|
[Tempatan]
Perhimpunan Bantah GST - 'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST
[Copy link]
|
|
apa2 pun tahun depan kite tunggu la.. macai PR ke BN ke atas pagar ke seme kena.. cuma nanti bila hidup dah susah macam2 boleh jadi sebab nak survive.. tp apa2 pun sama2 kite tunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan bagus kalo demo tiap2 hr ahad..br kerajaan prihatin..minggu ni demo pasal GST, minggu depan pasal Education lak dan berterusan untuk minggu selanjutnye nga isu2 berbeza.. |
|
|
|
|
|
|
|
suji posted on 1-5-2014 11:41 PM
Yang comment " Mereka yang bantah gst ni faham ke apa gst? ", si penanya atau yang kata orang tak ta ...
sekarang org kg yg dah pencen tu tak kena tax ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 1-5-2014 11:39 PM
baca lebih sket boley tak??
Brunei xder lar pengeluar utama minyak dunia tp xder GST pun...??? ...
apa yang kau tulis tadi pun , kau cakap negara yang kaya minyak, semua tak de GST
sekarang ni kau mengaku ke tak tak semua negara kaya minyak takde GST?
fikir lebih sket boley tak?
brunei tu produce dekat 200,000 oil barrel sehari ... dah lebih sangat dari cukup untuk nak jadi negara kaya raya
kalau nak banding nisbah dengan populasi brunei 400,000 orang tu
setiap hari, 1 barrel bersamaan 2 penduduk
malaysia pula , secara averagenya hasilkan 600,000 oil barrel sehari
dengan rakyat malaysia 30 juta
setiap hari , 1 barrel bersamaan 50 penduduk
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 11:44 PM
sekarang org kg yg dah pencen tu tak kena tax ke?..
Tak ada lah selagi selagan kena tax pakcik. Ni kalau beli kemeja pun kena tax. Pak cik kalau beli biskut cream crackers kena tax tak sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 1-5-2014 03:13 PM
btol lah negara bnyak minyak kan from negara teluk n arab so diorg xder pun laksanakan GST....Tak ...
tak per lah sabo jer lah .... tapi .. RAPID kat JB tuh besau tuh .. dari segi investment dia.. perghh lagi besau dari kerteh weh.. berkali kali ganda besau dari kerteh.. RAPID kat JB tuh.. any way. if K'TAN jatuh .. kat BN aku rase insyallah .. pjek macam nih kat kerteh pon dia akan bangunkan .. |
|
|
|
|
|
|
|
sedi78 posted on 1-5-2014 11:43 PM
apa2 pun tahun depan kite tunggu la.. macai PR ke BN ke atas pagar ke seme kena.. cuma nanti bila hi ...
Sama sama lah kita tunggu ya. Akak dah pasrah dengan pelbagai kenaikan harga sekarang ni. Tambah dengan gst lagi... entahlah hopefully tak affected sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
suji posted on 1-5-2014 11:47 PM
Tak ada lah selagi selagan kena tax pakcik. Ni kalau beli kemeja pun kena tax. Pak cik kalau beli ...
ko tahu tak ada tax sekarang yg diselindung oleh pembekal yg tidak diumumkan..spt makan KFC...ada dlm resit.
sekarang beli kemeja tarak kena tax ka?..
Last edited by Anak_Nogori on 1-5-2014 11:54 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Magika posted on 1-5-2014 03:46 PM
apa yang kau tulis tadi pun , kau cakap negara yang kaya minyak, semua tak de GST
sekarang ni kau ...
tok sah ko bahas dgn dia sure dia akan spin balik.. nyer.. tadi dia secara am nya menyatakan .. Negara Pengeluar Minyak lain takder GST..?? bila kita bagi list dia pusing balik.. hermm naver ending story lah nih Yang paling penting skang .. negara pengeluar minyak pun ader GST... sudeh |
|
|
|
|
|
|
|
gusimerah posted on 1-5-2014 11:12 PM
10k pun yg pergi tak dibayar.. kalu bn siap suh budak sekolah turut sama
owh..patut laa tak dibayar sebab tu sikit ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 1-5-2014 03:23 PM
berapa sen sgt ler subsidi tuh..??
