CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jaza2008

[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN

[Copy link]
Post time 24-2-2011 08:28 PM | Show all posts
*Penafian ~ cetusan kreatif yang tiada bersangkutan dengan sesiapa, sama ada yang masih hi ...
Jaza2008 Post at 18-2-2011 12:38


Nampak sangat penulisan penulis mapan...kaya dengan simbolisme retorik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2011 09:16 AM | Show all posts
Reply 200# wardah75


    Lepas ni cuba pula wat cerita kenangan masa kecik2 ke...(kisah sendiri)..
kisah yg anda tak dpt lupakan smpai skrng... or kisah manis , sedih , lucu yg pernah terjadi dlm hidup anda.

Kalau boleh kreatifkan tulisan anda tu cam yg pernah buat kat sekolah dulu2.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2011 09:20 AM | Show all posts
Nampak sangat penulisan penulis mapan...kaya dengan simbolisme retorik...
bintang Post at 24-2-2011 20:28



    setuju.. biasanya penulis sprt ini akan sentiasa menajamkan pengetahuan dan ilmunya dgn
byk membaca ilmu sastera yang agak simbolik dan unik yg kebanyakkannya dtg dari negara seberang
yg ramai dgn penulis2 berbakat besar dan veteran.  Bila kita byk membaca tulisan begini.. byk yg boleh kita kaji dan diskusi sesama kita ttg perkataan, terjemahan , pengunaan ayat2 yg penuh simbolik dan klasik.
jaza mmg suka bidang sastera tapi tak de rezeki tuk mempelajarinya... skrng masih dlm proses belajar dan mencari sumber utk mendptkan inspirasi serta ilmu ttg bahasa klasik/sastera yg unik ini..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:31 AM | Show all posts
Reply  wardah75


    Lepas ni cuba pula wat cerita kenangan masa kecik2 ke...(kisah sendiri)..
...
Jaza2008 Post at 25-2-2011 09:16



    semua coretan yang saya tuliskan adalah kisah benar hidup saya, cuma saya belum begitu mahir
nak menulis ..saya akan cuba perbaiki lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by attokz at 25-2-2011 11:50

Cuba lagi untuk memperbaiki diri... AttOkz datang lagi!

Dari Alam Angker : Kisah Jali Juling Celeng

Seram juga Jali Juling bila terkenangkan kata-kata Mat Piah semalam. Tiba-tiba sahaja bulu romanya meremang tegak merinding.

“Metul Nyali, Pak Sudin yang jhumpa di sebalik utan baruh sana itu”  

“Sampai nemam nghigil orang tua itu tak larat mangun, kerana terkejut agaknya”  kata Mat Piah lagi.

“Ah...perasan Pak Sudin sahaja agaknya” tempelak Jali Juling tidak percaya.

“Kalau orang tua itu mengelamun sekali pun, takkanlah dia moleh nampak besar, merah hitam terpugau, nepan matanya” tambah Mat Piah yang semakin kedengaran sengau bunyinya lagi.

“Apa yang besar, merah hitam terpugau itu?” Tanya Jali Juling hairan.

“ Ala...menda alah itulah…” kata Mat Piah mendatar.  

“Hish...benda alah apa pula ini?”  Jali Juling mula rasa tak sedap hati.

“Jembalang hutan yang ghanggu oghang kampunglah. Mukan ke Pawang Salleh sudah bagitau hari itu. Kau pun ada dengar sekalikan, Nyali?”  tanya Mat Piah sambil menjuihkan bibirnya.

Terngiang-ngiang lagi suara sengau Mat Piah dalam kepalanya. Cepat-cepat Jali Juling berjalan meranduk rumput sambau setinggi betis. Mengerah kaki-kakinya bekerja membawa tubuh kurusnya itu.

Menyumpah-nyumpah juga Jali Juling pada Tapa yang mungkir janji padanya. Awal tadi Tapa janji mahu hantar dirinya balik ke rumah dengan motor cabuknya itu. Tiba-tiba sahaja Tapa kata mahu ke rumah Tok Sidang sebab ada hal penting. Terpaksalah Jali Juling menapak balik ke rumahnya.

Rembang senja mula menangkup alam dan menghambat hari siang. Tanpa sedar Jali Juling sudah hampir sampai di gigi hutan baruh ‘berpuaka’ itu. Semerta bulu roma Jali Juling tegak lagi. Seram. Takut.

