blythes posted on 5-1-2013 08:21 PM
Nak part redza pleaaaasee
ni dia part Redza
Bab 18
Manusia cuma mampu merancang, Allah Subhana wa Taala yang menentukan segala yang berlaku pada hambaNya. Yang buruk, yang elok, yang remeh mahupun yang mengubah jalan hidup. La hawla wala quwwata ila billah. Redza menopang dagu di meja sementara menunggu Mike. Fikirannya kusut sejak kebelakangan ini. Selepas episode Datin Wan Hamidah pengsan di pejabat Trapezium, pemeriksaan doctor mendapati dia mempunyai tumor di otak dan juga salah satu arteri nya tersumbat. Walaupun dia selamat menjalani angioplasty untuk melegakan arteri yang tersumbat tapi ketumbuhan di otaknya lebih merisaukan. Pakar neuro pun sedang pening memikirkan samada untuk melakukan pembedahan. Risikonya tinggi. Kalau tidak di bedah, Datin Wan Hamidah cuma boleh bertahan selama 6 bulan. Kalau pembedahan di jalankan, peluang cuma 50-50 tapi dia mungkin menjadi buta dan lumpuh. Kesian Mama! Baru dia sedar segala harta dunia dan kawan kawan yang elit tak boleh menongkat langit. Inilah dugaan paling hebat yang melanda keluarga mereka. Namun hakikatnya, bukan penyakit ibunya saja yang membuat keadaan Redza seperti zombie kebelakangan ini. “ Lama tunggu? Sorry, aku jumpa CK Tan tadi pasal nak reschedule shooting iklan Magnum. Kau dah order?” Mike bertanya sambil melabuh duduk di depan Redza. Sahabat baiknya cengkung dan makin kurus sejak tragedi demi tragedi melanda. Makan minum tidak dihiraukan, tumpuan pada kerjanya pun makin merosot. Mike sendiri yang lebih banyak mengendalikan urusan pejabat. Nasib baik sekarang bukan “peak period” untuk agensi pengiklanan. “ Belum, aku tunggu kau. Thanks for holding the fort. Kau nak makan apa? Aku belanja ” Redza memberi menu pada Mike. Selera Redza tertutup. Berat badannya sudah susut 5 kg dalam dua bulan. Kalah duta slimming centre. “ Macam biasalah” Mike segera menggamit pelayan dan memesan dua set Chicken chop with extra sauce. Chicken chop Uncle Mohsin memang kebaboom! Tambah pula dengan sos cendawan yang pekat.. memang terangkat! Itulah menu standard mereka bila makan di Café Gusto. Tak sampai seminit, dua gelas ice lemon tea sampai ke meja. “ Thanks Mike sebab banyak tolong aku. Kalau tak, Trapezium dah kena bungkus.” “ Ala… what are friends for? Kau dah banyak tolong aku masa aku berhenti dari PTM dulu. Kau juga yang dekatkan aku dengan Islam. That is priceless, bro. Tapi masa bagi bonus nanti, jangan lupa jasa baik aku tau” Mike berseloroh Redza senyum segaris. Otot mukanya sudah lemah, nak senyum lebar bukan main payah. Sebaik pesanan sampai mereka menumpu perhatian pada chicken chop. “ Jadi kau setuju dengan permintaan ibu kau?” Mike memecah hening “ Ya. Aku terpaksa. Syurga di bawah kaki ibu, bro. Dia tak boleh stress kata Dr Azmin. Kau jadi pengapit aku lagi sekali, ya?” Kali ini dia terpaksa akur dengan permintaan ibunya. Kini Mama punya senjata perang psychology yang paling hebat, inilah permintaan terakhir baginya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Perkahwinan dengan Elly Fennyza bt Tan Sri Effendy akan berlangsung dalam masa sebulan. Perkahwinan yang bukan berdasarkan cinta tapi untuk membalas budi. “ Insyaallah. Kalau aku di tempat kau pun, aku akan buat keputusan yang sama. Macam mana pun, dia tetap ibu kau dan restu seorang ibu sangat penting. Tapi kau dah give up cari Nurul?” “ Tidak. Aku tak akan berhenti. Malaysian Embassy masih mencarinya. “ tegas Redza walaupun makin lama makin tipis harapannya untuk menemui Nurul. Sikap petugas kedutaan yang sangat lembab membuat dia bingung. Tapi dia tak akan putus asa. Selagi mayat Nurul tidak di jumpai ( nauzubillah), ada peluang dia masih hidup dan akan kembali. Solat Hajat setiap malam sudah menjadi rutin baginya. “ Takkan tak ada sesiapa pun yang boleh cari dia? Apa kata you guna Private Investigator? Maybe a PI can do a better job. Bukan kau selalu cakap you get what you pay for?“ “ Memang I plan nak buat macam tu. Kalau boleh I sendiri nak pergi ke London. Tapi kalau I jumpa Nurul sekarang, I tak mampu nak teruskan perkahwinan dengan Elly. Demi Mama, janji perlu di capati.” Mike melepas tawa. Maklumlah, sejak sebulan dua ini bukan main susah nak tengok boss senyum. Kalau dia dah boleh buat lawak bodoh, itu sudah marbeles. “ Elly dan Puan Sri tahu yang you dah berkahwin?” “ Belum. It won’t make any difference. Janji aku sanggup salam Tok Kadhi dan duduk bersama Elly atas pelamin. Aku buat ini semua demi Mama, dan juga Papa. Papa aku banyak terhutang budi dengan keluarga Tan Sri Effendy masa dia mulakan business dulu. Lepas ini semua zero – zero. “ “Kau dah jumpa face to face dengan Elly?” “ Ada lah sekali dua kat hospital tapi tak berbual panjang. Dia dah berubah, lebih serius dan matang dari Elly yang aku kenal dulu. Dia dah tutup aurat sekarang, aku pun terkejut. Puan Sri risau sangat dengan perangai Elly masa mereka di London. Syukur lah Elly dah belajar dari kesilapan. ” “ Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan dia?” Mike mengutarakan soalan cepumas. “ Sekarang aku berani sumpah aku tak akan jatuh cinta dengan Elly atau mana mana gadis lain. Dalam hati aku hanya ada Nurul. Tapi aku tak tahu apa yang akan jadi di masa depan. Lebih lagi kalau aku tak jumpa Nurul semula, hati aku dah kematu. ” “ Life is a mystery, Ray. Apa saja boleh berlaku. Tengok macam kes aku, mak bapak aku sekarang dah terima keputusan aku memeluk Islam. Mak aku pun dah mula tengok program TV di Al Hijrah dan Astro Oasis. Jadi kalau ada masaalah, kita redha dan tawakkal saja. Hasbunallah wa ni’mal wakeel. ” Lancar Mike menyebut doa dari surah Aal Imran. Wah, nampaknya Mike yang baru beberapa bulan memeluk Islam lagi hebat dari aku. “ Baguslah kalau parents kau dah okay. Boleh kau cari isteri orang Melayu cepat cepat. Okay, Ustaz Abdul Rahman, aku nak pergi hospital jenguk mak aku. See you tomorrow.” Belum sempat Redza membuka pintu kereta, Mike sudah berada di sisi nya sambil tercungap. “ Oitt.. nyanyuk! Kau lupa handphone kau. Ada mesej” Telefon bimbit di belek. Elly menghantar mesej. “ Assalamualaikum. Mummy n I nak pegi melawat Auntie kat PCMC. Can we meet? Ada benda penting nak discuss” |