CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik_es

Panggilan Telefon Misteri (Part 2)

   Close [Copy link]
Post time 19-10-2011 03:05 PM | Show all posts
cik es, takde lgi update ..?
bz agaknya cik es ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 03:31 PM | Show all posts
hi Danny!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 03:57 PM | Show all posts
nakal-nakal ek korang ni,hihi. sorry sayang-sayang semua, malam tadi aku dah paste dah sambungan kat thread ni tapi bila aku refresh balik, tak masuk. Jadi aku tak paste lagi untuk kali kedua sebab kadang-kadang forum ni lagging kan, lambat keluar. Tapi ni dah petang tak masuk-masuk lagi,aku macam musykil plak. Takpe, aku paste balik!
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 04:10 PM | Show all posts
terbaikkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 09:05 PM | Show all posts
err, keseronokan melanda kisah2 cik es tapi terbantut akibat tiada sambungan sehingga sekarang..... =="
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 09:24 PM | Show all posts
misteri sungguh ni..mana la post cik es ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-10-2011 09:59 PM | Show all posts
4 ...

Melihat Danny melangkah pergi,hati aku terusik. Kejam kah aku pada dia? Penting diri sangat ke aku ni? Hati ego aku kata, dia bukan sapa2 dalam hidup aku, kawan je pun.. berhak ke dia cakap macam tu? Tapi hati aku, terbit rasa kesian pada dia. Bukan aku tak nak melangkah lebih jauh dalam hubungan ni, bukan hati aku tak pernah terpaut pada kebaikan dia, sebagai seorang wanita, hati aku agak tersentuh bila dia menghargai aku dan menunjukkan rasa cinta itu tanpa berbelah bagi, aku akui, hubungan aku dengan dia secara rasminya belum ada apa ikatan, walaupun kadang kala aku melayan dia seperti seorang yang lebih dari kawan.

Aku buntu. Aku keliru dengan perasaan sendiri yang banyak diganggu oleh kenangan silam. Kenangan silam yang pahit dan sukar untuk aku lupakan.

Lamunan aku terhenti bila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Jam dah hampir pukul 8 pagi, masih terlalu awal lagi. Dengan malas, aku melangkah ke arah pintu tapi aku tak bukak pintu. "Siapa?" jerit aku dari dalam. "Oi aku la, sapa lagi tinggal dalam umah ni, ada orang lain ke" Aik,bengang nampak pagi-pagi ni.

Aku buka pintu, abang aku hulur telefon. Aku lihat pada skrin telefon, nombor telefon restoren la, ni apahal pulak staff call aku pagi-pagi ni, kot-kot ada hal penting ke.

"Hello?"
"Hello Sha, aku call hp ko banyak kali la,mana ko pergi?"
"Tertinggal dalam kereta kawan la,belum amik lg,sorry. Ada apa hal?"
"Ko offday hari ape minggu depan?"
"Taktau lagi,belum buat jadual,nape?"
" Boleh tak kalau minggu depan ko takyah off?"
"Amboih... ko nak cuti ke?"
"Aku perlu cuti dalam 4 atau 5 hari mcm tu la. Aku ada hal urgent,harap kau dapat bantu la"
"Ko nak ke mana ni?"
"Nak ke Kuching, ada hal dengan family aku. Ingat nak ambik leave,kalau ko takde hal minggu depan"
" Ok,no hal. Tapi kalau mcm tu, hari ni dengan esok, aku off ok, kira ganti untuk minggu ni & minggu depan punya boleh?"
"Ok set,aku no hal lah! Ko rehat la dulu,ada apa2 hal nanti aku inform balik"

Talian diputuskan. Fuhh...sebenarnya aku shift tengahari hari ni, tp entah la....aku takde rasa nak pergi kerja pulak. Malas,takde mood. Ngam2 pulak partner kat tempat kerja nak apply cuti next week, so aku mintak lah dua hari off untuk ganti. Nasib baik dia tak banyak bunyi.

Bosan plak bila takde handphone,serious mcm patah sebelah tangan.

