|
setelah sekian lama nyer aku x gi tgk citer melayu kat panggung atas alasan gerenti akan ditayangkan musim raya nnt,dgn gigih nyer aku gi tgk citer nih..berbekalkan tiket berharga 6 hennget,dan review2 yg best dr sumer yg dah tgk,harapan aku pd citer nih mmg tinggi..
citer dia ok,lawak pun ok jer..xde la spnjg masa aku ketawa walaupun ada dua org minah belakang seat aku ketawa terbahak2 dr awl smp akhir citer nih..aper yg kelakar sgt aku pun x tau..bg aku,citer ni overrated jer..best lg zomba aka zombi kg pisang walau aku x penah tgk smp abis..
tu pndgan aku la yg jarang tgk citer mlayu kat panggung..cuma aku salute time aku tgk citer nih,bangsa lain pun layan sama gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari balik ke panggung
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]
SAYA tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga selalu skeptikal terhadap sekuel, apatah lagi Zombi Kampung Pisang tidak termasuk dalam senarai filem kegemaran.
Bagaimanapun, saya tidak melihat Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai sebuah filem sambungan. Ia hanya menggunakan watak dengan latar yang sama, tetapi masih mampu berdiri sendiri. Penonton tidak perlu mengingati peristiwa daripada Zombi Kampung Pisang atau menontonnya terlebih dulu.
Selepas dua tahun meninggalkan Kampung Pisang, Husin kembali untuk menebus kesilapan lalu. Motorsikal besar menjadi simbol dia sudah stabil dari segi kewangan dan mahu meminang Cik Nin, kekasih yang ditinggalkan.
Kepulangan Husin menimbulkan ketegangan. Pertama, kerana Pak Jabit masih menyimpan dendam terhadapnya yang mempermain-mainkan perasaan Cik Nin. Kedua, kerana dia menghebahkan kepada orang kampung bahawa jiran sebelah rumahnya, Kak Limah sudah menjadi hantu.
Penampilan Kak Limah yang tidak serupa orang - rambut mengerbang, muka pucat lesi dan suka bersendiri di tempat gelap - memang mampu membuatkan sesiapa saja lari. Dalam menyelesaikan kegemparan itu, Husin juga bertemu jawapan yang dicari tentang jodohnya dengan Cik Nin.
Filem ini meneruskan stail humor Mamat Khalid yang secara dasarnya merapu, tetapi berjaya mengundang gelak. Lawaknya kelihatan mudah, kena pada sasaran, dalam masa sama berlapiskan sindiran dan parodi.
Mamat mempunyai kemampuan untuk memberikan jenaka dalam dua nada sekaligus iaitu ringan dan gelap. Penonton mempunyai pilihan sama ada mahu relaks dan terima lawaknya itu bulat-bulat, atau cuba membaca mesej terselindung yang ingin disampaikan.
Misalnya, kehadiran pawang Indonesia dan Siam yang dipanggil untuk menghalau hantu Kak Limah. Sedang penonton ketawa digeletek dengan adegan-adegan lucu, Mamat sebenarnya mahu memberitahu tentang sikap kita yang lebih mempercayai 'kehebatan' orang luar, sedangkan ia belum tentu berhasil.
Babak Husin menyanyi kepada Cik Nin ala MTV juga dibikin tanpa rasa menjengkelkan. Ia ibarat satu penghargaan kepada filem-filem Melayu era 1970an yang suka menyanyi di tengah-tengah cerita.
Mamat mampu menghasilkan komedi sedemikian tanpa membuatkan penonton meluat atau terasa diperbodoh-bodohkan. Dia mungkin mahu kita 'belajar' untuk mentertawakan diri sendiri dan itu tidak salah.
Kalaulah di Malaysia ada anugerah Persembahan Berkumpulan Terbaik (Best Ensemble Cast) seperti di Screen Actors Guild, saya percaya barisan pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah layak memenanginya.
