|
UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
mesmerize posted on 28-9-2012 11:35 PM
saya pun sangat rindu.. saya dah register lagi untuk umrah bulan Feb 2013 nanti.. doakan saya diizin ...
kaka mes register Feb 2013 jgk?
cika pon insyaallah...mudah2an dipermudahkan rezeki dan kelapangan nak jejak kaki ke sana...
tp mungkin ikot rombongan kawan2 melalui agen Andalusia...
kaka mes pegi ngan sapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 28-9-2012 04:51 PM
InsyaAllah, mudah2an dapat la pi sana utk haji nanti.
Saya ni salah petugas haji, core tugas sa ...
Amin Insyaallah Tuan Haji.....
semenjak 2menjak ni mcm teringin sangat2 nk ke sana....
moga2 niat baik saya ni dipermudahkan Allah
|
|
|
|
|
|
|
|
salam. sy 1st time nk buat umrah. nk tanya kat mana nk ambil suntikan meningitis acyw ni ye. klinik kesihatan gomen ada ke or klijik swasta. sesiapa tau bape kos dia. tqvm.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikanggun posted on 30-9-2012 02:44 AM
kaka mes register Feb 2013 jgk?
cika pon insyaallah...mudah2an dipermudahkan rezeki dan kelapanga ...
yupp awal Feb 2013...insyaAllah melalui Pototravel.. kak mes dah pegi ngan family tahun 2012 ni, tahun depan nak pegi sorang2 lak
|
|
|
|
|
|
|
|
mesmerize posted on 30-9-2012 12:35 PM
yupp awal Feb 2013...insyaAllah melalui Pototravel.. kak mes dah pegi ngan family tahun 2012 ni, ...
seronoknyerrrrrr.... nk pegi lg ke sana...
mesti rasa tak nak blk M'sia kan?
Ya Allah, rasa mcm lmbt pulak nk jejak kaki ke sana...
cuma cika harap urusan cika dipermudahkanlah oleh Allah SWT...
|
|
|
|
|
|
|
|
saya minta izin semua ye..saya copy gambar2 yg sy berkenan kt sini n saya sebarkan di fb utk renungan bersama..nk minta izin satu2 xdpt..so sy harap yg mane letak gambar tu dan sy copy beri keizinan..terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
rexpin posted on 30-9-2012 06:27 AM
salam. sy 1st time nk buat umrah. nk tanya kat mana nk ambil suntikan meningitis acyw ni ye. klinik ...
wslm..dua2 klinik ada.harga berbeza ikot tempat.based on my experience,da nak dekat musim haji ne klinik kesihatan pun mungkin ada untuk memudahkan jemaah dapatkan suntikan tu.saya pergi umrah bulan 3 2012.amek suntikan dekat klinik swasta sbb jauh dr hospital besar..klinik kesihatan time tu toak suruh pg klinik daerah laen.harga xberapa nak engat but it cost me almost rm100.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 27-9-2012 01:02 PM
hehehehe..saya takdak personal blog la msvbnet, tak pandai nak buat blog sendiri..tapi saya suka l ...
Alhamdulillah...saya da start baca tulisan hj one dekat pannggilan pertiwi tue...banyak ilmu yang tuan hj kongsikan ...
Terima kasih.... makin banyak pages yang telah dibaca semakin takut plak page n perkongsian dalam tu habis...tapi kalau baca bebanyak kali sure x bosan kan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
angel_duzter posted on 30-9-2012 04:29 PM
wslm..dua2 klinik ada.harga berbeza ikot tempat.based on my experience,da nak dekat musim haji ne ...
Betul tu, harga dlm Rm100 (plus minus) untuk suntikan wajib tu (meninggitis). Untuk umrah, suntikan meninggitis boleh diambil dimana2 klinik swasta mahupun kerajaan (kalau boleh tanya la vaksin yg halal...tapi insyaAllah, semuanya dah halal dah sekarang ni, berbanding waktu suntikan meninggitis diperkenal awal2 dulu).