Last2 aku tertido, hujan masih lagi renyai-renyai. Kemudian aku terbangun lagi, tengok jam dah pun hampir pukul 9 pagi, perut aku rasa lapar sangat. Aku jenguk ke luar, motorsikal abang aku dah takde, dah gi kerja la tu. Dan aku, bersendiri lagi kat umah. Sebenarnya kat umah ni memang aku tinggal berdua je dengan abang aku (abang aku ada 3 orang tapi sekarang ni sorang menetap kat Bintulu & sorang lagi di Johor). Makcik aku (adik kepada ayah aku) pun sama jugak tinggal dengan kitorang tapi sejak dia kemalangan jalan raya dan patah kedua belah tangan,dia stay sekejap kat kampung sebab kalau duk umah ni, selalunya aku dengan abang aku takde kat umah,takde orang tengokkan dia. Dan ayah aku pulak, akan balik rumah dalam seminggu sekali atau dua minggu sekali je, sebab sejak arwah mak aku dah takde dan ayah aku pun dah beristeri baru, jadi dia lebih banyak luangkan masa dia di rumah isteri baru. Aku ada adik tiri sorang, lelaki tapi kecik lagi, baru nak masuk sekolah rendah. Adik tiri aku tu anak daripada hasil perkahwinan mak tiri aku sebelum dia nikah dengan ayah aku.

Aku ke dapur, dengan keadaan hujan yang renyai-renyai dan sejuk yang amat tu, aku malas pulak nak mandi. Setakat cuci muka dengan gosok gigi je la dulu, agak-agak nak keluar nanti,aku mandi la hehehe. Aku buka peti sejuk, mencari apa yang boleh dimasak, ingat nak sarapan berat sikit la pagi ni,perut aku ni dah lapar macam dah tengahari pulak. Last-last aku decide nak masak je nasi goreng, kira lunch terus la ni. Kat peti sejuk masih ada lagi ayam panggang lebihan malam tadi, aku panaskan balik untuk makan dengan nasi goreng nanti.

Tengah tunggu nasi masak, aku pergi ke ruang tamu pulak, kemas apa yang patut. Waktu aku tengah mengemas, aku terdengar seolah-olah bunyi ringtone handphone aku tapi aku kuatkan hati aku dan aku cakap kat diri sendiri "Handphone aku dalam kereta Syaz,tak mungkin boleh tiba-tiba ada kat rumah,tak mungkin". Bunyi handphone tu macam tenggelam timbul. Cuba korang letak handphone kat bawah bantal, kalau berbunyi,mesti bunyinya macam sayup-sayup je kan? Macam tu lah yang aku dengar. Berulang-ulang kali aku dengar sampai aku "warning" pula bunyi tu.

"Aku tak ganggu kau, tolong balik ke tempat mana kau berasal. Aku tak ganggu kau" aku keraskan suara, untuk lawan rasa takut yang dah mula menguasai diri aku. Tiba-tiba bunyi handphone makin kuat seolah-olah benda tu berada dalam poket seluar aku je. Dari bunyi sayup-sayup,tiba-tiba jadi nyaring gila, aku dah tak tahan, aku berlari masuk bilik,ketakutan. Dengan keadaan aku yang takut dan bulu roma pun asyik berdiri je,aku gagahkan jugak diri aku untuk pergi mandi dan siapkan diri untuk keluar.

Bila dah duduk dalam kereta, nak undurkan kereta tu,aku boleh lupa plak nak buka pintu pagar, gelabah punya pasal. Terpaksa keluar balik dari kereta, buka pintu pagar. Lepas undurkan kereta, terpaksa tutup balik pintu pagar tu tadi,leceh betol la. Kalau ikutkan hati, aku tinggalkan je pagar rumah tu tak bertutup tapi bahaya plak. Waktu aku tutup pagar tu, aku tahan diri aku dari tengok ke dalam rumah sebab aku dapat rasakan seseolah ada 'seseorang' memerhatikan aku.. seseorang atau ...sesuatu? Aku tak pasti. Yang pastinya aku mesti blah cepat dari situ dan tunggu abang aku balik dari kerja, baru aku berani nak balik rumah. At least, berteman..

Hujan yang tadi renyai-renyai, terus jadi lebat. Aku terus drive menuju ke rumah Syaz. Aku kena dapatkan handphone dengan handbag aku balik, hari ni jugak. Hujan yang turun dengan lebat tu menyukarkan, sebab wiper kereta aku sebenarnya dah tak berapa elok, korang faham2 je lah kereta second hand,dah berapa kali aku niat nak tukar wiper baru, tapi tak jugak tukar. Bila dah hujan macam ni, salah sendiri jugak. Sampai je kat rumah Syaz, aku terus masuk ke dalam rumah, aku tengok kereta dia takde pun kat luar, takkan tak ambik lagi kot? Then baru aku teringat yang kedua-dua kunci dah hilang,macamana nak ambik kalau kunci takde,hishh..