Jali Juling memaksa juga matanya yang tidak tetap arah itu melingas ke kiri dan ke kanan. Terasa betul ketakutan mula membungkus perasaanya ketika itu. Semerta mulutnya terkumat-kamit menghambur jampi serapah.

‘Huu…
Semangat nenek di kiri di kanan,
Anak cucu tumpang lalu,
Jangan ketegur anak cucu,
Kurrr semangat jangan lalu bercicir bertinggal,
Balik kamu macam sedia kala bersama ku,
Jangan ketegur nenek,
Cucu nak lalu,
Huu…’


Saat habis Jali Juling bertempias liur membaca jampi serapah itulah, dia mula mendengar bunyi dengusan yang menyeramkan dari arah kananya. Betul-betul Jali Juling tidak berani menoleh. Kakinya tiba-tiba sahaja keras mengejang tidak bergerak. Rasa mahu terburai air kencing dari pundi. Peluh-peluh dingin mula terasa.

Tapi Jali Juling gagahkan juga dirinya. Kuatkan juga semangatnya. Hatinya masih cekal. Mulutnya mula menangkal, ikut pesan Pawang Salleh.

‘Mah embun seratus sembilan puluh,
Setitik asal kau jadi embun,
Tanah segenggam asal kau jadi,
Datang di rimba raya,
Balik kau ke rimba raya,
Datang di olak jeram,
Balik kau ke olak jeram,
Jangan kau derhaka pada pawang sembilan,
Huu…’


Bunyi dengusan tadi makin kuat dan menjadi semakin hampir. Jali Juling sudah tak mampu lagi membendung rasa takutnya. Pangkal pehanya sudah terasa hangat. Kehangatan itu terus meluncur laju meleleh ke kakinya.

Jali Juling terkencing!
Bila Jali Juling menoleh ke kanan, satu mahkluk merah hitam terpugau tersergam di sebelahnya.
Bertaring!
Terus Jali Juling lintang pukang tidak jejak tanah membuka langkah seribu.

***

Di sebalik hutan baruh, kelihatan pagar sempadan terkoyak besar. Beberapa makhluk merah hitam menyodok-nyodok tanah sambil berkeliaran keluar masuk dari kawasan ladang yang paling besar di situ.

Celeng.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:08 PM | Show all posts
cemburu

    Kadang -kadang kenangan itu datang lagi, Masih terngiang-ngiang di telinga usikan dari teman sekerja. “ semua adik-beradik engkau hensom dan comel-comel belaka , kau je yang huduh” seloroh Ani . Mereka ketawa serentak.Aku hanya tersenyum hambar.Akur dengan kebenaran kata-kata itu. “ Aku pun pelik , sembilan yang lain cantik jer paras rupa mereka , kenapa kau seorang yang lain ek ? ke kau anak angkat ?” soal Ina
“ Habis kalau semua orang nak jadi lawa..siapa pulak yang nak jadi huduh” aku memberi jawapan yang selamba walau pun sedikit tercalar dengan usikan kasar mereka.

    Satu waktu dulu , saudara mara yang datang bertandang ke rumah selalu ingin membawa balik adik-adik untuk menjadi teman sepermainan dengan anak mereka sewaktu cuti sekolah. “ yang mana satu kamu nak bawa balik? ” soal ayah. “ mestilah adik comel ni , kakak kena temankan adik yang lain pulak kan ? jawap mak ngah.
“ Tak kisah..” bisik ku sendirian. “ Nasib baik tak comel, tak perlu berpisah dengan yang lain”.

   “Siapa yang tak mahu cantik ? bagi aku rupa paras adalah kurnian. Sudah rezeki mereka menjadi cantik ,yang kurang cantik ni tak kan nak bunuh diri.Cantik juga subjektif, mungkin satu hari nanti ada insan lain memandang aku cantik..hahahah” getus ku sendiri.
   
   Situasi di mana sewaktu keluar berjalan dengan adik-adik perempuan ku ,kami kelihatan sebaya.Jarak umur aku dengan yang lain hanya selang dua tahun seorang.Usikan dari remaja lelaki selalu kedengaran

“ fewiiiittttt…adik baju kuning tu siapa nama ? Boleh berkenalan ?

“ Jangan ganggu boleh ?” tinggi suaraku

“ Bukan nak kenal dengan awaklah..perasan” remaja itu membidas.