Untuk haji, kena ambil di klinik / hospital kerajaan dan klinik2 swasta yang diiktiraf oleh TH sahaja sebab klinik swasta ni ada no rujukan yang dibekalkan oleh TH / Kem. Kesihatan Malaysia dimana buku kesihatan ni akan diperiksa semasa lapor diri di Kompleks Haji. |
|
|
|
|
|
|
|
nur82 posted on 1-10-2012 01:15 AM
Alhamdulillah...saya da start baca tulisan hj one dekat pannggilan pertiwi tue...banyak ilmu yang ...
hehehe..ala, gambar makan je banyak..apa2 pun, harap ianya sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan untuk nur82.
InsyaAllah, selagi mana forum Panggilan Pertiwi tak kena hack dan pihak admin forum tersebut masih menyimpan thread tu, ianya akan sentiasa kekal ada untuk rujukan kengkawan.
Saya ada buat laporan yang sama, tapi bersandarkan kepada musim haji tahun 1429 Hijrah dlm forum panggilan pertiwi, tapi sayang, forum tu kena hack dengan pihak yang tak bertanggungjawab..habis hilang semua gambar, sayang betul..kalau tak dah ada dua laporan haji dr sudut petugas..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Terima kasih pada forumer yg telah membalas post saya..................walaupun saya dan suami tahu harapan untuk terpilih menjadi tetamu Allah swt tahun ini amat tipis disebabkan quota tambahan yang tidak diluluskan tpi kami terus berdoa dan meminta anak anak sekolah tahfiz ,ustaz ustaz yg berada di mekah sekarang kwn kwn sesiapa saja untu mendoakan kpd kami.Ini adalah kerana kami percaya kalau Allah swt telah memilih kita sbgai tetamunya insya Allah dgn apa sekali pun halangan Allah swt akan kurniakan...........kerana semua ini adalah ketentuannya kita hanya mampu merancang............. |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 1-10-2012 09:00 AM
hehehe..ala, gambar makan je banyak..apa2 pun, harap ianya sedikit sebanyak memberi ilmu dan penge ...
AsSalam Haji
Saja je nak tanya secara general ya tak merujuk ke sesiapa.
Soalan (1)
Yang saya dapat tahu start 2010 sapa sapa yang pergi Haji tahun tersebut dan seterusnya mereka tidak dibenarkan mendaftar Haj sekali lagii sehingga 5 tahun. Betul ke?
Soalan (2)
Saya terperasan ada few cases yang jemaah ni lelaki tahun ni dia bawa mak atau wife, tahun depan dia bawa wife or mak or anak dia. Macam mana mereka dapat perlepasan tersebut sedangkan untuk mendapat turn seterusnya makan 10 tahun selepas mendaftar.
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 12:11 PM
AsSalam Haji
Saja je nak tanya secara general ya tak merujuk ke sesiapa.
Soalan 1.
Hehehe..betul tu, arahan semasa TH adalah sesiapa yang baru balik dr mengerjakan haji pada tahun ni (tak pasti arahan semasa ni start tahun berapa, boleh jadik tahun 2009 atau tahun 2010 kot..not sure) tidak boleh mendaftar haji dlm tempoh 5 tahun. Rasional bagi peraturan ni adalah untuk mengurangkan jumlah menunggu haji, seterusnya mengurangkan tempoh menunggu haji bagi orang yg dah mendaftar.
Bagi sesiapa yg baru balik haji tapi bukan dlm tahun arahan ini dikeluarkan (arahan semasa ni masih baru, dlm beberapa tahun kebelakangan ni je), kira bertuah la sebab sempat mendaftar haji.
Soalan 2.
memang ada orang yg ada kekerapan (pernah pergi haji), tambahan lagi baru pergi dapat pergi haji. Memang biasanya kes mcm ni adalah disebabkan mahram (iaitu kepentingan bagi pihak orang lain, iaitu pihak yang memerlukan pengiring), so atas pertimbangan (biasanya mereka akan merayu dan pihak TH akan tengok kes), mereka boleh la dikecualikan untuk pergi sebagai pengiring.
Kalau orang tu memang dah ada kekerapan, dan nak pergi lagi diatas sebab urusannya sendiri..memang payah dan sukar la nak dapat pi. Kelulusan kali kedua utk orang yg ada kekerapan biasanya mesti atas sebab pihak lain.