"Laaaa....aku ingatkan ko kerja!" Syaz tepuk bahu aku.
"Offday"
"Oooo malam tadi bukan main ajak balik awal,kena bangun awal lah, nak prepare gi kerja la,tiba-tiba offday pulak??"
"Ala,bukannya aku plan pun offday. Dah la,malas aku nak gaduh ngan kau. Kereta macamana?"
"Nak gi ambik lah ni, tunggu kakak ipar aku sebenarnya,dia janji nak ambik tengahari"
"Kunci?"

Syaz tersengih-sengih, tangannya menyeluk saku dan mengeluarkan kunci yang ada patung teddy bear Mr Bean tu.

"Laaaa,mana plak kau jumpa?"
"Kan aku dah cakap malam tadi, confirm kunci ni ada kat umah,mak aku je yang tak reti nak cari betul-betul!"
"Kau jumpa kat mana?"
"Kat dalam poket sweater aku yang lagi satu tu ha, warna biru tu"
"Habis yang kau cakap malam tadi, kunci spare hilang waktu birthday party tu ape kebenda nya pulak?" Aku keliru.
"Ala,saja je tipu mak aku,sebab malas nak dengar dia tanya lagi banyak. Aku cakap la cicir waktu party tu yang aku sendiri tak sure gak. Ko faham2 la mak aku tu mulut macamana,asyik tak puas hati dengan aku je" bentak Syaz.

"Tak baik eh,ko cakap mak ko macam tu" Itu la salah satu perangai Syaz yang cukup aku tak berkenan, ada-ada je benda dia wat,akan naikkan kemarahan mak dia. Lepas tu, bergaduh sesama sendiri. Tetiba aku terkenang arwah mak aku, kalau lah syaz tahu betapa peritnya jalani hidup tanpa kasih agung seorang insan bernama ibu, hermm...

"Tapi kan,memandangkan ko dah datang ni,ko je lah hantar aku amik kereta,terus ambik barang ko sekali" usul Syaz. Aku setuju je lah. Sepanjang perjalanan tu kitorang sibuk bercerita tentang macam-macam hal, walaupun boleh dikatakan aku dengan Syaz ni hampir setiap minggu berjumpa, tapi cerita tu macam tak pandai nak habis. Ada-ada je cerita yang kami kongsi bersama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2011 09:59 PM | Show all posts
Sedar tak sedar, kami pun sampai ke tempat kitorang tinggalkan kereta malam tadi. Syaz tercengang dan terkejut bila tengok cermin pintu belakang kereta, dipecahkan, dua-dua belah pulak tu. Apa yang aku takutkan malam sebelumnya, jadi kenyataan. Walaupun kitorang belum lagi check macamana keadaan dalam kereta tu,tapi aku yakin sangat, handphone aku dengan handbag aku confirm lesap punya. Dan tekaan aku betul. Takde satu pun barang yang tinggal lagi dalam kereta tu, termasuk semua CD dan pewangi kereta milik Syaz pun dirembat pencuri. Apsal la pencuri ni tak curi je kereta tu terus, belum pro kot.

Syaz terdiam. Aku tau dia takut,dan bengang yang pastinya. Confirm la mak dia mengamuk lagi lepas ni. Memang pun kereta tu dibelikan untuk Syaz, tapi mak dia jugak yang bayar tiap bulan.

"Jahanam la sapa pecahkan kereta ni,dunia akhirat aku tak halal!" Syaz marah dan menghempas cermin matanya ke lantai, habis berderai. Aku pun bengang jugak sebab handbag aku beserta handphone sekali hilang. Dah pastinya dalam handbag aku tu, banyak document peribadi macam kad pengenalan,kad bank,passport, aduhhhhhh... kali ni aku mengeluh panjang.

Aku dengan Syaz berpandangan sesama sendiri..Ketika tu ada kereta yang lalu lalang kat situ memperlahankan kereta untuk melihat apa yang terjadi. Aku pulak terpaksa call ayah aku guna handphone Syaz, nak minta advice dia since ayah aku jugak adalah seorang pesara polis. Ayah aku suruh kitorang pergi ke balai polis yang terdekat, jangan kemas apa2 dulu dalam kereta tu, takut mengganggu bahan bukti ke apa, aiseh macam CSI drama plak.

