CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 5-1-2009 07:18 PM | Show all posts
gelak nalle..
Berat anak PIT..
ada2 je fuyah ni...
hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2009 08:52 PM | Show all posts
Hahhaahaha... Berat anak Pit...wat Uzir kecut perut jer dgr Fuyah nk kawen...

Mesti Datin tu nak sound Uzir sbb tu suh dia blk umah...

Smiley... Next!!!   (Ala2 diktator aku ni)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 09:59 PM | Show all posts
keh...keh...
lawak...lawak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:27 AM | Show all posts
next... next.... n3 plz
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 10:36 AM | Show all posts
berat pit
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 11:28 AM | Show all posts
MACAM2 FUYAH NI, SAMBUNG LAGI YEEEEEEEEE
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2009 12:11 PM | Show all posts
berat (brapa kg ek fuyah) pit ( yg ni cam F1 punya rehat sejap tue)

next n3 please

er FML suker ngan Farah (dia kasen fuyah kan) kalu macam ni uzir kena kerja overtime utk lobi mama dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 01:15 PM | Show all posts
adoi mak.... pecah perut cam ni.... ketawa lepas je tak leh tahan2 lagi.... sib baik aku baca lunch hour... member tak ramai...... Berat Anak Pit.... sib baik lidah Fuyah tergeliat skit.... kalu sebut Brat Pit betul2 maunya si Uzir tarik pipi depan mama dia hancus..... rasanya Farah tak berkenan dgn Uzir kot... dah ada BF kat oversea tu.... ada chance le Fuyah nnti.... peluang makin cerah tuk Uzir... cuma kena adjust mak Datin je..... smiley nak lagi.... versi gempak lagi tau.... hilang rindu .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2009 01:53 PM | Show all posts
lawak la citer nih..
Aku sampai tersembur baca part berat anak pitt tu..adeih sakit perut aku.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2009 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by juanaperez at 6-1-2009 01:53 PM
lawak la citer nih..
Aku sampai tersembur baca part berat anak pitt tu..adeih sakit perut aku.


kanda juan...
i pun nk gelak jugak la...


bravo kanda arjuna....
muuuaaahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:46 AM | Show all posts
smiley ...
sambung panjang2 ye...
Berat anak Pit....
hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 09:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:34 PM | Show all posts
xde n3 lg ke hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 12:37 PM | Show all posts
arjuna mana n3 tak nampak2 lagi bayang2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 01:12 PM | Show all posts


nak lagi...nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 02:26 PM | Show all posts
best cite nie..
klakar tahap gaban....
ape lagi smiley.....letak le n3 lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2009 02:28 PM | Show all posts
cepat2 sambung tau....
x sabo nak baca ap jadi nie..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:08 PM | Show all posts
best la citer ni... lin sampai gelak sndiri... lawak sempoi aje...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2009 05:38 PM | Show all posts
gelak aku sorang2 nasib baik tak da org...
kalau tak mesti derang kata aku ne sewel....
ngadap pc gelak sorg2...

lawak lah........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 11:39 AM | Show all posts
maaf ye.. semlm tak sempat sambung sbb line tenet slow
.............................................................

Fauziah menopang dagu sambil tangan kanan bergendang di meja. Laptop Sony Vaio kepunyaan Kak Liza sudah di "conquer" nya sejak setengah jam tadi. Jarang sekali ada waktu senggang begini. Dia melayan VC  lagu Dibius Cinta di youtube sementara menunggu Farah membalas mesej YM. Sudah lama dia tidak mendengar khabar sepupunya.  Rindu nak berceloteh di alam maya. Lagipun dia ada tugasan penting dari Auntie Rose - memujuk Farah untuk berkahwin dengan Uzir. Haiyooo... fenin, fenin. Makcik aku tu tak tahu kah yang cinta tak boleh di paksa.


crazeegurl: Sori. Neighbour aku dtg tadi.

Blossom85: How's your love life?

crazeegurl:  Great. Atif  proposed minggu lepas. Romantic sgt

Blossom85:  Jeles nyaaaa. Kau terima? Kesian BBC... he he

crazeegurl: Tak baik tau. Aku dah cakap kat my mum

Blossom85: Cakap  you tak nak kawin BBC tapi nak kawin Atif? ( macamlah aku tak tahu, detik hati Fauziah. Auntie Rose yang mengadu kat aku)

crazeegurl: a'ah

Blossom85: Apa dia kata? Tak mengamuk?

crazeegurl: Mengamuk sakan. Mcm kena hysteria. Tapi daddy relax jer


Fauziah dapat membayangkan reaksi Auntie Rose. Mesti menangis beria ia macam Nyonya Mansur sambil meraung " Alahai Farah"! Inilah bahana bila mak  sibuk nak tentukan jodoh anak.


Blossom85: kesian bos aku..jadi bujang terlajak la L

crazeegurl: kalau ko kesian, kawin lah dgn dia

Blossom85: .... lawak antarabangsa. Sakit perut aku. Selisih malaikat

crazeegurl: i think he likes u.....;)  BBC = Benar benar Cinta.

Blossom85:   Teruk lah ko. btw ko dah betul betul pasti ko nak kahwin dgn Atif? Muktamad? Tak nak guna talian hayat?

crazeegurl:  Tukar topic ya? mesti ada apa apa.. he he.  Yes i am very sure. I am so in luv with him. Dia cinta pertama & terakhir aku. He makes me so happy.

Blossom85: Walauwei... jiwangnya. Ko tak takut kahwin dgn org bangsa asing?

crazeegurl: Dia org Singapore lah. Org Melayu Islam juga. Bukan matsalih atau African atau eskimo. Kenapa  ni? Mummy suruh ko pujuk aku terima Uzir?

