|
rosak rumah ilah..ilah maap ye |
|
|
|
|
|
|
|
2182# catstitch
haa tau takut korang..jap lagi ilah mesti muncul |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe laa..janji rumah ilah ni meriah |
|
|
|
|
|
|
|
giler bz ilah ari neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ilah part 3 citer badi tue naper tak nmpak ek..nampak 3 baris jerk..hukhuk |
|
|
|
|
|
|
|
salam ilah dan peminat cerita ilah...
thanks ilah sbb dah sambung crita badi tu..seram betulla cerita tu..
smma Post at 14-8-2009 15:28
salam smma ..
lama tak sahabat..sihat tak
citer badi episod terakhir..nanti ilah upload..Insya-Allah |
|
|
|
|
|
|
|
tp ct:
PART II
Setelah pemergian wak man ke luar rumah mencari daun bawang yang dipinta oleh abah, abah telah memberi isyarat kepada ilah dan isteri wak man yang abah ingin memindahkan mak ditempat yang lebih selesa . Dengan segera isteri wak man menyediakan tempat tersebut diruang tamu..sementara ilah masih dalam keadaan terkesima serta termanggu kebingungan.Kemudiannya abah terus mengangkat mak menuju ke ruangtamu di mana isteri wak man telah menghamparkan tikar mengkuang dengan tilam bujang untuk mak.Dan dari sini ilah sudah dapat meneka yang sesuatu telah berlaku kepada mak terutama bila abah berbisik perlahan ditelinga wak man sebelum dia bergegas keluar untuk mencari daun bawang yang dipinta.
Manakala mak pula tidak menunjukkan tanda-tanda positif untuk bangun daripada pengsan….pelik betul sebab tidak mungkin mak tertidur pula sebab keletihan...….ilah mulai risau melihat keadaan mak...Perasaan ilah mulai berkecamuk bercampur sedih dan menyesal kerana dengan sifat yang terlalu ingin tahu …telah menyebabkan mak menjadi begini…
Air mata ilah mulai bergenang .dan perasaan menyesal semakin menebal bila melihat muka mak mulai pucat .tanpa disangka abah mengusap kepala ilah menyuruh ilah bersabar dan memujuk ilah Insya-Allah tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan abah sedang berusaha untuk membuang badi yang telah terkena kepada mak.....ya-Allah bila ilah dengar perkataan badi ..semakin deras air mata ilah mengalir sebab kali ini ilah benar-benar menyesali tindakan terburu-buru ilah telah menyebabkan orang tersayang terkena tempiasnya. sementara isteri wak man terus duduk disebelah ilah apabila melihat ilah semakin beremosi.....manakala abah pula cepat-cepat berdehem memberi signal kepada ilah agar mengawal perasaan dan emosi ilah terutama ketika abah perlu menumpukan perhatian dalam mengubati mak...hmm alhamdullilah ilah dapat mengawal emosi..walaupun masih tercalit perasaan bersalah di dalm diri... .....dan kebetulan pada masa wak man sudah kembali dengan daun bawang yang dipinta..dan .terus diberinya kepada abah...
dan tanpa disuruh..wak man bersila terus duduk bersila betul2 disebelah kiri hujung kaki mak seolah2 telah tahu apa yang perlu dibuat..dengan kain batik lepas panjang dihamparkan disebelahnya...dengan balang tanah liat kosong..serta daun keladi yang besar saiznya .. manakala abah pula duduk bersila berhampiran disebelah kanan pinggang mak ...
