|
jep over masa jd dj sinar ari tu.... x klakar langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharol tk de kelebihan lnsng.. gaya ciplak..lawak kureng..dpt duit je la..hehhuaahaa |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin posted on 6-1-2014 10:54 AM
Jepp mmg makin over
dr dulu aku mmg menyampah bila dia asyik kutuk shuib
mcm kan dia hensem dr shu ...
Sehensem-hensem dia pun tak dak bini lagi. Shuib tu anak dah 2 dah pun. Jepp memang poyo.
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 3-2-2014 10:05 AM
Jambu x masuk top 3 sbb lawak dorang merapu..aku x yakin dorang leh mng wlu aku layan je lawak mer ...
Tak suke bocey sebab ade si suara macam halilintar tu... than die org pon suka memain kan saiz yg gemok tu.. memula dengar mmg lawak.. dah setiap minggu di ulang2 nye kata si gemok tu bengkak.. adoi rimas.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama buat lawak mesti la utk gelak... org kitakan suka hinaan sebagai bahan lawak~~ |
|
|
|
|
|
|
|
MellyNad posted on 3-2-2014 03:04 PM
Tak suke bocey sebab ade si suara macam halilintar tu... than die org pon suka memain kan saiz yg ...
aku pon x suka si suara bingit tuh..leh pecah gegendang telinga..tiap kali dia bersuara aku slow volume..mmg dorang ske jadikan si chubby tu bahan lawak tp aku rasa dia leh terima sama cam rahim n shuib terima bila dijadikan bahan lawak..bg aku x de masalah pon ngn menda tuh..
sbbnya bape org jer yg bleh terima lawak cam harith iskandar?..sesekali tgk mungkinlah akan gelak..tp kalo tiap minggu buat lawak educated camtu igt ada org nk gelak ke?..org kita belum bleh terima lawak bermesej n educated cam lawak2 harith tu...nabil pernah cuba beberapa kali tp bila terlalu kerap org dh rasa x lawak..tu yg dia start membahan org balik..
bukti malaysia masih suka lawak bodoh n membahan org termasuk juri2 suka, jambu masih bertahan smpai akhir...jambu hanya bermodalkan lawak fizikal, merapu tp ternyata itu yg org suka tonton...
|
|
|
|
|
|
|
|
ZaraPalarae posted on 3-2-2014 03:28 PM
perghhhh best comment kak su!
sesekali bg komen serious...gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 3-2-2014 05:20 PM
nampak ko cam anti shiro sgt2 ni..
tau undian juri 70% tp shiro selalu je dok kat bottom 3...
...
Ikutkan aku ok je dgn Shiro..kalau lawak boleh je layan gelak. Fyi aku suka Ajak ehehe. Lebih tepat aku haters Sharol eh eh haters juri
Bintang tu mcm petanda awal sape yg bottom 3 laa. Gituew!
Aku pun kesian. Yg buek Nabil ni merundum pun juri la gak..asek bg komen yg 'melekakan' je!! Level rindu aku pd lawak Nabil ni sama tinggi dgn kerinduan pd lawak Sepah OK #semuasalahjuri
MLM kalini takde sape yg konsisten pun. KKX kalini pun tak berapa best. Suka mase ade Johan..
Aku follow Sepah drpd RL tapi ni 1st time vote. #semuasalahhaters LOL |
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 3-2-2014 06:02 PM
owh haters sharul rupanya..
juri mana yg suka sgt ke sharol tu?..yg aku tgk si nora tu bias k ...
Usop selam lepas tema radio tu kemaen bagi bintang sbb sayang. Kalau Nabil sbb kesian. LOL
Maksud juri bias tu bile tang Sepahtu masing2 nak komen jujur lah sangat! Kalau yg lain..............
Kecuali pasal lawak kereta..err myb Sepahtu kena promote so masing2 pun komen playsafe gituew.
Dgr2 ujung tahun akan ade MLM2014. OMG angat! |
|
|
|
|
|
|
|
Rahim Tidak Akan Sertai Sepahtu Selepas Juarai MLM 2013
Oleh KEMALIA OTHMAN
Sepahtu bergelar juara program Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM500,000. Foto SHA'ARI CHE MAT.
SHAH ALAM: Juara Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013) kumpulan Sepahtu memberitahu tiada sebarang perancangan untuk terus mengekalkan salah seorang anggotanya iaitu Rahim dalam mana-mana aktiviti kumpulan tersebut.
Ahli kumpulan itu, Jepp atau nama sebenar Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, pengambilan Rahim dalam Sepahtu hanya sebagai projek istimewa bagi MLM 2013.
"Kita hanya mengambil Rahim sebagai projek istimewa untuk MLM 2013 ini dan buat masa ini tiada perancangan untuk meneruskan kumpulan ini.
"Bagaimanapun saya mengakui selesa dan senang bekerja dengannya kerana Rahim seorang yang sangat komited dalam kumpulan," katanya pada sidang media selepas pertandingan itu di Stadium Malawati, di sini, malam Jumaat.
Sepahtu dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim.
Dalam pada itu, Rahim berkata, dia sudah dijelaskan dengan perkara tersebut sebelum menyertai kumpulan tersebut.
"Saya sudah dijelaskan awal-awal tentang perkara ini oleh pihak Astro. Namun saya bersyukur kerana diberi peluang bersama Sepahtu yang akhirnya membawa nama saya sebaris dengan mereka.
"Bagi saya, tidak ada perasaan kecil hati atau terasa kerana tidak bersama Sepahtu selepas ini," katanya.
Sementara itu, mengulas tentag kejayaan tersebut, Jepp berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada sokongan kuat daripada peminat-peminat mereka.
Jelasnya, mereka akan mengadakan jamuan bagi meraikan kejayaan tersebut dan membalas jasa peminat.
"Kami sangat terharu dengan sokongan peminat, ada yang sanggup mengadakan kenduri sebelum hari pertandingan ini untuk mendoakan kemenangan kami.
"Kami menghargai sokongan mereka dan Insya-Allah kita akan adakan jamuan untuk membalas sokongan mereka," ujarnya.
Kumpulan Sepahtu diumum sebagai juara MLM2013 dengan menewaskan empat peserta lain iaitu Shiro, Bocey, Jambu dan Nabil.
Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro. |
|
|
|
|
|
|
| |
|