|
Sore datang lagi
menghimpit siang ke ufuk
galau yang tersimpan
kubiarkan pergi bersama rona jingga
tidak ingin kusimpan sepanjang malam
aku ingin biarkan malamku hanya dengan kesakitan ini
biar dingin embun memujuk hati
biar gelita malam menemani
membacakan aku puisi-puisi lalu
biar kesakitan ini merasa bosan
dan meninggalkan aku sendirian
dan dia pergi tanpa menoleh lagi
dan akan kutunggu fajar menegurku
sudah sihatkah kamu?
Goldkey, 2/10/11, 17.56 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 61
Telah kumembaling botol
terkandung utusan cinta
ke laut kasihmu
18 tahun yang lalu
aku yakin kamu telah menemuinya
dan perutusan itu telah kamu ulang baca
kerana kutahu
ayat-ayat cinta itu
sentiasa bernyawa di hatimu.
Goldkey, 2/10/11, 20.48 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Kususun cendawan malam
menjadi bait-bait bermakna di dada langit
bahawa aku tidak berdaya lagi
duduk di sini membaca puisimu teman
ingin aku berbaring
melayan kelesuan
biarlah dia ingin bermanja seketika
sebelum fajar mengusirnya
dan bersama embun pagi dia akan pergi
menuruti bahang mentari.
Salam kemaafan salam selamat malam.
Goldkey, 2/10/11, 21.20 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Andai kumampu
Andai kumampu
ingin kutulis
pada setiap helaian dedaun
bahawa aku cinta kamu
dan biar dedaun melambai
pandangan mata hatimu.
Andai kumampu
ingin kubisikkan
pada aliran bayu meniup
bahawa aku merindu kamu
dan biar bayu menyapa
cuping telinga hatimu.
Andai kumampu
ingin kubacakan
puisi cintaku pada pungguk
dan biar didendangkannya
pada malam hari
menjadi lagu mendayu-dayu.
Goldkey, 3/10/11, 13.47 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak lelah jika berlari
tapi aku lelah jika duduk tak berpuisi
seakan nafas terhenti
jika jemari tidak menari
dan aku rasa lebih sihat begini
melontar ilham yang mengasak memori.
Goldkey, 3/10/11, 18.04 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-10-2011 18:37
Doakan aku
Senja pun bertanya
buat apa kamu Goldkey?
lalu aku menjawap buat puisi dari tinta hati
nama kamu sering kali kusebut
bagaimana kamu merona lagi dengan warna jingga
indah sungguh coretan kamu.
Ketahuilah duhai senja
burung-burung pulang ke sarang
memeluk anak-anak di celahan dahan
melambai-lambai pemergian kamu
dan sepanjang malam
mereka mimpikan siang yang indah.
Aku jua di sini
ingin katakan kepada kamu
terlalu berat melepaskan kamu pergi
kerana esok belum pasti
apakah akan kulalui seindah hari ini
doakan aku duhai senja.
Goldkey, 3/10/11, 18.25 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Laut Kasih 62
Selagi ada cinta
malam tak pernah gelita
lentera cinta menerangi kamar kita
menyuluh ke dalam kelambu asmara
menghangat gelora rasa.
Selagi ada rindu
malam tak pernah sendu
lilin cinta menerangi teratak kalbu
memancar sinar memutih salju
mendingin hawa cemburu.
Selagi ada laut kasih
malam tak pernah sedih
neon cinta bergemerlapan di taman kasih
mengerdipkan cahaya putih
mewarnai wajah cinta yang terpilih.
Goldkey, 3/10/11, 18.52 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Separuh telah pergi
Separuh dari dirinya telah pergi
tinggal lagi separuh yang tidak sepenuh hati
hanya ada untuk menganggu emosi
menjadi duri dalam daging
menjadi gunting dalam lipatan
menjadi selumbar dalam isi kuku
menyakiti.
Dan aku berkata dalam hati
kenapa tidak engkau pergi saja
tinggalkan daku dengan hidupku
engkau pergi kepada yang selayak
atau jangan sesekali engkau usik
berumah pada insan-insan sepertiku
pergi duhai kesakitan.
Goldkey, 3/10/11, 19.43 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PMR 2011
Duhai calon-calon semua
usah gemuruh masuk dewan periksa
telah kamu tuntut ilmu tiga tahun lama
tiba masa meluahkan apa yang kamu ada
garapkan dengan penuh semangat waja
gegarkan keputusan di akhir Disember.
Duhai warganegara
mari sama-sama kita berdoa
menduduki peperiksaan yang tiba
kejayaan akan memihak anak-anak kita
mohon dilapangkan dada
menjawab dengan penuh ketenangan jiwa.
Kita satu bangsa
kita satu negara
kita satu Malaysia.
