|
~Cahaya Islam Penenang Jiwa [Ingat mengingati sesama kita]~
[Copy link]
|
|
DOA PERLINDUNGAN UTK ANAK-ANAK

Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). |
|
|
|
|
|
|
|
Bacaan untuk mengelak gangguan syaitan

Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 202# ayushuhada04
gud morning ayu ...come and join me ! {:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ayushuhada04
gud morning ayu ...come and join me !
fiqrah Post at 24-12-2010 09:24 
moneng fiq................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 204# ayushuhada04
harap2 tak bezeee sgt hari ni ..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam......................
lame x jengah umah kakak ku ni................... |
|
|
|
|
|
|
|
~~ HIDAYAH ALLAH UNTUK INSAN TERPILIH ~~

Convert: Cherie Blair's sister Lauren Booth
Tony Blair’s sister-in-law has converted to Islam after having a ‘holy experience’ in Iran.
Broadcaster and journalistLauren Booth, 43 – Cherie Blair’s half-sister – said she now wears ahijab head covering whenever she leaves her home, prays five times aday and visits her local mosque ‘when I can’.
She decided to become a Muslim six weeks ago after visiting the shrine of Fatima al-Masumeh in the city of Qom.
‘It was a Tuesday eveningand I sat down and felt this shot of spiritual morphine, just absolutebliss and joy,’ she told The Mail on Sunday.
When she returned to Britain, she decided to convert immediately.
‘Now I don’t eat pork and I read the Koran every day. I’m on page 60.
‘I also haven’t had a drinkin 45 days, the longest period in 25 years. The strange thing is thatsince I decided to convert I haven’t wanted to touch alcohol, and I wassomeone who craved a glass of wine or two at the end of a day.’
Refusing to discount thepossibility that she might wear a burka, she said: ‘Who knows where myspiritual journey will take me?’
Before her awakening inIran, she had been ‘sympathetic’ to Islam and has spent considerabletime working in Palestine. ‘I was always impressed with the strengthand comfort it gave,’ she said of the religion.
Miss Booth, who works for Press TV, the English-language Iranian news channel, has been a vocal opponent of the war in Iraq.
In August 2008 she travelledto Gaza by ship from Cyprus, along with 46 other activists, tohighlight Israel’s blockade of the territory. She was subsequentlyrefused entry into both Israel and Egypt.
In 2006 she was a contestant on the ITV reality show I’m A Celebrity .
.
. Get Me Out Of Here!, donating her fee to the Palestinian relief charity Interpal.
She said she hoped her conversion would help Mr Blair change his presumptions about Islam.

Influential position auren Booth hopes her conversion will have an influence on how herbrother-in-law - former Prime Minister Tony Blair - views Islam. MrBlair is pictured here with his wife - Lauren's half-sister - CherieBlair |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
- 5 CALON UNTUK KE SYURGA -
Berkata Umar Bin Khattab RA, "Seandainya saya tidak takut disebut orang mengetahui yang ghaib, maka saya akan bersaksi bahwa yang 5 ( lima ) golongan ini akan masuk syurga", yaitu :
1. Orang yang miskin yang banyak tanggungannya.
2. Wanita yang di ridhoi oleh suaminya.
3. Wanita yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya.
4. Seseorang yang diridhoi ibu bapaknya.
5. Orang yang bertaubat dari dosa.
Sebagaimana telah sama-sama kita ketahui, jika Umar Bin Khattab adalah salah satu sahabat dekat Rasulullah SAW yang selalu mendampingi beliau dalam berda'wah ataupun dalam setiap peperangan. Umar Bin Khattab memang sering mengetahui perkara yang ghaib, meski beliau tidak mau menerangkan kepada orang banyak karena beliau takut disebut-sebut sebagai orang yang tahu akan masalah yang ghaib. Salah satunya adalah ketika seorang dari kaum munafiq meninggal dunia, maka anaknya menemui Rasulullah SAW untuk mensholatkannya, memberikan baju serta jubah beliau untuk kain kafannya. Ketika ditanya oleh sahabat kenapa Rasululllah SAW memberikan yang demikian, maka Rasulullah SAW berkata "Saya tidak mengharapkan apa-apa dari yang meninggal tersebut, namun saya mengharapkan keturunannya untuk menjadi Islam yang baik". Terbuktilah, ternyata beratus-ratus keturunan dari si Munafik tadi menjadi pemuka-pemuka agama Islam setelah Rasulullah meninggal dunia.
