CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MerryPropa

[2011] KARAK - Filem Seram Dari KRU

  [Copy link]
Post time 21-5-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply 7# snowcat63


   mmg berdasarkan ksh benar n tgk link ini law nk taw citenye lbh lanjut...... http://puakakarak.blogspot
.com/2010/10/disakat-hantu
-penanggal.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2011 10:06 PM | Show all posts
giler punya mekap......
tapi kalo bawak member aku yg penakut tu lagi syok.....
terbaiiiiiikkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 01:24 PM | Show all posts
filem seram yang cantik.......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 02:59 PM | Show all posts
filem seram yang cantik.......
fredbok87 Post at 22-5-2011 13:24



    maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 06:31 PM | Show all posts
banyak review dari penonton yg dapat pass dari hotfm kata filem ni seram betul

camno aku nak nengok kat pawagam ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 07:55 PM | Show all posts
MEDIA SCREENING KARAK @ TGV KLCC malam ni.....

esok 26 MEI 2011....akan berpuaka di pawagam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2011 08:22 PM | Show all posts
tgk iklan, antu dia nampak real sampai aku pun takut tak gi tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 01:53 AM | Show all posts
esok malam jumaat.. kat kedah pawagam x bukak malam jumaat.. terpaksalah booking tiket time abis opis pukul 3.30 esok... karak... aku tunggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 09:59 AM | Show all posts
bg sape2 yg dh tgok, sila share review ye...
ai pon akn tgok filem ni, support kru nye pasal.
may be weeknd la....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:46 PM | Show all posts
Reply 208# schumacher

sy student UUM tp asal KL...nak gak tahu..kenapa kat Kedah, pawagam pd hari khamis (or mlm jumaat) habis awal yer? Means last tayangan waktu petang...kenapa malam takde?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 12:55 PM | Show all posts
Reply  schumacher

sy student UUM tp asal KL...nak gak tahu..kenapa kat Kedah, pawagam pd hari kh ...
pembaca_filem Post at 26-5-2011 12:46



    saya plak x-uum student tp asal jb...
katanya mnghormati mlm jumaat...
wat2 la baca quran/ yasin ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:09 PM | Show all posts
ini review from my friend, not bad la berbanding senjakala tapi, film ni takde la seram sgt.  mcm khurafat yg part twist tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:12 PM | Show all posts
dah tengok....

KRU berjaya lari dari typical filem seram yg sedia ada..mesej yg disampaikan mmg terkena kat batang hidung sendiri....hafal je ayat kursi...tp x tau makna..x faham...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:26 PM | Show all posts
So far .. dah baca 2 review positive from blog ..

Yang gi screening for Hot & Sinar pun .. bagi positive comment ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 05:40 PM | Show all posts
Selepas kejayaan filem Magika, KRU Studios kembali memeriahkan persada filem tanahair dengan sebuah filem seram ngeri 'Karak'. Diarahkan oleh Yusri Abdul Halim (Cicakman,Cicakman 2), filem ini dibarisi oleh bintang muda seni lakonan tempatan seperti Sheera Aiyob dan Along Eyzendy. Lebih menarik lagi, 'Karak' turut dibintangi oleh 2 orang bintang baru yang semakin hangat iaitu Shahir AF8 dan Kilafairy, yang acap kali mendapat  dijolokkan sebagai Angelina Jolie of Malaysia.

Filem seram ini mengisahkan tentang 4 sahabat, Nik (Shahir), Zura (Sheera Aiyob), Ida (Kilafairy) dan Jack (Along Eyzendy) yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Mereka tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Lebuhraya Karak. Kerana ingin memastikan mereka sampai ke destinasi pada waktu yang sesuai, mereka telah mengambil keputusan untuk melalui jalan lama Karak. Seperti yang semua tahu, Karak memang terkenal dengan pelbagai cerita seram yang sering dikongsi oleh pelbagai pihak. Diibaratkan sebagai urban legend, cerita-cerita ini tidak pernah putus disampaikan. Malang menimpa 4 sahabat ini kerana mereka menjadi 'mangsa' perkara seram dan pelik yang berlaku di Karak. Satu demi satu ditempuhi mereka dan pengalaman ini pasti tidak pernah akan dilupakan sehingga bila-bila. Apakah yang berlaku sebenarnya? Dapatkah mereka lepas daripada ketakutan? Hanya 'Karak' yang mempunyai jawapan itu. Tontoninya di pawagam sekarang!

Nota: Review dibawah mengandungi spoiler. Read at your own risk!

