|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak/Meroyan N9 #42
[Copy link]
|
|
dap tu
karang tak tau kawe nk mkn apa
|
|
|
|
|
|
|
|
daging x tumis...tumis bwg lada tambah dlm daging yg dh singgang biasa, tumis asing.
buh tumisan tu sikit2 ikut citarasa, nk lg pedas lg merah buh lebih sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap...slalu kawe mkn kt kedai dia je...portion byk giler x abih semangkuk tu mek.
|
|
|
|
|
|
|
|
x cun masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
sukati mek la nk panggil apa...nanti try la buat
|
|
|
|
|
|
|
|
AYAM MASAK KANDAR
Ayam seekor dipotong ikut suka hehehe (boleh goreng separuh masak or mentah je)
Bahan A
*Jintan Manis 2 sdu mkn
*Jintan putih 1/2 sdu mkn
*Bawang Holland sebiji potong 4
*5-6 ulas bawang putih
*2 inci halia
*12 tgkai cili kering
* Goreng terlebih dulu kemudian blend dgn minyak
Bahan B
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
3 sdu mkn Serbuk kari
1/2 sdu mkn Serbuk kurma
Tumis kesemua bahan B sampai naik bau n serbuk kari kurma pecah minyak. Masukkan bahan A
Masak dlm 10 min
Masukkan kicap manis
Masukkan ayam
Perasakan dgn gula garam
Masukkan bawang Holland di potong bulat n cili hijau n daun kari (terlupa nak masukkan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding Tiramisu
Bahan2
Susu cair - 1 tin
Susu pekat - 1tin
Tepung kastard - 12 sudu mkn
Air - 5 tin - sukat ikut tin susu
Secubit garam
Biskut marie perisa coffee
Serbuk milo
Coklat rice
Cara2nya....
Satukn semua bahan2 susu cair, susu pekat, garam, air n tepung kastard dlm periuk...kacau n kacau rata. Kemudian letak atas dapur. Guna api yg perlahan. Masak smpai bancuhan tu jd likat....Dh msak.
Hancurkn biskut ltak dlm bekas / loyang..siram bancuhan td..bg meresap dlm biskut..tabur serbuk milo... Ulang blik jd 2 lapisan.
Lapisan atas sekali bole la hiaskn buah ikut selera masing2... Dh siap. Letak dlm peti ais..
|
|
|
|
|
|
|
|
Lempeng Kelapa
Bahan-Bahan:
3 cawan kelapa parut
2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
2 cawan air
garam secukup rasa
sambal tumis
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali sambal tumis.
2. Kacau hingga rata, tambah air kalau perlu dan rehatkan adunan sekejap.
3. Panaskan non-stick pan kemudian sapu dengan sedikit minyak masak.
4. Sendukkan 1/3 cawan adunan dan ratakan. Masak diatas api yang sederhana.
5. Terbalikkan lempeng dan masak lagi hingga sedikit garing.
6. Hidangkan bersama sambal tumis bilis atau boleh juga dimakan dengan kuah kari.
|
|
|
|
|
|
|
|
SOTONG BUTTER
Bahan-bahan :
Sotong goreng tepung :
250g sotong
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sk tepung penaik
1 sk serbuk lada putih berperisa
1 biji telur
Sos Buttermilk :
50g mentega
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
4 tangkai daun kari
150ml susu segar/UHT/cair
2 sb susu pekat
2 keping keju cheddar
Cara-cara:
1.Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan serbuk lada putih berperisa ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2.Pecahkan sebiji telur dan gaul sotong dengan tslur.
3.Kemudian, salut sotong dengan campuran tepung.
4.Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan tos minyak.
5.Cairkan mentega dan tumis bawang putih, cili api dan daun kari sehingga naik bau.
6.Masukkan susu cair dan susu pekat manis dan biarkan mendidih.
7.Masukkan keju cheddar dan gaul sehingga keju cair.