Disaat akan pergi mensholatkan si Munafiq tadi, Rasulullah berpapasan dengan Saydina Umar dan mengajak Umar untuk ikut serta mensholatkannya, namun Umar menolak dan berkata "besar firasatku jika Allah SW akan menurunkan wahyu tentang larangan mensholatkan orang munafiq". Dan ternyata setelah selesai mensholatkan si munafiq tadi, turunlah Firman Allah SWT yang melarang mensholatkan orang munafiq dan mensiarahi kuburannya.
Kembali kita lihat apa yang dikatakan oleh Umar Bin Khattab : Orang miskin yang banyak tanggungannya, maksudnya adalah seseorang yang berjuang keras untuk mencukupi keperluan rumah tangganya dengan jalan yang halal tentu saja. Dia punya banyak anak (katakanlah misalnya 10 orang anak), yang secara tidak langsung dia ini telah menghidupi banyak ummat Islam. Sebagaimana kita ketahui bahwa di akhirat kelak, Rasulullah SAW sangat bangga dengan jumlah ummatnya yang banyak.
Wanita yang di ridhoi oleh suaminya, adalah seorang wanita yang tidak pernah membuat sakit hati suaminya apalagi membuat marah suaminya. Wanita seperti ini memang sudah sangat jarang ditemui, namun jika ada pembaca wanita daripada tulisan ini, berusahalah untuk selalu menyenangkan hati suami dikala suka maupun duka, dan terserah bagaimana caranya. Dan jika yang membaca tulisan ini adalah laki-laki, maka pandai-pandailah untuk berda'wah kepada istri dan keluarga untuk menyampaikan kebenaran agama. Jika seseorang mempunyai suami yang miskin sehingga suaminya masih tetap berhutang mahar kepadanya, maka Wanita yang menyedekahkan maharnya kepada suaminya itu, juga salah satu dari pada yang dimaksud Umar Bin Khattab tadi.
Seseorang yang diridhoi ibu bapaknya, mungkin tidak perlu dibahas terlalu panjang karena Ridho Allah SWT juga terletak pada ridhonya orang tua.
Setidak-tidaknya perbanyaklah mengucapkan Istigfar, dan jadilah orang yang Taubatan Nashuha sebab yang terakhir yang diyakini atau dipersaksikan oleh Umar Bin Khattab RA adalah Orang yang bertaubat dari dosa. Kepada Allah SWT bertobatlah, disamping meninggalkan segala laranganya, perbanyaklah kebaikan, dan sering-seringlah mengucapkan Istigfar. Jika masih punya hutang, bayarlah. Kalau punya kesalahan kepada manusia meminta maaflah.
Moga-moga bermanfaat, Wallohu A'lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adolf Hitler tidak pernah memusuhi Islam? - Dari Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar at Tuesday, July 13, 2010 13 Jul
Oleh Azhar Abdullah
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
Apayang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dariseorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayudan saya kongsi bersama anda semua...
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Akuberbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhDbeliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliauberkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dahhabis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh inidijadikan tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Akulalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secaraberleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu diabertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Laludia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyatdari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapikenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahanmemburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkanmereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepunkepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : " Ada dua sebab -
1.Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel .Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi keranaberanggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2.Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaanterdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa adatiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tigatamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rometelah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pulalebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat inisebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yangbeliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atasrasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalahberkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang,walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliaujuga telah memberi peluang kepada tentera German yang beragama Islamuntuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tenteraGerman pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu menunggusehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitlerjuga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat merekaserta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalammentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy
Beliaujuga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagimendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yangberagama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds
Semuamaklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara akuuntuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambahapa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti.Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukanpakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lamatersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketikatentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Diamemerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaanyang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupundari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di Germanmencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitlerberasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaandan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikanbahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksudyang mendalam.