Saya belum pernah dengar ada kes yg tahun ni dia pi sebagai pengiring pihak lain, then tahun depan dia pi sebagai pengiring pihak lain plak.. Dlm hal ni, kita kena paham, dlm isu mendapatkan pengiring ni, bukan mudah sebab haji tu duit..adakalanya ada mak bapak yang berwarga emas (70 tahun keatas), mereka ni boleh usahakan utk dapatkan pengiring sebab status mereka yg berusia dan mungkin disebabkan masalah kesihatan, tapi tiada orang yg mampu mengiring mereka sebab yg pihak yg layak sebagai pengiring tak mampu nak pi sebab kekangan duit.
Kalau ada kengkawan dlm forum yg nak merayu, kalaulah ada sedara mara yg dapat pergi dan perlukan mahram, eloklah dibuat permohonan sebagai rayuan mahram..mudah2an potensi nak lulus tu lebih mudah.
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 1-10-2012 12:33 PM
Soalan 1.
Hehehe..betul tu, arahan semasa TH adalah sesiapa yang baru balik dr mengerjakan haji p ...
Terima kasih Haji atas penerangan.
Kalau gitu kiranya kita ada mak saudara yang terpilih boleh lah kita merayu untuk kita sebagai pengiring & merayu untuk somi sebagai mahram. Betul kan?
Satu lagi soalan: Macam mana nak dapatkan peluang untuk buat Haji Nazar? Sebab kawan sebilik akak dulu dia buat Nazar tapi dah lupa sebab apa
Last edited by aily on 1-10-2012 12:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 12:56 PM
Terima kasih Haji atas penerangan.
Kalau gitu kiranya kita ada mak saudara yang terpilih boleh ...
Sama-sama Aily.
Begini, peraturan TH menetapkan jemaah haji wanita memerlukan mahram (pengiring), kalau ada kes mcm ni dikalangan keluarga Aily, bolehlah Aily memohon utk pi sebagai mahram kpd jemaah haji yg terpilih tu. Tapi, kebiasaannya TH akan meluluskan seorang sahaja sebagai pengiring kerana pemergian Aily adalah atas dasar kepentingan makcik tu. Suami tak boleh menggunakan alasan mahram/pengiring Aily kerana pemergian Aily pun bukan atas dasar untuk diri sendiri (sebab tu diberikan kelulusan utk menjadi pengiring kepada makcik tu).
So, suami biasanya tak terpilih la. Tapi, dlm hal ni ianya bukan mandatori, ianya tertakluk kepada pihak TH (ada jawatankuasa tertentu yg menilai dan meluluskan/tidak meluluskan setiap rayuan haji)..kalau Aily punya alasan yg kuat, ada rezeki dan dengan izin Allah, insyaAllah suami juga boleh pergi.
Untuk rakyat malaysia, melalui muzakarah haji yg dilakukan (saya tak ingat tahun bila)..bernazar utk buat haji adalah tidak sah sebab ianya bukan didalam kemampuan kita (kuota utk pi haji ditentukan oleh TH,bukan diri sendiri), dlm erti kata lain kita membuat janji yg bukan didalam kemampuan kita. Klu tidak, semua orang akan bernazar dan akan dapat pergi haji awal la.. Melainkan kita ni berada kat Mekah atau tidak tertakluk dengan peraturan Arab Saudi on kuota, barulah kita boleh bernazar mcm tu (contohnya kalau kita bernazar nak buat umrah). So, Aily tak perlu bernazar utk buat haji pada tahun tertentu sebab ianya bukan dibawah kemampuan Aily.
Last edited by haji_one on 1-10-2012 01:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 28-9-2012 07:31 AM
Tak mintak untuk bertugas pun tahun ni Transporter..saja nak rehat, sebab selang setahun pi, 2011, ...
haji_one,
nak minta pendapat, antara pakej dan muasasah...saya dengar adalah lebih elok pergi pakej dari muasassah, forget about the cost yang memang sumer dah sedia maklum akan perbezaaanya. adakah perbezaan yang terlampau ketara antara muassasah dan pakej? saya cuma pernah pergi umrah, tu pun dah lama..thn 2004. sorry, tanya solan sbb tak baca dari mula thread ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aily, ni adalah penjelasan berkenaan hukum dlm nazar haji seperti didalam muzakarah haji.
