|
Salam Auntie...
Lea tak boleh merajuk lebih-lebih sebab diorang belum declare... ahahaha
Nicki_Meow Post at 26-4-2012 20:33
W/salam...
Ok setuju tetapi Lea boleh jual mahal semahal-mahalnya bila Faiz nak memujuk.... silakan Lea berbuat demikian....
Choy sgt to Faiz, buat date, lepas tu senang2 jer cancel date.... Lepas ni, Lea pls jgn accept ajakan nak berdating dgn mudah, sila tolak beberapa invitation sebelum memberi persetujuan... Ok tak cadangan auntie ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# auntieagony
Hehehehe... boleh di pertimbangkan...
Rajin auntie online malam-malam ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply auntieagony
Hehehehe... boleh di pertimbangkan...
Rajin auntie online malam-malam ye?
Nicki_Meow Post at 26-4-2012 20:54
The night is still young kekdahnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
cian lea.... nasib baik jugak faiz ingat nak sms.. kalau tak??/.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 205# syanamir
Kalau tak sms, cari penyakit namanya... haha |
|
|
|
|
|
|
|
Part 2 - Episode 29
Faiz terasa kepalanya agak berat apabila dia bangun subuh. Pipinya di sebelah kanan terasa berdenyut. Dia menggosok-gosok pipinya sambil meregangkan rahang. Dia bangun, membuka lampu di dalam biliknya lalu memerhatikan mukanya di cermin. Pipinya bengkak, berdekatan dengan telinga.
Kuat juga penumbuk mamat ni…
Dia kemudian mencapai tuala untuk mandi dan menjalankan rutin wajib.
**********************************************************************
“Kamu tak pergi ofis ke?” Datuk Halim bertanya, apabila melihat Faiz turun bersarapan dengan T-shirt dan berseluar pendek. Faiz hanya menggeleng.
“Kenapa?”
“Sakit” Pendek Faiz menjawab.
“Kenapa tu?” Datuk Halim menunjuk ke arah mukanya di sebelah kanan.
“Gaduh” Datuk Halim mengangkat kening.
“Apa cerita?”
“Emalin.. semalam…” Secara ringkas, Faiz bercerita. Datuk Halim tekun mendengar sehingga habis. Kemudian, dia menggelengkan kepala.
“Stay out of trouble” Datuk Halim berkata setelah Faiz habis bercerita.
“Okay bah.. Don’t worry” Faiz tersengih.
“Abah pergi ofis dulu” Datuk Halim bangun. Faiz turut bangun, tangan Datuk Halim di salam.
Setelah itu, Faiz mencapai telefon, ingin memberi pesan kepada Aznim yang dia tidak akan datang ke pejabat hari ini. Dia kemudian, duduk termenung seorang diri, memikirkan kejadian semalam.
‘‘Merajuk lagi nampaknya’’ Faiz menarik nafas. Sms nya langsung tidak di balas. Dia kemudian pergi ke arah bilik tidurnya untuk menukar pakaian.
***********************************************************************
“Lea” Lea yang ketika itu sedang menyusun baju-baju pengantin menoleh. Tanpa berkata apa-apa, Kak Midah menjuihkan bibir ke arah pintu. Lea menarik nafas dan mengeluh.
Tak kerja ke mamat ni? Langkahnya di aturkan ke pintu lalu di buka.
“Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam” |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 206# Nicki_Meow
nicki.... ni tengah tunggu edisi breakfast punya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 208# sapp73
Light breakfast dulu ye.... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Pesanan ulangan - Lea sila jual mahal semahal-mahalnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 210# auntieagony
Wah.. auntie.. betul-betul pejuang wanita gitu.
Buleh lah ganti kak ijat... |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka hanya duduk berhadapan, bermasam muka.
“Is there anything you want to say?”
“You nak suruh I cakap apa?” Emalin berkata kasar. Dia juga sengaja mengambil cuti hari ini, mood untuk bekerja tiada.
“Lin, takkan you tak boleh fikir mana buruk, mana baik? You bukan budak kecik lagi”
“Eh Faiz. You pun bukan baik sangatlah. Dulu you pun selalu jugak pergi disko. Tu tak termasuk lagi you join mat rempit, tipu mama you sana sini, lari dari rumah…’’
‘‘Perlu ke you nak ungkit semua tu ?’’ Faiz panas hati mendengar Emalin mengungkit tapi dia cuba bersabar.
