.

Penulis juga tidak melepaskan peluang meluncur menuruni Mount Ngongotaha dengan `luge’ atau kenderaan kecil seperti kereta sorong yang bergantung kepada tiga roda kecil untuk menuruni bukit.

Ia yang seberat 30 kilogram boleh dinaiki seorang dewasa dan seorang kanak-kanak menggunakan pemegang kawalan seperti hendal basikal bagi mengawal kereta sorong di atas laluan.

Peluncur boleh menetap kelajuan dengan mengemudi sistem brek pada pemegangnya sambil menuruni trek khas diperbuat daripada konkrit. Peluncur boleh membuat pilihan menguji cabaran dan kecekapan mengendalikan luncuran mengikut tiga tahap.

Tahap permulaan membabitkan luncuran sejauh dua kilometer (km) bagi yang baru mencuba, kategori sederhana sejauh 1.7 km bagi mereka yang sudah mempunyai keyakinan dan tahap tertinggi sejauh 1 km bagi mereka yang berani meluncur lebih laju menerusi trek lebih mencabar dan curam.

Luncuran pula melalui lereng berliku dan selekoh curam, tajam serta menyusuri terowong bagi menguji keyakinan dan keberanian. Pada masa sama, peluncur boleh menikmati panorama indah Queenstown dari bukit di bawah pohon Redwood yang redup lagi mendamaikan.

Mereka yang sudah meluncur ke bawah tetapi ingin mencuba lagi akan dibawa semula ke puncak menggunakan buaian gantung.

Penat meluncur, penulis menikmati sajian tengah hari di Restoran Skyline. Hidangan enak disediakan dalam suasana santai sekali, sesuai untuk pengunjung berkumpulan, manakala bagi pasangan yang bercinta bolehlah menjamu selera dalam suasana romantik.

Di sini, anda boleh menikmati hidangan bufet masakan laut atau panggang sambil menjamu mata dengan keindahan persekitaran tanpa gangguan hiruk pikuk, berada di restoran yang boleh memuatkan sehingga 350 pelanggan ini amat menenangkan.

Puas menikmati keindahan dan suasana nyaman di atas gunung, penulis dan rakan pulang ke hotel untuk berehat. Sambil mengimbas aktiviti riang di puncak Ngongotaha, mata kemudian bertukar berat lalu terlelap bersama memori indah di negara kiwi.

Info
Rotorua


Pusat kebudayaan kaum Maori
Terkenal sebagai daerah tasik
Memiliki 14 tasik di sekitarnya
Juga dinamakan Bandar Sulfur.

Mereka yang mahu berkongsi pengalaman melancong ke luar negara, boleh menghantar rencana dan gambar ke [email protected] atau pos ke Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 01:53 PM | Show all posts
me suka sgt pi rotorua....mmg berbaloi....rasa mcm happy je tgk geyser tu....trip yg really worth...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 02:16 PM | Show all posts
ada sape2 penah try buat bungee jumping kat NZ? cube suggest tmpt mane yang best? me ada tgk website.. uurm..yang paling tinggi penah jumpe 441meter.. best nye.. hheheee..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 04:18 PM | Show all posts
ada sape2 penah try buat bungee jumping kat NZ? cube suggest tmpt mane yang best? me ada tgk website ...
tasyha3 Post at 11-10-2010 14:16



   
tasya, kat mana yg smpi 400m tu?
last june, anak2 liza ada la buat kat taupo, tak tinggi sgt la, dalam 47m rasanya...
kat page belakang2 liza ada paste video dia.
jump before 11am, NZD90 saja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 04:23 PM | Show all posts
tasya, kat mana yg smpi 400m tu?
last june, anak2 liza ada la buat kat taupo, tak tingg ...
saliza1979 Post at 11-10-2010 04:18 PM



tasyha tgk link ni -->http://www.nz.com/new-zealand/activities/queenstown/queenstown-ledge-urban-bungy-jump.aspx

salah info.. 400meter je.. hehhe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.128270 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list