CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: peret

Sejarah Kesultanan Melayu Terengganu

[Copy link]
Post time 29-9-2011 08:59 AM | Show all posts
Reply 200# Percival

ini isunya bila kusza 'dinaiktaraf' jadi udm
bila kerajaan negeri serah kusza kepada pusat, istana hilang 'identiti' pendidikan tu, walhal branding "sultan zainal abidin" tu satu malaysia dh tau..serah kusza kpd pusat tak mintak restu istana, mcm tu lah (mcm kes logo mbkt)
konvo udm canselor tak datang (tuanku nur zahirah), walhal konvo umt (canselor yg sama), canselor datang pulak
udm dah kepanasan
last2 bila tukar nama jadi universiti sultan zainal abidin, baru canselor datang konvo
alasan tukar nama, sebab branding "sultan zainal abidin" tu, laaa masa bubuh nama darul iman dulu tak fikir pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 12:33 AM | Show all posts
Reply  Percival

ini isunya bila kusza 'dinaiktaraf' jadi udm
bila kerajaan negeri serah kusza k ...
iscol_klang Post at 29-9-2011 08:59


ooo terima kasih bg explaination... bertuah iolls dapat tahu sejarah tiga sekolah terus dengan penerangan iscol_klang.. hihi

Yang saya tau, sekolah sultan zainal abidin yang first sekali kat  Ladang. Kemudian dia pecah du ...
Percival Post at 28-9-2011 23:28


emm iolls baru tahu gak isu ini.. yerlah bila membelakangkan pihak istana..  tau lah padahnya..  buat dulu pikir kemudian.. bila sultan dah murka dan x suka.. :@

pendapat iolls.. institusi pendidikan, institusi lain dan nama jalan2 yang ada nama kesultanan ni harus dikekalkan sampai bila2 pun kat negeri terengganu ni.. ni ajelah nak bg semua generasi ingat dan tahu sejarah kesultanan..  sekarang, masih ada.. ntah bila2 x tau lah yer...  di tangan generasi masa hadapan...:cf:
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 09:47 AM | Show all posts
Reply 202# missbeyond

selit hal politik sikit
ni antara sebab kenapa idris jusoh kena tendang jadi mb
banyak tindak tanduk dia menyakitkan mata istana
contoh perasmian taman tamadun islam (TTI), tuanku mizan diminta rasmikan masjid kristal (dlm kompleks TTI), tp yg rasmikan TTI tu pak lah..mcm kurang ajarla, apsal sultan kena rasmikan benda yg lagi kecik..
rebranding unisza, logo mbkt tanpa restu istana, tu sebahagian daripada cerita je..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:10 AM | Show all posts
Reply  missbeyond

selit hal politik sikit
ni antara sebab kenapa idris jusoh kena tendang jadi  ...
iscol_klang Post at 30-9-2011 09:47



Tapi respek pada MB Idris Jusoh tau. Fikiran dia maju kedepan betul. huhu.

Cuma silap kat part protokol tu je, jadi bermasalah. MB Idris Jusoh tak hirau sangat protokol, masa zaman Tan Sri Wan Mokhtar jadi MB pun, Idris jadi ketua Pemuda UMNO Terengganu, beliau pun ada konflik gak dengan MB dulu. Pasal lawatan. Rujuk dalam buku 'Sekali Angin Menderu -Sharif Putera.



Masa MB Idris jadi MB, beliau nak ubah bendera terengganu. Kata dia bendera terengganu sekarang hitam putih suram dan lesu, maam tak bersemangat. Jadi buat contest design bendera baru, syarat dia 3 warna tak semestinya warna hitam putih. Tapi tak tau apa kesudahan contest cipta bendera baru Terengganu ni. Aku baca dalam paper SIASAH cakap royal family yang murka sebab tak minta izin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:11 AM | Show all posts
Satu lagi pasal penyu. Sukma 2006 tu, maskot ikan nemo tu sebenarnya nak digunakan sebagai maskot baru terengganu, ganti penyu. Nemo kan lincah dan bertenaga, jdi simbol renaissance terengganu. Tapi malang pulak tak dapat approve. huhuh. Poor him.

MB Ahmad Said pun ok jugak. Tapi aku suka pendekatan MB idris. honest.







Haiwan maskot terengganu baru, ikan kain buruk @ nemo bagi gantikan penyu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2011 11:20 AM | Show all posts
siapa datuk jaya perkasa ni?

Perlantikan Dato Jaya Perkasa sebagai Menteri Besar bagaimanapun
tidak juga mengubah sikap prejudisnya terhadap Tengku Ali. Dengan
itu, tidaklah menghairankan apabila perang tamat padabulan Ogos 1945,
Dato Jaya Perkasa telah membuat pakatan dengan pihak British untuk
menjatuhkan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu.