‘‘Ya. I pernah buat benda-benda bodoh tu. But that was my past. Dah jadi sejarah pun. Tapi you, ada tak you fikir kesan perbuatan you sekarang? Kalau you tak sayang diri sendiri pun, cubalah you fikir perasaan mama dengan papa you. Tak kesian ke tengok diorang hari-hari risaukan you?” Emalin menarik nafas. Wajah Faiz di pandang lama.
“Kenapa you buat macam ni Faiz?”
“Buat apa?”
“Kenapa you ambil berat pasal I kalau you tak sayang I?”
“Siapa cakap I tak sayang you?” Kening Emalin berkerut, cuba mencari makna kata-kata itu.
“I sayang you Lin, walaupun bukan dengan cara yang you nak. I sayang you sebab kita dah lama berkawan. I do care about you and I don’t want you to make a fool out of yourself” Emalin terdiam.
“You langsung tak dapat terima I?” Faiz diam.
“Sikit pun tak ada ruang dalam hati you untuk I?” Faiz diam lagi.
“Semua sebab perempuan tu kan?”
“She has a name, and her name is Adalea” Faiz berkata tegas. Emalin merengus.
“Okay, kalau you tak nak I ambil berat pasal you, fine. We can go on our separate ways” Emalin terdiam mendengar kata-kata Faiz. Bukan itu yang dia hendak dengar.
“Faiz, I’m sorry”
“Please, jangan tinggalkan I” Faiz hanya diam memandang Emalin lalu menarik nafas.
I’ll make sure you will be mine, Faiz. Emalin membuat tekad.
**********************************************************************
“Suraya mana?”
“Kenapa you mesti nak tanya pasal Suraya?” Shafiq sedikit jengkel mendengar soalan Lea.
“Tanya pun tak boleh?”
“Dia outstation ke JB” Ringkas Shafiq menjawab. Lea hanya mengangkat kening.
“You tak pergi?” Shafiq menggeleng. Lea meneguk Ice Blended Chocolatenya. Yang sebenarnya, dia sedikit terganggu dengan Shafiq yang kerap datang berjumpa sejak akhir-akhir ini.
“Eh, I ada something nak tunjuk dekat you” Tiba-tiba Shafiq mengubah topik.
“Apa?”
“Ni” Sebuah album gambar di keluarkan dari beg computer ribanya. Lea kenal album itu, album yang telah di hadiahkan pada Shafiq dulu.
“You simpan lagi?”
“Yup” Lea mula membuka album itu meneliti satu demi satu gambar mereka.
“You ingat gambar ni?” Shafiq menunjukkan gambar mereka duduk di atas batu.
“Ingat. Lepas ambil gambar ni, dua-dua jatuh tergolek” Mereka ketawa.
“Yang ni?” Lea melihat gambar mereka berdua ketika makan malam anjuran fakulti mereka.
“You looked so beautiful that night” Lea tersenyum.
“And this one?’ Muka Lea merah tiba-tiba.
“This is the photo we took, after you confessed that you love me too” Lea terdiam agak lama.
“Fiq, what are you trying to do?”
Shafiq tidak menjawab, hanya tersenyum memandang Lea. |
|
|
|
|
|
|
|
sikit sangat...
betul kata ayahnya-- stay out of trauble......kawan tetap kawan tapi bukan sampai terkorban... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply auntieagony
Wah.. auntie.. betul-betul pejuang wanita gitu.
Buleh lah ganti kak ijat.. ...
Nicki_Meow Post at 27-4-2012 11:19
Sorry wrong number.... Not and never interested in politics.... Semua nipu jer.....
Auntie pejuang tulin di luar batas politiks.... boleh gitu?.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 213# sliza
Tu... dah sambung lagi sikit...(sambil memandang boss yang tengah menjeling ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 214# auntieagony
Bolehhhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
sikit lagi boleh......
dah ada saingan nampaknya....
jalan makin berliku nihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 216# Nicki_Meow
Sambung ler lagi Nicki.... Auntie tak sabar nak baca continuationnya lagi..... Org tua tak menyabar sungguh.... |
|
|
|
|
|
|
|
shafiq ni nampak macam nak takel lea balik aje... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|