|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya teringin juga nak kongsi cerita.
Masa mula-mula jejak kaki ke Indonesia, (Jakarta) Kita cerita pasal airport dulu.
1. Saya baru tahu rupanya syarikat penerbangan dia ada macam2. Macam syarikat bas kat Malaysia.
Cthnya: Garuda (Rasmi), Adam Air, Mandala (2 syarikat ni pesawat dia pernah jatuh/hilang),Sriwijaya Air,Batavia Air, Merpati,Air Asia Indonesia dan lain2 (yg mungkin ada lagi tertinggal).
Salah satu sebabnya ialah negara ni negara pulau dan penduduknya ramai. So selain jalan darat dan laut, jalan udara pun penting untuk perhubungan antara satu pulau ke pulau yang lain.
2. Penerbangan dari satu tempat ke satu tempat lain di Indonesia pun ambil masa yang lama walaupun kita lihat kecil je pulau jawa dalam peta.
3. Walaupun pesawat2 tu kos rendah ala-ala Air Asia, mesti ada diberi makanan.Ikut time la. Kalau lama dan sebelah pagi/tengah hari dia beri makan set nasi/mi. Kalau agak pendek/ petang dia bagi snek macam roti/kek dan air.
4. Lapangan terbang dia tak secanggih KLIA tapi disebut Bandar Udara atau Bandara. Contoh Bandara Sukarno Hatta. Toilet dia pula kecil je ala-ala saiz toilet kat terengganu dan dipanggil kamar kecil. Jenuh juga la kena beratur atau disebut antri. Sebab biliknya tak banyak tapi diorang sedang improve.
5.Walapun tak canggih, tapi ada sistem yang tersusun. Contohnya sebelum masuk kaunter check-in, kena scan bag siap2 dan orang yang menghantar tak bercampur dengan orang yang nak berangkat. Bila sudah check-in boleh terus masuk ke ruang tunggu atau kalau masih lama dan nak jumpa sanak saudara, kat luar. Bila nak masuk balik kena scan sekali lagi. Orang pula punyala ramai tak macam airport kat sini yang sunyi je.(kecuali LCCT) Bisnes-bisnes lounge dia juga dapat banyak sambutan. Ramai orang-orang kaya suka lepak kat lounge dulu sementara tunggu pesawat. makanan pun banyak variety dan ada juga bahan bacaan.
6.Siapa yang pernah pi sana perasaan tak dengan perkataan Selamat pulang Pahlawan Divisa. Pahlawan divisa tu dimaksudkan kepada tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di negara luar. Mereka dianggap pahlawan kerana bawa pulang (divisa) wang yang banyak ke negara mereka. Ada jalur khas untuk kemudahan TKI yang baru sampai supaya tak tersesat dan elak daripada ditipu. Dalam satu rancangan TV tu disebut 40% hasil Indonesia hasil sumbangan TKI.
7.Kat local airport, ada juga seorang yang bertugas check bag2 penumpang sebelum di bawa keluar. Ini untuk elakkan dari tersalah ambil bag atau curi.
to be continue... |
|
|
|
|
|
|
|
MASA KAT JEPUN..TEKEJUT BERUK AKAK......
MASA NAIK TANGGA BERSELISIH NGAN ORANG BUTA LARI TURUN TANGGA....MANA TAK TEKEJUTNYA, DAH LE BUTE SIAP BERTONGKAT CAMANA BOLEH BELARI TURUN TANGGA...CAM TAK CAYA. AKAK SIAP TEMENUNG KEJAP LE TENGOK DIA.
