CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chetaton

Diana Rafar & Zamarul Hisham bermasalah??

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2013 08:08 AM | Show all posts
EmmaDarl posted on 2-10-2013 01:15 AM
ko xde mslh ke duk pk mslh org?aku lps kawen xde letak gmbr ngn laki gak.yg ade gmbr baby aku jer.gm ...

ko retis ke org dok curious? aku tanya ni pasal theyoll retis
klu ko, xde sape yg kisah pun ko letak ke tak gambar laki ko
takde sape kenal ko pun nokssss


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 08:15 AM | Show all posts
linda n diana ni kadang2 dtg g breakfast kat pasar seksyen 6 sinun tu. kadang2 die x turun kereta pon, abang nasi lemak tu yang dtg kat dia. macam drive thru. tapi dia baik, xdela kerek ke apa. selalu bawak anak2 ngn maid die je.. jarang nampak hasben2 mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 08:31 AM | Show all posts
dayana88 posted on 2-10-2013 08:15 AM
linda n diana ni kadang2 dtg g breakfast kat pasar seksyen 6 sinun tu. kadang2 die x turun kereta po ...

masa artis2 ade dtg kat danau kota, linda ngan husband dia ade. tapi diana ni sorang2. husband dia xnampak..
tu yg curious
tapi baguslah dorang masih ok and takde problem. mmg humble and very low profile.
tak menunjuk2 sgt theyol lebing kapel


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 02:29 PM | Show all posts
bz kot xsempat nk tgkap skali...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 02:41 PM | Show all posts
gossip apakah ni.. tu le akibatnya klu jadi artis.. x de pasal pun peminat cari pasal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 02:48 PM | Show all posts
resah posted on 2-10-2013 02:41 PM
gossip apakah ni.. tu le akibatnya klu jadi artis.. x de pasal pun peminat cari pasal..

ish ish ish kesian ko ni
orang bertanya di kata cari pasal
kesian jugak kat ko, tak tau rupanya artis and gossip tu ibarat tebing dan air
gosip terbahagi ke 2; sahih & tak sahih

so yg di dalam thread ni, hanya PERTANYAAN je
bukan dispeku terus menerus
harap maklongg


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2013 02:53 PM | Show all posts
xbergmbr bersama pon jdi ukuran ke? =='
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2013 02:57 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 2-10-2013 02:53 PM
xbergmbr bersama pon jdi ukuran ke? =='

make sense sometimes


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 03:00 PM | Show all posts
chetaton posted on 2-10-2013 02:57 PM
make sense sometimes

ok u got the point.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:08 PM | Show all posts
In Shaa Allah...rumahtangga mereka semua ok-ok jah...
aman damai...
cuma dOrang lOw prOfile je la agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:09 PM | Show all posts
COP! lelaki yang beso tu anak dorang ek? x sangka dh lama jugak dorang ni kawen
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:15 PM | Show all posts
Who doesn't?

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
chetaton posted on 2-10-2013 08:08 AM
ko retis ke org dok curious? aku tanya ni pasal theyoll retis
klu ko, xde sape yg kisah pun ko le ...

ko xphm eh mksud aku?xkira la artis ke sape ke.die manusia gak kan?so maknanye kalo laki bini xde gmbr bersama trus ko pk diorg bermasalah.aku ckp mcm tu sbb nk bg gmbrn kat ko.xsemestinye sume nk dikongsi lam ig.twitter.heh tu pon nk jd mslh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 07:46 PM | Show all posts
weiiii....ini board gosip bukan kaunter pertanyaan....kehkehkehkeh....tutup je la thread ni...kehkehkeh....lariiiikkk...

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 08:44 PM | Show all posts
tak semua suka update gambar spouse dlm ig or fb..but then itu tak bermakna dorang tak bahagia... as for me, kalau kita bahagia better simpan sendiri jer..tak yah nak tunjuk2.. kang ada yg dengki or mengata sendiri yg sakit hati jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:24 AM | Show all posts
bersangka baik je la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 10:47 AM | Show all posts
maxim posted on 30-9-2013 02:20 PM
since when IG dah jadik kpi kebahgiaan rumahtangga retis?

Hahahaa.. a superb question!!!! Bravo...

Jangan cepat jatuh hukum atau cepat menebak sesuatu yang bukan pasti.....

Tanya balik la kat IG tu.. mana pegi the other half? Kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:26 PM | Show all posts
            Diana Rafar Tepis Rumah Tangga Bergoyang         
                      Oleh FERIDE HIKMET ATAK ([email protected])
        Diana dan Zamarul masih lagi bahagia dalam rumah tangga mereka.
PETALING JAYA: Pelakon Diana Rafar  menepis tuduhan  rumah tangga yang dibinanya bersama aktor Zamarul Hsiham, 42, menghadapi krisis sehingga menyebabkan mereka jarang dilihat keluar bersama.
Diana atau nama sebenarnya Adriana Abd. Rafar, 31, berkata, hubungan mereka tidak menghadapi sebarang masalah sebaliknya Zamarul terlalu sibuk di lokasi penggambaran mengakibatkan pelbagai andaian timbul.
"Hubungan kami memang ‘renggang’ kerana kesibukan Zamarul di mana jadualnya penuh dengan penggambaran drama.
"Saya pun tak tahu bila masanya tidak sibuk tetapi macam mana pun kami masih lagi bersama," katanya yang dihubungi mStar Online.
Diana mengakui ada kalanya dia berasa hati terhadap Zamarul yang jarang mempunyai masa untuk bersama dan mereka pernah membincangkan perkara tersebut.
Bagaimanapun kata Diana, dia harus memahami kesibukan suaminya itu merupakan satu pengorbanan terhadap keluarga.
"Biasalah bila pergi ke majlis tanpa suami, orang mulalah bertanya dan memberi pelbagai andaian. Malah wajah Zamarul tiada dalam Instagram saya pun orang tertanya-tanya kenapa?
"Tapi nak buat macam mana, nak ambil gambar bersama pun tak sempat," tuturnya.
Hasil perkahwinan Diana dan Zamarul pada 16 Mei 2009, pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki  iaitu Kashfi Haikal yang kini berusia tiga tahun.
Zamarul pula mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu iaitu Izzat Haikal, 14.
Dalam pada itu  Diana berkata dia berhasrat untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas spa yang dimilikinya di Shah Alam sejak tujuh tahun lalu ditutup kerana kekurangan pelanggan.
"Sekarang ini saya sibuk dengan mempromosikan produk kecantikan saya Maixara  selain menjadi duta kepada produk Sumber Ayu,” jelasnya.
         

