|
|
[Tempatan]
Boleh murtad jika pertikai keputusan kalimah ALLAH
[Copy link]
|
|
|
AboNawas posted on 17-10-2013 12:02 AM
Haku rasa tak perlu hurai dengan mendalam bab Islam dalam thread ni . Janji buat stail madey , cerit ...
koran ada byk ayat2 yg menceritakan bagaimana ahlul kitab menggunakan kalimah allah sebagai merujuk kpd tuhan. ikut patwa mat gadut, sekarang ni mana2 melayu yg baca koran dan percaya pada ayat2nya boleh la juga dikira murtad dan perlu mengucap 2 kalimah syahadah. takbirrrrr
hanya isle dapat menjana minda ummah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit keturunan melayu...tak mau berubah walau tahu diri tak betul, banyak bidaah... Alasannya, dah biasa turun temurun lagu tu...dah sebati ngan cara hidup dan adat resam, buat apa mau ubah lagi..nanti berpecah belah masyarakat, lain2 pendapat... Tapi hangpa tak mau berubah pon dah banyak pecah belah dah... Last edited by zainmahmud on 17-10-2013 12:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa nama tuhan bg org kristian katolik nun di vatican sana? Jupa siapa tuhan bg org kristian ortodoks di ethiopia? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ulamak umno  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
M5 posted on 17-10-2013 12:24 AM 
koran ada byk ayat2 yg menceritakan bagaimana ahlul kitab menggunakan kalimah allah sebagai meruju ...
Baca betoi2 patwa Mat Gadod tu . Lagi pun la ni mana ada lagi ahli kitab . Yang ada ahli kapir ramai la  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
chazey posted on 16-10-2013 05:29 PM 
sebab itu aku ketawakan saja Melayu UMNO Semenanjung di Malaysia yang sikit2 takut terpesong akida ...
sebab itulah aku kata...
mudah utk diorang nie terpesong...
tgk lambang salib = murtad...
pasal kalimah = murtad..
agaknya tak penah pegi oberc kot???dari kecik sampai besar duk bawah ketiak mak dia jer...
p/s kes yang lain......aku heran, sah2 ngandung luar nikah, blh pulak binti/bin bapaknya konon kurang 3 bulan dari tarikh nikah.. itu tak pulak pertikaikan...rosak betul org islam skrg nie...sampai lepas 7 keturunan pun masih berzina...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya org2 munafik nie...esp yang mudah terpesong akidahnya...pastu paksa org lain ikut apa yang ditaksubnya...
pernah disebut di dalam al-quran,“Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
ramai rupanya...
p/s...
aku terfikir, pelajaran agama dorang nie ikut silibus sekunder malaysia ker??
agak2nya bab munakahat jer tau..bab muafakat..muamalat tu semua tolak tepi...kalo penah blajar agama, mesti tau hubungan manusia dgn manusia... nie sikit2 melenting ikut pahaman agama dia jer...entah2 syiah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Asri: Takkan seluruh dunia Arab murtad?
Tindakan memurtadkan umat Islam yang membenarkan penganut Kristian menyebut kalimah Allah mempunyai kesan yang amat besar sehingga melibatkan seluruh dunia Arab dan ulama-ulama terkemuka, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Ini kerana, selain semenanjung Malaysia, seluruh dunia Arab, sejak zaman permulaan Islam lagi membenarkan golongan Kristian menyebut kalimah Allah, kata bekas mufti Perlis itu.
"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya.
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri (atas) bagaimanapun enggan merujuk langsung kepada mana-mana pihak sebaliknya hanya menyebut "pihak tertentu".
Dr Asri berkata, jika pandangan itu jika diambil kira, bermaksud sarjana terkemuka Islam Dr Yusof Qardawi dan Dr Wahbah Zuhaili - yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian - juga dianggap murtad.
Menurutnya lagi, pandangan itu juga memberi kesan kepada negeri yang lagu rasminya menggunakan kalimah Allah, serta penggunaan tulisan Allah untuk logo polis dan tentera, termasuk bukan Islam.
"Kena hati-hati pada kesan sesuatu pandangan. Pandangan ini tidak munasabah. Jadi, pihak tersebut mesti tampil menjelaskan macam mana yang dikatakan sesat itu" katanya.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut hari ini memberi amaran, umat Islam yang mempertikai keputusan Mahkamah Rayuan berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" boleh menjadi kafir dan murtad.