Goldkey, 3/10/11, 20.53 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Redha dengan senyuman
Jika takdir tidak menyebelahi
usah menangis menyiksa diri
terima ketentuan Ilahi
ada hikmah di sebalik apa yang terjadi
redha dengan senyuman yang pasti
melepaskan apa yang bukan jadi hak milik hakiki
semua hanya pinjaman di alam fana ini
yang lebih abadi alam selepas semua telah pergi
jangan sesekali menyesali
yang terbaik telah tercatat sejak azali
senyumlah walau hanya sekali
tanda mensyukuri anugerah Ya Rabbi.
Goldkey, 3/10/11, 23.36 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Di hujung jaga
pastikan ada timbang tara
siapakah pencatat yang lebih bekerja?
andai yang di kanan ligat menarikan pena
bertuahlah empunya cerita
andai yang di kiri lelah meninta
pelakonnya harus bersiap sedia
sebelum mata
menemukan rambutnya
ucapkan istighfar kepada yang Esa
semoga dipelihara dari dosa.
Goldkey, 4/10/11, 20.57 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Di bawah langit berendakan awan gemawan
ingin aku dongengkan sebuah riwayat
bahawa apabila sang arjuna
meniupkan seruling di perdu hati
sang sri dewi dirasuk melodi cinta
lalu disyairkan karangan rindu ke angin lalu
bertiup angin menerjah ke jendela kasih sang arjuna
perkhabaran diterima
lalu keduanya tersenyum di alam bawah sedarnya.
Goldkey, 4/10/11, 22.22 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Di atas pundak pelangi malam
tiupan seruling arjuna memukul telinga
maka terjaga rawana dari pertapaan tujuh kurun lamanya
bergetaran dada dicengkam melodi berkuku bisikan angin lalu
dalam cermin hikmat pusaka terpandang senyuman sri dewi
lalu terbakar hati dimarak curahan dendam menerjah sukma
sang arjuna dicop mohorkan saingan memenangi cinta
dan alam bawah sedarnya hanya tenang di permukaan
sedang gelora memusar di dasar.
Goldkey, 4/10/11, 22.51 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila sang rawana melompat turun ke bumi
maka berkocakan seisi alam semesta
berguguran segala bunga-bunga yang menguntum senyum
tersentak sang sri rama dari lena panjang
bertukar kulitnya dari warna dedaun menjadi merah saga
detak hati membisikkan petanda huru hara akan tiba
dan alam bawah sedarnya mengeletar gegar
membawa berita perang kerana cinta.
Goldkey, 4/10/11, 23.12 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 4-10-2011 23:30
Kututup mata penaku malam ini
agar tintanya tidak mengering
lalu kuucapkan selawat dan salam
kepada junjungan besar S.A.W
salam kemaafan buat teman-teman
salam selamat malam
bertemu lagi andai ada kesempatan
silap dan salah harap maafkan
kerana aku hanya insan
manusia yang punya kelemahan.
Goldkey, 4/10/11, 23.23 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Bila sang sri rama terjaga dari lena yang panjang
pepatung membawa terbang wangian peluhnya
lalu terhidu akan sang sri dewi yang tuntas menghias diri
menunggu arjunanya di tepian tasik sanubari
dipakainya celak dari batu gunung dasar laut hitam
dicalitnya haruman dari bunga-bungaan tujuh gunung
dan alam bawah sedarnya mewangi semerbak
memercik bauan ke deria sang arjuna.
Goldkey, 5/10/11, 16.40 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Daun kapal terbang
Dulu-dulukan
aku pernah jatuh basikal
turun bukit hilang kawalan
bukit bangsu namanya
tersungkur mencium tanah merah
tertusuk batu lada ke dahi
syukur ada orang kampung
membantu gumpalkan daun kapal terbang
disumbatnya pada luka
sedar-sedar aku dah di klinik desa
alhamdullilah aku masih bernyawa
suatu pengalaman berharga.
Goldkey, 5/10/11, 20.01 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Koyok
Sebut pasal koyok
teringatkan arwah bonda
selalu dia pening kepala
akulah jadi tukang beli koyok
akulah tukang beli ubat dusil
dia tidur sejenak
nanti peningnya beransur pergi
namun apa daya
itulah simptom leukimia
yang kami tidak tahu
hinggalah sebulan terakhir hidupnya
moga bonda damai di sana.
Goldkey, 5/10/11, 20.12 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Dia PapaBurn Abm
Dia
berkupiah putih
berjanggut hitam putih
hatinya suci bersih
menasihat kami yang bertatih.
Dia
ingin menggarap puisi rintih
sabar kutunggu dengan senyum tersengih
harap-harap puisinya canggih
puisi terhebat dan terpilih.
Dia
papa yang gigih
tak pernah kelihatan letih
ada saja idea boleh ditagih
begitulah sifatnya yang pengasih.
Goldkey, 5/10/11, 20.36 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biskut Tawar Hup Seng
Kamu tahu?
biskut empat bucu
ranggup mengasyikkan kalbu
kalau makan tak cukup satu
cicah kopi lagi syahdu.
Goldkey, 5/10/11, 21.57 pm |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|