|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Reply #15 aily's post
Akak Aily,
Macamana akak boleh ikut jemaah Turki pulak? Tak ikut tabung haji ke? Saja musykil.
Toilet? Memang tak dapat dinafikan, toilet memang terhad dan kena beratur. Tapi baru ni dah ok, lelaki sekejap je, menunggu pun tak pernah sampai 10minit. Biasanya perempuan yang lama dan beratur memang panjang. Sehinggakan jemaah perempuan Thailand pun pergi beratur kat toilet lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 29-4-2008 02:35 PM
Akak Aily,
Macamana akak boleh ikut jemaah Turki pulak? Tak ikut tabung haji ke? Saja musykil.
Toilet? Memang tak dapat dinafikan, toilet memang terhad dan kena beratur. Tapi baru ni dah ok ...
Ustaz
Bukan ikut jemaah Turki akak pergi ngan tabung haji, tapi bergaul ngan jemaah Turki. Mereka peramah suka berborak tapi isyarat tangan jelah. Lain bahasa tapi boleh faham makna.
Memang betul jemaah perempuan occupied toilet lelaki sampai jemaah lelaki kata kitorang tak yah buang air |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 MayGirl07's post
Perkataan " Cobaann..." ni famous masa time kita pi musim Haji dulu ,,,termasuk berkaitan dgn
Rumah Berkat...No komen...
Cobaan masing masing..especially bila habis kerjakan Rukun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Khas untuk jemaah wanita, mungkin boleh buat panduan pada yang akan mengerjakan haji tahun ni, akak lihat masa kat Arafah ramai jemaah wanita lupa pada aurat bahagian kaki semasa hendak ke bilik air/tandas. Kan masa di Arafah kita masih dalam ihram. Khemah wanita dan lelaki berdekatan tetapi bilik air/tandas jauh kebelakang kadang kadang tu boleh bertembung antara jemaah lelaki dan wanita. Disebabkan Arafah berpasir ada jemaah wanita yang tidak berstokin dan mengangkat tinggi kain/jubah katanya pasal nak pergi bilik air/tandas. Sepatutnya mereka kena buka stokin setelah sampai dalam kawasan yang menempatkan bilik air/tandas yang berkepung tu. Ada juga yang mahu menerima teguran tapi ada juga yang kata leceh lah. Kadang kadang kita selalu lupa bahawa bahagian kaki bagi wanita adalah aurat.
[ Last edited by aily at 29-4-2008 10:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 aily's post
Betul tu aily, wawin tengok ramai yg lupa kita masih dlm ihram masa kat Arafah, terutama yg agak berusia. Mungkin lupa, tapi alhamdulillah kita saling meningatkan. Ada juga jemaah lelaki yg nak jumpa isteri main redah aje kat khemah panggil isteri. Kan masa tu dlm ihram, maklumlah dlm khemah ada yg buka stokin atau sekadar pakai anak tudung je. Patutnya bagi salam dulu dr luar.
Sebenarnya byk peristiwa yg jadi pengajaran masa menunaikan fardu haji ni. Kekuatan fizikal sgt penting, kalau ada rezeki jgn tunggu sehingga usia senja, pergilah dlm usia muda. Menjadi tetamu Allah dlm usia muda sgt besar hikmahnya. Bagi kawan2 yg ada ibubapa yg agak uzur, usahakan pergi bersama2 mereka. Rasakan kenikmatan beribadah bersama2 mereka. Panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan kita di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Di Mekah, tidak dinafikan setiap kali apabila nak masuk waktu/selepas sembahyang setiap kali itulah kita akan berhimpit-himpit dengan lautan manusia. Antara pengalaman saya ialah semasa berhimpit-himpit untukpulang ke hotel tiba-tiba tangan saya dipaut dengan kuat oleh seseorang. Ingatkan siapa rupa-rupanya sepasang suami isteri dari Cina. Tangan saya hanya dilepaskan bila tiba ditempat yang tidak sesak lagi. Mungkin mereka kesian melihat saya dicelah ribuan manusia.
