|
Lara Rindu (SE pg 9-pengubat RINDU yg LARA)
[Copy link]
|
|
lara rindu punya pasal sanggup beli on9..tp sedey la wei col tnye diorg x pos pon lg..rasa mcm dh seminggu kot pesan..aiyaaak...dah r x sabau nk tau pasal tia larik2 nih! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 200# iwimz
insya Allah akn amanda paste coz kesian jg kat korang, LR x masuk2 lg dlm pasaran |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# adalia
la kesiannya...
LR pn x smpai lg ke tgn amanda... |
|
|
|
|
|
|
|
amanda....sambunglah lagi LR kat cni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 204# bb_75
insyaAllah...
akn amanda letak sni |
|
|
|
|
|
|
|
adui.. dah la ngantuk...
intenet mcm nak xnak je layan....
kejap ok kejap mcm hang...
nak layan citer pun susah... |
|
|
|
|
|
|
|
morning amanda... xde n3 ke ari nie |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum & salam jumaat |
|
|
|
|
|
|
|
sempena jumaat yg berkah ni, tia nak berziarah di sini |
|
|
|
|
|
|
|
“Tia.”
Aku mendongak bila nama singkatanku yang cantik disebut-sebut. Tak tahu pula aku, namaku dah jadi popular di tanah tinggi ini. Mata berlaga dengan sepasang mata yang cukup malas untuk kupandang. Dia lagi. Entah bilalah dia akan hilang dari tanah tinggi ini. Bosan pula aku tengok mukanya. Muak. Menyampah pun ada sebab dia membuat hidupku kucar-kacir. Penat untuk menghindar dari dia. Lelah untuk mengelak pertembungan berlaku. Aku juga yang penat melarikan diri. Bosan dengan pelarian yang tidak sepatutnya terjadi.
Aku berpaling ke arah lain. Tanpa disuruh lelaki itu melabuhkan punggung di hadapanku, bersama dengan lagak machonya. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Memang manis. Aduhai Kastia, jangan pula kau tergoda dengan lesung pipitnya yang menawan itu. Cukup. Aku geleng-gelengkan kepala. Mengembalikan diri ke realiti yang sebenar.
“Mak kirim salam,” ujar lelaki itu. Lontara kata itu membuat aku berasa sebal yang amat sangat.
“Mak? Mak siapa?” pura-pura bertanya. Takkanlah mak kucing aku pula?
“Mak abanglah.” balasnya ringkas.
“Abang? Bila mak saya beranakkan awak?” soalku menyampah. Entah mengapa, aku cukup menyampah dengan lelaki seorang ini.
Dia cuma tersenyum manis mendengar sindiranku. Dasar lelaki terlebih gula. Sempat lagi tersenyum.
“Memang mak Tia tak lahirkan abang. Kalau mak Tia lahirkan abang, macam mana nak jadi menantu dia?” soalnya sambil mengangkat kening. Meluatnya aku dengan dia ni.
Bulat mataku menikam wajah lelaki yang pernah menjadi life partner aku satu masa dulu. Tapi tidak lagi kini. Lelaki inilah yang telah memandang sepi perasaan hatiku dan memperkotak-katikkan kehidupanku. Membuat hidup insan lain sebagai mainan pertaruhannya. Kesilapanku kerana pernah menerima dia sebagai suami memang suatu perkara yang tidak patut berlaku. Sungguh menjengkelkan. Mulai saat ini aku nekad, aku tak akan biarkan hatiku terus hanyut dan terlajak mencintainya. Kini, aku terlajak membencinya, sedang dia pula mula mendekatiku. Jangan harap! Aku tidak akan sekali-kali berpaling ke belakang.
“Kenapa pandang abang macam tu?” matanya dikenyitkan. Ya Ampun, sejak bila dia jadi penggoda ni.
Aku mengalihkan pandangan. Jangan nak perasan, aku pandang bukan sebab kau handsome, aku pandang sebab terkejut hatiku mengomel sendiri.
“Awak nak jadi menantu mak saya? Awak nak kawin dengan siapa?” soalku dengan lagak ingin tahu.
“Dengan anak bongsu dia. Tapi anak bongsu dia dah kahwin pun dua tahun lepas,” Polos dia menjawab. Ada kesedihan pada suara itu.
Hampir tersedak aku mendengarnya. Nasib baik saat itu aku belum sempat meneguk Nescafe yang ada di hadapanku. Kalau tidak, pasti mukanya basah dengan air itu. Seleraku mati tiba-tiba. Pinggan berisi nasi ayam aku tolak ke tepi. Segera aku mengangkat punggung keluar dari restoran itu. Tadi aku bercadang tidak mahu masak bila pulang ke rumah, jadi singgahlah sebentar untuk mengisi perut. Bekalan untuk malam ini. |
|
|
|
|
|
|
|
“Nak ke mana tu?” soalnya pantas.