Perkaraini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulisdi dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayatAl-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitlertelah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalamikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tenteraGerman.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang MahaBesar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semuaperintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpinbersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorbandengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3.Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementarsemasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu paradoktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan,sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arakuntuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnyamenyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlahtujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler,tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan olehpihak Barat.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fiqrah at 24-12-2010 16:49
utk panduan mencari pasangan.............
- DI SEBALIK KEINDAHAN PASANGAN KITA-
ADA kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.
Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. ' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah. Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti menyenangi perangai yang lain.'
Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' (An-Nisaa: 19)
Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita. Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai sama sekali.
Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).
Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang terdekat.
Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.
p/s :
KEBAHAGIAAN TIDAK AKAN HADIR DENGAN SEKELIP MATA. IANYA HARUS DIPUPUK DENGAN PERASAAN KASIH SAYANG YANG TIDAK BERBELAH BAGI
wallahuaklam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kuntilanak at 24-12-2010 20:25
4 golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka
Di akhirat kelak, wanita akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:- “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertempur dengan Iblis dan Jin Ayah Pin
Padatahun 2005, terdapat satu kumpulan ajaran sesat yang bergelar “KerajaanLangit” atau “Sky Kingdom” yang bertapak di Besut, Terengganu. Pengasas kepada Kerajaan Langit ini iaitu Arifin Mohamad atau lebih dikenalisebagai Ayah Pin. Kumpulan ini telah disenaraikan sebagai kumpulan ajaranagama sesat oleh Kerajaan Malaysia. Ajaran agama sesat ini berkampung diKampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu.
 
AyahPin menyifatkan dirinya sebagai “Tuhan” kepada segala agama. Ayah Pin berjayamemperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan statuspenduduk di negara ini untuk menyertai ajaran agama sesat yangdisebarkannya. Dia membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan beberapastruktur besar untuk melambangkan kuasa tuhan yang diamanahkan kepada dirinyauntuk melindungi dan mamayungi umat manusia.
Antara bangunan dan struktur yang dibina di kawasan seluas 6 ekar di Hulu Besut termasukcerek gergasi, pasu, payung seperti Grand Stand F1, bulan sabit, telaga, rumahbulat, rumah nasyid, dewan perhimpunan, wakaf, replica kapal bahtera nabi noh,jambatan, sebuah makam Mohamad Ya dan sebagainya. Ada yangmemaklumkan kos pembinaan struktur dan bangunan ini melebehi RM5 juta. Mengikut lapuran, Kerajaan Langit telah bertapak di tempat ini sejakpertengahan tahun 1980han tetapi pada hakikatnya kumpulan ini wujud di negaraini sejak tahun 1970han lagi. Anggaran jumlah pengikut-pengikut ajaransesat ini ditaksirkan sebanyak 23 ribu pengikut dari dalam dan luar negara.

Selepasbertahun-tahun bergiat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkanorang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa. Akhirnyapengikut-pengikut Ayah Pin telah ditahan dan disoal siasat serta didakwa dimakhamah. Ayah Pin telah menghilangkan diri dari pihak berkuasa sehinggahari ini dan ada yang mengatakan dia bersembunyi di Selatan Thailand. Kawasan Kerajan Langit di Besut itu turut dimusnahkan pada bulan Ogos2005. Di sini saya ingin menceritakan penglibatan saya dalampermusnahan kawasan Kerajaan Langit di Besut itu.
Terlebihdehulu saya ingin menceritakan sejarah Perubatan Syifa Al-Hidayah di negeriTerengganu. Sejak tahun 2003, saya telah mula mengunjungi ke KualaTerengganu sekali sebulan untuk mengubat pesakit-pesakit dari PantaiTimur. Sahabat saya Ustdz Mohd Shukri Ali yang bertugas sebagai PegawaiUgama di Istana Terengganu adalah orang yang bertanggung-jawab membawa saya keTerengganu.
