CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MegatDin

Pengalaman menakutkan naik kapalterbang

[Copy link]
Post time 29-5-2009 09:59 PM | Show all posts

Balas #201 Lady_On_Earth\ catat

tak penat ke lady??   baru smpi terus berporem ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2009 11:28 PM | Show all posts

Balas #202 nuha_nuha\ catat

tak leh tidoq.. jetlag...
pagi esok masa semua org dah bagun kompem lady ngantok tahap dewa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 12:21 AM | Show all posts
Air France bawa 228 penumpang hilang
01/06/2009 6:48pm

PARIS 1 Jun - Sebuah pesawat Air France AF 447 yang membawa 228 penumpang dari Brazil ke Paris hilang dari skrin radar, kata pihak berkuasa lapangan terbang Paris hari ini. - Reuters

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 10:29 PM | Show all posts
kenapa bila nak take off tu kat sayap/kepak tu ada benda bergerak macam terkeluar skit...
kendian bila landing benda apa ntah kat kepak tu cam terbukak...?

apa benda kah tu?

bod ni takde ke thread khas yg kita leh tanya bebenda cam ni... bukan semua org tau...
ke saya je yg terlepas pandang.. cari tak jumpa pun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 01:25 AM | Show all posts
204# Lady_On_Earth


Yang terkeluar sikit along the wing masa nak takeoff tu namanya flap. Gunanya untuk tambah wing surface area,sebab semasa takeoff and landing,speed very slow , tak cukup untuk sustain lift forces untuk lift the plane up. Bila tambah wing surface area, bertambah la lift forces tu. Dalam cockpit ada lever untuk pilot operate the flap.

Semasa landing, yang terbukak macam ternganga kat bahagian belakang wing tu adalah ground spoilers. Gunanya untuk dump the lift so that the plane sit firmly on the ground and the brakes can function. High performance car pun banyak yg letak spoilers kat belakang, nak bagi kereta melekat kat atas jalan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 01:52 AM | Show all posts
204# Lady_On_Earth


Yang terkeluar sikit along the wing masa nak takeoff tu namanya flap. Gunanya untuk tambah wing surface area,sebab semasa takeoff and landing,speed very slow , tak cukup untu ...
kelana36 Post at 5-12-2009 01:25


tq very much for the explanation.. saya dok wonder apa la fungsi benda yang terkeluar dan terbukak masa nak take off and landing ni.. jarang naik kapal terbang.. bila dok kat tepi tingkap ni ternampak benda tu terbukak masa nak landing, ingatkan kenapa..skrg dah faham..

baru ni dapat satu pengalaman tgk kapal terbang kene mandi.. 30 nov yg lepas snowing for the first time for this winter in zurich.. then bila dah masuk dalam pesawat ada announcement mengatakan kene delay for 45 minutes-1 hr sbb nak mandikan kapal terbang yg dipenuhi snow.. lama jugak delay hampir satu jam saya dok tunggu nak tgk macam mana kapal terbang kene mandi..

rupanya kejap jer dorang mandi about 10 minit.. yg delay lama tu sebab semua kapal terbang yg nak berlepas kene ikut turun untuk dimandikan.. bila tgk kapal terbang berbaris ikut turn nampak comel pulak..

masa nak kene mandi tu ada lori yang ada tangan panjang serupa alien tu datang dan sembur fluid apa ntah untuk buang snow.. nampak berkabus skit... agaknya mandi air panas kot..

lepas selesai dimandikan baru take off.. rupanya kalau ada snow pun tak leh terbang ye.. sblm ni saya fikir kalau ada snow, bila terbang snow tu semua akan jatuh, rupanya kene mandikan dulu...

ni saya sempat amik gambar dari dalam kapal terbang masa proses mencuci dijalankan..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 12:09 AM | Show all posts
Tu bukan snow yg atas wing tu, kalau snow ia tak melekat. Its FROST. Sama la macam frost kat dalam refrigrator tu. Normal operation during winter kat Europe, kena deice dulu ,bersihkan dari segala frost and ice sebab benda2 tu akan deformed the wing surfaces and can jammed the flight control, very dangerous. Deicing fluid tu can be a hot water or water mixed with  glycerol. Lepas buat deicing ,kena spray dengan anti icing pulak, normally boleh bertahan maximum 60 minit jer dalam keadaan sejuk temperature below 0 deg. So kalau tak dapat takeoff within that time after application,kena spray lagi sekali.
  So during winter, flight delay tu biasa la. Certain airport ada tempat khas untuk spray ni, so sebelum take off kena park kat tempat tu dulu, certain airport boleh spray kat departure gate after all passengers boarded and door all closed.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 02:15 AM | Show all posts
Tu bukan snow yg atas wing tu, kalau snow ia tak melekat. Its FROST. Sama la macam frost kat dalam refrigrator tu. Normal operation during winter kat Europe, kena deice dulu ,bersihkan dari segala fro ...
kelana36 Post at 7-12-2009 00:09


i see.. saya tak biasa.. ni pengalaman pertama naik flight masa winter.. sbb tu jakun kejap masa tu..
huhu.. tapi tension.. bukan pasal flight delay, but pasal beberapa orang penumpang yang jadi baran tiba2, dorang mula hempas barang, shit sana, shit sini.. isk isk isk..