Sehari suntuk tu aku dengan Syaz uruskan pelbagai urusan. Buat laporan polis lagi, nak buat ic lagi,kad bank lagi, lesen memandu lagi,urusan passport lagi,macam-macam okay. Ini lah lecehnya bila wallet hilang, terpaksa keluarkan duit lagi untuk replace document penting, bukannya dapat proses free. Silapnya kitorang waktu tu, kitorang pergi bank dulu, nak buat kad atm punya replacement so ingatkan dapat la keluarkan duit dulu, tp orang yang jaga kat kaunter bank tu cakap, kena buat ic sementara dulu kat jabatan pendaftaran, baru dapat continue urusan di bank. Argghhh,pulak!

Waktu on the way gi jabatan pendaftaran, Syaz request nak balik sebab kakak ipar dia dah dikejarkan ke hospital, nak bersalin. Dia nak gi jenguk katanya. Dahi aku berkerut, bukannya akak ipar dia belum due lagi ke? Ok lah, terpaksa la aku continue semua ni sorang-sorang dengan keadaan aku yang tak berapa nak berduit sangat nih, dah la handphone pun takde. Dah jatuh, kena timpa tangga pulak. Sebelum aku nak ambil nombor, kakak yang jaga kaunter tu tanya, urusan apa. Aku cakap la nak replace kad pengenalan hilang, aku pun ada bawa laporan polis sekali. Lepas tu,kakak tu bagitau awal-awal, ic hilang ada bayaran denda, sekarang ni aku dah tak ingat berapa tapi hilang kali pertama, bayar 200 atau 300 mcm tu.

Terbeliak mata aku, aku ingatkan bayar RM 10 je.

"Yang RM 10 tu untuk Mykad yang rosak dik, bukan yang hilang. Yang hilang punya,memang kena bayar denda.Kalau adik ada bawa duit sekarang,boleh proceed ambik nombor giliran"

Aku dah resah. Niat nak ambil nombor giliran tadi,dibatalkan. Duit dalam poket tak sampai pun RM 20,then nak suruh aku bayar denda pulak? Nak ambik duit dalam bank, kad atm tak de. Nak buat kad atm baru, kena ada kad pengenalan even yang sementara je. Berkerut dahi aku fikir.

Nampaknya aku takde pilihan, aku keluar dari situ, cuba cari telefon awam. Masukkan duit syiling dan mula dail nombor abang aku untuk minta bantuan. Tapi, malangnya panggilan telefon tak berjawab. Aku cuba lagi sekali, pun sama. Hampa.

Aku cuba pulak, option yang kedua .. dail lagi nombor, tapi kali ni, nombor orang lain..

"Hello?"
"Err.. Danny.."
"Awk kat mana ni siap call pakai public phone pulak?Handphone belum ambik dari Syaz ke?"
"Sy tak banyak coins ni,nanti cerita k. Free tak sekarang?"
"Sekarang tak free,busy sikit. After 3 free,nape?"

Aku menjeling ke arah jam tangan, dah pukul 2.15 petang. Takde la lama lagi nak pukul 3.

"Nak mintak tolong awk boleh? Pinjam duit.Tapi sy cerita kemudian k" tebal gak la muka aku,tp aku takde pilihan sebab aku kena settle hal ni hari ni jugak. Lepas bincang serba sikit-sikit dengan Danny,dia setuju untuk bantu dan dia suruh aku tunggu,pukul 3 lebih dia gi jumpa aku kat Jabatan Pendaftaran. Lega.

Sementara tunggu Danny sampai, aku lepak-lepak je dulu kat area situ, sambil minum air kotak. Dahaga sangat,dah la cuaca panas. Perut aku dah mula berbunyi,baru aku terasa lapar dan waktu tu jugak la aku baru teringat yang aku belum sarapan lagi pagi tadi,termasuk makan tengahari pun belum. Banyak sangat urusan sampai lupa pulak nak makan.

