|
UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
He he tengah free ni bolehlah kacau Haji dengan soalan.
Kalau untuk kedua kali gi Haji sekarang bayaran ikut muasassah berapa ya? Dulu akak bayar all in lebih kurang RM9k++. Dengarnya untuk yang kedua kali seganda betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 01:36 PM
He he tengah free ni bolehlah kacau Haji dengan soalan.
Kalau untuk kedua kali gi Haji sekarang b ...
Hehehe..boleh je tanya, takdak masalah..tengah free..rehat ni.
Untuk pergi haji kali pertama, contohnya tahun 2011 ni..ianya adalah berjumlah RM9,800.00 (lebih kurang la) dimana TH dan pihak kerajaan (subsidi) juga memberi bantuan tambahan dr kos asal haji (kos sebenar adalah lebih kurang Rm14k kalau tak silap). So, lebihan RM4,200 tu adalah dtg dr keuntungan perniagaan TH dan juga subsidi Gov.
bagi yg ada kekerapan (nak pi haji kali kedua atau lebih), TH menetapkan yg mereka ni kena pi dengan membayar jumlah penuh iaitu kira2 RM14,000.00..so, tak sama la antara yg first time dengan yg kali kedua dan seterusnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haji, akak terbaca dalam blog pertiwi, Haji ada ceritakan tentang warga warga tua yang cam lupa lupa/nyanyuk. Bukankah mereka ni sebelum pergi di interview dulu samada lulus/tak lulus untuk pergi.
Jadi semasa di Arafah/Mina tu semua mereka ni dibawah bimbingan petugas tabung haji ke? Sebab akak ingat lagi ada satu kes cam tu semasa di Arafah, jemaah wanita ni tiada dalam khemah tanya jemaah lain katanya dibawah kawalan/bimbingan TH. |
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 01:56 PM
Haji, akak terbaca dalam blog pertiwi, Haji ada ceritakan tentang warga warga tua yang cam lupa lupa ...
TH melihat kelayakan utk pi haji berdasarkan kepada kelulusan yg doktor bagi (buku kesihatan tu ada kelulusan doktor), so, kalau doktor bagi..TH akan mengizinkan mereka ni pergi.
Cuma bila sampai kat sana, biasanya orang tua yg biasa2 pun teruk sebab jet lag, usia lanjut, letih, tension, risau..benda2 mcm ni akan mmbuatkan kesihatan mereka terjejas..samada fizikal, mental mahupun emosi. Hasil adunan ni jemaah haji warga emas ni biasanya kurang fit untuk melalui waktu masyaier dengan sendiri.
So, TH menyediakan perkhidmatan penjagaan warga emas (yg dikendalikan oleh pasukan kaunseling TH). Tempat terhad so pilihan jemaah haji yg layak ni akan ditapis dengan sebaik mungkin la. Mereka akan diambil dr Maktab masing2 (juga dr ahli keluarga masing2) sehari sebelum wukuf dan akan bersama dengan team warga emas ni sampai selesai masyair. Mereka akan ditempatan di ibu pejabat TH di Arafah, Mina dan Mudzalifah. Biasanya yg jaga mereka ni adalah petugas haji kewangan (teller) yg memang dilatih dr awal.
Sepanjang tempoh masyaier tu memang mereka tak akan bersama2 dgn jemaah haji biasa (mcm akak cakap tu..).
Agak mencabar (juga menyentuh perasaan) bila menjaga warga emas ni, ye la..dah tua, sedikit nyanyuk, tak sihat..hmmm..sedih jugak, kalau tak kuat, meleleh air mata tau sebab kita layan mcm keluarga kita sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 1-10-2012 02:05 PM
TH melihat kelayakan utk pi haji berdasarkan kepada kelulusan yg doktor bagi (buku kesihatan tu ad ...
Wah mencabar jugak ya tugas ni sebab bukan senang nak jaga layan warga emas dengan macam macam kerenah tapi tu tugas mulia tu Haji banyak dapat pahala he he.
Haji, last soalan sebelum Haji bosan he he, ubat ubatan dari doktor TH. Pernah sekali akak sakit perut (cirit birit) di Mina (masa tu memang ramai yang food poisoning), klinik sikit kelam kabut, minta cucuk tapi doktor kata ubat dah habis, dia nak bagi paracetamol je, tapi akak insist nak cucuk jugak he he sebab memang tak tahan sakit juga tak tahan ulang alik tandas (Haji faham lah time kat Mina tandas bagaimana panjangnya Q dia he he).
Kenapa doktor tak ada banyak ubat spare? Ada kah ubat ubat ni semua dari TH atau Saudi Govt yang supply?
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 02:23 PM
Wah mencabar jugak ya tugas ni sebab bukan senang nak jaga layan warga emas dengan macam macam ker ...
hehehe..memang mencabar, tapi takpa la..ada ganjaran dan pahalanya..
