|
|
Sembang Santai Episod 8 Malaysia Tanah Pusaka Bertuah
[Copy link]
|
|
|
CnP Public Health Malaysia
Riben Kuning Dari Simbol Penantian ke Harapan Hidup
Asalnya, riben kuning lahir daripada sebuah kisah seorang lelaki yang baru keluar penjara. Sebelum bebas, dia kirimkan pesan ringkas kepada isterinya: “Jika kau masih sudi, ikatkan seutas riben kuning di pokok depan rumah. Jika tiada, aku akan berlalu tanpa menoleh.”
Bila tiba di hadapan rumah, yang menantinya bukan seutas, tetapi ratusan riben kuning bergantungan di dahan pokok tua itu setiap helai seakan berbisik,
“Aku masih setia. Pulanglah.”
.
Hari ini, maknanya lebih luas. Riben kuning telah menjadi simbol global bagi pencegahan bunuh diri. Warna kuning dipilih kerana ia melambangkan cahaya, harapan, dan kehidupan baru.
Setiap 10 September, dunia mengenang bahawa lebih 700,000 orang pergi setiap tahun dengan cara ini , seorang setiap 40 saat. Di Malaysia pula, purata 2 orang setiap hari, kebanyakannya anak muda.
.
Bila seseorang memakai, menggantung, atau berkongsi riben kuning, ia adalah mesej senyap “Awak tidak bersendirian. Masih ada sinar untuk awak.”
Dan kepada yang sedang berjuang dalam diam tolong jangan pergi dahulu. Walau hati terasa berat, walau dunia nampak gelap, masih ada orang yang mahu awak terus hidup.
Jika riben kuning ini sampai ke mata dan hati awak, kongsikanlah. Mungkin dengan satu perkongsian kecil, ada nyawa lain yang dapat diselamatkan malam ini.
#fblifestyle
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
CnP Astronomi & Sains
Pernah tak kita terfikir, tanah yang kita pijak ni sebenarnya tak pernah diam? Hakikatnya, benua-benua di bumi sentiasa bergerak perlahan, ditolak oleh plat tektonik yang ada di bawah kerak bumi. Australia contohnya, sedang naik ke arah utara lebih kurang tujuh sentimeter setiap tahun. Bunyi macam sikit, tapi kalau dikira berjuta tahun, pergerakan kecil itu mampu mengubah peta dunia. Malah, saintis pernah terpaksa kemas kini sistem GPS sebab Australia dah lari lebih satu meter dari kedudukan asal sejak teknologi itu mula digunakan.
Kalau ikut kiraan mudah, dalam dua puluh hingga tiga puluh juta tahun lagi, Australia dijangka akan bercantum dengan Asia Tenggara. Dan lebih jauh ke hadapan, dalam dua ratus juta tahun lagi, semua benua di dunia dijangka akan bercantum menjadi satu daratan besar, macam dulu pernah ada benua purba bernama Pangea. Jadi apa yang kita lihat hari ini sebenarnya cuma bab sementara dalam sejarah panjang bumi.
Semenanjung Malaysia pula duduk atas plat Sunda, sama dengan Sumatera. Sebab itu pergerakan dia tak ketara. Ia tak bergerak menghampiri Sumatera seperti mana Australia bergerak ke Asia. Tapi itu tak bermakna dua daratan ini akan kekal terpisah selamanya. Selat Melaka yang memisahkan kita dengan Sumatera bukanlah terlalu luas dan dalam jika dibandingkan dengan samudera besar. Ada kemungkinan, kalau paras laut turun atau tanah di kawasan itu terangkat akibat perubahan bumi, Semenanjung dan Sumatera boleh bercantum jadi satu daratan besar.
Bayangkan suatu masa nanti, bila air surut atau bumi berganjak, peta Nusantara yang kita kenal hari ini akan kelihatan lain. Dari sudut hipotesis, Selat Melaka boleh jadi tanah kering yang menyatukan dua kawasan besar. Kalau itu berlaku, sejarah manusia di rantau ini mungkin berubah sama sekali. Perdagangan, budaya, malah pergerakan manusia akan ikut bentuk daratan baru itu.
Semua ini mengingatkan kita bahawa bumi sentiasa hidup dan berubah. Walaupun kita tak rasa tanah bergerak, hakikatnya kerak bumi sentiasa dalam perjalanan. Peta dunia yang kita pegang hari ini bukanlah kekal, ia cuma satu bab kecil dalam kisah panjang bumi yang terus berputar.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Before becoming famous as Mr. Bean, Rowan Atkinson pursued a Master’s degree in Electrical Engineering at The Queen's College, Oxford, after earning his undergraduate degree at Newcastle University.
He began a DPhil (PhD) at Oxford in 1975 but left to focus on his comedy career, particularly after joining the Oxford Revue and developing his iconic comedic style.
His engineering background influenced his meticulous approach to physical comedy, evident in *Mr. Bean* and *Blackadder*.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau overstay, maksudnya tak lama lagi Ngai kena tangkap dengan immi Australia.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh... Tiber...

|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
INDAHNYA KUASA TUHAN..
Fenomena gerhana bulan penuh atau dikenali sebagai Blood Moon dirakam fotoBERNAMA di beberapa lokasi di seluruh negara antaranya di Kuala Ibai, Terengganu; Tawau, Sabah dan Alor Setar, Kedah pada awal pagi ini.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena tersebut bermula pada 7 Sept, pukul 11.28 malam dengan fasa penumbra apabila bayang bumi mula menutupi permukaan bulan.
Ia kemudian beralih kepada fasa separa pada pukul 12.26 tengah malam, sebelum mencapai fasa penuh pada pukul 1.30 pagi dan memuncak pada pukul 2.11 pagi.
Fasa penuh berakhir pada pukul 2.53 pagi, manakala keseluruhan gerhana tamat pada 3.56 pagi selepas berakhirnya fasa separa.
Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di kedudukan tepat di antara matahari dan bulan, menyebabkan bayang-bayang bumi menutupi permukaan bulan. Ketika gerhana penuh, bulan kelihatan merah atau jingga disebabkan penyerakan dan pembiasan cahaya matahari oleh atmosfera bumi.
Fenomena astronomi ini dapat disaksikan di seluruh Eropah, Afrika, Asia, Australia dan New Zealand.




|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerana ini kami berlayar. Dan kerana ini kalian tak akan berhenti berkongsi.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Better be safe than sorry kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
handsome juga if dia x buat muka bodo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ni tuju kat somebody ni. hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|