Dahulusemasa saya mula-mula berubat di Kuala Terengganu, saya berubat di kediamanUstadz Mohd Shukri yang pada masa itu menetap di kuarters istana berhampirandengan pantai Batu Buruk. Pada suatu pagi Sabtu pada penghujung bulanJuly 2005, Mufti Terengganu kebetulan dia sahabat kepada Ustadz Mohd Shukri,berjumpa saya di kediaman Ustadz Shukri. Dia mohon pertolongan dari saya agardapat membersihkan benda-benda ghaib yang menjaga tempat kawasan KerajaanLangit di Besut. Mengikut katanya sudah banyak kali jentera-jentera dankakitangan Jabatan Kerjaya hendak masuk ke kawasan itu untuk merobohkanstruktur-stuktur dan bangunan-bangunan di tempat itu tetapi mereka menemuipelbagai halangan yang pelik-pelik.
Sayapada masa itu tidak tahu sangat perihal Kerajaan Langit ini tetapi keranadesakan Ustadz Mohd Shukri saya bersetuju dengan syarat saya diiringi oleh 7orang tafiz. Permohonan saya untuk mendapat tafiz tidak menjadi masalahdan dalam beberapa jam sahaja, Mufti Terengganu dapat mengumpul 7 orang tafizdiiringi dengan 3 orang Ustadz iaitu tenaga pengajar mereka. Kami berkumpulselepas waktu asar di sebuah surau di Kuala Terengganu dan saya memberitahumereka surah-surah yang perlu dibaca semasa di sana dan jugamemberi taklimat apa yang mereka harus lakukan apabila tiba di sanananti. Saya juga “scan” setiap tafiz dan tenaga pengajar yang akanmengiringi saya untuk memastikan tidak ada yang lemah semangat atau bermasalah.
Selepassolat magrib dan selepas makan malam nasi bungkus, kami bertolak ke Besutmenaiki bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Selalunyaperjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut mengambil masa 2 jam sahaja. Rupa-rupanya Raja iblis iaitu sahabat Ayah Pin telah tahu tentang perancangan kami dan mereka pun membuat persiapan juga untuk menghalangkami tiba di tempat itu.
Kira-kira dalam 50 km dari kawasan itu, terdapat sekatan jalan atau “road block”bukan oleh pihak polis atau JPJ tapi road block oleh kuncu-kuncu jin dan iblisAyah Pin. Bas yang kami menaiki terpaksa berhenti dan patah balik untukmencari jalan alternative yang lain. Sekiranya kami tidak menghiraukansekatan jalan itu, jin-jin itu berupaya untuk menganiayakan kami dengan berlakunyakemalangan-kemalangan yang mereka boleh lakukan. Ada suatu ketika basyang kami naik diserang oleh jin-jin Ayah Pin dan saya bernasib baik membawabersama adek-adek tafiz ini yang sungguh bersemangat membaca ayat-ayat Al-Qurandan bersama dengan pertolongan dari Allah swt, menolong sayamelawan jin-jin tersebut. Kami terpaksa mengambil jalan yang jauh untuksampai ke Besut.
Kamisampai di Besut dalam jam 2 pagi. Kami mengambil masa lebih dari 6 jamuntuk sampai ke Besut bandingkan dengan perjalanan yang biasa nya makan masa 2jam untuk sampai ke sana. Bila sampai di kawasan itu, saya terperanjat melihatbetapa ramainya polis-polis dari Bukit Aman dan Kuala Terengganu menjagakeselamatan dan membuat pemantauan di kawasan itu. Bila sampai ditempat itu, saya rasa agak pelik melihat cerik besar, pasu besar, bahtera kapalnabi noh dan lain-lain struktur. Walau pun tempat itu tidak ada lampusebab bekalan elektrik telah lama diputuskan oleh pihak berkuasa, kami disinarioleh cahaya bulan mengambang pada malam itu.
Setelahmembuat tinjauan atau “quick survey” di kawasan itu, saya mendapati ada beratusekor jin dan iblis dalam kawasan itu. Tetapi yang ketara sangat ialah 12 ekorjin yang mewaklili beberapa agama-agama di dalam dunia ini. Jin-jinini lah yang telah membantu Ayah Pin mendirikan ajaran agama sesat KerajaanLangit ini.