PAS TU PEGI KAT SHIBUYA KOEN, KATA SITU BANYAK ORANG GILE LEPAK2. BUDAYA JEPUN MEMANG SUKE MEMBACA. SAMPAIKAN ORANG GILE KAT TAMAN TUN PUN MEMBACA WALAUPUN SURAT KABAR YANG DIBACA TU BURUK DAN KOYAK RABAK. BACA TEBALIK LAK TU..... |
|
|
|
|
|
|
|
kat china tanglung merah represent restaurant chinese han, if tanglung biru represent chinese hui muslim |
|
|
|
|
|
|
|
best best baca kat sini...aku pon ade experience sket je |
|
|
|
|
|
|
|
san francisco, bandar yg sungguh romantik tapi homeless punya la ramai..diorang ni ada trolley letak kotak utk lapik tidur.so time mlm park trolley kat tepi jln, susun kotak utk tidur. x bleh imagine time winter
bersyukur kita ada rumah lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by usahaone at 15-6-2007 10:46 AM
6.Siapa yang pernah pi sana perasaan tak dengan perkataan Selamat pulang Pahlawan Divisa. Pahlawan divisa tu dimaksudkan kepada tenaga kerja Indonesia (TKI) yang bekerja di negara luar. Mereka dianggap pahlawan kerana bawa pulang (divisa) wang yang banyak ke negara mereka. Ada jalur khas untuk kemudahan TKI yang baru sampai supaya tak tersesat dan elak daripada ditipu. Dalam satu rancangan TV tu disebut 40% hasil Indonesia hasil sumbangan TKI. ...
ff: Errr....merompak, menyamun, merogol org diluar negara tuh pun dikira Pahlawan ke? :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #210 mayonese\ catat
yang nko kate tu bukan pahlawan tapi penjenayah...tak semestinya kat indonesia saja.
yang jadi ramai penjenayah2 ni bila terlalu ramai pendatang di sesuatu kawasan.
cth: Dalam 10 orang, 1 melayu, 1 cina, 1 india , 1 bumi 1nepal,1filipino,1vietnam,1pakistan,1 indo,1 bangla. 4:6
dalam 6 tu cukup 3 je buat hal org dah kata banyak sebab pendatang.
Sama juga kalau kita ke negara dia, kita juga pendatang. Dalam rumah sendiri mak bapa akan sebelahkan anak berbanding anak jiran yang menumpang. walaupun tak tahu siapa betul atau tidak.
Sorry moderator kalau lari topik.
[ Last edited by usahaone at 15-6-2007 06:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sambung lagi ye.
Masih tentang Indonesia. (Semarang)
1. Airport di Semarang pendek landasannya dan ke laut. So pesawat kena dibrek emergency takut nanti terlepas ke laut pula.
2. Ada 2 bahagian Semarang atas dan bawah. Pemandangan indah kalau dari atas.
3. 600 tahun dahulu laksamana Cheng Ho mendarat di sini. Dia beragama Islam tapi tetap bertolak ansur bina masjid dan juga tokong untuk pengikutnya yang pelbagai agama.
4. Orang kaya terlalu kaya...rumah besar2 kalah Istana. Yang miskin di jalan raya dari jual jagung sampai la yang asyik minta2 dekat lampu trafik.
5. Kabupaten = Parlimen , Kota = Bandar/bandaraya, Kecamatan = Adun / Daerah
6. Jenama kereta banyak Toyota Kijang. Cermin digelapkan.
7. Hotel dengan view cantik Patra Semarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
sambungan.
Rata2 restoran/tempat makan banyak sedia live music macam kat restoran bukit stupa di Semarang dan lounge hotel kat patra dan agas (solo) pun ada muzik dan penyanyi.
Solo
1. Gerai2 kat solo semua tertutup dan terhadang pemandangan dari jalan raya. Banyak konsep lesehan. Yang menunjukkan ada lesehan ialah banner yang besar2 yang jadi sempadan dengan jalan. Banner tu akan tulis nama warong dan menu2 istimewanya. Lesehan itu ialah konsep duduk bersila atas tikar dan
makanan atas meja jepun.
2. sup buntut = sup ekor.
3. rumah2 di kawasan komuniti arab di solo banyak bina tembok tinggi2 tapi kawasan dalamnya lawa2.
3. abon = serunding daging (tapi lebih halus dan kering)
4. batik lepas solo genesis menggunakan pewarna asli dari pokok2 kayu. Batik cop kainnya pendek2. Batik lepas asli solo ada 2 jenis warna je yang coklat dan yang putih coklat (putihan).
2 b cont. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ainunaina at 15-6-2007 11:09 AM
MASA KAT JEPUN..TEKEJUT BERUK AKAK......
