update : Dah cerai talak satu
@CARI-MAL
Gavin Cerai Serina Talak Satu[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 1 Ogos 2017 11:52 AM
[size=0.75em]Hubungan Serina bersama bekas suami akan terus baik selepas bercerai demi anak-anak. FOTO: Instagram Serina.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Dua tahun tinggal berasingan, pelakon Serina Redzuawan, 34, akhirnya sah bercerai talak satu dengan warga Britian Gavin Edward O'luanaigh kira-kira pukul 10.49 pagi, Selasa. [size=0.98em]Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 40, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie, Nurul Hidayah Jani di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini. [size=0.98em]Ditemani seorang rakan dan peguam, Raihan Mustafa Kamal, Gavin yang juga ahli korporat kelihatan tenang ketika melafazkan talak terhadap Serina selepas hakim berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak. [size=0.98em]Pada prosiding sama, Gavin turut menarik balik permohonan nusyuz (kembali taat) terhadap Serina yang difailkan sebelum ini.
[size=0.98em]Serina selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.
[size=0.75em]Serina (kanan) ketika hadir ke mahkamah.
[size=0.98em]Serina diwakili peguam syarie, Zulkifli Che Yong. [size=0.98em]Gavin ketika ditemui sejurus prosiding menyifatkan keputusan bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini untuk membesarkan dua dua cahaya mereka iaitu Tristan Tareef O’luanaigh, 6 dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 5 tahun. [size=0.98em]"Tiada siap yang mahukan perceraian namun ia sudah terjadi dan fokus kami adalah untuk membesarkan kedua-dua anak kami," katanya. [size=0.98em]Manakala Serina pula memberitahu berasa lega namun sedih dengan perceraian itu dan seperti bekas suaminya dia ingin memberi fokus kepada anak-anak mereka. [size=0.98em]"Kami tidak bergaduh dan paling penting kes perceraian kami selesai dengan baik. [size=0.98em]"Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik," ujarnya. [size=0.98em]Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebekum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua kanak-kanak itu diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina dengan beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama. [size=0.98em]Serina dan Gavin berkahwin pada 1 Januari 2010.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... SSrxPr5oxLcyLRxT.99
|