8.Masukkan sotong yang sudah digoreng ke dalam kuali dan gaul sehingga sekata .
|
|
|
|
|
|
|
|
Tg Tokong Pulau Pinang
1900's vs 2000's
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding jagung
Bahan2...
1 tin susu cair
1 cwn santan
1/2 cwn gula
Sedikit garam
1 1/4 cwn tpg kastad
1 cwn jagung...yg dlm tin pun boleh
400 ml air
Cara2...
Campur semua bahan whisk hgga sebati...kemudian tuang dlm periuk kacau hgga berkilat dgn api yg perlahan...dh siap cpt2 tuang dlm loyang...baru cantik...klu lmbt tuang dia berketul2 nnt x cantik...tggu sejuk baru potong...
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding Serikandi (Puding Roti)
* 2 peket agar² tali 20g
* 2 tin susu cair
* 1 tin susu pekat
* 1 Roti potong Gardenia yg pendek ( Rm2.50 )
* 1 inci gula batu
* pewarna merah, hijau, kuning
Cara²
* masak agar² tali dgn air 1.2L x 2 (atau secukupnya)
* masukkan gula batu
* carik²kan roti potong tadi ke dlm susu cair biar tenggelam dan kembang. (ambik putih sahaja yg tepi potong buang)
* agar² dah mendidih sebati cedok kepada 3 bekas buat warna merah, kuning, hijau. Sejukkan. ( 1 bekas dlm 2 ke 3 senduk sahaja )
* kecilkan api masukkan susu pekat kacau² sebatikan. Ikut tahap kemanisan anda suka ????
* tinggal dgn api yg kecil
* 3 warna tadi dah beku potong dadu.
* tabur kedalam loyang lapisan pertama tabur warna warni yg dipotong dadu tadi dan masukkan roti yg rendam dlm susu cair tadi tuang agar²sedikit demi sedikit bagi tenggelam roti,
ulang step di atas sampai habis.
* sejukkan sedikit. Simpan dlm peti ais. Dan hidangkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Sotong Masak Ala Thai
Sotong
Kacang Panjang
Cili Padi Merah
Bwg Merah-mayang
Serai-1 (hiris serong)
Daun Limau Purut -4/5 helai
Serbuk Lada Hitam- sikit
Sos Ikan -Renjis ikut suka
Serbuk Kunyit
Mushroom Seasoning- optional
Bahan Kisar:
4-5 btg cili merah
4-5 btg cili hijau
1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
Belacan
Sedikit air
Cara:
1) Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
2) Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
3) Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
4) Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang.
5) Gaul smpai masak. Setel.
*Sy suka bau daun ketumbar, so apa2 masakan sy mmg tabur daun ketumbar hihi ????
*Klu nk sotong tu kekal gemok and x kecut, rebus dlu kejap 5 min dgn 3-4 keping asam keping.
|
|
|
|
|
|
|
|
Puding Kastard Roti Dan Jagung Berkrim
Bahan-Bahan:
3 keping roti putih
1/2 tin susu cair
1 biji telur
1 1/2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
1/2 tin jagung manis
3/4 cawan gula
700ml air
1 pek/10g serbuk agar-agar
Pewarna kuning, oren dan hijau
Cara Membuatnya:
1. Gris atau sapu nipis marjerin di dalam bekas acuan pudding. Buang kerak tepi roti. Then, potongkan roti kepada kiub kecil.
2. Blend halus potongan roti, susu cair, telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.
3. Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul.
4. Bila agar-agar dah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
5. Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.
6. Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren. Ratakan adunan tersebut di dalam bekas pudding. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.
