|
sape hero nih? tapi nak akram! |
|
|
|
|
|
|
|
hallo cik sarizu mana neh......?? sudh lama is tggu |
|
|
|
|
|
|
|
Episod 19
Aku tersedar dari lena yang panjang. Dalam samar cahaya lampu tidur kulihat jam di meja sisi menunjukkan tiga pagi. Suasana hening yang mengisi ruang kamar bagaikan mengerti rasa kosong di hati ini.
Sekembali dari kampung tengahari semalam, sekali lagi aku memenuhi temujanji dengan doktor yang merawatku tempohari. Katanya, jika aku sudah bersedia, dia juga lebih dari bersedia untuk melakukan pembedahan keatasku.
Sebenarnya, samada aku bersedia mahupun tidak, sememangnya aku terpaksa menyerahkan tubuh ini untuk disiat-siat demi sebuah nyawa!
Apa yang nak ditakutkan? Bukankah ketika itu aku sudah ‘dimatikan?’ Tidakkah mati yang sebenar itu lebih menakutkan? Mana yang lebih takut? Mati atau dimatikan?
Aku bermonolog sendirian. Tiada suara, tiada air mata, tiada teman untuk berkongsi rasa.
Tapi, Allah itu ada, Liana Jasmin! Bukankah Allah itu Maha Mendengar? Maha segala-galanya...
Ya! Beginilah selalunya hambaMu ya Allah. Selalu sahaja alpa dalam mengemudi kehidupan sendiri. Aku bangun, perlahan-lahan menuju ke bilik air, mahu mengambil wudhu’. Mahu pula merintih nasib padaMu ya Allah...
Azan Subuh berkumandangan. Sara yang masih nyenyak tidur sekatil denganku tadi kubiarkan saja diulik mimpi lagi. Kasihan pula mahu mengejutkannya seawal pagi dihari minggu begini.
Allahuakbar! Aku dirikan solat Subuh, mudah-mudahan ada kekhusyukan dan ketenangan didalamnya disaat seorang hamba sedang berbicara dengan Penciptanya.
Siapa tahu mungkin ini juga Subuhku yang terakhir? Ada getar di dadaku saat mengenangkan semua itu. Sesungguhnya aku benar-benar takut untuk menghadapi sebuah kematian yang seolah-olahnya terancang ini.
Aku berdoa panjang penyudah wirid yang mengasyikkan. Kutebarkan doa buat ibubapaku yang entah siapa, jua ibubapaku di kampung sana, jua buat Sara penguat jiwaku, dan akhirnya merayu-rayu untuk sebuah kehidupanku yang dalam ketentuanNya. Aku hanya berserah kepadaMu, ya Allah...aamin, ya Rabbal’alamiin...
Aku terusan berteleku di sejadah. Rasa sebak semakin menyerang, akhirnya aku tersedu-sedu sendirian.
“Kenapa ibu menangis?” Sara sudah bersila di hadapanku memandang penuh kehairanan. Aku terkejut, tetapi cuba mengukir senyuman seupaya yang boleh, lalu kuangkat anak kecil itu duduk selesa di ribaku.
Apa yang harus kujawab...
“Sara...,” hanya itu yang mampu aku nyatakan. Selebihnya hanya pelukan erat kuberikan kepadanya, mencari semangat yang sedang melayang-layang.
Sara berpaling, beberapa kali ciuman singgah di wajahku. Dia menyeka lembut pipiku yang lembab. Lalu dia bangun, keluar dari bilikku. Entah kemanalah dia, biarlah...agaknya dia pun malu untuk melihat rupaku yang sememeh ini. Tiada lagi rupa ibunya yang rupawan sebelum ini.
“Ibu rindukan ayah?” Sara kembali duduk di hadapanku. Dihulurkan kepadaku sekeping gambar, dia dipangkuan Akram. Aku kaku tidak menjawab.
Sara terusan memandangku, menunggu jawapan yang akan keluar dari bibirku barangkali. Sekali lagi, apa yang harus aku jawab?
