Entah mengapa kereta yang dipanduAizad semakin perlahan. Tersengguk-sengguk. Pantas lelaki itu memberi signal ketepi. Elok sahaja kereta itu ke tepi, enjin mati. Hanim memandang Aizad yangagak panik. Matanya memandang sekeliling. Gelap dan sunyi. Tiada kereta yanglalu lalang juga. Aizad masih berusaha menghidupkan enjin. Berpeluh juga dahilelaki itu. Hanim juga kelihatan resah.
“Kereta mahal macam ni boleh rosakjuga ke?” luah Hanim. Aizad yang mendengar sekadar menjeling. Malas nak layan.Yang penting hidupkan dulu enjin kereta. Keadaan sekitar yang sunyi sepi dangelap itu juga amat menakutkan. Seram juga rasanya. Inilah padah, marahkanHanim dia terus memandu tanpa arah. Hanim juga sekadar diam melayan fikiran.Langsung dia tak sedar entah dimana mereka berada.
“Encik kita kat mana ni?” Hanimbertanya. Ada resah pada suaranya.
“Entah saya pun tak tahu. Awaktunggu dalam kereta. Kunci pintu. Jangan keluar walau apapun terjadi. Saya nakperiksa enjin kejap,”arah Aizad. Hanim sekadar angguk. Sebaik Aizad keluar,terus pintu di kunci.
Setelah memeriksa enjin, Aizadmengetuk cermin. Hanim pantas membuka lock pintu. Tiada apa yang rosak. Entahapa yang tak kena. Aizad mengeluh. Dirinya bukan arif sangat mengenai hal ini.Telefon dikeluarkan. Macammanalah dia boleh lupa. Hampa. Tiada talian. Entahceruk mana mereka berada sehingga line telefon juga tiada. Hanim di sebelahhanya diam.
“saya tak tahu apa yang rosak.Telefon pun tak der line. Kita tunggulah sekejap, manalah tahu ada
orang lalu,” ucap Aizad.
“Lama lagi ke? Takkan kita nak dudukdalam ni?” tanya Hanim. Tak selesa pula berdua sahaja dengan Encik Aizad.
Sesekali matanya merenung Aizad. Wajah itunampak keletihan.
“Tak ada pilihan. Sekurang-kurangnyaselamat sikit. Kat luar tu entah apa yang ada. Nyamuk banyak pulak tu,” jawabAizad. Mula menguap. Matanya sudah rasa memberat. Jam sudah hampir pukul satupagi.
Hanim diam. Matanya memandang Aizadyang sudah mula terlentok. Lelaki itu sudah mulai tidur. Letih barangkali.Hanim juga sudah keletihan. Hanya mampu berdoa agar ada yang sudimenghulurkan bantuan. Cepatlah siang. Rasa tidak sedap hati
pula bila berdua begini. Dalam lamunannyayang panjang akhirnya Hanim terlena jua.
...................................................................................................................................................................
Ketukan di cermin keretamenyedarkan Aizad. Hanim masih lagi tidur. Elok terlentok di bahunya. Jamditangan dikerling. Pukul 2.45 pagi. Agak lama juga mereka tertidur. Ketukandari luar makin kuat. Terdengar juga suara beberepa orang yang tidak beberapajelas. Perlahan
dia mengejutkan Hanimyang tertidur. Terpisat-pisat Hanim bangun. Matanya masih lagi mengantuk. Masihmamai. Aizad menurunkan sedikit cermin. Kelihatan beberapa orang lelaki yangberkopiah dan serban. Salam yang diberi di jaqwab perlahan.
Wajah Aizad dan Hanim pucat bila lelaki itumemperkenalkan diri. Terperangkap. Tiada bicara yang terluah. Lidah kelu untukberbicara. Tidak tahu bagaimana nak diterangkan bila lelaki-lelaki itu amattegas. Salah mereka. Berdua-duaan ditempat sunyi dan boleh mencurigakan siapa sahaja.
|