MASA NAIK TANGGA BERSELISIH NGAN ORANG BUTA LARI TURUN TANGGA....MANA TAK TEKEJUTNYA, DAH LE BUTE SIAP BERTONGKAT CAMANA BOLEH BELARI TURUN TANGGA...CAM ...
puteri pun pernah jumpa org bute jalan laju......... siap cakap lagik "eh.... buta..." tetibe je org bute tu cakap... "ha ah... bute"
aiseyyy..... malu giler!!! selidik nyer selidik..... guide tu kata.. dia lecture kat HK Uni .... malu seyyyy.....
mmg jalan laju giler... macam bukan org bute |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Bila di Jogja,
Baru tahu Malaysia adalah negara pilihan terakhir calon pekerja2 dari Indonesia.
Pilihan pertama dan the best Jepun& Korea. So kiranya macam negara kolej la Malaysia ni. Daripada tak tau satu benda, maid2 ni pandai guna mesin basuh, rice cooker dan bila dah balik, apply hong kong, taiwan dll. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
1. Dekat indonesia banyak jawatan yang kalau kat malaysia jenis DIY. contoh:
Pengisi petrol, tukang tekan lif, tukang buka pintu hotel, tukang bawa barang.
2. Kebanyakan menu nasi goreng mesti letak sate secucuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Baru tahu :
1, Secara kasar, dalam setiap keluarga di Jawa akan ada seorang yang akan kerja luar negeri termasuk ke Malaysia. Paling banyak dari Jateng & Jogja
2. Restoran nasi padang (pengusaha perantau Minang) ada hampir seluruh Indon macam Kedai mamak dan tom yam kat Malaysia.
3. Tiap daerah ada makanan khasnya cth bakpia patok sejenis kuih kacang hijau
dari jogja, bika ambon dari Medan (bengkang), pecel lele (ikan keli goreng) dan sup buntut (sup ekor) , Solo. Ayam Taliwung (ayam kampung panggang),Lombok.
4. Lombok dan Bali walaupun pulau berjiran tetapi berbeza pendekatannya. Lombok lebih sunyi dan banyak muslim, Bali terlalu komersil dan banyak hindu. Kalau pi lombok boleh lihat juga sebahagian cara hidup bali tapi ke bali saja , tak boleh lihat kehidupan lombok.
5. Pengusaha resort yang ada di lombok bukan terdiri penduduk asli lombok. Pekerja banyak di ambil dari jawa.
6. Ada sejenis arak Indon yang berjenama Bintang turut keluarkan satu produk arak tanpa alkohol (0 alkohol). Mereka target untuk pasaran Muslim.
* yang ni belum betul2 tahu boleh minum ke tak? arak tetap arakkan walaupun tak ada alkohol? Tapi kat sana ada yang seagama minum juga.
7. Ada satu daerah kat utara lombok Islam sekerat sebab ulama asal yang mengajar kumpulan ni sempat ajar Sembahyang Subuh, Zohor dan Asar je lepas tu meninggal. sampai sekarang depa sembahyang 3 waktu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #218 usahaone's post
hehe.... item #7 cam kelakar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #219 mummy^daddy's post
ALA,,,DEPA TU MEMANG CAM TU...BUDAK KAT UMAH CITE, KAT KAMPUNG DIA ORANG BALIK MASJID/SURAU SINGGAH KEDAI MINUM ARAK LAGI....SONGKOK PUN LOM BUKAK.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #220 ainunaina's post
pelik2 diorang nih... ni pon kes tok guru mati x sempat nak ajar x leh minum arak la tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Tentang arak tu tak semua org macam tu, tapi ada pihak yang cuba kelirukan orang islam dengan letak 0 % alkohol dan ada yang terpengaruh kata boleh minum.
satu hal lagi yang saya sering perhati kalau nak tapau makan biasanya dibungkus dalam kotak atau kertas saja tak guna polestrin macam kat sini. Lebih mesra alam.
dan
suara penyanyi jalanannya lulus untuk masuk program realiti. (tergugat artis ternama). |
|
|
|
|
|
|
|
Kat UK kalau nak potong rambut kena buat appointment, kalau nak walk-in pon boleh tapi kena check availability of the stylist. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Kat Vietnam pula susah nak cari toilet. Walaupun tengah bandar atau stesen minyak malah pejabat pos pun tak ada public toilet. Apatah lagi kalau perjalanan dari Kota Hanoi ke Tuyen Quang. Kami terpaksa tumpang rumah orang kg. ala2 toilet zaman dulu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|