Kalau Islam dihalang guna 'Isa' bagaimana?
Sementara itu, pendakwah bebas Wan Ji Husein (bawah) pula tampil dengan beberapa persoalan berkaitan kalimah Allah yang menurutnya patut diperjelas oleh Nooh, antaranya:
(1) Status ayat al-Quran yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) yang dibacakan nama Allah boleh dimakan.
(2) Status agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan kalimah Allah sejak zaman Nabi Muhammad lagi.
(3) Suruhan Allah dalam al-Quran yang menyuruh orang Kristian bersumpah dengan nama Allah jika mereka menafikan sesuatu tuduhan jenayah.
(4) Yahudi dan Kristian sejak zaman penurunan wahyu sendiri mempunyai kefahaman yang berbeza dengan Islam apabila menyatakan Uzair dan Isa anak Allah, seperti dirakam dalam al-Quran.
"Makanya, apa logiknya kata Yahudi dan Nasrani dulu tak sama dengan Yahudi dan Nasrani zaman sekarang? Nooh Gadut ada jawapan tak?" tulis bekas anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS itu.
Wan Ji juga menimbulkan persoalan berhubung sikap umat Islam jika mahkamah di negara yang diperintah orang Kristian, seperti England, melarang umat Islam menyebut nama Nabi Isa dalam al-Quran dengan alasan
"Noh Gadut setuju atau tidak dengan mahkamah England itu?" soalnya lagi?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Darien_Fawkes posted on 17-10-2013 12:35 AM 
Cerita yang dok disebarkan dalam FB
Once Upon A Time ......
panggil jer nama abuya....habis cerita
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
M5 posted on 17-10-2013 12:24 AM 
koran ada byk ayat2 yg menceritakan bagaimana ahlul kitab menggunakan kalimah allah sebagai meruju ...
sesetengah puak islam (bukan merujuk kepada sebenar2 umat islam) berkata dengan mengucap 2 kalimah syahadah udah ckp masuk islam....
diorang lupa ada lagi rukun islam yang lain... tak buat rukun islam tu pun dah terpesong islam nya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ilmu Islam itu luas dan mudah . Yang di katakan nampak salib murtad kerana fahaman Khatolik sampai ada 3 Tuhan . Tapi masa Jesus dulu cuma ada SATU Tuhan jer . Sebab itu dikatakan murtad , bukan dari segi agama Islam tetapi dari segi Ahli Kitab .
Macam tu juga bab Kalimah . Aku naik saksi bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN NABI MUHAMAD ITU PESURUH ALLAH . Jika Allah sampai ada 3 bukankah murtad namanya ? Sedangkan dalam fahaman Islam ALLAH itu AHAD . ( SATU )
Harap ko paham . Jadi tak timbul isu munafik . Kalau timbul juga adalah kerana perbuatan munafik yang ANTI ISLAM  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr Asri adalah berfahaman Wahabi . Dapat PHD Islam sampai belajar ke negaRa kapir di London . Sedangkan sukatan pengajian Islam di negara Kapir Yahudi yang sediakan .
Jadi haku tak heran akan sikap Dr Asri . Dia hanya penyambung lidah penjajah . |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg aku tau penggunaan 'Allah' telah diguna pakai oleh Agama Kristian "Pengamal Al-KItab Injil" sejak zaman Nabi lagi....walau bagaimanapun bukan semua agama Kristian menggunakannya...
aku malas nak komen panjang2 pasal benda ni...kang tak pasal2.......()*&^&$#@!
apa yg nyata...
yg melayu duk perjuangkan penggunaan Allah hanya utk org Islam tapi yg wajib 5 waktu tak dibuat tak guna juga...
seseorang yg beragama Islam tapi takde amalan....pun tak guna juga.....
ada yg beragama Islam, tapi perangai lebih teruk dari kafir pun tak guna...
Wallahualam...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Terasa macam ada agenda tersendiri oleh puak2 kafir untuk ungkapan Allah ini. Oleh itu walaupun kerajaan sekarang busuk dan berbau hanyir........untuk isu ini aku agree dengan keputusan mahkamah ini. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
YAHUDI MEROSAKKAN ULAMAK .
Di Malaysia, proses mengalih tempat ulama dari tempat mulia
ke kandang-kandang musuh berlaku begitu licin dan rapi sekali.