7. Ulang langkah untuk lapisan berwarna kuning dan hijau. Selesai ketiga-tiga lapisan, sejukkann puding dalam masa anggaran 3 jam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambal Sotong Petai
Sotong
Petai
2 mangkuk kecil cili kering kisar
2 biji bwg besar - dikisar
4 ulas bwg putih - dikisar
Sedikit belacan
Air asam jawa
Garam dan gula
Cara-
Panaskan minyak tumis bahan2 yg dikisar
Masukkn belacan
Tumis hingga garing dan naik minyak
Masukkn air asam dan petai
Masukkn sotong- jgn masak lama nti dia liat
Perasakn dgn garam dn gula
Bila sotong da masak tutup api
Da siap
|
|
|
|
|
|
|
|
Buttermilk Chicken
Bahan-bahan (ayam):
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada sulah
- isi ayam potong kecik2
Bahan-bahan (sos):
- 3 sudu besar mentega
- Daun kari
- 1 sudu besar cili besar & hijau
- 1/2 sudu besar bawang putih
- 1 sudu besar bawang holland
- 100ml susu cair
- 1 sudu kecil garam/gula/perasa
- 1 sudu kecil lada hitam
Cara-cara:
1. Salut ayam bersama tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada sulah.
2. Goreng hingga keemasan.
3. Untuk membuat sos, cairkan mentega dan tumis daun kari, cili padi dan bawang putih.
4. Masukkan susu cair dan didihkan hingga pekat. Kemudian, masukkan garam, gula,perasa dan lada hitam.
5. Tutup api dan masukkan ayam yang sudah digoreng.
6. Gaul hingga rata.
7. Siap untuk dihidang!
|
|
|
|
|
|
|
|
KEK MARBLE SUSU
3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 peket kelapa parut
Perwarna ikut suka
Cara buat:
1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder(kaup balik jer)
6.masukkn kelapa peket gaul rata lg.
7. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
8.Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
9.Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
10.Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuih pasung
A.Bahagian bawah
1. Tepung beras 150g
2. Tepung ubi 2 sb
3. Air kapur 1 sb
4. Nisang 1/2 kerek besar
5. Gula merah 1/4 cwn
6. Daun pandan 2 helai
7. Air 500 ml
Masukkan air diikuti oleh nisang...gula merah..daun pandan..masak sampai semuanya jadi cair. Sejukkan. Ambil tepung beras dan tepung ubi...masukkan air kapur.. kacau rata..kemudian masukkan air nisang...kacau rata. Kemudian masak dlm 5 ke 10 minit atas api yg kecil...( kena sentiasa kacau elak berketul - ketul) bila pekat sikit..tutup api.
B. Bahagian putih ( atas)
1. Santan 1 kotak kecil
2. Tepung beras 3 sb
3. Tepung gandum 1 1/2 sb
4. Secubit garam.
Masukkan santan..tepung beras dan tepung gandum..kacau rata..baru hidupkan api yg kecil...kacau rata..bila dah pekat sikit..tutup api.
C. Acuan kon daun pisang.
Gunakan daun pisang yg dilayurkan atas api..bentukkan ia jadi bentuk kon.
Cara membuatnya:
Susun kon dlm periuk mengukus..masukkan bahagian bawah dulu..isi hingga 3/4 kon..kukus dlm 10 ke 15 minit. Kemudian bila ia masak masukkan pula bahagian atas atau putih kukus lagi 15 ke 20 minit. Siap. Bila panas ia nmpak lembik skit..bila dah sejuk ia jadi kenyal2 gitu.. barulah dimkn rasanya manis2 dan lemak2 gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
KERABU SUHUN
Bahan-bahan
1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar
2 ekor sotong
Ayam
1 biji cili merah *
1 ulas bawang besar Holland *
Gula
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
2-3 labu bawang putih jeruk
2 biji limau & boleh guna jus limau yg dijual dlm botol
seikat daun bawang
Daun ketumbar
1 bili tomato
1 bj lobak
1 btg serai
1 biji tomato
3 biji cili api
Kacang panjang
Cara-cara:
Rebus sotong, ayam dan udang sehingga masak dan potong²kan.
Potong dadu bawang merah, cili merah, daun bawang, bawang jeruk dan tomato, lobak, timun.
Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, ajinomoto dan air bawang jerut.
Gaul semua bahan tadi sehingga sebati.
Sedia dihidangkan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|