Aku memandang wajah Sara, wajah yang akan mengingatkanku kepada lelaki itu. Wajah mereka tiada banyak bezanya, bermata sedikit sepet, hidung yang sedan-sedan mancungnya, berdagu sedikit bujur, itulah wajah Akram. Akhinya, sekali lagi aku hanya mampu menundukkan pandangan dari terusan menatap wajah anak kecil itu.
“Kenapa, bu?” tidak puas hati dengan lakuku Sara terusan menyoal mencari kepastian.
“Tak ada apa-apa, Sara,” aku menarik nafas seketika. “Ibu hanya terfikirkan tentang Sara, kalau-kalau Sara dah besar nanti, tinggal di asrama...ibu akan kesunyian kat rumah ni sorang-sorang.”
Sara bersandar di dadaku manja sambil jemarinya memaut jemariku mesra. Anak kecil itu memang tidak lekang dengan kasih-sayangnya, sekali lagi mengingatkan aku kepada lelaki itu yang seringkalinya melimpahkan aku dengan kasih-sayangnya yang tidak pernah surut. Oh, aku begitu merindui saat itu!
Dipenghujung usiaku kini aku keseorangan membesarkan cahaya mata kami. Masih juga aku bersyukur kerana kalaupun aku keseorangan sekurang-kurangnya masih ada insan-insan lain yang sudi menyayangi diriku ini. Kalaulah mampu membuat pilihan, aku hanya mahu melihat Sara berjaya dalam kehidupannya. Tidak mengapa jika aku harus menanggung kesakitan ini tetapi biarlah umurku panjang. Tetapi...tidakkah penyakitku ini mampu meragut nyawaku dalam masa terdekat?
Sara akan melangkah ke darjah satu tidak lama lagi. Baru saja umurnya mencecah tujuh tahun. Masih jauh untuk dia menggapai sebarang impian didalam kehidupannya. Sempatkah aku? Oh, tuhan...adakalanya saat-saat sukar begini menjadikan aku tertanya-tanya mengapa harus begini takdir hidupku, ya Allah...
“Assalamualaikum...!”
Aku dan Sara saling berpandangan. Ada suara dari luar sana yang mengganggu keheningan pagi kami. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikutkan draf asal ada satu lagi episod untuk cite ni...
tp x tau la nk buat ending camana...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 22-12-2012 10:13 AM
kalau ikutkan draf asal ada satu lagi episod untuk cite ni...
tp x tau la nk buat ending camana...h ...
Lama gak si Liana tu nak jawab salam kan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 1-2-2013 08:33 AM
Lama gak si Liana tu nak jawab salam kan....
as salam meowww!!
awak pregnant kan? ... bila meletupnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 1-2-2013 10:21 AM
as salam meowww!!
awak pregnant kan? ... bila meletupnya?
W/salam Mum...
Haah...tengah buyung skang ...hehehe...due bulan 6 nanti...
Mum sihat? Lama tak nampak online....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 1-2-2013 10:39 AM
W/salam Mum...
Haah...tengah buyung skang ...hehehe...due bulan 6 nanti...
waaaahhhh!!!! .... suka suka ....
moga selamat melahirkan ....
nama Wahi cam best jek tuk anak lelaki kan .. hahahaha
take care dear ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nhid_tam posted on 23-12-2012 08:51 PM
next,,,ckitnya....
sikit lg smbungnya...
leps tu tamattt
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 1-2-2013 08:33 AM
Lama gak si Liana tu nak jawab salam kan....
Liana baru bukak pintu ni...
psl tungu yg lain update totap xde jugk...
|
|
|
|
|
|
|
|
ismaha posted on 21-4-2013 12:11 AM
mana la cik liana neh......dh sihat belum neh.........??? ....dh 4bulan neh.....:lol ...
bebulan2 cik liana pikir...akhirnyaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episod 20
Akram dan Mama tercegat dimuka pintu. Tangan mama membimbit beg kertas kecil dan plastik, manakala Akram pula dengan sebakul buah-buahan segar. Ada lagi barangan lain yang diletak di hujung kaki mereka.
