CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Dua Beradik Terkejut Tanah RM7 Juta Berpindah Milik Tanpa Pengetahuan-Siapa Tang

[Copy link]
Post time 7-9-2021 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 7-9-2021 11:32 PM

Apa yang i nak cerita di sini... setiap aset, i.e. hartanah, perniagaan, cash, investment, EPF... pengurusan dia ada pelbagai dan teknik...

Ambil contoh EPF, buat masa ni dia wajib masuk bicara pusaka i.e. muafakat dan faraid... disebabkan itu belum hak milik mutlak kita right now (55 baru dpt milik kan).. dan juga sbb polisi kerajaan pada waktu ini yang tetapkan mcm tu disebabkan justification tadi, mungkin masa depan, polisi boleh berubah, boleh hibah ke...

So setiap pengurusan harta pusaka, game plan dia tak sama bagi jenis2 aset tu... kita kena fikir apa yang kita nak protect, apa yang kita nak achieve.. end game dia apa... kita sendiri kena visualize mcmana smooth peralihan syarikat, atau harta selepas kita meninggal.... sbb tu penting utk kita step up and manage it well, janganlah lepas tangan dan serahkan pada pejabat pusaka je semua...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ampun TT , iols banyak off topic..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
heywana replied at 7-9-2021 03:56 PM
Setahu saya, kami tak boleh suka2 tukar nama hakmilik geran org lain atas nama kami sendiri apatah ...

Ko DO ka?

Tak korup tak DO namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-9-2021 04:26 PM
lawyer vincenzo ni pandai juga bab tanah2  bangunan ni terutama tanah ada emas

Vincenzo ni watak dalam sketch online aiol ngan bebudak bebaru ni. Wakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
heywana replied at 7-9-2021 03:56 PM
Setahu saya, kami tak boleh suka2 tukar nama hakmilik geran org lain atas nama kami sendiri apatah ...

Habistu cmne bulehh senang2 tukar penama atas nama orang lain sedangkan tuan tanah masih hidup? Bukan 1 pejabat tanah yg korup. Rasa hampir semua. Korang menjawablah kat akhirat sana. Kat dunia lagi tak lepas tau.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa2 tanah tu bulehh bertukar milik sendiri ke kalau orang dalam pejabat sendiri yang buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 12:03 AM | Show all posts
Edited by auntieagony at 8-9-2021 12:05 AM
justwoman replied at 7-9-2021 04:50 PM
Laaaa...mau pegi 30% kot tu...

A'ah... uncle buat survey jer masa tu sebelum buat keputusan.

Tu sbb kami tak ambil option buat hibah melalui company2 ni sbb fees dia agak mencabar.

Kami bukanlah expert pasal hal2 hibah, so kena belajar lah drp mahaguru2 yg kat company2 yg expert dlm mengendalikan hibah.

Allahumma zidni ilman

Sbb tajuk thread ni pasal tanah, so auntie fokus pasal tanah jer.

Anyway, auntie lebih fokus pasal rumah tmpt tinggal sbb tak nak jadi homeless kalau uncle tiada (nauzubillah), harta2 yg lain tu ikut faraid jer lah sbb hukum Allah pastilah yg terbaik.

Btw => ASNB juga kena fee apabila kita meninggal tapi tak byk lah.... bergantung kpd jumlah dlm ASB.


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:12 AM | Show all posts
axl_bach replied at 7-9-2021 09:42 PM
Wasiat bkn utk anak2, anak2 x layak dpt wasiat...

Betul tu, penama di dlm wasiat mestilah org yg bukan dlm kategori waris.

1/3 of harta boleh diwasiatkan kpd sbg contoh anak angkat, kakak/adik, surau, sekolah tahfiz dan sbgnya.

Anak2 mesti tahulah supaya mereka aware apa hasrat auntie di dlm wasiat tu & insya Allah supaya mereka boleh execute.

Tapi jika mereka tak setuju, dan masa tu auntie dah tiada, mereka berhak utk mewarisi harta2 mengikut faraid. Sbb jika ada bangkangan, mahkamah akan ikut faraid. Auntie redha jer jika ini terjadi. I'm 6 feet underground by then dan sibuk jawap soalan munkar nankir. Harta would be the least on my mind at that time.