“ Dia adik aku”

“ Kenapa tak sama rupa ,fizikal dan mental ? sepusat sepusing mak ayah asing-asing ek ..
hahahahaha….

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2011 07:55 PM | Show all posts
Reply 205# attokz


    Wallaaa.... forest pig rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 08:00 PM | Show all posts
Reply 206# wardah75


    Kasi cantik rohani... orang akan memandang kita cantik.. fizikal yang cantik, rohani yang buruk, terselahnya ialah keburukan... bonus untuk yang memiliki kedua-duanya cantik... Usaha untuk menjadi cantik, adalah satu kecantikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2011 09:15 AM | Show all posts
Mau kredit juga





Kiriman Rindu



Begitu susah payah saya lipat rindu yang besar dan berat ini,
lalu saya cuba masukkan dalam sebuah lori yang panjang dan berat untuk rindu menggunung ini.


Saya terpaksa bertengkar dengan bahagian pengantaran kerana harus memotong banyak sekali rindu saya agar dapat menjejalkannya ke dalam lori sempit ini.
Saya juga harus bertegang urat dengan bahagian pengiriman yang mengatakan bahawa rindu saya ini baru akan sampai beberapa bulan lagi, padahal saya perlu rindu ini sampai dengan cepat! duh


"mana boleh lori dikirim dengan pesawat!"  begitu dimarahnya pada saya. aaahhhh!!!


Harus saya relakan rindu saya yang menggunung padamu itu dikirim dalam satu larik pendek:     "i miss you so much"    dan saya kirimkan lewat internet agar kamu dapat segera menerimanya beberapa detik saja.


Semoga kamu tetap rasakan rindu saya yang menggunung dan penat menindih jiwa ini ketika kamu baca pesan ini.


Salam rindu teramat,
your love.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply 209# bintang


    rindu kat sapa pulak ni??? (rindu nak kedit dah bagi dah tu...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 01:18 PM | Show all posts
Reply 205# attokz


    celengn tu apa? tamat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 04:43 PM | Show all posts
Reply  attokz


    celengn tu apa? tamat ke?
Jaza2008 Post at 28-2-2011 13:18

celeng = ba bi (bahasa jawa)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2011 05:16 PM | Show all posts
celeng = ba bi (bahasa jawa)
attokz Post at 28-2-2011 16:43



    alkisahnya.. ooo patutla bintang mention that name....hahahaha...
sib baik bertnya kalu tak mau sesat ditgh hutan ditemani celeng....

thanks attokz..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 05:28 PM | Show all posts
uhuks...nak cuba jugak..tak pernah menulis pun, so ini hanyalah karangan tergantung sajok..sbb tak tahu lagi nak olah ayat..so, nk mintak pendapat senior2..

********************************************************************

"hi awak" sapanya

"Hi..." balasku malu-malu

"Cutenya awak hari ni pakai baju kurung" sambungnya lagi

"Yeke? Terima kasih" jawabku. Mukaku lantas memerah kerana dipuji…Pakai baju kurung pun nampak cute? Mata dia rabun ke? Getusku dalam hati. Ni mesti tak ada modal nak mengurat. Hihi.. perasan sendiri pulak aku ni ye..Mungkin dia saja nak beramah mesra, omelku dalam hati.

"Awak cakap dengan saya ke? Apesal mulut tu terkumat-kamit?" Dia bertanya dengan kerutan di keningnya..

Alamak, die perasan pulak aku tengah membebel.

"Err…takdelah..saya tengah berzikir" balasku selamba..hehe, banyaklah kau punye zikir Nina oi..bisikku sendirian.

Dia tergelak mendengar jawapan spontanku. Oh, indahnya pemandangan itu. Gelak yang sentiasa membuatku berangan-angan sebelum tidur. Mujur empunya diri tak tahu rahsia hati ku.  Kalau nak dibandingkan diri aku dengan dia, memang jauh bezanya.  Si dia peramah, kacak, baik hati dan disenangi ramai. Sedangkan aku pendiam, sederhana dan tak punya ramai kenalan. Hurm, simpan jela angan-angan kau tu Nina.  Ramai lagi wanita lain yang cuba merebut hatinya, yang jauh lagi cantik dan baik dari kau.