Selepas melontar, macam biasa saya menunaikan solat di Masjidil Haram.. masuk jer dlm masjid baru perasan carpet semua dah diangkat. Jadi terpaksalah sembahyang atas simen. Semasa nak memulakan sembahyang badan saya ditolak dengan kasar. Saya keraskan badan saya, tapi disebabkan tolakannya kuat terpaksa saya berhenti. Bila saya menoleh ke belakang seorang jemaah arab membentangkan sejadah beliau didepan saya untuk saya sembahyang. Beliau pulak share sejadah dengan kawannya. Menyesal saya atas perlakuan saya tadi.... lepas sembahyang saya peluk dia dan ucapkan terima kasih...
Satu lagi pengalaman yg tidak boleh saya lupakan ialah selepas sembahyang asar saya duduk ditangga Masjid tiba-tiba datang sorang lelaki Indonesia bertanyakan samada saya dah mencium Hajarulaswad. Saya jawab tidak lagi pun mencium Hajarullaswad tu kan sunat jer.. Beliau terus tanya saya samada saya berminat nak cium kalau berminat beliau boleh membantu...tapi dengan upah..rupanya dibelakang saya dah berdiri 5-6 orang lelaki dan perempuan... Terus saya kata saya tak berminat dan beredar dari situ... dlm keadaan cam ni pun masih ada orang yang ingin mencari duit dengan cara gitu...
Bila kenang-kenangkan terasa rindu untuk kesana lagi, rindu untuk menjadi tetamuNya.... walau pun 3 tahun lepas tu, saya pergi menunaikan umrah pulak tapi rindu tetap rindu........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 ustaz's post
Assalamualaikum ustaz,
Bagus juga ustaz membuka thread ini. Pembaca boleh berkongsi pengalaman di samping mendapat tambahan ilmu atau boleh mendapatkan pandangan, nasihat serta boleh mengemukakan pertanyaan atau kemusykilan seperti yang ustaz nyatakan kerana perakra ini tidak ada titik noktahnya
Bila membaca pengalaman rakan-rakan di atas berkaitan dengan kesesakan ketika melaksanakan rukun dan wajib haji, umum mengetahui ianya akan berlaku ketika kita berusaha untuk memasuki kawasan yang paling depan untuk melontar jamrah, semasa mengerjakan tawaf pula ketika menghampiri garisan permulaan tawaf yang selari dengan hajarul aswad (yang ketika ini warna marble di garisan tersebut telahpun digantikan untuk mengelakkan jemaah bersesak-sesak mencari-cari garis permulaan itu) dan seterusnya masa bersaie pula ketika menghampiri Bukit Safa dan Marwah. Kebanyakan jemaah akan menempuhi suasana kesesakan yang amat luar biasa di kawasan-kawasan ini untuk menyempurnakan ibadah haji. Selain itu kesesakan juga berlaku ketika ingin keluar dari Masjidil Haram bila selesai solat hingga ke jalan jalanraya menuju tempat penginapan. tetapi kesesakan ini boleh dielakkan dengan cara pergi ke masjid lebih awal atau pulang lewat apabila melihat kesesakan di pintu keluar masuk masjid telah reda.
Bila kelapangan nanti, saya juga ingin berkongsi pengalaman yang saya alami ketika melaksanakan ibadah melontar jamrah ketika mengerjakan ibadah haji pada tahun 1992 yang lalu. Walaupun ianya berlaku lebih dari 15 yang lalu, kenangan mengerjakan haji, terutama peristiwa ketika melontar yang ketika itu kawasannnya sangat kecil atau terhad berbanding sekarang yang telah luas, masih segar dalam ingatan, seolah-olah baru semalam ianya berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai aurat di semasa di Mina. Betul, di khemah ustaz toilet lelaki dan perempuan sebelah menyabelah. Ustaz perasan jemaah Thailand ramai tidak menjaga tata tertib. Jemaah Malaysia dan Thailand memang share toilet. Ramai yang tidak menjaga aurat. Ada yang sampai bukak tudung, ada yang ambil wuduk kat luar guna air mineral sampai terselak2 kain hingga peha dan sebagainya. Astaghfirullahalazimmm... Tapikan, ada pakcik2 haji ni asyik dok pandang je toilet perempuan seolah2 tengok free show. Haji, haji, hajiiii.... khalas, khalassss...(haji... cukup, cukup....). Macamanalah nak dapat haji mabrur macam ni wahai pakcik2 haji oooiii...