Tanpa membuang masa ..abah terus mengambil sebalang air yang telah disediakan oleh isteri wak man dan terus membaca beberapa potong ayat yang ilah pasti salah satunya daripada surah jin ,surah al-maun dan surah Tin....dan selebihnya ilah gagal menangkap kerana suara abah sangat perlahan....tetapi ilah tahu abah sedang membuat penawar bisa....untuk mak dimana boleh disuling dan ditawar bisanya jika masih diperingkat awal.....setelah itu abah merendamkan akar daun bawang sepenuhnya dalam beberapa minit dengan membaca ayat terakhir ayatul kursi sebanyak tiga kali..dan terus di olesnya akar daun bawang yang basah di bibir mak sebanyak tiga kali olesan......pada olesan pertama mak mengeluh dengan mengeluarkan suara seperti kesakitan...apabila tiba olesan kedua ...tubuh badan mak mulai tersentak-sentak..namun abah tidak menunjukkan reaksi malahan meneruskan untuk olesan ketiga.....apabila sampai olesan ketiga..tanpa di sangka ..mak terbangun dengan keadaan duduk dan terus terbatuk dengan kuat seolah-olah ada benda atau sesuatu yang cuba dikeluarkan daripada tekaknya....namun gagal mengeluarkannya..yang hanya keluar hanya lelehan air liur dan lendir yang sangat banyak
dan kali nie terus abah menekan dibahagian belakang pinggang mak dengan ibu jarinya.. semakin kuat mak batuk..dan kali nie batuk mak kelihatan teruk...kemudiannya terus abah bangun dan bergerak di belakang mak...terus memukul belakang leher mak dengan akar daun bawang yang basah tadi sambil melaungkan Allahuakhbar ...dengan lantang....tanpa disangka...kali ini mak terbatuk seperti bersin ..dimana kali ini ilah dapat menangkap dengan jelas ada sesuatu kabus hitam gelap yang terpelanting keluar laju daripada hembusan batuk mak....seperti terbang laju keluar..
tanpa disangka..wak man melompat menangkap benda tersebut dengan balang tanah liat ...dan dengan sekilat mungkin terus ditutupnya mulut balang tersebut dengan daun keladi kemudiannya diikat dan dibalut dengan kain batik lepas yang dihamparnya tadi.....dan baru ilah perasan dihamparan batik lepas tersebut penuh dengan butiran garam....apabila butiran garam tersebut melanggar daun keladi ..tanpa disangka ia mengeluarkan asap yang nipis.....dengan segera wak man menepuk ditepi balang yang telah dibungkus rapi sambil membaca sesuatu..terus hilang asap nipis tersebut....
Tanpa disangka ..terus wak man keluar rumah dan hilang dalam kegelapan malam....terus abah berkata kepada kami yang wak man pergi ke sungai untuk membuang sesuatu....dan kami berdua terus faham .......
manakal mak pula menunjukkan tanda positif ....dan mulai sedar daripada pengsan....terutama apabila mak minum air campuran tersebut ......setelah itu abah menyuruh ilah memandikan mak dengan lebihan air suam campuran tersebut dengan pertolongan isteri wak man..untuk mengeluarkan sisa-sisa bisa yang mungkin tertinggal dalam badan...ilah menurut tanpa bantahan..
Manakala abah pula bergerak untuk membersihkan badan dan bersiap untuk solat hajat dan sujud syukur....dimana kebiasan yang abah buat setelah berjaya mengubati pesakit....
Alhamdullilah setelah mandi dengan campuran air tersebut....mak kelihatan bertenaga sedikit...ilah benar-benar lega melihat keadaan mak.....dan terus ilah memeluk serta mencium pipi mak dengan linangan air mata..sementara isteri wak man hanya tersenyum girang melihat telatah ilah ..mak pula hanya tersenyum lemah sambil mengalirkan air mata.....
Sekembalinya kami daripada memandikan mak...ilah lihat wak man sudah kembali dan sedang berbual-bual dengan abah sambil menepuk-nepuk bahu abah..sementara pula ilah lihat wajah abah sangat sugul...namun ilah tidak menunjukkan minat untuk mencuri perbualan mereka..walaupun terusik serta gusar dihati kerana bimbang kesugulan diwajah abah disebabkan oleh ilah...sebaliknya ilah terus masuk ke bilik tidur menemani mak tidur...di mana pada malam itu ilah tidur dengan memeluk mak dengan erat...
THE END PART II |
|
|
|
|
|
|
|
wat sahabat comel ,ayu dan hensem iaitu cat dan faizal, merah dan faizal apekah maknenya itiew....
berorak kosong dgn dorang ni best gak... hihihi...
sesambil tunggu ilah update dan baca masalah org len kt sini |
|
|
|
|
|
|
|
2194# catstitch
haa..dah mula la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kwn2 yg dikasihi..esok saya cuti 1 hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
ilah tak mcm tu..anniez..
dia alu2 kan semua org |
|
|
|
|
|
|
| |
|