"Awakkk…"panggilnya lagi

Eh, tak pergi lagi ke dia nih…ingatkan dah takde tadi "Iye…"jawabku malas

"Emmm…awak joint tak office dinner hujung minggu ni?" Sambungnya teragak-agak

"Tak tau lagi la..mungkin pergi, mungkin tak kot…macam malas je nak pergi..lagipun Mira tak dapat pergi. So, macam tak best pulak nak joint ..Kenapa? Awak uruskan bahagian pendaftaran ke"tanyaku sambil memandang mukanya.

"Takdelah..saje je nak tau..." jawabnya seperti hampa. "Kalau macam tu takpelah"sambungnya dan berlalu pergi dari mejaku.

Aku hanya terkebil-kebil memandangnya sambil cuba mencerna apa yang sedang berlaku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 11:10 AM | Show all posts
kali pertama berjauhan dari keluarga, semasa menyertai PKLN. sewaktu menyemak nama di website, aku agak teruja. tetapi bila disemak kembali, aku terpaksa berjauhan kerana kem tersebut merentasi sempadan beberapa buah negeri. pada tahun itu juga, surat rasmi untuk menyertai latihan itu tiba di rumah pada hari lahirku. oh.. sungguh indah hadiah hari lahirku pada tahun tersebut.

seminggu sebelum berangkat, kesemua keperluan aku telah dibeli. seakan-akan teruja. pada hal perasaanku bercampur. sedih. gembira. teruja. takut. bercampur menjadi satu. kebetulan pada waktu itu, ramai saudaraku berada di rumahku. bukan untuk menghantarku ke stesen bus, tetapi kerana 2-3 hari sebelum keberangkatan ku adalah hari raya.

hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. aku bangun awal. bersiap. makan. bersalaman dengan saudaraku. masuk ke kereta. sampai di stesen bus, ku lihat ramai orang. berduyun-duyun. ibarat sebuah pesta. kami berada di situ selama beberapa jam. menunggu bus. sehinggalah tengah hari. ramai juga keluarga yang telah pulang. kami masih menunggu kerana bus tetap tidak kunjing tiba. akhirnya kami pulang. aku pulang ke rumah kembali. tidak ke kem latihan.

malam itu, semasa makan malam, kami menonton berita. ada berita tentang perkara itu. 'perjalanan pelatih tergendala akibat bus yang tidak kunjung tiba. pelatih diminta melaporkan diri seminggu lagi'

seminggu kemudian, aku ke stesen bus lagi. kali ini, bus telah tiba. aku ke kaunter. melaoprkan diri dikaunter. masuk ke dalam bus. bus mula bergerak. melambaikan tangan ke arah keluarga.