I'm sure, kisah volkswagen kuning, kisah makluk menakutkan dan sebagainya di sekitar Karak sering menjadi buah mulut kita. Ada yang mengakui pernah terjumpa dengan entiti-entiti ini dan ada juga yang hanya sekadar mendengar cerita-cerita tanpa menyaksikannya sendiri. Yang penting, kawasan Karak memang popular dengan cerita hantunya. Akibat dari itu, KRU Brothers mengambil keputusan untuk meng-komersial-kan kisah menarik ini. Of course, bagi mereka yang tak penah mengalaminya, ingin turut merasai pengalaman itu kan? Tapi dek kerana takut nak pergi ke Karak, jadi mungkin filem ini boleh diguna sebagi medium terbaik.

Read more: http://www.tekanplay.com/2011/05/karak-laluan-puaka.html#ixzz1NRwwMVDs
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 07:42 PM | Show all posts
pd pendapat aku pd awal2 filem ni mmg berjaya buat penonton tgk celah2 jari je.

bila smpai bab mereka eksiden, sebenarnya dah blh baca jln ceritanya hingga kesudahannya.

tp aku puji sbb cite ni ade mesej yg bagus. jgn jadi seperti burung kakak tua; hanya bijak berkata tp tak tahu makna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2011 09:11 PM | Show all posts
Reply 211# sakura2503
oh patut la...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 07:21 AM | Show all posts
sumpah aku menyesal tgk pilem ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 07:24 AM | Show all posts
(REVIEW FILEM) KARAK : FILEM SERAM YANG TAK SERAM LANGSUNG!


As salam readers, ok, hari ni hari first Karak dekat cinema. Lepas driving class, aku terus pergi Kluang Parade nak tengok Karak sebab nak support industri filem tempatan. One more thing, sebab aku nak tengok Karak adelah kerana Karak keluaran KRU...arahan Yusry...so, aku memang nak tengok kehebatan Yusry buat filem seram...boleh lawan Abg Sool kite ke yg hebat dengan Khufarat Khurafat...tapi....


Expectation aku terlalu tinggi dan apa yang aku dapat komen pasal filem Karak ni adalah seperti filem seram tempatan yang klise...cume hantu die pakai CGI (muke kembang-kecut-kembang-kecut). Nilah filem seram pertama yang aku tengok, aku tak tutup mata...tak seram langsung! Elemen terkejut-terkejut pun tak berapa nak menjadi....Ok, berikut adalah sebab kenapa korang tak perlu tengok filem Karak ni:

    Hantu cakap bahasa baku, encikkkkkkkk, boleh tolong sayaaaaa enciikkkkkkk....., pakai kebaya, celak dekat mata...cari anak tengah malam, yang si anak pulak, mate tercucuk ranting kayu, yang pelik, kenape nak kene pakai baju sekolah?
    Kepala hantu tergolek memang sumpah fake gile, nampak kot kepala patung tu, please lah bagi real sikit, baru feeling, dah tanggal tu, boleh terbang pulak kepala tu, nampak sangat CGI....
    Filem ni aku kate sekali lagi, filem seram yang tak seram langsung...walaupun masuk panggung yang hampir kesemua seat nya kosong (hanya ade 5 orang je termasuk aku...sedihhhhh), aku ingat tengok cerite seram kene tengok ramai-ramai la kan, suspen gak la sebab orang tak ramai, last-last, tak seram langsung....tangan aku ni takde ter reflect nak tutup muke bile scene seram...
    Kilafairy si bibir munggil dan tubuh montok, hanya berkemban je dalam filem ni, ingatkan ade scene xxx ke kan...hamape sekejap...

Kila terkejut sambil berkemban...

    Lakonan Shahir AF8 yang nampak sangat tak neutral, ntah la, aku pun susah nak cakap, better kau nyanyi je lah Shahir oiii....tak perlu kot nak berlakon, tak sesuai...watak budak nakal tak nakal langsung...
    Ending cerite ni boleh la diterima akal, tapi macam tergantung, tak tahu yang si _____ tu sebenarnya mati ke tak, sebab wartawan tu cakap ade lagi sorang tidak dijumpai...
    Aku tak tahu ape motif hantu kepala 3 kat ending cerite ni yang head banging same-same dengan mat rock layan lagu Iron Maiden...
    Lastly, ending cerite ni ade persamaan dengan filem seram Thailand, tajuk filem tu, My ex haunted lover....tapi memang same la scene yg die lihat kawan-kawan die sebenarnya dah mati....(hahahha spoiler di situ...)


Ok, tu je...overall, aku bagi 4/10 popcorn je untuk filem seram suam-suam kuku je ni...Pada siapa yang nak tengok jugak, aku tak halang, hope korang enjoice lah ye...tapi pada kau la,  dari korang nak tengok Karak ni, baik korang tengok Nur Kasih, aku kalau boleh nak tengok Nur Kasih kali kedua...hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 09:04 AM | Show all posts
la.. tak best ke
aku baru nak p tgk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.074279 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list