“Jasmin…Sara...” suara mama menyapa, lembut kedengaran di telinga kami. Belum sempat kami berbuat apa-apa mama terus memeluk aku kejap, bergilir pula mendakap Sara selepas itu.
Akram sekadar menjadi pemerhati adegan itu, tidak berkata apa-apa. Mama kelihatan menahan sebak, ada genangan air mata yang ingin jatuh tetapi cuba ditahannya. Aku yang kaget sebenarnya mula kalut menjemput mereka masuk ke ruang tamu rumah kecil kami.
“Mama datang nak minta maaf, Jasmin,” suara mama tersekat-sekat menyatakan tujuan kedatangannya. “Mama tahu mama sudah terlalu banyak membuat silap dan menyakiti hati kamu selama ni.”
Perempuan separuh umur itu sudah mula menangis, makin lama makin teresak-esak. Kedua tangannya meraup jemariku kejap. Sekejap kemudian, dia memelukku erat dan terusan menangis di bahuku pula.
Aku diam tidak berkata apa-apa, begitu juga Akram dan Sara yang hanya menonton adegan sebabak itu. Mungkin mereka sedang memberi peluang kepada kami berdua untuk merungkai segala persoalan yang sedang bertaut di tangkai hati.
“Bertenang, mama. Setiap daripada kita tentunya ada melakukan salah dan silap sebelum ini,” baru aku berpeluang membuka bicara.
“Entah apalah nasib anak, menantu, cucu mama selama ni. Mama berharap sangat kalian semua boleh memaafkan apa jua salah dan silap mama selama ni,” mama merenungku sayu penuh pengharapan.
Perlahan aku cuba meleraikan pelukan mama. Pandangannya berkalih kepada Sara pula. Aku dan Akram hanya memerhati.
“Sara, maafkan nenek ya! Maafkan nenek, Sara.”
Bersungguh-sungguh mama memohon kemaafan daripada kami berdua. Entah apalah mimpinya hari ini, namun bagiku inilah kemaafan terindah yang mampu kami berikan kepadanya. Tangisan mama tidak surut, sehinggalah aku tunduk menyalami mencium tangannya, memberikannya satu pelukan hangat ikhlas daripada diriku yang pernah dihinanya selama ini.
Aku mahu lupakan kisah semalam. Apa saja yang suram tidak mahu aku kenangkannya kembali. Itu semua tidak perlu. Apa yang aku inginkan hanyalah mencipta kebahagiaan pada hari-hari yang mendatang.
Jika masih ada yang sudi, aku mahu kongsikan kebahagiaan ini dengan seseorang. Aku juga mahu disayangi sepertimana wanita-wanita lain yang bertuah di bumi Allah ini. Jikapun aku mungkin tidak bertuah seawal kehidupan, biarlah dipengakhirannya nanti aku mampu mengecap nikmat berkasih sayang sebelum maut menjemputku apabila tiba saat itu.
Kalaupun doktor menyatakan hayatku tidak panjang, doktor itu bukan tuhan, bukan Allah yang Maha Mengetahui hujung nafasku. Jikapun doktor mengkhabarkanku sudah tidak berpeluang untuk menambah zuriat, biarlah, nikmat Allah ini bukan hanya pada anak yang ramai, satupun sudah cukup jika tahu mencipta bahagia.
“Maafkan mama, Jasmin! Maafkan mama yang terlalu banyak berdosa kepada kamu, Jasmin.”
Mata mama merah, bengkak, mungkin ikhlas menangisi dosa-dosanya semalam. Egoku mencair. Aku berpaling kepada Akram. Masih berdiri memandang kami semua. Segaris senyuman penuh erti terukir di wajahnya. Ya, dia bukan lagi anak mak seperti dulu! |
|
|
|
|
|
|
|
TAMAT
Terima kasih kepada yang sudi membaca hingga ke penghujungnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarrrriiiiiiiiii.....
Is that it???
Saje je tau taknak sambung panjang....
|
|
|
|
|
|
|
|
laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
xkan gitu ajeeeee.... |
|
|
|
|
|
|
|
ala abis cam tu je... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|