Tak bosan la, tanya ja..saya sedia menjawab.
Berkenaan perubatan di Arafah, Mina dan Mudzalifah ni..untuk makluman, sebenarnya klinik perubatan tidak boleh dibuka di Arafah mahupun Mina (kerajaan Arab Saudi tak benarkan), ini adalah peraturan mereka..kesemua kes perubatan adalah dibawah tanggungjawab muassasah dan juga kerajaan Arab Saudi.
Tapi bila TH bergantung harap pada pasukan perubatan Arab, memang problem la sebab kualiti, masa dan lain-lain kekangan yg akan dihadapi. So, TH dengan ikhtiar sendiri membuka pusat perubatan (tapi tak boleh terlalu menonjol) sekadar membantu jemaah haji kita yang mampu. Ubatan adalah dibeli dr sana dan ada juga dibawa dr sini (semua ni dibawah urusan pasukan perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia rasanya..).
Pada waktu masyaier, pasukan perubatan kita membawa ubatan yg sangat limited, memang kalau berlaku apa2, agak bermasalah la, insyaAllah, rasanya TH (pasukan perubatan) dah improved bab ni, sekiranya ada kes keracunan makanan dlm jumlah yg besar, insyaAllah, mereka akan menangani kes2 ni dengan baik.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 1-10-2012 01:40 PM
Hehehe..boleh je tanya, takdak masalah..tengah free..rehat ni.
Untuk pergi haji kali pertama, c ...
oo baru tau harga tk sama pertama kali ngan kali kedua..
|
|
|
|
|
|
|
|
syasya99 posted on 1-10-2012 03:30 PM
oo baru tau harga tk sama pertama kali ngan kali kedua..
hehehe..ada yg merayu utk pi kali kedua (sebagai mahram/pengiring), bila diluluskan dia terkejut beruk sebab Wang Naik Haji dia tak sama mcm first dia pi haji..hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaaikum wbt.
Salam dari El-Mumtazah, Iskandaria, Mesir
Lama tak masuk ke sini dan seronok baca posting haji_one. Nak tanya haji_one, kenapa kursus haji TH ambil masa brminggu-minggu? Semasa saya pergi haji tahun 2007 yang lepas tak silap saya lebih daripada 8 minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 1-10-2012 11:08 PM
Assalamu'alaaikum wbt.
Salam dari El-Mumtazah, Iskandaria, Mesir
Fuyo kemain tuan haji time gini orang gi Mekah dia gi tempat romantic ambik gmbr byk2 kat Istana Faroq. Tuan haji gi melawat anak kaa?
|
|
|
|
|
|
|
|
msaadhamid posted on 1-10-2012 11:08 PM
Assalamu'alaaikum wbt.
Salam dari El-Mumtazah, Iskandaria, Mesir
As salam tuan, tu dia..kat Iskandariah Mesir tu..syoknya.
Berkenaan latihan tu, memang mengambil masa berminggu2 jugak la kerana tempoh setiap sesi utk kursus bagi jemaah haji tidak lama (cuma seminggu sekali, samada hari Ahad mahupun Sabtu), so, dlm sebulan baru 4 kali.
Untuk kursus ni, TH menetapkan penerangan dan huraian lengkap mestilah diberikan kepada Jemaah Haji dimana ianya mencakupi aspek ibadah haji/umrah dan juga pengurusan haji (sebelum, semasa dan waktu pulang ke Malaysia). Since audience utk kursus ni ramai dan berbilang taraf pendidikan dan usia, memang setiap skop akan cuba di'cover' oleh penceramah sehabis detail..so, take time.
bagi yg ada pengalaman, memang agak mudah sebab dah dapat gambaran awal apa itu haji dan proses pelaksanaannya (baik dr segi ibadah mahupun pengurusannya), tapi bagi yg first timer, kursus ni memang medan terbaik utk dapatkan maklumat dan juga pengetahuan bagi persediaan ke sana. No wonder berminggu2..infact ramai peserta yg dah menghadiri kursus haji ni berulang2 selama beberapa tahun.
Dr segi kursus, terdapat dua tahap iaitu kursus haji bersiri (mingguan) dan juga kursus haji perdana (praktikal).. Tu pun dlm keadaan ramai yg pi kursus, berminggu2, sampai sana, habis berterabur pn ada jugak..hehehehe..adat la tu, manusia..
|
|
|
|
|
|
|
|
salam Tuan Haji_one. boleh tak saya nak join Haji dgn TH sebab saya berada di jeddah utk penerbangan haji. time haji kami cuti 15 hari Last edited by nynea on 2-10-2012 08:01 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
nynea posted on 2-10-2012 07:57 AM
salam Tuan Haji_one. boleh tak saya nak join Haji dgn TH sebab saya berada di jeddah utk penerbang ...