Sayamemilih dewan perhimpunan yang masih tersergam disitu untuk bertempurdengan 12 ekor jin itu. Saya mengarahkan semua tafiz-tafiz yangmengiringi saya untuk masuk ke dalam dewan itu. Untuk pengetahuan semua,ada golongan orang yang cuba membakar dewan perhimpunan itu dua atau tiga harisebelum itu dan terdapat banyak serpihan-serpihan kaca di lantai dewanitu. Dengan bercahayakan bulan yang mengambang pada malam itu danlampu suloh dari pihak polis, kami membaca surah-surah Al-Quran. Satu demi satu jin saya bertempur sehingga jubah saya basah kuyup dengan peluhbadan. Hampir 3 jam saya bertempur sehingga saya berguling-guling di ataslantai dewan itu.

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dengan keizinan Allah swt dan pertolongan dari Nya, dan dibantu dengan laungan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari adik-adik tafiz yang ada dengan saya pada malam itu, saya dapat mengalahkan kesemua jin-jin Ayah Pin kecuali se-ekor jin yang dapat melarikan diri. Selepas itu saya mengarahkan beratus-ratus jin-jin yang berada di sekitar kawasan itu berpindah atau pergi dari kawasan itu.

Masa itu sudah hampir waktu subuh. Kami semua bersiap sedia untuk berjemaah subuh. Saya menyuruh seorang dari adek tafiz melaungkan azan subuh. Pada pagi itu, pertama kali dalam 25 tahun azan subuh berkumandang di tempat itu. Syukur Alahamdulilah pada Allah swt. Menitis air mata saya bila terdengar azan subuh di kawasan itu dan berakhirlah kekuasaan jin-jin Ayah Pin di tempat itu. Selepas mengerjakan solat, saya sujud bersyukur pada Allah swt kerana memberi saya hidayah dan kekuatan menangani jin-jin tersebut.
Selepas matahari terbit kami semua bersiap sedia untuk pulang ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik ke Kuala Terengganu aman tanpa sekatan road block atau apa-apa halangan. Kami diberitahu tepat jam 8 pagi, pihak JKR datang dengan jentera-jenteranya merobokan semua struktur-struktur dan bangunan-bangunan di kawasan itu.
[img]http://www.syifa-alhidayah.com/blog/wp-content/uploads/2010/11/Dewan-roboh-300x225.jpghttp://www.syifa-alhidayah.com/b ... ictures-300x231.jpg[/img]
Pada hari Isnin, 2 August 2005 tersebar meluas cerita di dalam setiap akbar di negara ini mengenai kawasan pentadbiran Kerajaan Langit telah dirobohkan dan dimusnahkan. Tetapi apa yang berlaku pada malam sebelum kawasan itu dirobohkan tidak ramai yang tahu cerita sebenarnya sampai lah hari ini saya memilih untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku. Terima kasih Allah kerana atas pertolongan Mu kami berjaya menumpas ajaran sesat yang sudah lama berleluasa di negara ini. Amin Ya Rabbal
Alamin.
sumber : email |
|
|
|
|
|
|
|
hebat sungguh penangan ayah pin ni ....... |
|
|
|
|
|
|
|
waalaikumussalam....tu la.....mmg besar tanggungjawab lelaki.......
salam ...
kuntilanak Post at 27-12-2010 16:20 
wsm .......salam perkenalan jugaks  |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Semua Keinginan Kita Allah Bagi
Isn, 27 Dis 2010 11:34 | Ahmad Irfan Ikmal Hisham | Editor: kasihsayang
0
Dalam banyak-banyak anugerah Allah, anugerah keluargalah yangpaling bermakna dalam diri saya. Saya sayang mak dan arwah abah keranaredha Allah ke atas saya bergantung ke atas redha mereka terhadap saya.Saya amat sayang kerana isteri saya kerana beliaulah yang sentiasabersama saya, menjadi tulang belakang ketika susah dan senang. Sayajuga terlalu sayang dengan anak-anak saya, kerana mereka adalahpelaburan tetap saya untuk hari akhirat. Mereka jugalah penghibur hatisaya ketika duka.