Nyata ianya dirancang sejak lama dan penuh hati-hati. Sebagai
contoh mari kita lihat tahap-tahap peralihan ituberlaku dengan
jayanya di Malaysia.
a) Menjemput para alim ulama makan gaji.Waktu sebelum penjajah
dulu,alim ulama tidak bekerja makan gaji. Mereka berdikari
dalam soal mencari rezeki. Mereka bekerja menyebarkan ilmu di
tengah masyarakat sekitar. Bilapenjajah memerintah,ulama-ulama
ditawarkan bekerja dengan pemerintah. Yakni mereka ( penjajah)
masuk kedalam kampung melalui wakil-wakilnya,naik ke rumah
ulama-ulama itu,berbincang dengan tuan rumah,berbincang mengenai
kerja yang ditawarkan itu. Hasil pujuk rayu,maka ramailah ulama
menerimanya di samping ramai juga yang menolaknya.
b)Tuan guru saya Allahyarham Syeikh Mahmud Bukhari (asal
Bukhara,Uzbekistan),dijemput sewaktu dia berada di Makkah.
Dia menerimanya menjadi guru di Maahad Hisamudin,Klang.
Cuma syukur kerana beliau tidak dapat ditipu oleh
dunia. Rumah besar yang ditawarkan ditolaknya. Teruslah
dia tinggal di rumah kecil tepi masjid. Hidupnya zuhud.
Selain kerja rasmi, dia banyak buat kerja-kerja tidak rasmi
iaitu mengajar masyarakat di masjid dan lain-lain lagi.
Termasuk Sultan Selangor di masa itu Sultan Hisamuddin
Alam Shah,sultan Selangor yang keenam, mengaji dengannya.
Dibuatnya Sultan macam anak muridnya yang lain.
Dia tegur apa yang patut ditegur. Ini diakui oleh semua
ulama di zaman itu. Selamatlah ia dari mengampu dan menjilat.
Tetapi umumnya, ulama yang menerima jemputan penjajah dapat
ditipu oleh duniayang melambai-lambai. Tipuan dunia tentu
kita sudah maklum. Yakni bagai kita mengejar bayang-bayang
atau fatamorgana. Kita ingin padanya kerana ia begitu
menarik. Tetapi makin diburu makin ia lari. Hingga kita
asyik memburu,tidak juga puas-puas. Keasyikan yang melalaikan
kita dari memburu Akhirat. Akhirnya kita mati sebelum
menyediakan apa-apa bekal untuk hidup di Akhirat. Dunia yang
diburu hilang dari hidup kita. Hiduplah mereka dalam kemewahan.
Hati kian jauh dari Tuhan kerana penuh dengan kehidupan yang
diisi oleh rasa cintakan dunia yang mengasyikan. Kerja-kerja
ALLAH yang tanpa gaji itu tidak berasa seronok lagi.
Yang seronok,kerja makan gaji. Begitulah dunia telah
menggelapkan mata hati kita tapi mempesonakan mata lahir.
c) Bila umpan pertama sudah mengena, penjajah pun bangunkan
tangga kedua iaitu mem buka sekolah-sekolah agama mengikut
sukatan penjajah. Sekolah yang secara terang dapat menjamin
makan gaji dengan kerajaan. Yakni dapat kehidupan mewah yang
indah itu. Kalau tak buka sekolah sendiri,proses membawa
ulama ke kandang mereka agak lambat. Bukan senang nak ubah
kuih yang sudah disiapkan orang. Eloknya buat kuih sendiri.
Itulah falsafah bangunnya sekolah-sekolah agama ini.
Masyarakat melihatkan contoh ulama makan gaji yang hidupnya
sudah berubah indah itu. Maka ramailah yang menghantar anak
ke sekolah agama kerajaan. �Dunia dapat, Akhirat dapat,�
kata mereka. Walhal pemburu dunia jarang dapat jadi pemburu
Akhirat. Manakala pemburu Akhirat akan diburu �buru oleh dunia.
Masa di sekolah lagi pelajar-pelajar sudah berbincang-bincang
tentang jawatan-jawatan yang bakal disandang nanti. Ada yang
nak jadi mufti,kadhi,mubaligh,dan lain-lain lagi.Masing-masing mengharap
jawatan besar untuk mendapat gaji.
(Apa yang saya sebut iniadalah pengalaman yang saya lihat
dan dengar sendiri.)
Dengan adanya sekolah,kerajaan tidak payah lagi menjemput
ulama di rumah-rumah mereka untuk datang ke pejabat. Tetapi
para ulama sendiri yang berduyun-duyundatang memohon kerja.