Link bagi maklumat tersebut adalah seperti dibawah,
http://www.tabunghaji.gov.my/tab ... N_RESOLUSI_MHPK.pdf
KERTAS KERJA KEEMPAT
TAJUK : NAZAR DALAM IBADAT HAJI
1 - Nazar untuk menunaikan haji fardhu ataupun umrah fardhu tidak sah.
2 - Orang yang bernazar untuk menunaikan haji pada tahun tertentu
tetapi dihalang oleh pihak berkuasa, tidak wajib menunaikan dan
tidak wajib qadha’.
3 - Lintasan hati untuk menunaikan sesuatu hajat tidak dikira nazar jika
tidak dilafazkan serta memenuhi syarat nazar.
4 - Nazar bukan sesuatu amalan yang digalakkan kerana Nabi
Muhammad sendiri tidak pernah bernazar.
5 - Nazar tidak boleh dijadikan alasan untuk mendesak pihak berkuasa
meluluskan permohonan menunaikan haji. Keadaan tersebut
menafikan hak orang yang sepatutnya diberi keutamaan menunaikan
haji.
6 - Nazar tidak boleh dijadikan alasan oleh pihak yang berkepentingan
untuk menjanjikan jemaah haji mendapat tempat mengerjakan ibadat
haji. |
|
|
|
|
|
|
|
syasya99 posted on 1-10-2012 01:20 PM
haji_one,
nak minta pendapat, antara pakej dan muasasah...saya dengar adalah lebih elok pergi p ...
Syasya, takdak masalah nak pi dengan pihak swasta mahupun muasasah.
Secara umumnya, jemaah haji yg pi dengan pihak muassasah (kelolaan TH) perlu ikut semua peraturan dan ketetapan yg ditetapkan oleh TH. So, tak boleh pilih la bangunan mana, tingkat berapa, berapa ahli sebilik dll sebab semuanya ditetapkan oleh TH.
Untuk pakej, biasanya servis adalah berdasarkan kepada RM yg kita bayar, ada banyak pilihan, ada dua sebilik, ada 4 sebilik dll..makan mungkin berhidang dll. Boleh dikatakan dengan pakej lebih selesa skit compare dgn muassasah la.
Tak salah untuk syasya pi dengan pakej kalau berkemampuan. Harga pakej plak tertakluk kpd pakej yg Syasya mahukan, lagi selesa, lagi eksklusif lagi mahal la..biasanya harga pakej bermula dr RM15k, tapi tak pasti la exact cost sebab setiap pengelola haji swasta ni tak sama tawarannya..
Last edited by haji_one on 2-10-2012 07:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 1-10-2012 01:20 PM
Aily, ni adalah penjelasan berkenaan hukum dlm nazar haji seperti didalam muzakarah haji.
Link b ...
Terima kasih sekali lagi Haji penerangan yang sangat berguna.
Akak tidak bernazar cuma pernah dengar kawan sebilik kata dia dapat pergi sebab bernazar dan pernah baca coretan seseorang yang dia dapat pergi haji juga sebab bernazar.
Tapi setau akak jugak yang dorang kata pergi sebab bernazar pun tengok pada kelulusan TH sebabnya teman sebilik tu kata kena interview dulu sebab sebabnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aily posted on 1-10-2012 01:29 PM
Terima kasih sekali lagi Haji penerangan yang sangat berguna.
Akak tidak bernazar cuma pernah d ...
Sama-sama, risau gak takut penerangan saya tak jelas..hehehe..hopefully capai la kehendak Aily.
Taktau la plak ada interview utk orang yg bernazar ni, tapi mungkin kisah dulu kot. Lagipun muzakarah haji berkenaan nazar ni masih baru. Cuma tu la, utk sekarang ni, muzakarah dah menetapkan bahawa nazar berkaitan haji adalah tidak sah. Sama juga mcm orang yg memerlukan dialisis, dah tak wajib menunaikan ibadah haji dan boleh dibadalkan hajinya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|