usah kanda bimbang & ragu
jgn pula nangis mcm anak2
cincin BERlian mmg ditunggu2
rotan kt montot dinda xnak
`menunggu...
---------------------------------------
jemuran kain elok tersidai
waktu pagi sibuk memasak
cincin berlian tak bole digadai
mana tahu nanti masa sesak.....
suka melayan karenah Siti
MakSiti pula org Selayang
usah diikut rasa hati
cemburu itu tanda sayang....
-----------------------------------
lama tidak menunggang kuda
memburu rusa ditengah hutan
cemburu sayang berpada2
jangan sampai hilang ingatan.....
Originally posted by iDputera at 28-3-2009 11:30 PM
suka melayan karenah Siti
MakSiti pula org Selayang
usah diikut rasa hati
cemburu itu tanda sayang....
-----------------------------------
lama tidak menunggang kuda
memburu rusa ditenga ...
ingin menambah ilmu didada
sanggup pula kalau kena rotan
dinda ingat kata2 kanda
ianya sentiasa diingatan
ingin menambah ilmu didada
sanggup pula kalau kena rotan
dinda ingat kata2 kanda
ianya sentiasa diingatan..
-------------------------------------
cantik bunga di tengah laman
selalau disiram oleh mak dara
kata yang elok buat pedoman
yang lain2 hanya bergurau mesra.....
Originally posted by iDputera at 28-3-2009 10:47 PM
pucuk paku buah bidara
ditepi tasik memancing ikan
kalau begitu sudah bicara
yang jauh kita dekat2kan….
hang jebat pahlawan berani
dia meronda pagi dan petang
org yg jauh meh la ke sini
kita menggempur Bkt gantang............
Originally posted by jusoren12 at 29-3-2009 10:32 AM
Jgn sedih,jom bersuka ria:pompom:
pergi berkelah bawa raga
Hari Minggu,semuanya ceria
dapat berehat bersama keluarga
cik jus membeli kuih melaka
simpan sebungkus di atas meja
hari minggu owang bersuka
tp diriku ditimbuni kerja..................:kant:
Jgn sedih,jom bersuka ria
pergi berkelah bawa raga
Hari Minggu,semuanya ceria
dapat berehat bersama keluarga…
----------------------------------------
tumpah air diatas lantai
makan ubat terkena selsema
bersama dinda teringin kepantai
dah siap ker jom pergi bersama…..
[quote]Originally posted by iDputera at 29-3-2009 05:47 PM
pen dicari dibawah meja
warkah ditulis luahan hati
beri ruang DN habiskan kerja
malam esok dah ada kerja menanti
jalan melenggok jeling mengoda
orang melihat rasa terleka
masuk disini melihat dinda
melepas rindu untuk seketika……..
`bila rindu mendtg...
:flower::flower:-----------------------------------------:flower::flower:
anak kambing dalam kandang
anak itik dalam kolam
bila rindu dtg BERtandang
xdpt tido siang dan malam
anak ayam anak angsa
beri makan bertiga2
jd owl kerna terpaksa
siang mngantuk mlm berjaga........
' letey..... tak larat nk kaco punnn...
-----------------------------------------
nak jual angsa esok lusa
buat tambahan bayar yuran
jangan anggap kerana terpaksa
pujuk hati tu demi masa depan......