|
UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
aily posted on 2-10-2012 02:44 PM
AsSalam Haji One & semua teman forum
Saja nak tanya Haji One, sebagai petugas berapa kerap Haji d ...
As salam aily,
jadual kerja rasmi kami di tanah suci adalah 8.00-12.30 tengahari dan 5.00 ptg sampai 10.30 mlm. Time waktu ni memang wajib kami ada kat stesyen masing2.
Diantara selang waktu tu kami boleh la pi masjid, tapi biasanya amat terhad (kecuali malam) sebab rasanya waktu kerja rasmi tu atas kertas je..hakikatnya tak rehat sangat pun, jemaah haji sesat tak kira waktu (kena hantar), jemaah haji sakit pun tak kira waktu..kena refer klinik, kena pi ambil jemaah haji discharge pun tak kira waktu..duty waktu luar tugas (waktu rehat pun pejabat kena jaga, begitu juga lepas waktu duty malam, akan ada yg duty malam).
Waktu yg saya selalu pergi masjid adalah diantara jam 11.00 malam sampai 1.00 pagi, lepas tu baik ke Maktab untuk rehat. Tanpa rehat yg cukup, saya dan petugas lain biasanya akan cepat stress dan letih. So, dgn rehat yg cukup, performance kita pun bagus, insyaAllah.
Roughly, biasanya saya dapat pi kerap ke masjid pada awal musim haji (dimana tak ramai lagi jemaah haji didalam maktab saya), bila dah ramai (time kemuncak haji), saya dah tak berpeluang untuk ke masjid dengan kerap lagi dah..
Untuk haji, semua petugas haji dapat buat haji sebab semua petugas akan ikut flow ibadah haji (kami pun pi arafah, mina dan mudzalifah..).
Last edited by haji_one on 2-10-2012 03:02 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 2-10-2012 02:35 PM
check haji online mcmana tu rohai00? nak tahu maksud rohai00, nanti saya tanya kat kengkawan saya. ...
Dalam laman web TH leh check pendaftaran haji dan juga musim haji tahun semasa |
|
|
|
|
|
|
|
rohai00 posted on 2-10-2012 04:01 PM
Dalam laman web TH leh check pendaftaran haji dan juga musim haji tahun semasa
Ada je dlm laman web TH, rohai00 click kat link bawah ni..
http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/semakan-status
Then, masukkan maklumat kat "semakan status pendaftaran haji"..nanti akan ada maklumat dipaparkan, insyaAllah.
Last edited by haji_one on 2-10-2012 04:56 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
whoelse_i posted on 28-9-2012 10:21 PM
Salam.boleh sesape bg info tak pasal umrah yg tidak menggunekn TA x?cth:sy beli flight tickets sendi ...
salam..
bapa saudara saya bekerja di mekah. mungkin dia boleh arrange. nnt sy pm contact no dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru hari ni bkesempatan menziarahi kesini,alhamdulillah sy umrah hari tu and kembali 2 hari sebelum ramadhan,tp perasaan rindu sentiasa ada dihati.....kebetulan pemergian ke tanah suci tidak dirancang sy hanya ckp2 sewaktu admited di wad then Visa lulus terus fly for Umrah....alhamdulillah semuanya dipermudahkan and sy pergi berdua menaiki pesawat Emirates dr Malaysia ke Dubai then Dubai ke Madinah.....selepas selesai di Madinah kami ke Mekah menaiki Pesawat Med-Jedd and alhamdulillah semuanya dipermudahkan.....and sebelum kami blepas pulang abg sy mdapat khabar gembira dan akan bekerja di Jeddah sepanjang musim Haji....mmg benar org kata doa tanpa Hijab...rasanya mcm x nak balik malaysia....emmm mudah2han dpt pergi setiap thn or tiap bln rindunya suasana disana yg damai |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye.. kalau dah buat injection umrah masa april lepas.. kalau nak pegi lagi bulan 2 tahun 2013 ni kena amik injection lagi ke?
surat injection tu tour agent yg april aritu tak pulangkan .. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalam @haji_one & semua.