“Balik.” Langkahku cepat keluar dari restoran itu.
“Abang hantar?” Cepat dia berdiri di sisiku.
“Tak apa. Bas banyak teksi banyak,” balasku tanpa riak.
Kalau dia hendak mengacau aku, ada baiknya aku balik ke rumah. Tidak jadilah aku hendak menumpang di hotel. Aduhai, kasihan dengan kereta kesayanganku. Hari ini terpaksa dimasukkan ke hospital. Ada kecederaan yang perlukan rawatan rapi. Memang sudah lama aku tidak servis pengangkutan beroda empat itu. Asyik digunakan, akhirnya ia sakit.
“Takkan tak sudi?” soalnya sambil angkat kening.
Aku hanya diam. Dia punya jawapan terhadap soalannya tadi. Bukan setakat tak sudi. Malah tak ingin. Tak ingin aku naik keretanya. Tak ingin aku menjadi isterinya. Mak! Kenapa dia di sini?
“Tia dah berubah sekarang…,” lemah suaranya.
Memanglah. Dulu aku bodoh. Cepat terperangkap dengan hidupnya. Tetapi, sejak aku lebih tahu dengan kehidupan manusia dan sejak aku kenal erti kehidupan, aku sekarang adalah manusia yang sentiasa berhati-hati. Tidak mahu lagi terjebak ke perangkap yang sama.
Hatiku betul-betul tertutup untuk mendekati lelaki. Dan.lelaki pun tidak berminat untuk mendekatiku. Kenapa? Manalah aku tahu.
“Suka hati sayalah saya nak berubahkah, tak nak berubahkah, apa kena mengena dengan awak?” soalku jelak.
Kenapa ada manusia seperti dia? Dia tidak punya perasaankah? Aku pula yang jadi menyampah dengan sikapnya. Menjengkelkan.
“Tia, we need to talk. Come with me,’ cepat tanganku digapai.
“Taknaklah,” aku cuba lepaskan tanganku dari pegangannya.
Dia tidak menoleh belakang pun. Malah, beberapa pengunjung yang melihat kami dengan penuh kehairanan langsung tidak mengubah hatinya. Dia masih setia memegang erat tanganku. Laju dia membawa aku keluar dari restoran itu.
Sampai di taman, sebelah dengan hotel, barulah tanganku dilepaskan. Lama keadaan sepi menyelubungi antara kami. Senyap. Hanya ditemani oleh bunyi-bunyian dari alam semesta. Suara kenderaan sayup-sayup kedengaran. Bunyi kicauan burung dan serangga terdengar bersahutan.
“Kalau tiada nak cakap, saya nak balik,” cepat aku melangkah bila sudah hampir sepuluh minit menunggu. Penat pula aku menanti dia membuka mulut. Menunggu butir bicaranya.
“Tia!” cepat tanganku ditarik semula. Hanya beberapa saat ia static dalam genggamannya sebelum dia melepaskannya semula.
Aku berpeluk tubuh. Menanti bicara yang akan keluar dari bibirnya. Biarpun aku sebal dengan dirinya, namun untuk kali ini, biar aku berikan dia peluang untuk berbicara. Aku sudah tekadkan dalam hati untuk untuk tidak mengambil serius apa yang bakal dia utarakan.
“I know, you know something. Tapi Tia tak tahu semua perkara. Jangan buat keputusan hanya disebabkan satu kesan yang kurang baik. Nanti menyesal tak guna,” dia memulakan bicara.
Pandangannya tertumpu padaku. Cepat aku alihkan perhatian matanya dariku. Tidak mahu diriku menjadi subjek untuk tatapan matanya. Taman yang luas ini menjadi perhatianku. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... nak lagi amanda |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi... nak lagi amanda |
|
|
|
|
|
|
|
best tuk pagi jumaat
x sabar nak baca satu buku |
|
|
|
|
|
|
|
ckitnya amanda....sambunglah laig.....lagi.....dan lagiiiiii........ |
|
|
|
|
|
|
|
apa sebenarnya berlaku nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua... amanda sbg lagi...... tertanya2... apa sbnrnya terjadi pada TIA... |
|
|
|
|
|
|
|
manda...nak lagi ler...mana boleh ciput sangat tuh...lekat celah gigi jek... |
|
|
|
|
|
|
|
menarik...nak tahu sgt apa yg terjadi kt diorg...
cepatlah LR masuk kedai... |
|
|
|
|
|
|
|
amanda!lara rindu sy dh smpi..yeeaaaa!mlm ni nk start baca... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|