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:49 PM | Show all posts
Budak-budak dalam gambar tu kiut aje..semoga diorang happy selalu!

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 08:38 AM | Show all posts
Diana Rafar selalu sendiri, tapi masih bahagia


HUJUNG minggu lalu dalam sebuah akhbar mingguan terdapat khabar angin yang mengatakan rumah tangga pelakon Zamarul Hisham dan Diana Rafar yang dibina pada tahun 2009 itu sedang bergolak.

Semuanya gara-gara Diana yang dilihat sering bersendirian apabila menghadiri acara hiburan termasuklah persandingan pelakon Fouziah Gous baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, menurut khabar angin yang bertebaran, Zamarul dikatakan terlalu sibuk dan sudah lama tidak pulang ke rumah menjenguk isteri dan anaknya, Kashfi Haiqal, 3 tahun. Diana pula sering lihat berada di rumah ibunya di Shah Alam, Selangor.

Bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar angin ini, Kosmo! menghubungi Diana semalam dan ternyata dia cukup terkejut dengan khabar angin terbaharu itu. Bagaimanapun, Diana tidak menafikan dia sering bersendirian sejak kebelakangan ini.

Kosmo!: Benarkah rumah tangga Diana dan Zamarul sedang bergolak?

DIANA: Perkara itu tidak betul dan saya nafikan khabar angin tersebut. Kami masih bahagia dan rumah tangga saya berada dalam keadaan baik. Sebenarnya saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba sahaja keluar berita seperti ini.

Sejauh manakah kebenaran yang mendakwa anda sering dilihat bersendirian tanpa suami menghadiri majlis-majlis hiburan?

Saya tidak nafikan memang saya selalu bersendirian ke mana-mana majlis hiburan dan majlis rasmi. Saya tidak boleh elak untuk keluar rumah sendirian kerana saya juga ada kerja yang harus diselesaikan, takkan kerana suami saya sibuk saya tidak boleh keluar rumah.

Khabar angin mendakwa, Zamarul sudah lama tidak pulang ke rumah manakala anda pula sering berada di rumah ibu di Shah Alam, Selangor. Benarkah?

Walaupun sibuk sehingga 3 pagi, suami saya tetap pulang ke rumah setiap hari. Kalau orang selalu lihat saya di rumah ibu, sebenarnya rumah saya, ibu serta kakak-kakak saya semuanya berdekatan. Kebetulan anak saya bersekolah dekat dengan rumah ibu, apa salahnya saya melawat ibu setiap hari.






Jika kalian bahagia, bagaimanakah isu pergolakan rumah tangga ini boleh timbul?

Mungkin sebab memang orang selalu lihat saya sendirian dan kemuncaknya apabila saya hadir ke majlis persandingan Fouziah Gous seorang diri. Ramai rakan artis dan media bertanya di mana suami saya? Memanglah waktu itu, kami bercadang untuk hadir bersama tetapi terpaksa dibatalkan kerana dia terikat dengan penggambaran. Mahu tidak mahu saya hadir seorang diri, memenuhi jemputan rakan saya.

Adakah kalian sudah berbincang mengenai khabar angin ini?

Setakat ini kami belum sempat berbincang lagi kerana cerita ini keluar secara tiba-tiba. Suami saya juga sibuk dengan kerja, cuma keluarga ada bertanya hal ini kepada saya, mereka juga terkejut tetapi selepas diterangkan keadaan sebenarnya mereka faham.

Isu rumah tangga bukan perkara yang remeh. Adakah anda tertekan dengan khabar angin ini?

Saya akui memang agak tertekan sebab saya tahu cerita ini pun daripada orang. Bila saya keluar tiba-tiba banyak mata yang memandang serong dan bertanyakan hal rumah tangga kepada saya. Sekarang saya masih kuat, saya takut jika khabar angin ini berlarutan, saya jadi tidak kuat.

Apakah perkembangan terbaharu kerjaya seni anda?

Sekarang memang saya perlahankan kerjaya seni untuk beri tumpuan kepada keluarga tetapi saya masih berlakon dalam banyak telefilem. Jika tidak ada aral melintang, selepas ini saya akan terlibat dalam penggambaran drama bersiri untuk slot Samarinda. Selebihnya saya sibuk dengan urusan perniagaan dan tugas sebagai duta produk kecantikan Sumber Ayu dan Maixara.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 2.htm#ixzz2gzZVz7GL
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084981 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list