Originally posted by iDputera at 26-5-2008 05:42 PM
buah betik buah pepaya
dapat sebiji orang yang beri
hendak berpantun tak ada upaya
cukuplah sekadar hadirkan diri..........
pecah kaca pecah gelas
cawan biru untuk Ana
kenapa pantun2 tidak dibalas
ada apa-apa yang tak kena?
Originally posted by masarju at 25-5-2008 11:34 PM
bijak pandai otak pun geliga
jangan malu pula utk bertanya
hidup bahagia satu keluarga
hidup dengan aman utk selamanya
laut dalam jangan diduga
sentiasa beringat penuh curiga
bahagia jika hidup berkeluarga
kadang2 ikatan terputus juga......