Pada 3 Novernber 1945, Sir Harold MacMichael, wakil khas kerajaan British ke Tanah Nlelayu, telah menghantar Brigadier A .T. Newboult ke Terengganu sebagai pemerhati semasa upacara pertabalan Sultan baru. Pada 5 November 1945, 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu telah mengadakan mesyuarat di Istana Maziah. Mesyuarat
itu yang dibuat tanpa pengetahuan Tengku Ali telah mengambil ketetapan untuk menurunkan baginda daripada tahta. Newboult berpuas hati dengan keputusan itu dan seterusnya memaklumkannya kepada MacMichael. Pada 10 November 1945, MacMichael telah memaklumkan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British tentang pemecatan Tengku Ali dengan alasan 'unsuitability', seperti yang didakwa oleh Dato Jaya Perkasa, iaitu:
(a) His behaviour over prostitute whom he married, divorced and married again in defiance of tenets of Mohammedan religion,
(b) His behaviour with dancing girls,
(c) His medical history - he uffers from syphilis and epileptic fits,
(d) Lack of confidence in him of Malay peasantry,
(e) Impossibility of any religious-minded Malay placing confidence in him as religious leader in view of his own violation of Mohamedan Laws

MacMichael juga menasihati Setiausaha Tanah Jajahan supaya mengiktiraf perlantikan Tengku Ismail sebagai Sultan Terengganu yang baru dengan dua alasan. Pertama, perlantikan Tengku Ismail sebagai Sultan telah dibuat mengikut adat, dan keduanya, Tengku Ismail ialah calon yang sesuai 'on grounds both of intelligence and pro-British sympathies. '

A. Creech-Jones, Setiausaha British bagi Tanah Jajahan, telah bersetuju dengan perlantikan Tengku Ismail sebagai Sultan Terengganu bagi Hlenggantikan Tengku Ali kerana tindakan tersebut telah dibuat mengikut prosedur. Sebaik sahaja menerima persetujuan daripada Setiausaha bagi Tanah Jajahan British, Kol. Headley telah Mengarahkan Datuk Jaya Perkasa supaya mengadakan Majlis perisytiharan perlantikan
Tengku Isnlail sebagai Sultan Terengganu yang baru. Dengan itu, pada 16 Disember 1945, majlis pengisytiharan tersebut telah diadakan. Seorang pemerhati pada ketika itu menganggap penyingkiran Tengku Ali telah dilakukan secara kurang sopan. Katanya:
Pernberhentian Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu yang dibuat di hadapan khalayak ramai tidak sesuai dengan adat istiadat raja jikalau ada kesilapan dan kesalahan besar. Sepatutnya diperjalankan maksud pemberhentian dengan sulit dengan dipohon ia supaya menarik diri. Cara ini adalah Iebih afdal daripada apa yang telah dibuat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:25 AM | Show all posts
banyak perangai pok yeh yg mencucuk mata, hehe..
amikla sebagai pengajaran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 11:27 AM | Show all posts
Pada 10 November 1945, MacMichael telah memaklumkan kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan British tentang pemecatan Tengku Ali dengan alasan 'unsuitability', seperti yang didakwa oleh Dato Jaya Perkasa, iaitu:
(a) His behaviour over prostitute whom he married, divorced and married again in defiance of tenets of Mohammedan religion,
(b) His behaviour with dancing girls,
(c) His medical history - he uffers from syphilis and epileptic fits,
(d) Lack of confidence in him of Malay peasantry,
(e) Impossibility of any religious-minded Malay placing confidence in him as religious leader in view of his own violation of Mohamedan Laws


Ni la yang saya cakap, baginda kahwin dengan perempuan joget. Dan jatuhkan airmuka royal family.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 11:50 AM | Show all posts
siapa datuk jaya perkasa ni?
nazurah Post at 30-9-2011 11:20



Dato' Jaya Perkasa Da Omar bin Mahmud, Menteri Besar Terengganu , Malaysia dari Mei 1942 hingga Disember 1945 .,


Tahu tak jalan Da Omar, Kemaman? Sempena nama beliau dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:22 PM | Show all posts
Reply 208# iscol_klang


  POK YEH tu siapa? sorry la sy tak faham gelar2 org pantai timur ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 210# Percival


ada tak keturunan dia yang jadi pemimpin zaman sekarang ni?
tindakan dia sy fikir agak biadap la. sy baca dalam jurnal tu datuk jaya perkasa ni tak suka dengan tengku ali sejak mula. masa tengku ali kerja kat kastam, dia longgokkan fail atas meja tengku ali tanpa arahan untuk buat apa, dengan harapan tengku ali boring.

kenapa dia tak suka sangat dengan tengku ali ya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 211# nazurah

idris jusoh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply  Percival


ada tak keturunan dia yang jadi pemimpin zaman sekarang ni?
tindakan dia sy f ...
nazurah Post at 30-9-2011 14:25



   Dulu ada masuk mastika kot kisah ni. Jap nak cari.
Agaknya sebab faktor umur kot. MB masa tu dah berumur, sultan ali masa tu masih budak sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:40 PM | Show all posts


Gambar makam sultan ali.