Selepas berkahwin, saya tidak pernah hidup terlalu berjauhan dalamtempoh masa yang lama dengan keluarga. Paling lama pun, ialah ketikaisteri menghadiri kursus BTN. Hanya Allah sahaja yang tahu dalam tempoh5 hari tersebut, betapa rindunya Raed yang ketika itu berumur setahunsetengah terhadap mamanya. Selepas itu, tidak pernah kami tinggalberjauhan. Walaupun saya kadang-kadang sibuk setiap hujung minggumemenuhi jemputan di sana sini, akan tetapi akan pulang juga bersamakeluarga.
Setelah hampir 5 tahun nikmat itu Allah pinjamkan kepada kamisekeluarga, saya sedar akan tiba suatu hari nanti Allah akan uji kamidengan menarik seketika nikmat tersebut. Dan itulah yang berlakusekarang. Atas sebab rasmi, secara mengejut kini saya hidup dalamepisod bercinta antara benua.
Saya dan anak-anak lelaki terpaksa pulang ke tanah air, sementara isteri dan babySofea akan akan terus berada di UK sehinggalah tamat research beliau.Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas dan drastik. Hari ini dapatpasport, esoknya beli tiket, lusanya terbang, tulatnya sudah masukkerja. Siapa yang mahu berpisah dengan keluarga dan anak-anak. Siapayang mahu menyeksa perasaan diri serta insan tersayang dalam kadarwaktu yang pantas dan mengejut.
Beginilah ketetapan Allah. Bukan semua yang kita inginkan, akandiberikan oleh Allah SWT. Sekadar peringatan dan penawar kepada hatiyang masih berduka ini, di celah kesibukan menjadi 'bapa tunggal'berkarier, saya nukilkan warkah peringatan ini khususnya untuk dirikami sekeluarga.
Mengapa Allah uji kita, dengan menahan seketika kehendak peribadi kita?
1. Mungkin ini sebagai kaffarah dosa untuk diri kita.
Semua kita, tidak kiralah sama ada yang bergelar ustaz ustazah ataupun tidak, adalah berhadapan dengan risiko melakukan dosa. Ketebalaniman seseorang boleh dirobek dengan walau dengan sekelumit kealpaan.Beruntunglah bagi yang segera bertaubat dan berisghfar setelahmelakukan dosa. Dalam pada itu, insaflah betapa luasnya rahmat Allahkepada kita, sehinggakan disediakan sebab dosa-dosa itu bolehdiampunkan, iaitu dengan kaffarah melalui ujian dan penderitaan. Sabdanabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh ImamMuslim:
Tiadalah muslim yang ditimpa cubaan seperti sakit dan sebagainyamelainkan dihapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayumenggugurkan daunnya.
2. Tercatat dalamketetapan Allah dan terbukti jua di dalam sejarah, bahawa keluarga yangbaik biasanya akan menerima ujian yang besar.
Seolah-olah, ujian penderitaan adalah prasyaratnya. Kisah yangberlaku antara nabi Ibrahim, isterinya Hajar serta puteranya nabiIsmail telah melahirkan daripada keturunan mereka manusia yang hebat,yang terulung sekali ialah nabi Muhammad SAW.
Saya dan keluarga hanya diuji barangkali setengah tahun sahaja, didalam dunia yang sudah dilengkapi dengan prasarana komunikasi yanghebat. Setiap malam, kita boleh sahaja berhubung melalui videoconference. Semua ini masih belum wujud lagi semasa zaman nabi Ibrahimterpaksa meninggalkan Hajar dan Ismail di kota Bakkah yang keringkontang tanpa penghuni dan sumber alam. Bayangkan, betapa hibanya hatiseorang ayah terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di tempat dankeadaan yang amat ekstrim. Akan tetapi, ketabahan serta kesabaranmengharungi ujian, melayakkan mereka semua mendapat inayah dan bantuanAllah. Ketabahan mereka berhadapan dengan ujian hebat, akhirnyamelahirkan generasi yang hebat.