Saya nak tanya, dekat Mina ada ke plug utk kegunaan jemaah kalau nk charge hp? |
|
|
|
|
|
|
|
ma3rd posted on 5-10-2012 11:21 AM
Assalam @haji_one & semua.
Saya nak tanya, dekat Mina ada ke plug utk kegunaan jemaah kalau nk char ...
Di Arafah takdak plug utk kegunaan jemaah haji (hanya khemah pejabat perkhidmatan maktab Arafah sahaja yg ada, utk kegunaan petugas.
Di Mina plak, yg confirm ada adalah di lot khemah perkhidmatan maktab di Mina sahaja yg ada. Actually, kat tiang2 air-cond dlm khemah jemaah haji tu ada la plug (tk pasti 3 lubang atau 2 lubang), tapi kat tiang tertentu je dan tak semua boleh pakai. Ada plug kt tiang2 tu, bila kita cucuk je charger, terus lingkup charter tu..hehehehe..lagi satu, plug tu agak tinggi la utk dicapai oleh saiz orang asia ni..
Untuk kemudahan, beli bateri spare siap2, chargekan penuh2. Bila satu bateri kong, tukar bateri baru. Bateri tak original banyak kat sana dan murah, boleh la tahan sehari dua..Ataupun utk kemudahan (kalau gamaknya terpaksa sangat), pi jumpa petugas dan mintak ruang utk cas hp sat, tapi tak boleh lama..kami pun biasanya bagi selagi ada ruang dan tak ganggu peralatan elektrik dan hp kami (petugas pun banyak guna hp utk call petugas lain bagi urusan operasi).
Last edited by haji_one on 5-10-2012 11:49 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
te_peng posted on 2-10-2012 01:12 AM
Fuyo kemain tuan haji time gini orang gi Mekah dia gi tempat romantic ambik gmbr byk2 kat Is ...
Wa'alaikum salam wbt
Alhamdulillah, saya dah balik M'sia semalam. Saya 'tumpang' hantar students medic kendalian Medical Education Gateway ke University el-Mansoura. Ambil flight Oman Air, pergi dan balik lalu ruang udara Saudi. Ketika hampir dengan ruang udara Madinah, hati sayu dan sedih. Sudah dekat dengan Masjid Nabawi, sudah dekat dengan maqam Rasulullah SAW, tetapi apakan daya tidak boleh mendarat. Musim haji ni, mustahil dapat visa umrah. Memang semasa di Mesir hati teringat Makkah dan Madinah sebab sekarang musim haji.
|
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize posted on 4-10-2012 06:49 PM
nak tanye.. kalau dah buat injection umrah masa april lepas.. kalau nak pegi lagi bulan 2 tahun 2013 ...
Assalamu'alaikum wbt
Tarikh sah laku injection tu ialah 3 tahun dikira daripada tarikh injection. Kalau tak ada surat macam mana nak yakinkan pihak kedutaan Arab Saudi yang kita telah buat injection? So, sama ada mintak balik surat tu daripada TA berkaitan atau minta klinik yang buat injection tsbt keluarkan surat baru. Kena buat cepatlah kan sementara ingatan doktor tu masih fresh lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ma3rd posted on 5-10-2012 11:21 AM
Assalam @haji_one & semua.
Saya nak tanya, dekat Mina ada ke plug utk kegunaan jemaah kalau nk char ...
Wa'alaikum salam wbt.
Boleh caj kat tiang khemah di Mina. Di Arafah dulu saya caj bateri kat pejabat Muassasah pak Arab. Sambil caj bateri duduk-duduk kat khemah dia orang - ada aircond pejabat pak Arab tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 5-10-2012 11:47 AM
Di Arafah takdak plug utk kegunaan jemaah haji (hanya khemah pejabat perkhidmatan maktab Arafah sa ...