Hehehehe..ni special kes ni. Biasanya orang yg pergi haji dgn TH adalah orang yg yang menggunakan visa haji dr kuota haji Arab Saudi. Untuk orang yg bukan divisakan haji tapi nak join rombongan TH ni agar susah saya nak jawab..hehehe..mintak maaf sangat Nynea, kes luar biasa ni.
Rasanya Nynea kena contact TH Jeddah untuk minta pendapat samada Nynea boleh join rombongan TH atau tidak.
Contact number utk pejabat konsul haji di Jeddah adalah 009 662 687 6715. Nynea boleh mintak pendapat pegawai TH di Konsul Haji sebab arrangement (sekiranya dibenarkan) tentu berbeza dan perlu melalui prosedur tertentu. Tapi kalau tak boleh, Nynea boleh kot tanya orang kat sana, kot2 ada cara lain utk membolehkan Nynea buat haji tahun ni, insyaAllah.
|
|
|
|
|
|
|
|
cepat betul reply ni. terima kasih tuan haji_one. saya akan call num tu esok pagi. insyaAllah saya nak ikut thn ni, lebih baik sangatlah dgn TH. |
|
|
|
|
|
|
|
nynea posted on 2-10-2012 08:42 AM
cepat betul reply ni. terima kasih tuan haji_one. saya akan call num tu esok pagi. insyaAllah ...
hahaha..sama2, kebetulan menghadap komputer..saya jawab la. Tapi tu la, maaf tak dapat nak tolong banyak..hehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
saya pun sama, 24/7 depan komputer. |
|
|
|
|
|
|
|
nynea posted on 2-10-2012 08:56 AM
saya pun sama, 24/7 depan komputer.
hehehe..time musim haji ni, memang saya kerap menghadap komputer sebab dok beremail dgn kengkawan kat tanah suci sana..hehehe..
Untuk makluman kengkawan ye, bagi setiap jemaah haji kita yang berada di Madinah, waktu berlepas mereka ke Mekah adalah setiap selepas waktu asar (ni SOP TH), so dlm jam 4.30 petang waktu Madinah, mereka akan bertolak ke Mekah dan singgah di Miqat Bir Ali dlm waktu magrib untuk solat Magrib / Isya' secara jama'. Perjalanan dr Madinah ke Mekah adalah dlm tempoh 7-8 jam bergantung kepada traffic dan juga tempoh masa yg diambil di Bir Ali dan Jummum (hentian pemeriksaan passport visa haji).
So, bagi team maktab, kami akan menyambut ketibaan jemaah haji dr Madinah ni di maktab biasanya pada jam 12.00 tengahmalam dan membawa sampai ke pagi. Ikut tempo pergerakan, biasanya bas akan tiba tidak serentak, memula sampai sebuah, pastu dua buah, pastu sebuah dan sebagainya..biasanya sejumlah 10 buah bas digunakan untuk membawa jemaah haji kita bagi setiap KT.
Jadi, bagi petugas haji,bila pengurus maktab bagitau yg kita akan ada sambutan ketibaan jemaah haji, dan kalau dia bagitau pergerakan tu dari Madinah, so kita boleh agak bila dia akan sampai. Biasanya lepas waktu kerja (10.30 mlm), kami akan terus stay kat Pejabat Pusat Perkhidmatan Maktab sampai la bas tiba (sambil2 tu boleh la lelap sekejap), kekadang baca yasin, kekadang kami dengar radio arab..ikut waktu dan mood la.
Kalau pergerakan kemasukan jemaah haji dr Jeddah, yg ni kita tak boleh predict, adakalanya mereka sampai tengahari, sampai petang, sampai lepas subuh, sampai nak malam. Pengalaman saya, waktu tu dah nak solat jumaat (lepas khutbah), maktab kami time tu kat Marwah An Naqa, sebelah masjid..baru je Imam masjid nak takbir untuk solat, bas jemaah haji yg pertama (dr Jeddah pun sampai kat depan maktab), mana2 petugas haji yg tak sempat takbir, terus sarung kasut berlari ke bas utk urusan sambutan..lawak betul la, tapi ada sebabnya..kita tak boleh biarkan jemaah haji yg baru tiba tanpa pengawasan petugas, nanti macam2 hal jadi..hehehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
bila agak nya kiter leh check online nma untuk haji tahun depan? |
|
|
|
|
|
|
|
rohai00 posted on 2-10-2012 02:29 PM
bila agak nya kiter leh check online nma untuk haji tahun depan?
check haji online mcmana tu rohai00? nak tahu maksud rohai00, nanti saya tanya kat kengkawan saya..hehehehe..
|
|
|
|
|
|
|
|
AsSalam Haji One & semua teman forum
Saja nak tanya Haji One, sebagai petugas berapa kerap Haji dapat solat di Masjid? Sebab tau kesibukan petugas. Adakah semua Petugas dapat jugak buat Haji atau hanya certain Petugas je yang dapat buat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|