Dapat kerja ertinya dapat duit,dapat nama,dapatkuasa,dapat pengaruh,
yang semuanya sangat dicintai oleh nafsu.
Waktu itu sama ada dapat tegak hukum ALLAH atau tidak,sudah
tidak diperhitungkan lagi.
d) Tertekannya ulama tidak rasmi dan pondok-pondok. Pada
era ini, kekuatan ulama rasmi sudah terasa. Maka jadilah
mereka ayam sabung pemerintah untuk menekan ulama yang masih
mempertahankan hak-hak ALLAH dalam masyarakat mereka.
Sekolah-sekolah pondok tempat keluarnya ulama turut jadi
sasaran.Kita tentu sama-sama dapat saksikan bagaimana proses
peralihan berlaku dipondok-pondok. Yang sebelumnya berserban
atau berkopiah putih,telah bertukar kepada kopiah hitam dan
akhirnya jatuh semuanya. Kepala yang mulia tidak
bertutup lagi. Baju-baju Melayu beralih kepada baju kemeja.
Kain pelikat beralih kepada seluar. Mula-mula kemeja di luar
tapi akhirnya kemeja masuk ke dalam seluar. Jadilah ulama rupa
pakaiannya macam rupa pakaiaan tuannya,penjajah.
Perempuan yang mula-mula dirahsiakan kecantikannya, dibuka
sedikit demi sedikit,akhirnya terdedah betul untuk santapan
nafsu lelaki macam wanita-wanita penjajah.
Saya hanya menyebut perubahan-perubahan yang lahir-lahir
ini sebagai contoh sahaja. Yang sebenarnya perubahan fikiran
melalui propaganda dakyah musuh itulah yang menjadi punca bagi
perubahan lahir itu. Di Turki,Kamal Atarturk menjahanamkan
ke-Islaman di Turki dengan cara inilah. Bahkan ia menggunakan
kekasaran,membunuh ulama dan menghukum siapa-siapa yang degil.
Lebih-lebih lagi di kawasan-kawasan jajahan komunis seperti
di negara-negara di Asia Tengah yang pernah dijajah oleh Moscow,
dan juga di Tanah Besar China. Ulama tidak rasmi dan ulama-ulama
pondok dianaktirikan hingga menjadi begitu buruk dan tidak
berharga lagi. Orang ramai pandang mereka bagaikan pandang
kucing kurap. Akibatnya pondok hidup segan mati tak mahu.
Yang meriah pondok buah-buahan seperti pondok durian,
rambutan dan lain-lain lagi. Kemudian sebahagian besar
ulama pondok pun terpengaruh sama. Walaupun mereka masih
mengajar di pondok-pondok tetapi anak-anak mereka sendiri
dihantar ke sekolah sekular yang menjamin keduniannya.
Sikap mereka ini seolah-olah menampakkan mereka menyesal
mengaji di pondok-pondok ( pesantren-pesantren) kerana tidak
dapat apa-apa habuan keduniaan.
e)Bila taring makin besar dan tajam, musuh Islam makin berani.
Mengumpan pula agar umat Islam mengaji Islam di negeri kafir,
universiti kafir,guru-gurunya pun kafir. Masya ALLAH, malangnya
umat Islam! Ramai yang menerima tawaran ini. Pulang dengan PhD
syariah atau PhD loghah atau PhD tasawuf dari Universiti
Kent,Universiti Birmingham,Universiti Temple di Amerika atau
dari Universiti St.Andrews di Scotland atau lain-lainnya.
Ulama ini bukan lagi setakat gila dunia lalu memperdayakan
agama. Tetapi mereka juga adalah ejen musuh dalam menghancurkan
Islam di negara-negara dan negeri-negeri umat Islam. Di
mana-mana hari ini, siapa ada sijil dari negeri-negeri kafir
itu, dia yang dapat tempat istimewa dalam kerajaan. Atas
nama Islam, dengan kuasa yang ada, disesatkanlah,ditekan,
diugutlah saudara-saudara seIslam yang serius dengan agama.
Walhal mereka sendiri yang menuduh sesat pada orang itu ada
yang kaki perempuan,kaki muzik,dan segala-galanya. Syariat Islam
mereka, jangan soallah. Isteri penoreh getah yang jahil pun pakai tudung,tetapi
isteri tuan besar agama, kepala masih terdedah.