kalau bahaya terbang dalam keadaan mcm ni better deice dulu kan.. untuk keselamatan semua jugak..kalau jadi apa2 tengah jalan, bukan ada bengkel kat atas langit tu kan.. atau dalam setiap flight akan ada engineer akan ikut sekali ke?

bila kapal terbang nak pusing tu.. erk macam mana nak cakap yer macam time nak membelok tu memang kene senget sebelah ke? Biasanya lepas take off kapal terbang akan senget untuk membelok kan? So belokkan ni biasanya pilot yang handle atau automatik kapal terbang tu dah tahu nak belok ke mana? Atau masa belok2 ni pilot yang masih handle?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2009 12:25 PM | Show all posts
208# Lady_On_Earth


Flight engineer dah tak guna dah skang ni, cuma kapal2 yg lama macam DC10 or B747-200 jer yg guna . Kalau ada pun nothing much can be done in the air kalau ada kerosakan berlaku,still kena land jugak.

Why kena senget kalau nak turn? Here is my explanation.

Semasa plane flying straight and level in the air, there are 4 forces acting on it, vertical up is the LIFT force, opposite vertically down is the WEIGHT or G force, kedepan ada THRUST dan lawannya kebelakang, DRAG. Newtons 3rd Law, for every action there is an equal and opposite reaction. Newtons 1st Law, every object in a state of uniform motion tends to remain in that state of motion unless an external force is applied to it. Maknanya plane tu akan fly straight kedepan kalau tak apply any force on to it.

   Bila plane di sengetkan, one side of the wing lower than the other, LIFT force yang vertical tadi akan ikut senget jugak tapi WEIGHT force yang vertically down maintain. Becouse of that, a resultant sideway force component terhasil dan force ni adalah Centripetal Force, contohnya kalau kita ikat something kat hujung benang lepas tu kita pusing benda tu, kita akan rasa benang tu tegang dan ada tension.
Now remember the Newtons 1st Law? This Centripetal Force yang terhasil sebab tilted Lift Force,sebab wing senget tu la yang mengubah haluan plane tu. An external force applied make the aircraft turn. Am I confusing you?   sorry,  need a classroom to explain in detail.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 06:20 PM | Show all posts
208# Lady_On_Earth


Flight engineer dah tak guna dah skang ni, cuma kapal2 yg lama macam DC10 or B747-200 jer yg guna . Kalau ada pun nothing much can be done in the air kalau ada kerosakan berl ...
kelana36 Post at 7-12-2009 12:25



tq for the longggggg explanation... memang terbeliak mata sbb tak faham...
its ok i guess orang luar mmg susah nak faham pun...
cuma faham part benang tu je.. siapa yang kata senang nak jadi pilot yer...
berpinar mata tgk all the jargon..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:06 AM | Show all posts
huh!! gegeh aku nak marathon tred nih. sape nak kredit, angkat kibodd
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:07 AM | Show all posts
kenapa bila nak take off tu kat sayap/kepak tu ada benda bergerak macam terkeluar skit...
kendian bila landing benda apa ntah kat kepak tu cam terbukak...?

apa benda kah tu?

bod ni takde ke th ...
Lady_On_Earth Post at 3-12-2009 22:29

dedulu ade lady, tp da kat belakang sgt. kalo nak bukak, sile ler.. tp, geen rs, yg nak menjawab, da tak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:53 AM | Show all posts
huh!! gegeh aku nak marathon tred nih. sape nak kredit, angkat kibodd
geenie Post at 8-12-2009 00:06


hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:56 AM | Show all posts
dedulu ade lady, tp da kat belakang sgt. kalo nak bukak, sile ler.. tp, geen rs, yg nak menjawab, da tak ramai.
geenie Post at 8-12-2009 00:07


lama dah tak bukak thread hihi..
o dah ada ke topik macam ni...tajuk apa?

bukan apa geenie, kalau ada topik macam ni bagus jugak... rasanya orang yg luar dari bidang ni mesti curious dan ada macam-macam nak tanya... bagi saya menarik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 12:39 PM | Show all posts

tq for the longggggg explanation... memang terbeliak mata sbb tak faham...
its ok i guess orang luar mmg susah nak faham pun...
cuma faham part benang tu je.. siapa yang ...
Lady_On_Earth Post at 7-12-2009 14:20

   
Tu baru physic form 4/5 jer....