Lakonan kaku untuk watak Wan Kaswi pun boleh dimaafkan kerana dia didampingi persembahan selamba daripada bintang lain.
Shy8 sebagai Usop, bekas penari kebudayaan yang sekadar tempelan dalam Zombi Kampung Pisang sangat menyerlah kali ini. Dia berjaya mencuri tumpuan yang sama, yang diberikan penonton kepada pemain yang lebih popular seperti Awie, Johan Raja Lawak dan Zami Ismail.
Begitu juga dengan Man Kadir sebagai Pak Jabit yang lakonannya sangat asli dan Delimawati sebagai Kak Limah yang tidak perlukan dialog, tetapi masih kelakar seram. Mamat membuka ruang kepada pelakon-pelakon underdog menonjolkan bakat mereka yang selama ini dipinggirkan.
Setiap watak dan kesinambungan babak bergerak dengan baik. Malah, penamat filem ini juga menimbulkan intrig yang berkesan, sesuai dengan hajat Mamat yang mahu membikin sebuah lagi sekuel. Watak Ayu yang hanya muncul sekali-sekala itu sebenarnya sangat penting untuk filem akan datang.
Saya tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak semasa menyaksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seperti kebanyakan orang, saya juga mahu menontonnya sekali lagi dan filem ini termasuk dalam senarai filem kegemaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Syik_Gojet
uwaa...awat leh jadi cam tue time nengok wayang....
sedey habe mijie mendenga ...
HaMiZiE Post at 15-12-2010 21:30
apa leh buat..sbb syik cuti tak mcm org biasa...cuti hari ahad - selasa..hehe....lain kali nak tgk wyg dgn habang mijie pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 201# harkktuih
aku pun berfikiran y sama..bagi aku ok la...awal2 tu aku tak leh nak gelak..bagi aku biasa..start jumpa hantu baru aku leh gelak...de 1 group minah kt belakang aku gelak tak hingat...adengan tak lawak pun dia leh gelak..aku pun jd naik hairan..hehehe.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari balik ke panggung
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
SAYA tidak sangka akan ketawa terbahak-bahak ...
Syd Post at 16-12-2010 06:34 AM
iols dah tgk 2 kali.. uols bile lagi..??hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 205# LimpBizkutMerri
curlast sangat..
dah tengok banyak kali...
ai kalau nak tengok
weekend je lah kot
baru ada geng! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 204# Syik_Gojet
yep.. same la dgn aku..
prefer ZKP lagi..
setakat nk layan gelak sket2 bley ah..
nak kate movie paling best MK, i dont think so..
just my 2cent.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 208# afheyz
aku suka style lawak mcm papadom...dlm lawak ada penceritaan..siap ada part sedih2...cukup ramuan la..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH Syukur Alhamdulillah, sehingga semalam Rabu kutipan tayangan tiket HKLBR telah melebihi RM 2.7 juta.... harap semakin meningkat. terima kasih sekali lagi kepada peminat HKLBR yang terus menyokong filem ini.
sumber fb hantu kak limah |
|
|
|
|
|
|
|
dua dlm satu................
babap dia...
Syik_Gojet Post at 16-12-2010 20:52
he he he he ...
jangan babab sebarang babab... karang hantu kak limah balik umah syikkk |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok semalam
citer belum start tapi ada org dah gelak2
agaknya tengok untuk kali kedua atau ketiga kot?
citer yg best dan kelakar..
suka masa lagu enjit2 semut pastu bleh plak menyanyi boria tetiba
ingatkan diorg nak cabut sbb takut
xtahan tol nak gelak part tu ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 212# hyun
lor ingatkan ko MK... |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm gi tgok midnite citer ni..kt bukit tinggi...MANTOPSSSS... kelako betul tang scene lari2 tu... bila Usop angkat 'wheel char' dia lari ..hehe
memang santai but terselit sindiran yg sinis ttg hal2 semasa di dunia realiti ini...
ak bagi 5 bintang |
|
|
|
|
|
|
| |
|