ayam mahal jgn mkn ayam
tak per lah.. sok luse ko jadi menteri.. cube lah sebaiknyer.. so far selagi ader permintaan selagi tuh ader penawaran.. cuma sekali dulu last year ... ader satu badan NGO suruh ahli dia yang sgt ramai jgn beli ayang tuk seminggu.. effect dia.. turun rega ayang weh.. skang nih rega naik balik .. but any how.. floating lagi sekilo 7.50 ayam siap proses.. kat pasar chow kit.. fresh .. siap sembelih depat kita .. Last edited by hydrocloric on 1-5-2014 03:59 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hydrocloric posted on 1-5-2014 11:54 PM
tok sah ko bahas dgn dia sure dia akan spin balik.. nyer.. tadi dia secara am nya menyatakan .. Ne ...
ok noted,,,
dan negara no 1, no 3, no 4 paling banyak minyak di dunia pun ada gst
dan gst venezuela yang dibanggakan pakatan dulu tu adalah 11%
dulu bukan main seronok banding dengan venezuela
|
|
|
|
|
|
|
|
suji posted on 1-5-2014 11:53 PM Sama sama lah kita tunggu ya. Akak dah pasrah dengan pelbagai kenaikan harga sekarang ni. Tambah d ...
opkoslah bila dilaksanakan GST april 2015 nanti...ada yg dikenakan cukai...dah ada 0 cukai.
yg dikenakan cukai tu nanti..tanya lah diri sendiri adakah perlu atau mati kalau tak beli?..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 1-5-2014 11:53 PM
ko tahu tak ada tax sekarang yg diselindung oleh pembekal yg tidak diumumkan..spt makan KFC...ada ...
Hari hari ke pakcik makan kfc? Saya seminggu pun tak sekali makan kfc. |
|
|
|
|
|
|
|
suji posted on 2-5-2014 12:02 AM
Hari hari ke pakcik makan kfc? Saya seminggu pun tak sekali makan kfc.
nak kata hari2 makan KFC tu tak le....bila anak2 teringin....pi gak lah...
|
|
|
|
|
|
|
|
PERHIMPUNAN AMAN BANTAH GST BERLAKU KEKECUHAN YANG DILAKUKAN OLEH SEKUMPULAN ANAK MUDA YANG MENGGELAR DIRI MEREKA ANTIFA MALAYSIA.
Sekumpulan peserta yang berpakaian hitam serta menutup muka mereka dengan topeng cuba mencetuskan hura-hara pada akhir perhimpunan 1 Mei dengan membakar bom asap.
Sekumpulan anak muda bertopeng berpakaian serba hitam itu , yang menggelar diri mereka sebagai "Antifa Malaysia", telah menendang jurugambar Xin Hua ketika mahu mengambil gambar mereka.
Mereka telah berarak di Jalan Raja selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa perhimpunan anti-GST telah berakhir.
Sebelum ini, kumpulan berkenaan berarak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetapi NGO berkenaan telah menafikan mereka mempunyai pertalian dengan kumpulan itu menunjukkan isyarat lucah kepada wartawan dan jurugambar yang cuba merakamkan aksi mereka itu.
Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.
Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.
Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".
Anggota Unit Amal membuat benteng di situ ketika orang ramai menolak ke hadapan, membaling botol air dan terbabit dalam pergelutan dengan ahli-ahli Jingga 13, yang cuba untuk menenangkan mereka.
The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka.
|
|
|
|
|
|
|
|
ANAK EMAS DIDIK PAPAGOMO a.k.a WAN MUHAMMAD AZRI B WAN DERIS, NORAFIQ BIN MOHD NOR, TERKANTOI MENIPU DAN MEMFITNAH HIMPUNAN AMAN BANTAH GST!!!
