CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2009 10:45 AM | Show all posts
lembablah pakwe seorg ni....
Adilla Post at 3-11-2009 09:24




yelah.......geram tol.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 10:53 AM | Show all posts
adesss :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:35 PM | Show all posts
ala.... kenapa jd gitu? x bestnyer. asal aril x kejar alis???

fizzi, taruk lagi n3 banyak2. x puas aku baca nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 04:19 PM | Show all posts
baru habis baru dari part 1..
kesiannya alisya dgn aril ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 05:04 PM | Show all posts
eeeeiii... nape ngn arill ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 08:07 PM | Show all posts
fizziany..

nak n3 baru..xsabar dh ni.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2009 08:45 PM | Show all posts
chengkeh,
klu..klu ler aku jd alis kan, emmmm... jamin, aku tetap akan jamin aril tu. tapi lepas tu.. huhuhu..siap ler berapi2 kuar dulu sebelum aku dengar apa2 penjelasan dari aril.. boleh gitu? ...
hh_hs Post at 1-11-2009 22:15



ada2 jekla ko neh hh_hs...tapi aku pun pikir benda yang sama gak sbenanya..kekekeke...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 08:51 PM | Show all posts
apa kena depa neh....si carol tuh sibuk jek....asal alis jumpa aril jek dia mesti ada...
eeeee....geramnya hakuuuu!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2009 10:01 PM | Show all posts
Di dalam kereta, Carol merenung Aril yang terdiam di sebelahnya. Aril memintanya untuk menghantar Aril pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, Aril diam sahaja. Sebutir suara pun tak dikeluarkannya.

        Carol melirik lagi kea rah Aril. Rupanya dia masih tidak dapat lupakan Alisya. Dari pandangan mata Aril tadi, Carol tahu, Aril sangat2 terseksa, melihat pemergian Alisya tanpa sepatah kata.

        Carol akur pada situasi. Hari ini, dia dapat merasakan sendiri, betapa pilunya bila cinta tidak dibalas. Carol menarik nafas dalam2.

        “Aril….I nak bagitau you satu perkara..” Carol bersuara perlahan. Matanya masih merenung jalan di depannya. Aril masih diam, tidak memberi reaksi pada kata2nya. Carol hiba.

        “Aril…you pergi pujuk balik Alisya tu lah. You memang perlukan dia dalam hidup you…” kata Carol. Dia sudah angkat bendera putih hari itu. Dia tidak mahu terus2 menekan keadaan yang tegang itu. Aril masih terdiam lagi.

        “I rasa, Alisya Cuma salah faham. Dia jauhkan diri dari you sebab…sebab…I pernah hantar SMS pada dia..suruh dia jauhkan diri dia dari you…I’m sorry Aril..” kata Carol. Agak2 Aril bertukar jadi singa tak? Carol mula bimbang.

        “You…” Aril memusingkan wajahnya memandang Carol. Wajah Carol direnung dalam2.Aril kelu merenung Carol di sebelahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2009 10:04 PM | Show all posts
Alisya merenung tv yang tidak dipasang di depannya dengan renungan kosong. Sejak terserempak dengan Aril siang tadi, dia tidak dapat melarikan ingatannya terhadap wajah Aril. Wajah Aril nampak sembab. Kenapa agaknya.

        Tapi…apa Aril buat kat sini? Bukankah sepatutnya dia berada di Australia? Atau dia tipu aku? Kalau tak, bila dia balik? Pelbagai persoalan bermain di ruang fikiran Alisya.

        Aril…Alisya buntu. Dia sendiri keliru dengan perasaannya sekarang. Setelah rasa dikhianati oleh Kak Mastura, ditinggalkan oleh Anaz, dia benar2 rasa terluka. Luka lamanya merindu Aril ditambah pula dengan luka2 yang lain.

        Benar kata abah…sampai satu saat, kita tak boleh hidup bersendirian. Kita memang perlukan seseorang untuk menemani kita. Sekurang2nya, perasaan yang sedih ini dapat dikongsi bersama.

        Telefon bimbitnya berdering tiba2. Alisya terdiam, masih merenung TV. Pergerakannya yang perlahan tak ubah seperti mayat hidup. Deringan telefon dibiarkan lama. Dia malas hendak membelek telefonnya. Siapa pula yang menelefonnya malam2 seperti ini? Atau..malang apa lagi yang akan datang dalam hidup aku?

        Alisya masih terpaku tidak bergerak. Sehinggalah telefon bimbitnya berhenti berdering, Alisya masih terdiam di sofa merenung TV. Suasana sunyi kembali. Alisya menarik nafasnya dalam2. Aril…

        Kenapa dia yang asyik wujud dalam ingatan aku? Tak bolehkah aku sukakan orang lain? Tak bolehkah? Takkan dia saja lelaki dalam dunia ni?Hmm…

        Telefon berbunyi sekali lagi. Alisya diam lagi. Perlukah aku angkat? Tapi…bagaimana kalau kak Mas? Atau Aril? Apa aku nak jawab? Perlahan2, Alisya bangun malas menghampiri telefonnya. Nombor telefon yang tertera di skrin tidak dikenalinya.

        Siapa pula ni malam2 buta begini hendak menelefonnya malam2 begini? Ah!Lantaklah! Naik fobia pulak aku dengan telefon ni…kau nak berbunyi sampai Subuh..suka hatikaulah! Alisya beredar dari ruang tamunya menuju ke bilik tidur. Otaknya sudah keletihan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:15 AM | Show all posts
adehhh.. sape plak.. aril ke kak mas.. ngeri seh kalau kak mas... fufufu.. lagi fizz..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 08:02 AM | Show all posts
aril tel tu.....adess knp la alis tak moh pi angkat......


fizi ni harus ko kena smbung pnjang2 lagi pnjang2 ni tauuu !!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:41 AM | Show all posts
ala alis nih...............kot ye pun tengok je la sapa tepon tuh..................