Yelah, senang sediakan aja bateri spare. Kena jimat juga bateri ni. Dahlah hp jenis setiap hari kena charge. huhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 5-10-2012 02:23 PM
Assalamu'alaikum wbt
Tarikh sah laku injection tu ialah 3 tahun dikira daripada tarikh injectio ...
Saya pun kena inject vaksin semula walaupun pergi umrah tahun lepas. Sebabnya kad yg tulis maklumat injection tu hilang entah ke mana. Jadi doktor suruh cucuk semula. huhuh~
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 2-10-2012 07:34 AM
As salam tuan, tu dia..kat Iskandariah Mesir tu..syoknya.
Berkenaan latihan tu, memang mengambi ...
Assalamu'alaikum wbt tuan haji_one.
Selepas haji 2007 saya tidak pernah hadir kursus anjuran TH. Masa kursus tahun 2007 tu, penceramah lebih banyak menggunakan kaedah lisan untuk menerangkan keadaan semasa tawaf dan saie di Masjidil Haram, serta keadaan ketika manasik haji di Arafah, Mudzalifah dan Mina.
Bagi jemaah yang first time hendak melaksanakan haji, lebih-lebih lagi warga-warga emas dari kampung-kampung pedalaman, cara menyampaikan maklumat melalui ceramah lisan ni memang payah hendak faham. Jadi zaman serba canggih IT ni, dengan kemudahan Youtube, video dsb. elok jika TH gunakan video, CD dsb sebagai alat bantu ceramah. Dengan yang demikian, bolehlah TH pendekkan kursus haji kepada 2-3 minggu sahaja.
Mungkin saya dah ketinggalan keretapi kot - mungkin TH dah gunakan kemudahan IT dalam menyampaikan ceramah haji. Wallahu 'aklam.
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 5-10-2012 02:30 PM
Wa'alaikum salam wbt.
Boleh caj kat tiang khemah di Mina. Di Arafah dulu saya caj bateri kat pe ...
hehehe..kat arafah ni, kena tengok rezeki jugak kalau nak caj kat office muassasah, kalau bernasib baik, ok la..kalau tak..hehehe..
Boleh caj kat tiang khemah di Mina, tapi pastikan kena bersabar, sebab samada plug tu rosak (kena plak plug tu dah lama) atau kena berebut (sebab ramai nak guna) dan juga nak kena cari alas utk tinggikan kedudukan kita sebab plug tu kat alang khemah..tapi kalau rezeki baik, takdak orang cas pun hp.
Better gunakan cara yg paling mudah, bawak je bateri spare. mudah utk kita, then, kes cas hp ni pun kalau ikut pengalaman saya, pernah membuatkan ada antara jemaah haji bergaduh sebab berebut nak cas hp..mcm pegangan saya, nak tengok sifat manusia sebenar, kat Mina adalah tempatnya (kat sini la tempat paling mencabar)..
ye la, masa nak pi arafah, sehari sebelum tu..semua dlm keadaan masih bersemangat, fokus..kena 'test' dgn bas rosak, bas lambat, jem nak pi arafah dan sebagainya..letih, pastu kat arafah pun, dengan panas dan sebagainya, suasana pun kurang selesa, lagi letih dan stress..pastu nak pi mudzalifah, jem..berdiri lama, sejuk, lagi la letih, stress, tension, bila sampai mina, dgn toilet kurang, tak mandi, kena jalan 4 km pi balik utk melontar, time ni biasanya jemaah dah all out dah, benda kecik pun akan jadik 'trigger' utk pergaduhan dan sebagainya..diplomasi amat penting la..
So, better play safe..bawak la bateri spare..senang dan mudah (dan tak melibatkan pihak lain).
Last edited by haji_one on 5-10-2012 03:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 5-10-2012 02:49 PM
Assalamu'alaikum wbt tuan haji_one.
Selepas haji 2007 saya tidak pernah hadir kursus anjuran TH ...