Blossom85:  He he he. Kdg2 aku kesian kat yr mum. Ko kan anak tunggal.

crazeegurl: aku dah boring asyik kena ikut cakap dia. Aku yg nak kahwin bukan dia.


Dalam hatinya Fauziah bersetuju. Sudah banyak kali Farah beralah. Farah lebih berminat dalam bidang interior design tapi terpaksa mengambil jurusan undang undang, Farah hendak menyambung pelajaran ke US bersamanya , namun Auntie Rose tidak benarkan. US terlalu jauh , katanya. Tapi ini soal jodoh. Farah berhak berkahwin dengan lelaki yang di cintai nya; bukan pilihan Auntie Rose.  Pilihan Auntie Rose bukannya best pun.


Blossom85: Bila nak balik sini? Aku nak tengok Atif " live"


Dari gambar dalam Facebook Farah, Atif nampak tall, dark and  handsome. Lebih kurang stok penyanyi  Taufik Batisah. Mesti Auntie Rose takut cucu cucu dia ireng... keh keh keh.


crazeegurl: December nanti, insyaallah. Christmas hols.

Blossom85: Lambatnya. Miss u lah. Bila u nak kawin?

crazeegurl: Atif dgn aku nak nikah kat masjid di London sbb kita takleh cuti panjang. Balik Msia nanti bersanding, insyallah

Blossom85:Aku doakan semua okay. Aku rasa mak kau pun akan terima juga Atif nanti. Congrats.

crazeegurl:  I hv to go.Take care ya

Blossom85: U too.  Assalamualaikum


Fauziah menutup skrin YM. Misi memujuk Farah tak berjaya. Macam mana aku nak pujuk Farah supaya kahwin dengan Uzir si dictator tu. Aku sendiri seorang romantic yang percaya pada cinta sejati. Cinta dari mata turun ke hati, cinta yang bersemi dari dua hati yang tulus dan suci . Cewahhhh... sejak bila aku jadi minah jiwang nih?
Jangkit dari Farah kot

Kenapa aku tak pernah jatuh cinta? Mesti best, mencintai dan di cintai. Mungkin aku belum menemui lelaki yang sesuai. Apakah kriteria jejaka idaman aku? Fauziah mula mengelamun. Seorang yang beriman dan boleh membimbing aku seperti suami Gina, rupa yang sedap mata memandang, ada career dan pendapatan tetap, bertanggungjawab, caring, romantik, boleh menjadi sahabat dan juga kekasih, menerima aku seadanya.  Amboi amboi, panjang nya list. Ingat kau tu siapa Cik Fuyah? Sama taraf dengan Fazura? Fasha Sandha? Mak selalu tanya kenapa aku tak ada teman istimewa. Saudara mara pun hairan kenapa aku belum ada pakwe.  Mentang mentang lah Kak Long dan Wani cepat " laku". Kak Long umur 22 dah kahwin, Wani yang 21 tahun dah tunang. Aku?  Alaa....aku muda lagi lah. Kat KL ni kalau umur 30 belum kahwin pun orang tak hairan. Lagipun kahwin ni bukan main tangkap muat. Biar lambat asal selamat.


Panggilan telefon  memangkas anganannya. Apa pula si Acap nak?

" Fuyah, malam ni kau free tak?"

" Aku ada hal. Aku dah janji nak keluar dengan Alia. Kenapa?" Mulanya dia agak berat hati untuk menerima pelawaan Alia. Maklumlah pergi ke Club Heaven untuk pelancaran jeans terbaru Levis. Mana aku reti pergi tempat macam tu? Tapi Alia yang mendapat jemputan dari kawannya beria ria memujuk. Lagipun Fauziah tergoda bila terdengar ada ramai artis popular akan hadir, ada door gift lagi. Yeay!



" Alaa.. pasal reunion tu la. Gina dengan Rais nak jumpa di Lotus Jalan Ampang malam ni. Kau jangan  nak ngelat " pesan Ashraf.

" Kalau sempat aku singgah. Tapi aku tak boleh janji sebab aku tumpang Alia"

"Susah betul nak jumpa Fuyah sekarang. Orang dah ramai kawan kat KL" suara Ashraf seolah merajuk.

" Alaaa la la... nak merajuk pula. Buruk tau. Kau tu tak lama lagi nak naik pelamin. Tengoklah malam ni.  I'll try my best, ok?" ucap Fauziah sebelum Ashraf menamatkan perbualan.


Fauziah mengeluh panjang. Susah betul nak puaskan hati semua orang. Aku tak boleh berada di dua tempat dalam satu masa, lainlah kalau aku di klon kan. Cewahhh... macam popular sangatlah aku ni!

Hidungnya terbau aroma citrus yang mengecurkan air liur. Kakinya melangkah ke arah bau yang mengecurkan airliur itu.  Kak Liza sedang mengadun ising untuk orange cupcakes yang baru dikeluarkan dari ketuhar. Bestnya ! Kak Liza tak pernah jemu memasak, ada ada saja resepi yang dicubanya. Semua menjadi pula tu. Beruntung aku dengan Alia dapat housemate ala ala chef.

Fauziah membuat teh O untuk melengkapkan minum petang, kemudian mengetuk pintu bilik Alia. Beberapa saat kemudian Alia tersembul  dengan muka di tepek masker dan rambut di gulung dengan rollers. Makkk! Jantungnya terhenti sekejap! Berandam sakan untuk malam ni nampak nya si Alia.

"Terkejut aku. Macam adik hantu pocong. Nasib baik aku tak pengsan. " seloroh Fauziah. " Jomlah,  Cupcakes dah siap"

............................................................................................................................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.107710 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list