Ada satu insiden, di mana jemaah perempuan Thailand guna toilet lelaki. Ustaz tengah beratur nak guna toilet. Sekali yang keluar perempuan daaa... pakai tudung sekadar tutup kepala je. Sekali angin tiup, tersingkap tundung dan menampakkan rambut 'blonde'(perang cerah)! Ustaz terkejut dan terfikir sejenak.
Ada kisah satu lagi kisah. Isteri room mate ustaz, tengah beratur nak guna toilet. Sekali jemaah Thailand ni selamba je potong queue, isteri room mate ustaz soundlah. Lepas tu jemaah Thailand tu boleh marah balik. Apa lagi isteri room mate ustaz sound balik. Semenjak tu, isteri room mate ustaz kalau gi toilet, jemaah Thailand tu siap beri laluan. Kenapa tau? isteri room mate ustaz to guru disiplin kat sekolah kem sg. udang melaka(sekolah anak2 komando). Memang digeruni ramai! hehehehe...
Ada satu insiden lagi. Kat toilet lelaki ada mangkuk2 buang air kecil open. Lepas tu depa susun mangkuk2 tu betul2 mengadap toilet perempuan. Jadinya, haji2 yang guna mangkuk tersebut, semasa depa tengah buang air kecil, dia boleh pandang hajjah2 tengah beratur kat toilet, dan hajjah2 pun boleh tengok dia tengah buang air kecil. Eeeee... tak malu betul...
Ustaz tak nafikan, segelintir haji2 suka selak khemah wanita untuk panggil isteri2 mereka. Modus operandi depa, selak, lepas tu scan kelililng lepas tu baru panggil. Hajjah2 pun ada yang buat macam ni jugak. Jadinya kalau ada kenalan gi haji kita kena bagi tahu dengan depa, di khemah di Arafah & Mina, janganlah terjah selamba je. Jaga tata tertib. Kena ingat selalu yang masing2 tengah beribadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 30-4-2008 10:44 AM
Mengenai aurat di semasa di Mina. Betul, di khemah ustaz toilet lelaki dan perempuan sebelah menyabelah. Ustaz perasan jemaah Thailand ramai tidak menjaga tata tertib. Jemaah Malaysia dan Thailan ...
Salam Ustaz
Nak tanya macamana Jemaah Thailand boleh guna toilet bersekali dengan jemaah Malaysia? Bukankah khemah di Arafah/Mina berasingan negara. Kalau di Mina khemah jemaah Indonesia berdepan dengan Khemah jemaah Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus rasanya thread ni di merge dgn thread HAJI REZEKI...bukan apa.....nanti2 makin tenggelam salah satu thread bila ada byk thread pasal haji ni.....
sekadar pendapat... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam aily,
Seperti aily tahu, di Mina dikelilingi khemah2 putih, kan? Khemah2 ini dibahagi dengan pagar2 besi putih, kan? Khemah yang ustaz maksudkan dalam cerita ustaz adalah toilet di belakang. Di belakang adalah boarder antara khemah Thailand dan Malaysia. Pihak Muasassah telah buka pintu pagar agar jemaah Thai dapat share toilet dgn Malaysia.
Nak kenal jemaah Thai senang je. 1) Dia pakai gelang PVC putih dgn bendera Thai. 2) Dia kecek Kalate atau Siam.
Ada satu insiden ni masa tunggu nak guna toilet. Ada pakcik ni cakap Siam dengan fasihnya. Ustaz tengok dia pakai gelang besi(Malaysia). Rupa2nya rakyat Malaysia berketurunan Siam. Kat sana bila ustaz jumpa orang Siam, ustaz kecek kelate je, tapi ustaz orang Johor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 30-4-2008 11:12 AM
Salam aily,
Seperti aily tahu, di Mina dikelilingi khemah2 putih, kan? Khemah2 ini dibahagi dengan pagar2 besi putih, kan? Khemah yang ustaz maksudkan dalam cerita ustaz adalah toilet di belak ...
