dengki kotey kecik la ni..tine yindon sibuk nyundet jantan bangla. 
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Julai 2017 @ 6:43 AM

CANGKUL dan besi yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan Polis.
EMPAT lelaki warga Indonesia ditahan selepas terbabit dalam cubaan samun tiga pekerja ladang warga Bangladesh dengan bersenjatakan cangkul dan besi di Ladang Felda Penggeli Timur, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah berkata, semua suspek ditahan kira-kira 1 petang semalam selepas 10 jam kejadian itu.
"Kejadian berlaku di rumah pekerja membabitkan tiga pekerja ladang warga Bangladesh pada 3 pagi.
"Kejadian itu mengakibatkan mangsa luka pada badan, tangan dan jari akibat diserang cangkul dan besi," katanya dalam kenyataan.
Katanya, modus operandi suspek adalah dengan masuk melalui pintu belakang yang dipotong dan dipecahkan.
" elbagai barangan dirampas seperti cangkul, besi, tiga telefon bimbit dan pakaian," katanya. |