Dulu pun I hated physic, tapi bila dah banyak apply, makin seronok plak belajar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 01:10 PM | Show all posts
lama dah tak bukak thread hihi..
o dah ada ke topik macam ni...tajuk apa?

bukan apa geenie, kalau ada topik macam ni bagus jugak... rasanya orang yg luar dari bidang ni mesti curious dan ada  ...
Lady_On_Earth Post at 8-12-2009 00:56

kenot remember la lady.. but mmg ade dulu. bukak jer baru. nnt geen stick, n highlight.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 07:17 PM | Show all posts
   
Tu baru physic form 4/5 jer....

Dulu pun I hated physic, tapi bila dah banyak apply, makin seronok plak belajar.
kelana36 Post at 8-12-2009 12:39


no wonder saya tak berapa nak faham sbb tak blajar fizik dulu.. blajar economy rumah tangga...
tapi banyak benda yg saya rasa menarik dalam dunia aviation.. menarik sbb boleh tau benda baru.. like kenapa wing kapal terbang terbukak.. dulu dok ingat terbukak sebab rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2009 07:18 PM | Show all posts
kenot remember la lady.. but mmg ade dulu. bukak jer baru. nnt geen stick, n highlight.
geenie Post at 8-12-2009 13:10


ada ke yang nak menjawab soklan2 kita nanti hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2009 07:49 PM | Show all posts
Baru sempat merayap sampai ke thread nih ... ngeri baca pengalaman2 semua ...

mayday! mayday!

saya suka tgk air crash investigation ... even mmg tak pernah ketinggalan (dulu setiap jm 6:30 pm channel 553). Bila suami balik keje, sy cerita smula pd dia episod ACI pd hari itu. Bayangkan lah ... hanya dgn kesilapan kecil, blh membawa tragedi besar yg mengerikan lagi  menyayat hati! Berjurai2 air mata sy tgk ... Plg menyayat hati pertembungan di udara antara pesawat penumpang yg membawa anak2 cemerlang (seigt sy dr russia ke barcelona) dgn pesawat kargo fdex. Trauma dan kesengsaraan pd ahli keluarga sehingga kemudiannya membawa kpd pembunuhan pengawal trafik udara yg bertugas ketika kemalangan tersebut berlaku ...

Sebnrnya suami kurang senang sy suka sgt tgk ACI nih ... sbbnya sy antara pelanggan tetap penerbangan dek kerana tugas. Mmg takut ... tp dah kerana tugas yg terpaksa ke sana sini, cekalkan gak la hati nih naik aircraft ... huhu ... selalu terfikir ... alamak, aku nih dlm pesawat ... yg sdg terbang di udara!

Pengalaman plg menakutkan, seigt sy masa tuh thn 2004/2005 ... penerbangan dari KL - KK. Masa tu dah dlm ruang udara neg sabah. Cuaca buruk masa tuh dgn keadaan di luar memutih dgn gerombolan awan besar/tebal. Captain pun dah umumkan supaya semua penumpang duduk di tempat msg2 ... tup2 kan, pesawat cam jatuh ke bwh secara drastik ... apalagas, menjerit laa bbrp org penumpang. Rerasanya pesawat cuba elak gerombolan awan besar kott ... sy pejamkan mata masa tuh. Pastu terasa plak pesawat terhentak kuat ... lega hati sy sbb menyangkakan pesawat tlh selamat mendarat. Tapi, ngape plak captain nih tak umumkan apa2 ... waaa ... rerupanya kami masih di udara! Walau apapun, alhamdulillah akhirnya kami selamat mendarat ...

Satu lagi pengalaman yg agak mengerikan masa dlm penerbangan dr KL-Lgkawi. Sy dah tak igt sgt apa yg berlaku ... tp masa tuh mmg pesawat bergegar2 kuat. Selmt mendarat, bertepuk tgn mat2 saleh semua ...

Rasanya tahun 2009 nih byk gak kan air crash di seluruh dunia. Satu drpnya Yemen Air ... huhuhu ... last year sy amik yemen air laa ... penerbangan yg amat panjang ... menjangkau lbh 24 jam berada dlm pesawat sbb singgah transit ... dr jeddah-yaman-dubai-jakarta-KL.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 08:19 AM | Show all posts
Setakat ni cuma kena air pocket je la.... 2 pun dah nak tercabut jantung... Satu sikap yg xlehbuang, kalu flight landing, mesti gelak pnya... Sebab gayat... Kalu gayat mesti gelak pnya... Apa fesyen ntah la....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066723 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list