CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

Sunnah VS Bid'ah

[Copy link]
Post time 22-3-2013 05:45 PM | Show all posts
Abangcute posted on 21-3-2013 04:18 PM
Kamu perlu difahamkan MAKSUD KELDAI? WAkakakakaa... KELDAI... Oh Keldai.. Kenapa JADI KELDAI? Maca ...

hari ini lebih baik dr semalam , tinggalkan lah biacara sia2...bantulah rakan2 lain...sebarkan salam dan akhlak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2013 07:05 PM | Show all posts
Ni  gue nak titp kan pesanan tak banyak sikit
Usah merendah2kan ilmu orang nan lain, sebab..ini keje orang tak sadar tak kenal
(kerana masih faham faham yg semua ilmu itu adalah KURNIAAN Allah swt)


Imam Syafie berkata:

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2013 11:14 PM | Show all posts
ussopp posted on 22-3-2013 05:45 PM
hari ini lebih baik dr semalam , tinggalkan lah biacara sia2...bantulah rakan2 lain...sebarkan sal ...

                Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.         
                     (Al-Baqarah 2:193)

Perintah Allah. Kalau salah... sila baca semua POST-POST sebelum menjatuhkan hukum yang diri sendiri TIDAK MENGETAHUI.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2013 06:19 AM | Show all posts
Abangcute posted on 22-3-2013 11:14 PM
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ag ...

fitnah dalam diri lebih besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2013 02:27 AM | Show all posts
Mari bincangkan, adakah ini perkara bid'ah???
- berlapang dada...



p/s: Sila baca komentarnya juga ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2013 08:30 AM | Show all posts
Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

- DrMAZA.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-6-2013 03:38 PM | Show all posts
Tokoh besar mazhab al-Syafi’i iaitu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:

Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai.

(Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab, 5/320, Beirut: Dar al-Fikr.)

Sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:

كُنَّا نَرَى الِاجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنْ النِّيَاحَةِ
Kami menganggap berhimpun kepada keluarga si mati dan menyediakan makanan termasuk dalam (hukum) al-Niyahah (meratapi mayat yang dilarang oleh syarak) (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah; sanadnya sahih)

Sahabat Nabi bernama Jarir bin ‘Abdillah al-Bajali menyebut:
Tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi'i, antaranya al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji menulis dalam kitab mereka: “Daripada bid'ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati adalah mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya”. Tambah mereka lagi: “Menyusahkan keluarga si mati dengan membuat makanan dan menghimpunkan orang ramai kepada makanan –seperti yang menjadi kebiasaan di zaman kini- adalah bid’ah yang bertentangan dengan sunnah dengan percanggahan yang amat sangat.

(Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji, Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i, 1/263, Damsyik: Dar al-Qalam)

Kata Syeikh Daud al-Fatani dalam Bughyah al-Talab:
(Dmakruh) lagi bid'ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid'ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya

(Daud al-Fatani, Bughyah al-Talab 2/34). Demikian juga kenyataan yang sama dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin (m.s 87), al-Syeikh Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi (7/130)

- DrMaza.com
Last edited by Dzulqarnain on 18-6-2013 03:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 11:46 PM | Show all posts
..luaskan skop sunnah, kecilkan skop bid'ah..
atau
..kecilkan skop sunnah, luaskan skop bid'ah..

yg mana lebih baik ?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2013 12:22 AM | Show all posts
Zackmaster posted on 18-6-2013 11:46 PM
..luaskan skop sunnah, kecilkan skop bid'ah..
atau
..kecilkan skop sunnah, luaskan skop bid'ah..

Bg saya kita perlu lebih didedahkan kpd bid'ah² berdasarkan hujah² yg ada
- kecil/besar skopnya tu terpulang le kpd pemikiran akal masing²...

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 11:06 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 19-6-2013 12:22 AM
Bg saya kita perlu lebih didedahkan kpd bid'ah2 berdasarkan hujah2 yg ada
- kecil/besar ...

em..
..perlu lebih didedahkan kpd bid'ah2..
ok la tu, ramai yg akan mengelak perkara2 syubhah~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2013 11:00 PM | Show all posts
Sapo yg suko bekki-bekki pulok...?


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 03:08 PM | Show all posts
salam

sesorang itu yang tidak dapat membezakan d'antara
  • Muhadath dan
  • Qadim ..

Muhadath itu baharu .. bidaah ..

wassalam


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2013 03:13 PM | Show all posts
NorAddin posted on 8-8-2013 03:08 PM
salam

sesorang itu yang tidak dapat membezakan d'antara

Perkara yg seseorang x dpt bezakan antara keduanya spt...?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 03:23 PM | Show all posts
salam

memfarak kan  ..
ibaratun .. antara ..
siang dan malam ..
nar dan nur ..
gelap dan terang ..

wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2013 03:29 PM | Show all posts
NorAddin posted on 8-8-2013 03:23 PM
salam

memfarak kan  ..

Maka, adakah menjadikan siang kpd malam
dgn mengambil nar sbg nur
yg menerangi kegelapan mlm
sbg bid'ah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2013 03:33 PM | Show all posts
salam

sumber asas ..
memainkan peranan penting ..

no source .. no resource ..
mubazir .. akhwani syaithan ..

wassalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2013 02:24 AM | Show all posts
NorAddin posted on 8-8-2013 03:33 PM
salam

sumber asas ..

Bagaimana dgn sumber air yg disekat puncanya utk sekelompok manusia?
- jimat ke kudukut ke menindas?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:57 AM | Show all posts
sya_sugar_sugar posted on 23-3-2013 06:19 AM
fitnah dalam diri lebih besar

Sebelum menceritakan perihal fitnah dalam diri, dalil ini perlu direnungi terlebih dahulu :

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).         

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.         

Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu, dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh), dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya.         

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.         

Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.         

Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim.

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

(Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.         

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai),

tiada fitnah diri dalam Alquran. sila beri dalil kerana statement kamu bukan berdasarkan dalil Alquran akan tetapi berdasarkan akal yg singkat. diharap kamu jangan merosakkan agama kerana kamu sedang merosakkan agama. sekian, mharap maklum. Last edited by AdAkAmA on 13-8-2013 03:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 07:43 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 26-3-2013 02:27 AM
Mari bincangkan, adakah ini perkara bid'ah???
- berlapang dada...

meke nie ....bergaya orang macam pak arab ...tapi meke makan belacan, tempoyak..asam podas ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2013 02:14 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-8-2013 07:43 AM
meke nie ....bergaya orang macam pak arab ...tapi meke makan belacan, tempoyak..asam podas ...:doh ...

X kot, tp parpu kari mgkin jgk.
Sbb Asia Selatan tu dkat sket je drpd Asia Barat
mmg x lari pn laluan rempah ratusnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.049932 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list