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:44 AM | Show all posts
ada2 jekla ko neh hh_hs...tapi aku pun pikir benda yang sama gak sbenanya..kekekeke...
chengkeh Post at 3-11-2009 20:45


ekekeke.. dah tu chengkeh, ko gak suh aku emajinkan apa jd. aku ni, emajin ler ikut suka2 'skrip' aku kan. tapi.. tau punya, skrip aku tu mana nk tanding ngan skrip fizzi..kan?

fizzi punya cite lagi aku rasa cam berapi2 jer. rasa nk ku luku2 kan si carol tu :@. menyibuk jer dier kat aril tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 10:52 AM | Show all posts
“Dia tak angkatlah..” Carol resah bila panggilannya tidak dijawab. Aril mendengus.

“Ini semua you punya pasal..”dalam keadaan marah, Aril senang saja melemparkan kesalahan di pihak lain. Carol resah. Jarinya sudah penat mendail nombor telefon Alisya.

“I rasa dia takkan angkat dah. Maybe dia dah tidur agaknya..” kata Carol. Aril tunduk terdiam.

“You hantar I balik rumah sekarang. ..” arah Aril. Hatinya agak panas kala itu. Namun, mengenangkan kebaikan Carol padanya selama ini yang selalu memberikan sokongan di waktu dia kesusahan, membuatkan Aril malas hendak memanjangkan marahnya.

        Carol angguk. Keretanya dihala menuju ke rumah Aril. Sesalnya bukan kepalang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 10:55 AM | Show all posts
Aril merenung siling bilik tidurnya. Tak sabar hendak menunggu siang. Matanya tidak dapat dilelapkan. Wajah Alisya yang ditemui siang tadi benar2 menghantui ingatannya. Wajahnya makin cantik! Keningnya sahaja yang nampak berkerut, seolah2 sedang bergelut dengan masalah.

        Alis!!!Kali ini aku takkan lepaskan kau! Aku tak tahu samaada kau masih sukakan aku atau tidak, tapi, sekurang2nya aku tahu, kau mengelak dari aku kerana kau fikir aku ada hubungan dengan Carol. Harap2 begitulah. Tapi aku takkan berhenti mencuba.

        Seketika, Aril teringatkan sesuatu. Segera dia bangun lalu menghampiri tong sampah di hujung bilik. Sampah yang tidak sampai separuh tong segera digeledah. Mana dia…mana dia…Ah!!!Mata Aril menyinar. Nasib baik sampah belum dibuang. Lega!!Kalau tak..mau menangis tak berlagu aku…Aril peluk kotak muzik ditangannya. Kotak muzik itu direnung sambil tersenyum. Alis…

        Aril nekad, esok juga dia akan menunggu di rumah Alisya. Dia mahu hal itu diperjelaskan dahulu. Dia mahu tahu apa perasaan Alisya terhadapnya. Masih adakah sayang di hatinya? Atau Alisya sudah tidak ada perasaan pada aku?

        Aril merenung jam ditangan. Lambatnya sianggggg!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 10:58 AM | Show all posts
br kau rasa menyesal carol...
alis pn nape la xangkat tepon tu?
bila la derang ni nk baik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 10:58 AM | Show all posts
Seawal jam 6 pagi lagi, Aril sudah menunggu di jalan bertentangan rumah Alisya. Tempat kosong  di bawah pokok jambu air yang selalu menjadi tempat parkirnya kali ini berpenghuni. Ada sebuah kereta di situ. Kereta itu sudah sedia ada sebelum dia sampai lagi.
        Dalam kesejukan. Aril masih meninjau keadaan di sekitar rumah Alisya. Suasana masih gelap.Lampu neon pun masih menyala. Aril memasang radio di dalam keretanya. Dia bersandar sambil merenung rumah 2 tingkat di depannya. Matanya merenung rumah Alisya yang masih samar2 dengan cahaya lampu yang suram.

        Matanya  langsung tidak mengantuk. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Setelah lama menunggu, Aril dapat lihat Alisya sudah keluar ketika cahaya matahari mula menerangi bumi. Cepat2 Aril bangun. Dia sudah berkira2 mahu keluar dari keretanya.

        Alisya memasukkan beg kerjanya ke dalam keretanya. Pintu pagar dibuka perlahan2. Waktu itu juga Aril cepat2 keluar dari keretanya. Jarak yang agak jauh diseberang jalan membuatkan Alisya tidak perasan kelibat Aril. Aril menutup pintu keretanya. Dia sudah bersedia untuk melintas jalan.

        Alisya mengundurkan keretanya. Sebaik dia sudah berada di luar pagar, Alisya keluar semula dari keretanya. Pintu pagar perlu dikunci semula. Dada Aril berdebar. Agak2 dia marah tak kalau nampak muka aku pagi2 buta ni?

        Alisya sudah menutup pintu pagar rumahnya. Aril masih merenung setiap pergerakan Alisya yang mahu menghampiri keretanya. Aril mengukir senyum. Jalan ditoleh ke kiri ke kanan.

        Pummmm!!!!!!Sebaik Aril menoleh ke depannya, mulut Aril ternganga. Alisya sudah terbaring di jalan berlumuran darah dengan pintu keretanya yang tertanggal dirempuh oleh kereta lain. Segala2 nya berlaku begitu pantas hinggakan Aril langsung tidak sedar kereta mana satu yang melanggar Alisya.Aril tergamam melihat keadaan itu seketika.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:02 AM | Show all posts
hai fizz...
xsia2 masuk awal pg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:03 AM | Show all posts
sape lak yg langgar alis tu?
ni mesti kak mas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046727 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list