3. Siapa yang tidak sedih menerima ujian ini. Akan tetapi perlu dididik dan dilentur hati kita, bahawa ujian yang Allah beri sekarang ini hanyalah sedikit sahaja berbanding ujian orang lain.
Apalah sangat ujian hidup cinta antara benua ini, berbanding denganmereka yang diuji dengan kehilangan insan tersayang. Apalah sangatujian kita ini, berbanding ujian ibu, ayah dan anak-anak Palestinkhususnya di Genting Gaza. Apalah sangat ujian kita ini, berbandingnasib ramai umat Islam yang menjadi mangsa diskriminasi diktatormanusia di seluruh dunia. Sehinggakan terpisah tanpa khabar berita,berjumpa tidak pernah, bertemu berharap tak usah.
Sedih memanglah sedih. Akan tetapi buat apa perlu melayan kesedihanitu secara berlebihan. Sedangkan banyak lagi nikmat kesenangan (yangsepatutnya perlu dibaca sebagai ujian) berlegar di sekitar kita. Dalammasa yang sama, ramai lagi yang lebih menderita tetapi tabah di dalamdiuji Allah.
Ya Allah, bantulah keluarga kami. Permudahkanlan urusan kami.Permudahkanlah anak-anak kami menerima perubahan drastik yang mencabarini. Murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah daripada isteri dananak-anakku, penyejuk mata, dan jadikanlah mereka generasi imam yangbertaqwa. Amin Ya Rabbal Alamin.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang membantu dan memahami ujian kami ini.
Biodata KolumnisUstaz Ahmad Irfan Ikmal Hishammerupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP).Sebelum ini beliau merupakan lulusan sarjana (master) dalam bidangIslamic Jerusalem Studies dari University of Aberdeen, United Kingdom(UK). Isteri beliau merupakan pelajar PhD di University of Aberdeen.Ketika beliau di UK, beliau pernah menjadi panel soal jawab agama iluvislam.com. Beliau menulis di abidfana.com. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERKONGSIAN UNTUK HARI SELASA
Bunga Yang Cantik Jarang Harum (nice one ! )
Sab, 25 Dis 2010 07:10 | Pahrol Mohd Juoi | Editor: kasihsayang
1
Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalambahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat puladengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-manawanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana?Mereka bukan wanita?
Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah ituMaha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh,Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingatitu... setiap wanita berhak untuk cantik!
Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita?Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temuipelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah,pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.
Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepadapelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak padahidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagianggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lainpenilaiannya.
Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiriuntuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanitamengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadipenilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.
Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajahitu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara.Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantiklagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.
Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selarasdengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebihtepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikanyang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulahmisi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlakmanusia.
Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilahkecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandungtanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalahsatu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati.Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia.Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapiakhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.
Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran.Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak danbudi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orangjujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujuritu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusiatetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in theeye of beholder'.
Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasanadalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasanrumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibuyang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidikdengan baik.
Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Paraisteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungankeluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik,tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah...mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.
Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnahhidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpabilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan.Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islamjika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akanhilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan olehsyaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah disekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Inisudah menjadi sesuatu yang lumrah.
Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arahkejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diripemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepadabintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yangmemporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwadan bunuh diri.
Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yangsalah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bungayang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula,inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabiseperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.
Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikanitu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama,tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmuyang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasihsayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlahdengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.
Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yangbaik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturanTuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlahakhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantiksekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa,jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakanuntuk mengumpat?
Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, olehyang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang menciptawanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik"tetap serupa!
- Artikel iluvislam.com
Biodata KolumnisUstaz Pahrol Mohd Juoimerupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip.Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penuliskelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuksyarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusiterbitan syarikat Telaga Biru Dsn. Bhd.. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Khas buat wanita yg amat kusayangi, rindui dan hormati di luar sana.... )
Tajuk/Lirik Lagu: Wanita
Penyanyi: Siti Nurhaliza
huuuu…
Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini
Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)
aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami
(Ulang Korus) (2x)
Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..
Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita… |
|
|
|
|
|
|
| |
|