Sebab itu saya berani mengatakan lulusan Islam dari sekolah
orang kafir ini sebagai penghalang kebangkitan Islam. Dituduh
ajaran tasawuf sebagai sesat sedangkan dia sendiri anti syariat.
Juga dituduh tasawuf itu karut sedangkan kekarutan yang di
lakukannya lebih bahaya lagi. Inilah kerja musuh,kerja nafsu
dan syaitan. ALLAH berfirman dalam surah An Nisa�:
Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku
dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu
dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?Tapi mereka masih
berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah
mengungkari thaghut itu. Dan syaitan memang hendak menyesatkan
mereka dengan penyesatan yang sejauh-jauhnya. Apabila dikatakan
kepada mereka,�Marilah(tunduk) kepada hokum yang telah Allah
turunkan dan kepada ajaran Rasul,�nescaya kamu lihat orang-orang
munafiq menghalang (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari
mendekati kamu. (An Nisa�:60-61)
f) Di tahap ini sudah sempurnalah hasrat musuh untuk
hancurkan Islamdan ulamanya sekali. Bila lidah musuh
sudah disambung oleh ulama, maka selesailah proses penghancuran
yang dirancang sekian lama. Umat Islam tinggalnama sahaja.
Cara hidup sepenuhnya bukan Islam lagi. Cara hidup Islam jadi
dagang dan begitu asing di kalangan penganutnya sendiri.
Tepatlah sudah sabda Rasulullah SAW:
Kamu akan mengikut perjalanan orang sebelum kamu sejengkal demi
sejengkal,sehasta demi sehasta. Sehingga kalau mereka masuk ke
lubang biawak pun kamu akan mengikutnya. Lalu ditanya: Siapakah
mereka wahai Rasulullah? Sabdanya: Yahudi dan nasrani.
( Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Berjayalah sudah musuh mendaki kemuncak itu. Tapi insya-ALLAH
bila sudah sampaikemuncak, dia akan jatuh. Dan zaman kejatuhan
mereka sedang bermula. Itulah Sunnatullah.
Kesimpulannya, sekolah dan universiti agama kerajaan di dunia
hari inisebahagian besar sebenarnya mengusahakan keluarnya
ulama yang rosak. Memang umat Islam tidak sedarkan hal ini.
Bahkan bila saya sebut begini, mungkin ada yang
tidak percaya atau tidak boleh terima. Maklumlah orang sudah
sedap dengan rokok, susah nak terima kalau dikatakan ia bahaya
untuk badan. Orang yang sudah rosak,susah untuk nampak kerosakan.
Oleh itu terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.
Saya cuma mengingatkan lagi sekali, memang pelanduk selalu
lupakan jerat.Bahkan dia tidak sangka jerat ada niat tidak
baik padanya. Tetapi si jeratsedetik pun tidak terlupa dan
tersilap dalam niatnya nak tangkap pelanduk. Begitulah! Tetapi
jerat tidak bersalah.Memang tanggungjawabnya. Yang salah ialah
pelanduk. Mengapa pelanduk tidak serius dalam mengawal
keselamatan dirinya? Sedangkan dia ada otak,jerat tidak
ada otak.
Umat Islam ada Al-Quran dan Hadis,musuh tidak ada.Petunjuk
yang begitu jelas.Itupun musuh yang menang. Bukan salahmusuh tetapi
salah umat Islam sendiri.Diri yang tidak mempergunakan seluruh amanah
ALLAH untukmembangunkan kejayaan dan kemenangan hakiki. ALLAH
berfirmandalam surah At Taubah:
Wahai orang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan pada
kamu,�Berangkatlah(untuk berperang) pada jalan ALLAH,� kamu
merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas
dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan Akhirat?
Padahal kenikmatan hidup di dunia ini ( dibandingkan
dengan Akhirat) adalah kecil. (AtTaubah: 38)
Rasulullah SAW bersabda:
Akan tiba masanya kamu ( umat Islam ) akan dikeronyok oleh
musuh bagaikanmenghadapi makanan di dalam dulang.� ara
sahabat bertanya: �Apakah bilangan kita ketika itu sedikit?�
Rasulullah menjawab, �Bahkan kamu ketika itu ramai tetapi
bagaikan buih di laut. ALLAH akan cabutkan perasaan gerun
musuh kepada kamu. Sebaliknya dimasukkan ke dalam hati kamu penyakit
�wahan�. Apa itu �wahan �
Tanya sahabat? Jawab baginda: iaitu gila dunia dan takut mati.