Wa'alaikumsalam wbr wbt. Hehehe..utk sekarang ni, memang banyak pakai LCD projektor (video clip) utk penerangan, alhamdulillah ada la perubahan, hehehe...dan yg paling penting, semua teori tu dah diterjemahkan balik semasa kursus haji perdana (bila mereka dah lalui praktikal baru la depa nampak apa signifikan teori yg mereka belajar sebelum ni).
Last edited by haji_one on 5-10-2012 03:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
whoelse_i posted on 28-9-2012 10:21 PM
Salam.boleh sesape bg info tak pasal umrah yg tidak menggunekn TA x?cth:sy beli flight tickets sendi ...
Wa'alaikum salam wbt
Kawan sepejabat saya pernah pergi umrah pada Mac tahun ni tidak menggunakan TA. Beliau pergi dengan rombongan pimpinan seorang ustaz daripada Sabah (http://abuawatif.wordpress.com/category/umrah/). Tiket beli sendiri, visa, hotel dan kenderaan arranged by that ustaz. Di Makkah tinggal di Hotel Gemilang (dekat dengan kawasan parkir kereta al-Houjun), dan di Madinah tinggal di hotel dekat dengan perkuburan Baqi'.
Saya dan kawan-kawan bercadang nak buat umrah ala back packing next year. Jika selesai urusan visa, insyaAllah yang lain-lain kami arrange sendiri. Mungkin di Madinah tinggal di hotel tanpa bintang sekitar Masjid Abu Zar atau Masjid Ijabah. Di Makkah boleh squad dengan pelajar pondok bukit Ajiyad. Semoga Allah perkenan dan mudahkan segala urusan, insyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ma3rd posted on 5-10-2012 02:39 PM
Yelah, senang sediakan aja bateri spare. Kena jimat juga bateri ni. Dahlah hp jenis setiap hari ke ...
ma3rd, pi sana toksah bawak hp yg hebat2, beli yg biasa2 dan basic je..so function tak banyak bateri tak cepat habis..lama la skit tahannya..hilang pun tak rugi, jatuh pun tak risau. Saya tengok orang yg bawak hp canggih ni, dgn gajet2 hebat ni sekejap je datang nak mintak cas, sekali dua takpa, tapi kalau berkali2, kami pun tak bagi..jemaah haji lain pun nak tumpang jugak cas hp depa..
|
|
|
|
|
|
|
|
ma3rd posted on 5-10-2012 02:44 PM
Saya pun kena inject vaksin semula walaupun pergi umrah tahun lepas. Sebabnya kad yg tulis makluma ...
Yang saya tahu, suntikan meninggitis laku untuk tempoh 2 musim (2 tahun).
Saya ada buat semakan tentang vaksin meninggitis ni, actually ada banyak jenis vaksin ni, ada yg berkesan sehingga 2 tahun maksimum dan ada yg berkesan sehingga 3 tahun. So masa ambil suntikan tu kena makesure tempoh laku dan berkesan vaksin tu..mungkin 2 tahun, mungkin 3 tahun.. Last edited by haji_one on 8-10-2012 09:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 5-10-2012 03:03 PM
hehehe..kat arafah ni, kena tengok rezeki jugak kalau nak caj kat office muassasah, kalau bernasib ...
Assalamu'alaikum wbt haji_one.
Nak tengok sifat manusia sebenar, kat Mina adalah tempatnya (kat sini la tempat paling mencabar) Betullah cakap tuan haji tu. Pengalaman saya, sehingga kini ada kawan yang tidak puas hati dengan saya sebab saya tidak ajak dia pergi melontar pada malam 10 Zulhijjah (selepas sampai daripada Mudzalifah). Sedangkan ketika itu ia merupakan haji yang ke-3 bagi dirinya. Dia bawa isteri dan ibu mertua umur 70an. Bayangkan kalau saya pergi melontar bersama-sama keluarga beliau, macam mana pergerakannya nanti sedangkan kita perlu bergerak pantas. Dia selalu sebut-sebut perkara tu dalam surau di ofis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|