Anak2 dah dibekalkan dgn harta ilmu, itu yg terbaik rasanya bagi mereka. Insya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 02:45 PM | Show all posts
Edited by green~tea at 8-9-2021 02:48 PM
auntieagony replied at 8-9-2021 12:03 AM
A'ah... uncle buat survey jer masa tu sebelum buat keputusan.

Tu sbb kami tak ambil option buat ...

urusan pusaka ASB pun ada beberapa kaedah.... i choose hibah amanah.. senang.. RM100 registration, then rm10 annual.. penerima hibah amanah pun within beberapa hari je dah dpt semua 100% yang dihibahkan...
i ni pernah bercerai.. kot la tak panjang umur, anak lelaki pulak baru umur 8 tahun skang.. jadi ni akan expose duit tu pada keluarga ex husband & keluarga2 yang lain.. so i terus hibahkan pada  yang boleh manage that amount of money fairly...



Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 06:14 PM | Show all posts
green~tea replied at 8-9-2021 02:45 PM
urusan pusaka ASB pun ada beberapa kaedah.... i choose hibah amanah.. senang.. RM100 registration, ...

Jazakillahu khayran katheeran.
Auntie dah buat dah hibah ASB beberapa thn yg lalu. Utk anak2 dan suami.





Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 06:24 PM | Show all posts
sorry ada 2 images, tak tahu apa yg terjadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 07:20 PM | Show all posts
green~tea replied at 7-9-2021 07:03 PM
Most welcome sis...
I cuma mampu share apa yang I pernah experience je... mana2 yang I sendiri p ...

last aritu bru buat pertukaran geran tanah.. yes mmg berulang alik, then dpt date baru..
lepastu lhdn plak bayar duti setem.
cuma masa kt pjbt tanah tu takde pun la nk ckp benda2 cmni kan..
yela baru tahu ape yg uols share kan tu..
trus trfikir diri sndiri yg anak tunggal ( anak sndiri pun kecik lagi) if ape2 jadi mcm mana la kan?
kot laki menjual plak tanah risaw juga..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 07:23 PM | Show all posts
green~tea replied at 8-9-2021 02:45 PM
urusan pusaka ASB pun ada beberapa kaedah.... i choose hibah amanah.. senang.. RM100 registration, ...

so yang ni pergi je kt asb ckp nak hibah amanah ke?
sbb aritu dia ada bg form utk ltak penama je...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaien replied at 8-9-2021 07:23 PM
so yang ni pergi je kt asb ckp nak hibah amanah ke?
sbb aritu dia ada bg form utk ltak penama je. ...

Dalam myasnb ada link utk register online.. so isi apa2 yang patut... then pre-register... then u book appointment dgn cawangan asnb, kat situ dia akan arrange utk isi borang pesuruhjaya sumpah

Penama tu lain.. penama tu adalah wakil yg u lantik utk urusan pusaka (bicara pusaka - muafakat or faraid) lepas u meninggal kalo tak buat hibah amanah tu..

https://www.asnb.com.my/hibahamanah.php
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:36 PM | Show all posts
auntieagony replied at 8-9-2021 06:24 PM
sorry ada 2 images, tak tahu apa yg terjadi