itulah kali pertama dalam hidupku. jauh dari keluarga. menaiki bus sendirian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2011 12:52 AM | Show all posts
Cerita 1.
Jam 7.20 pagi. Berhampiran pejabat sekolah.
Tiba-tiba aku lihat, anak muridku yang satu ini muncul kembali di sekolah.
" Lama saya tak nampak kamu?" Dia hanya diam dan memandang ke tempat lain.
"Pergi masuk kelas" arah aku.
"Saya nak berhenti sekolah cikgu"
Aku mengucap panjang. Teringat tingkahnya tahun lepas. Dia langsung tidak menjawab kertas peperiksaan akhir tahun. Dia hanya menulis nama  lalu tidur. Bila ditanya, dia hanya diam, mengunci rapat mulutnya.
"Kenapa?".  Itu saja yang dapat aku tanyakan.
Diam, dia hanya diam. Matanya kulihat bergenang air mata.
"Saya hendak berhenti sekolah". Ayat ini juga yang diluahkannya.
"Ada masalah keluarga?" Aku pegang bahunya dan memandang mukanya. Dia melarikan pandangannya.
"Saya perlu kerja"  
"Jangan berhenti sekolah, tahun ni awak SPM. Awak tak datang seminggu 2 atau 3 hari, kami takkan buang awak dari sekolah"
"Saya perlu bekerja cikgu"
"Awak cari kerja part time"
"Gaji sikit"
"Mohon biasiswa"
"Saya dapat biasiswa, tapi tak cukup"
"Apa ayah kamu buat?"
"Ayah dah lama tak balik".
"Emak?"
"Emak tak kerja, ada adik kecik lagi"
Aku menarik nafas panjang. Sesak dadaku mendengar masalahnya. Sebab tu aku tidak boleh jadi guru kaunselor.
"Cuba jangan berhenti sekolah"
'Rumah sudah 4 bulan tak bayar sewa. Saya kena bayar duit sewa dulu".
"Sekarang awak kerja apa?"
"Kerja di hotel, kemas bilik".
Aku diam.
"Awak pergi jumpa kaunselor, masuk bilik tu dulu, lepas tu baru awak buat keputusan".
Aku terpaksa meninggalkannya, untuk ke kelas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2011 01:13 AM | Show all posts
Cerita 2.
Jam 10.20 pagi. Pejabat sekolah.
Aku berjalan tergesa-gesa masuk ke pejabat, menghantar butiran pelajar yang di kehendakki oleh kerani. Terlihat kelibat seorang lelaki di sofa, tiba-tiba menundukkan kepalanya. Aku pandang lagi. Ooh anak muridku. Dari tahun lepas tidak muncul-muncul.
"Cikgu" Akhirnya dia menyapa.
"Ada apa urusan datang ke sekolah"
"Mohon tukar sekolah"
Teringat kisahnya tahun lepas. Kalau datang sekolah, lepas rehat pasti hilang. Badannya yang tinggi dan agak besar, memudahkan kami melihatnya, memanjat pagar dan lari dari sekolah. Kami hanya memandang tingkahnya. Kalau kami menyergah dan mengejarnya, takut dia kena langgar kenderaan yang laju di hadapan sekolah.
"Tak nak panjat pagar sekolah lagi ke?"
Dia senyum.
"Tak nak cikgu, hari tu, seluar saya dah koyak, tersangkut kat atas pagar."
"Nasib baik seluar yang koyak, kalau awak yang tersangkut dan tak boleh turun macam mana?"
"Selama ni awak buat apa? Dah lama tak datang sekolah"
"Kerja di restoran Ayam Penyet"
"Ni tak nak kerja lagi?"
"Cukuplah cikgu, nak sekolah balik, dah insaf lagi pun abang nak tanggung belanja sekolah dan duit rumah"
"Sekolah baru ni, bolehlah awak panjat pagar lagi" Aku mengusiknya.
"Tak boleh panjat, sekolah tu macam penjara"
"Oh ya ke?"
"Betul cikgu, temboknya tinggi, lepas tu ada kawat duri bergulung-gulung di atasnya"
Aku gelak kecil mendengar penerangannya. Pandai abangnya pilih sekolah.
Aku tinggalkan dia, dan bergegas ke bilik guru, buku murid menanti untuk disemak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2011 08:59 AM | Show all posts
Reply 215# bobba


    Kalau ni tuk karangan BM mmg fail sbb kena betul2 ikut cara penulisan yg betul ...
Selepas . (titik/fullstop) perlu dimulakan dgn Huruf besar... dan kalau boleh gunakan ,(koma) dlm ayat2 yg perlu sambung dgn ayat lain utk meyampaikan maksudnya/maknanya. Titik hanya digunakan untuk pemberhentian penuh dlm sesebuah ayat.

Hehehehe itu pandangan aku je.. aku pun maih baru lagi...

Cuba lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 01:31 PM | Show all posts
Reply 218# Jaza2008

da terbiase. pas titik mmg xpenah caps.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2011 10:43 AM | Show all posts
**********************************************************************
Dia tegak di situ. Diam dan kaku. Memerhati keliling.  Yang tetap berputar, bergerak, berselirat. Seperti hatinya yang sedang merusuh. Satu keluhan dihembus. Direnung depannya. Seolah tembus ke dunia yang tiada. Langkah kaki diatur. Kepalanya ditekur ke bawah, tidak menghiraukan hiruk pikuk keliling. Walau apa pun, aku harus tabah, aku harus kuat..bisik hatinya. Di tarik nafas sedalam-dalamnya dan di hembus. Cuba membuang rasa perit yang mencucuk-cucuk pangkal hatinya. Terasa ngilu. “Jangan menangis..”bisik hatinya lagi. Semua orang pernah berdepan kekecewaan, kejatuhan, kehilangan. Tapi mereka bangkit. “Dan kau juga harus bangkit...!” jerit batinnya. “Jangan biarkan dirimu terus hanyut…”terngiang-ngiang nasihat dari seorang teman. Teman yang sentiasa ada saat dirinya berdepan kekusutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.086187 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list