sorry kalau ada yg dah tepek...
-------------------------------------------------
KASUAL, bergaya dan berani. Itu perkataan yang tepat bagi menggambarkan 30 koleksi pertama dari Butik Bianco Mimosa dalam satu pertunjukan fesyen sempena pelancaran butik itu di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur baru-baru ini. Koleksi tersebut dizahirkan oleh para perekanya yang mendapat inspirasi dari jenama terkemuka, Versace dan Roberto Cavalli. Bianco Mimosa dikendalikan oleh jurusolek popular Deq Sha atau nama sebenarnya Mohamad Shahrul Azlan Abdul Rauf bersama Mohd. Faizal Abdullah dan Jasmi Rejab, selaku pereka fesyen. Menurut Deq Sha, Bianco Mimosa cuba menonjolkan aspek material pada koleksi sulungnya itu dengan salah satu daripadanya ialah penggunaan batik digital. Material dari China "Menggunakan kain-kain eksklusif yang ditempah khas dari China, warna-warna yang digunakan dalam koleksi pertama ini lebih kepada warna oren, merah manggis, hitam, coklat dan warna wajib Bianco Mimosa iaitu kuning diraja. "Ia menampilkan koleksi sedia pakai dengan suntikan rekaan kasual, futuristik dan tidak ketinggalan fesyen muslimah," katanya sambil memberitahu material yang digunakan terdiri daripada kain sifon, likra dan kulit. Tambah Deq Sha, kepelbagaian dalam koleksi menunjukkan bahawa Bianco Mimosa mampu menghasilkan atau memenuhi apa sahaja fesyen yang menjadi idaman pelanggan. "Koleksi sedia pakai menggunakan potongan ringkas yang menjamin keselesaan pemakai. "Kami tidak meletakkan sasaran umur untuk koleksi ini kerana ia bebas dipakai oleh individu-individu yang berani bereksperimen dengan fesyen," ujarnya. Secara keseluruhannya, terdapat 30 koleksi yang ditampilkan dengan tiada sebarang perincian manik mahupun renda memandangkan jenama tersebut ingin menonjolkan aspek material yang digunakan. Rekaan koleksi sedia pakai Bianco Mimosa yang ringkas tetapi elegan ini dijual antara RM200 hingga RM500 sehelai. Bianco Mimosa yang dinaungi usahawan, Datuk Ida Suraya Mustapha, bakal bekerjasama dengan jenama terkenal Versace dalam melahirkan koleksi fesyen busana Muslimah.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0917&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_02.htm#ixzz2fxf5RLFI
Hakcipta terpelihara
--------------------------------------------------
sebelum ni pernah ke versace bekerjasama dgn sape2 utk buat baju...??
|