Terima kasih Ustaz Akak dah faham. Akak pernah berborak dengan Jemaah Thailand orang patani, kata mereka rakyat Thailand kena pergi haji dulu, Dapat title haji baru boleh buat Umrah. Kata mereka tak macam Malaysia ada duit boleh buat Umrah bila bila. Beruntung orang Malaysia ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah jemaah Thai muda2 jugak. Indonesia pun ramai yang muda pasal mereka dapat bantuan kewangan bank. Macam loan kereta gitu. Ambil loan, gi haji, lepas tu bayar ansuran bulanan. Cumanya majlis fatwa kita tak meluluskannya kerana, kalau kita ambil loan, bermaksud, kita belum berkemampuan. Sedangkan loan itu dikira berhutang dan syarat wajib haji adalah berkemampuan dan bebas hutang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 ustaz's post
Di samping memikirkan tentang hukum-hakamanya tentang perbuatan hajjii-hajjii dan hajjah-hajjah yang ustaz ceritakan itu, geli hati dan kelakar juga bila membacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mas916,
Terima kasih atas pendapat anda. Sebenarnya ustaz tak perasan ada thread haji lain. Ustaz telah bukak banyak page dan tak jumpa mana2 thread haji. Mungkin telah mendap jauh. Itu yang ustaz bukak thread baru.
Tujuan ustaz adalah, disamping kongsi pengalaman dan pengetahuan, ustaz juga bertujuan untuk menarik minat pembaca untuk beribadah. Panggilan untuk beribadah dikira sebagai berdakwah juga. Jadinya kita harus aktifkan thread haji & umrah ni agar ia sentiasa di muka hadapan. Niat kita baik dan ikhlas. Semoga makin bertambahlah pembaca yang terbuka hati untuk melakukan ibadah haji dan umrah.
Seperkara lagi, ustaz perasan ramai yang telah beberapa kali pergi umrah, namun haji belum selesai lagi. Mungkin di sini kita dapat tahu kenapa meraka tak selesai haji lagi dan mungkin kita boleh bagi penyelesaian kepada masalah mereka sekiranya ada.
Akhir sekali, apa yang dimaksudkan dgn 'Haji Rezeki' tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 ustaz's post
Sangat setuju dengan ustaz. Begitulah yang pernah saya nyatakan sebelum ini. Semoga thread ini sentiasa aktif dan dapat membangkitkan keinginan terutama kepada mereka yang belum lagi menjejakkan kaki tanah suci Makkah dan Madinah.
Tentang 'Haji Rezeki' tu, biar kakak tolong menjawabnya ye... Mas,. Thread itu dibuka oleh Haji Rezeki yang menceritakan pengalaman beliau dari mula perjalanan ke tanah suci mengerjakan haji baru-baru hingga kembali ke tanah air, yang diselang seli dengan paparan gambar-gambar menarik tentang Madinah dan Makkah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shiny79 at 9-4-2008 12:23 PM
yer betul heheheh.. saya masa 1st day samapai madinah kena halau sbb bw hp camera.. huhuhu sedih pas tuh saya tukar taktik n lepas plak... kt madinah sgt ketat kawalannyer.. kt mekah ok jerr
Bole share tactic tuuu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 Rosputih's post
Haji Rezeki tu nama dia ke? Patutlah lain je bunyinya... yang biasa kita dengar Haji Tammatuk, Haji Ifrad, Haji Qudum, Haji Mabrur, Haji Makbul, etc. hehehehe...
Ustaz baru dapat gambar terbaru keadaan di Masjidil Haram dari rakan ustaz ditabung haji. Tapi ustaz tak reti nak masukkan di sini, boleh siapa2 bantu ustaz? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 ustaz's post
maap la ustaz.....buat ustaz konpius ngan HAJI REZEKI..
ustaz send pic tu ke email saya....nanti saya paste kat sini
[email protected]. |
|
|
|
|
|
|
| |
|