Cuba buka link ni. banyak cerita best. baca kat ruangan komen
http://artmelayu.blogspot.com/20 ... ganu-di-masjid.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:42 PM | Show all posts
Reply 213# iscol_klang


ohhh...org besar besut tu. dah lama tak ke besut. sejak dia jadi MB kemudian Dollah Matzin jadi ahli parlimen besut, meriah bandar Besut dan Jertih terutamanya.

apalah nasib 2 org ni pada pilihanraya akan datang agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 215# Percival


insan terpilih meninggal pada hari Jumaat. Alfatihah.
sy cari buku Tengku Ali: mengapa saya diturunkan dari takhta terengganu, kat library UM ada tp kena pulang within 3 days. mana sempat nak sampai ke JB
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 02:53 PM | Show all posts
tengku ali pernah bawak kes dia ke mahkamah
tapi dia kalah atas sebab teknikal..
sebenarnya dlm kes tu kerajaan negeri terengganu tak pernah (tak berani?) pertikaikan pun kes tengku ali..tengku ali bawak semua saksi2, warta jepun, akhbar2 jawi utk sahkan yg dia memang penah bergelar sultan terengganu, dia penah lantik menteri2 semasa pemerintahnya

kerajaan negeri tak bawak seorang pun saksi
kerajaan negeri cuma guna hujah lisan, kat sini yg tengku ali kalah
dlm perlembagaan negeri terengganu 1911, sultan hendaklah dilantik oleh jumaah pangkuan negeri (lebih kurang mcm majlis perajaan negeri kt kelantan yg lantik sultan muhammad ke-V)
tp jumaah pangkuan negeri tu tak 'wujud' sebab masa tu jepun yg memerintah
cuma masa dilantik tu masing2 tau, tengku ali anak sulung sultan sulaiman, dialah yg paling layak jadi sultan, pembesar2 istana endorse benda pelantikan ni
tp court kata pelantikan tengku ali sebagai sultan tak sah sebab dia bukan dilantik oleh jumaah pangkuan negeri..

ok fine, technically betul lah

tp yg aku pelik tu, kalau betul pelantikan tengku ali tak sah, kenapa british & pembesar2 kena pecat tengku ali at the first place? mcm perkahwinan yg tak sah, kalo kahwin pun tak sah, tak timbul soal nak ceraikan isteri..nk cerai isteri, isteri tu kena isteri yg sah..

lagi satu tengku ali argue kalo betul dia bukan sultan yg sah, selama 3 tahun terengganu ketiadaan sultan, siapa yg tauliahkan tok kadi semua utk nikahkan orang? sebab wali hakim ni kena dapat tauliah drpd sultan yg sah, kalo sultan pun tak sah, maknanya semua pasangan yg kawin sepanjang tempoh 3 tahun tu, semuanya tak sah..

tengku ali pernah kawin dengan anak sultan abu bakar pahang, tengku ainol jamal, masa dia jadi sultan memang inilah tengku ampuan terengganu..lepas tengku ali tak jadi sultan, diorag bercerai..anak diorang sekarang tengku iskandar abu bakar ialah penolong pengelola bijaya diraja sultan pahang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 03:27 PM | Show all posts
ensem gak tengku ali ni masa memuda...

[img][/img]

kat blog ni ada disenaraikan siapa yang terbabit menjatuhkan tengku ali...

http://tengkusyah.blogspot.com/2 ... da-semua-kenal.html
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2011 03:30 PM | Show all posts
Reply 218# iscol_klang


kalau dah kerabat sendiri pun tak mahu pertahankan dia, siapa lagi nak tolong. bukan rezeki dia jadi sultan.ramai lagi kerabat raja yang kaki perempuan, pemabuk etc... masih lagi kekal berkuasa tapi mungkin kalau di terengganu darul iman yang menjadi sultan haruslah yang benar2 bersih.

kisah tengku ali ni sangat menarik... tp zaman sekarang ni agak2 boleh berlaku tak kisah macam ni?

manalah tau...kawin dgn artis, jawatan kena lucut ke...ekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080308 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list