( Riwayat Abu Daud)
Begitu jelas diceritakan bahawa punca kelemahan umat Islam
ialah penyakit cinta dunia dan takut mati ( dalam menegakkan
kebenaran). Tetapi umat Islam tidak juga mahu mengubati penyakit
itu. Musuh yang sungguh-sungguh mengusahakan agar
penyakit ini terjadi atau menimpa umat Islam. Sebab musuh
yakin rahsia untuk merosakkan umat Islam ialah jadikan mereka
gila dunia dan takut mati. Musuh kaji Al Quran dan Hadis.
Al Quran pun menerangkan bahawa yang boleh menipu umat Islam
ialah dunia. Sudah lebih 50 kali bangsa Yahudi dan nasrani
menterjemah Al Quran.
Mereka kaji dengan mendalam rahsia umat Islam. Alimnya mereka
tentang Islam sampai mampu menjadi pensyarah Islam di peringkat
ilmu PhD. Mereka buka pengajian Islam. Panggil umat Islam untuk
berguru dengan mereka. Maka ramailah lahir ulama Islam di tangan
Yahudi dan nasrani. Umat Islam seluruh dunia menyambut baik
perkara ini. Bangga mengaji Islam dengan orang kafir. Walhal Al
Quran sudah ingatkan:
Tidak sekali-kali orang Yahudi dan nasrani meredhai kamu
sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka.
( Al Baqarah: 120)
Maha Benarnya ALLAH, maka terjadilah hal di mana lulusan PhD
tasawuf dari Universiti St. Andrews di Scotland jadi penentang
kuat pada kebangkitan Islam di Malaysia dan di mana-mana saja.
Demikian juga lulusan pengajian Islam dari Universiti Kent di
England, jadi orang yang gigih menentang gerakan Islam.
Sedangkan pelajar kejuruteraan sebuah universiti di Indonesia
jadi ketua kebangkitan Islam di sana. Dan lulusan PhD satelit
angkasa dan pemegang PhD jurusan aeronotik dari Aerospatiale,
Universiti de Toulouse di Peranchis, jadi aktivis Islam yang
turut memeriahkan kebangkitan Islam di Eropah.
Ertinya, hasil belajar Islam dengan orang kafir,orang Islam
telah menjadi penentang Islam. Sedangkan pelajar aliran sekular,
yang mendapat didikan Islam dari pendakwah-pendakwah Islam,
akhirnya jadi penggerak Islam. Keadaan ini berlaku tentunya
kerana ilmu Islam yang diberikan oleh kedua-dua pihak bezanya
bagaikan langit dengan bumi. Ilmu Islam yang diberi oleh orang
kafir itu ibarat makanan yang sudah dibubuh dengan racun.
Firman ALLAH SWT:
Dan kalau ALLAH mengkehendaki, nescaya Dia jadikan kamu satu
umat (saja). Tapi ALLAH menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya
dan memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah
kamu kerjakan.( An Nahl: 93)
Sekian. Wassalam.
Ilmu Memimpin Kita
Pengalaman Mengajar Kita
Masa Mendewasakan Kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hati2 dengan dakyah Kristian .
Ilmu kena lawan dengan Ilmu .
Ilmu Memimpin Kita
Pengalaman Mengajar Kita
Masa Mendewasakan Kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 17-10-2013 08:23 AM 
sebab itulah aku kata...
mudah utk diorang nie terpesong...
agak payah bercerita berdebat pasal pengunaan Allah ini..
tetapi pada aku selagi akidah,kepercayaan aku utuh pada Allah aku..agama aku yang aku anuti itu cukup. jangan pula kita menidakan ugama lain.dan jangan pula kita menjadi penolong pembantu malaikat untuk menilai seseorang itu murtad. mudah sungguh orang kita melatah dan menjatuhkan hukuman seseorang itu murtad. kalau hati kita teguh iman kita kuat berpegang dengan ugama kita orang tarik hasut putuskan kepala kita pun kita tetap dengan agama kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ogata posted on 17-10-2013 09:09 AM 
agak payah bercerita berdebat pasal pengunaan Allah ini..
tetapi pada aku selagi akidah,keperca ...
Ada org yg kuat iman dan ada yg lemah....
kalau pengharaman ini boleh membantu mereka yg lemah...apalah salahnya...
Dalam Kristian sendiri, Paderi yg lemah iman juga akan meliwat kanak2..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|