Aku baru je decide nak keluar makan dulu sementara nak tunggu Danny tapi aku risau kalau-kalau dia dah sampai lebih awal dan tengok aku takde kat situ, dia nak call aku macamana. Tapi dek kerana perut aku dah betul-betul lapar,aku nekad nak keluar jugak untuk singgah makan kat mana-mana kedai berdekatan. Baru je aku nak turun tangga menuju ke tempat parking, aku dah nampak kereta Danny dah memasuki ke perkarangan tempat letak kereta, dan jam waktu tu,belum pun lagi pukul 3. Aku tersenyum sendiri.

"Tadi cakap tak free?" aku mengusik.
"Lupa plak, kalau untuk orang nama Aishah, free je" cakap siap angkat-angkat kening lagi.
"Betul ke free ni, kalau ada kerja belum habis,settle la dulu"
"Takde pe yang tak settle la.. apa dah jadi ni?"

Aku cerita satu-persatu pada Danny,tentang apa yang dah berlaku. Danny geleng kepala je. Ada jugak la dia salahkan aku dengan Syaz sebab tak sepatutnya tinggalkan kereta kat tempat macam tu, at least cuba cara lain. Aku lak bengang, aku tengah susah, die leh plak siap ceramah dulu.

Lepas tu,kitorang pun ambik la nombor giliran dan uruskan kad pengenalan semantara aku. Tak lama pun sebab waktu tu dah lengang, jadi tunggu giliran pun tak lama. Waktu menunggu proses terakhir tu, Danny cuit bahu aku dan berbisik.

"Handphone awk hilang jugak ke?" Danny bertanya. Aku angguk. Tiba-tiba dia tarik aku suruh tengok skrin handphone dia.

"Sape tu?Angkat lah!" aku pulangkan balik handphone tu ke tangan dia.
"Hei, ni nombor awak call lah" Danny suruh aku tengok betul2.

Muka aku terasa panas bila aku menyedari Danny save nama aku as 'Heart' kat dalam handphone dia. Aku pandang wajah Danny, aku tak terkata. Danny nampak terdiam bila dia menyedari aku melihat perkataan Heart tu,yang selama ni aku tak pernah tau.

Panggilan tu tak sempat dijawab dan berbunyi lagi buat kali kedua. Danny pandang aku seolah-olah minta izin nak jawab,aku angguk..

"Hello..?"

Bersambung..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 10:14 PM | Show all posts
Erk..sapa yg call
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 10:21 PM | Show all posts
pufff...penuh dgn unsur2 suspen...
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 10:38 PM | Show all posts
wa.... ending yang sweet again... 'Heart'.... cute... romantik la danny ni.... xingt dah psal seram tepon tu bila baca pasal danny... heee
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 10:38 PM | Show all posts
wa.... ending yang sweet again... 'Heart'.... cute... romantik la danny ni.... xingt dah psal seram tepon tu bila baca pasal danny... heee
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:03 PM | Show all posts
bookmark!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:09 PM | Show all posts
Perghhh...saspen suda.... mau x tido aku mlm ni... iskkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:22 PM | Show all posts
Tertarik n dabooom.......Kan aka dah kata....korang tak lama lagieee (bau3 nasik dah dekat nie)

Tahniahhh TT....i like..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 11:26 PM | Show all posts
suka baca citer cik es coz penggarapan yg best sesangat. all the best wat cik es


psstt.. kaka sopie n shida. lepak sini ek. rumah sinun tu lenggang jek dah berbulan
sw novel lees8655.blogspot.com



MMISS Post at 19-10-2011 11:42


asyik tanam bunga,sekali sekala jengah ler thread cinta berbunga2...ROMANTIK gituu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2011 11:59 PM | Show all posts
aku speku pencopet telefon danny *bersangka baik*
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 02:58 AM | Show all posts
wow.... detailnye ... mcm novel dah... sikit2 khayalan pun mcm ada

tapi apesal asyik bersmbung je...kan dah siapkan 70%

takpela...datang baca bila dah siap smua di pos
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 08:43 AM | Show all posts
terbaek... ending pon suspen giler... adeih.... smbung cpt2 cik es...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2011 08:45 AM | Show all posts
wah citer yg bes tp yg plg aku xpuas ati, kak es g jpn mane,
dh tentu2 hilang sbb kne curi,dh cnfirm free xyah byr sesen pn.
geram btl dgn org yg poyo konon ikut buku.dh tentu2 ade budi bicara.sory off topik ckit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.232933 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list