"Al Fatihah, seorang anggota unit amal PAS yang terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan Soliditari Anak Muda Malaysia SAMM telah ditikam dan disahkan mati di tempat kejadian. Suspek anggota SAMM berjaya ditahan oleh pihak Polis setelah cuba melarikan diri dari kepungan pendemo di Dataran Merdeka. Turut ditahan beberapa ahli SAMM yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Kerana inilah kami menolak sekeras kerasnya perhimpunan macam ni. Sampai berbunuh bunuh ni apa kejadahnya? Bodoh punya pembangkang"
Begitulah ayat fitnah anak emas didik Papagomo a.k.a Wan Muhammad Azri b Wan Deris bernama Norafiq bin Mohd Nor a.k.a Afiq KLtown.
Gambar yang dipaparkan itu ialah gambar kejadian amuk di LRT Gombak suatu ketika dulu.
Jadi apabila papagomo a.k.a seorang bekas mata-mata Trafik Balai Polis Ampang dibuang kerja masuk penjara dan dendan RM10,000 kerana melakukan rasuah terhadap seorang penagih dadah sebanyak RM400 kalah jutaan ringgit dalam kes fitnah saman malu, maka kini tugas dan tanggung jawab memfitnah sudah diambil alih oleh macai budak hingusannya.
Sebenarnya tiada kejadian tikam menikam pun dan tiada sebarang kematian serta tangkapan berlaku, sekadar ada sedikit kekecuhan kecil yang ditimbulkan oleh kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Antifa Malaysia .. Itu sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
GAMBAR BUDAK KUMPULAN ANTIFA MALAYSIA YANG TUNJUKKAN ISYARAT LUCAH KEPADA WARTAWAN SEMASA HIMPUNAN BANTAH GST TERSEBAR DI INTERNET!!!!
Kumpulan anak muda yang berpakaian serba hitam dan memakai bandana bagi menutup identiti individu menggelarkan diri mereka sebagai Antifa Malaysia telah melakukan provokasi kepada media pada jam 4.15 petang tadi di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad dengan mengeluarkan perkataan kesat dan lucah seperti 'fxxk Media' sambil mengeluarkan isyarat jari tengah.
Kumpulan berkenaan berarak bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tetapi NGO berkenaan telah menafikan mereka mempunyai pertalian dengan kumpulan itu menunjukkan isyarat lucah kepada wartawan dan jurugambar yang cuba merakamkan aksi mereka itu.
Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.
Aksi tersebut telah berjaya dirakam dan kini tersebar ligat sungguh di alam siber.
Kekecohan yang berlaku selama beberapa minit itu berjaya diselesaikan sejurus petugas dari Jabatan Unit Amal PAS tiba di lokasi kejadian.
Seekor kerbau bawa lumpur habis semuanya terpalit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun?
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
1 Mei 2014
Anwar tak peduli dipenjara lebih 10 tahun? Anwar Ibrahim berucap pada himpunan bantah GST di Kuala Lumpur hari ini. Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - "Menteri-menteri apa kau ingat aku takut," ungkap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan penutup himpunan bantah GST di ibu negara, hari ini.
Mendakwa ada cubaan untuk memenjarakannya oleh beberapa menteri, Anwar bagaimanapun berkata, perkara itu langsung tidak menggusarkannya.
"Kepada menteri-menteri yang berusaha untuk memenjarakan saya, ingat saya takut?
"Saya ada dua kekuatan iaitu doa kepada ALLAH dan kebangkitan daripada rakyat," katanya kepada ribuan peserta himpunan bantah GST.
Mengambil peluang berucap sempena himpunan membantah GST , Anwar turut membayangkan bahawa dirinya mungkin akan dipenjara lebih 10 tahun.
"Ramai (pemimpin Islam di London) yang pujuk saya untuk kekal di London, dia tahu kalau saya balik Malaysia saya akan masuk penjara.
"Oleh itu mereka meminta supaya saya berjuang dari London, tetapi saya kata terima kasih, saya balik untuk berjuang dari Malaysia.
"Walaupun saya tahu, mungkin selepas ini hukuman terhadap saya mungkin lebih 10 tahun, tetapi saya tidak peduli mengenai hal itu," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|