sangat murah kan if compared to kos pengurusan dan guaman 5% kaedah wasiat & 5% kaedah faraid
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:39 PM | Show all posts
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-syarikat-rms?fbcl
Tanah Lot RM7 juta: Pembelian dilakukan secara 'suci hati' - Syarikat RMS
Kuala Lumpur: Pembeli bagi sebuah lot tanah di Bukit Tunku, Syarikat RMS mendakwa membeli tanah berkenaan mengikut peraturan dan lunas undang-undang yang ditetapkan.
Peguam mewakili Syarikat RMS Muhammad Nor Izzat Nordin berkata, RMS ditawarkan hartanah terbabit oleh ejen hartanah dan seterusnya syarikat melantik peguam pada waktu itu untuk mewakili syarikat bagi berurusan dengan pihak peguam dilantik penjual.
"Susulan laporan akhbar yang dikeluarkan, pihak syarikat terpanggil untuk memberi penjelasan yang benar berkaitan pembelian tanah berkenaan.
"RMS ketika dalam proses berkenaan ditawarkan penjualan dari ejen hartanah pada September 2020 dan kemudian melantik 'serveyor' untuk membuat semakan carian di Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
"Pihak syarikat kemudian melantik peguam untuk urusan jual beli dan kemudian membuat permohonan pinjaman bank, anggaran nilai tanah berkenaan yang dinilai bank adalah RM4.4 juta katanya ketika ditemui, hari ini.
"Pada awal September lalu, pihak RMS juga sudah melawat tapak tanah berkenaan dan menghantar surat minat membeli (LOL) kepada penjual dan seterusnya melantik surveyor (juruukur).
"Peguam yang dilantik oleh pihak syarikat semasa pembelian tanah itu juga membuat carian dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan mendapati semua teratur.
"Sehingga kini bayaran berhubung pembelian tanah berkenaan juga sudah habis dibayar oleh pihak syarikat," katanya.
Katanya, susulan itu, wakil daripada syarikat RMS membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 6 September lalu kerana mengesyaki laporan polis yang dibuat penjual adalah palsu.
"Laporan polis itu memohon polis menyiasat kandungan laporan polis yang dibuat penjual yang disyaki kandungan berkenaan adalah palsu dan segala keterangan yang diberikan oleh pengadu mahupun wakil pengadu adalah palsu bagi tujuan menganiaya pihak syarikat.
"Siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan termasuk terhadap pengadu mengikut Kanun Keseksaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada," katanya.
Pada 5 September lalu, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.
Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.
Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
solarlunar replied at 8-9-2021 09:39 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-syarikat-rms?fbcl
Tanah Lot RM7 juta: Pembelian dilakukan se ...

Wowww... berita ni membawa maksud, 2 beradik tu buat laporan palsu????
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:20 PM | Show all posts
green~tea replied at 8-9-2021 09:36 PM
sangat murah kan if compared to kos pengurusan dan guaman 5% kaedah wasiat & 5% kaedah faraid

True...

Itupun ada jugak di kalangan kawan2 yg mempertikaikannya. Auntie relaks jer lah.




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:44 PM | Show all posts
Edited by solarlunar at 8-9-2021 10:45 PM
green~tea replied at 8-9-2021 09:56 PM
Wowww... berita ni membawa maksud, 2 beradik tu buat laporan palsu????

Kena siasat sbb dua dua pihak ada cerita masing2. Ni statement from PTG WPKL.

https://api.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/752039/tanah-lot-rm7-juta-prosedur-tukar-hak-milik-ikut-undang-undang

Kuala Lumpur: Tiada sebarang kesalahan berkaitan prosedur pertukaran hak milik lot tanah dua beradik wanita di tengah ibu kota sebaliknya mereka sudah menandatangani borang untuk perserahan pindah milik.
Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

"Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara.
"Instrumen dan semua dokumen sokongan bagi urusan berkenaan sudah disemak dan didapati teratur serta memenuhi keperluan di bawah Division IV Kanun Tanah Negara (KTN)," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Beliau mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan lot tanah berharga lebih RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan pemiliknya.
Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.
"Selain itu, dokumen sokongan seperti salinan hak milik asal (geran asal), salinan kad pengenalan pemilik asal, salinan sijil pendaftaran syarikat dan sijil bayaran duti setem turut dikemukakan.
"Semakan pengesahan oleh Pendaftar di PTGKL melalui sistem eTanah yang diintegrasikan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati semua maklumat berkenaan adalah sah.
"Justeru, Pendaftar di PTGKL mendaftarkan pindah milik tanah berkenaan selepas berpuas hati ia 'fit-for-registration' selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 297 Kanun Tanah Negara," katanya.
Menurutnya, selepas terdapat aduan penipuan yang dibuat pemilik tanah berkenaan, PTGKL mendaftarkan 'Kaveat Pendaftar' mengikut Seksyen 320(1)(a) KTN bagi menghentikan sebarang permohonan urusan lanjut berkaitan tanah berkenaan.
"PTGKL akan menunggu hasil siasatan polis bagi menentukan pemilik tanah berkenaan.
"Semua dokumen dan instrumen berkaitan pindah milik sudah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.
Berdasarkan carian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendapati pemilik asal tanah berkenaan juga sudah membayar duti setem kira-kira RM250,000 untuk tujuan pindah milik tanah berkenaan.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.
Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik di IPD Dang Wangi yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.
Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah.


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama kes tanah atok sy di selama, perak..tiba2 dah tukar milik ke ca ya nun alip ba atas ba bawah..tp disebabkan geran tanah tak jumpa, tak boleh nak report polis..celakalah org pejabat tanah yg terlibat dgn khianat ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.156005 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list