dok puah sero make nasi daging kat krabi
nie laks resepi simple hasil gugel
Resepi Nasi Daging Berempah Bahan-bahan:
4 cawan nasi
200g daging (boleh tambah ikut selera anda)
1 ulas bawang besar*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu besar rempah kurma dan 1 sudu teh serbuk kunyit dibancuh dgn sedikit air
1/2 cawan tomato puree
50g butter dan sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa Cara:
1. Rebus daging dan simpan air rebusan. Potong daging nipis2 atau dadu mengikutcitarasa anda.
2. Hiris nipis bahan2 bertanda *. Panaskan butter di dlm kuali dgn apisederhana dan tambah sedikit minyak supaya butter x cepat hangus. Tumis bahanyg dihiris td.
3. Selepas naik bau, masukkan bancuhan rempah dan tumis hingga garing danberbau wangi. Masukkan pula tomato puree dan gaul rata bersama rempah td.Masukkan daging dan perasakan dengan garam secukup rasa. Setelah rempah garing,tutupkan api.
4. Basuh beras dan letakkan dlm periuk nasi. Tambahkan air rebusan dagingmengikut sukatan untuk 4 cawan nasi. Masukkan rempah yang dimasak tadi bersamanasi dan gaul rata. Jangan lupa on periuk nasi dan masak nasi. Resepi mudah dan pasti sedap! Kalausuka, boleh masukkan kismis atau kacang pis dan gajus. Rasanya seakan-akan nasiarab. Try it and you will love it ;)
|