CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 17-7-2013 10:53 PM | Show all posts
transporter posted on 17-7-2013 08:18 PM
Alhamdulillah..... seronok dengar Kak Azie & hubby akan menunaikan haji tahun ini. Saya & Jelly ik ...

Assalamualaikum...
Allahuakbar...2051..berapa agaknya umur masa tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 07:37 AM | Show all posts
aziefa posted on 17-7-2013 05:43 PM
Assalamualaikum ayahjoe...
Acikjie baru dpt surat hari ini...
Alhamdulillah rayuan husband menem ...

Wahhh..tahniah aziefa, haji mabrur utk anda berdua, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 08:07 AM | Show all posts
Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji Lain

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.

Ini dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan jemaah yang uzur dan menghidap penyakit seperti darah tinggi, asma dan yang sedang menjalani rawatan dialisis, katanya.

Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.

Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

"Pemotongan tersebut bukan sahaja dibuat di Malaysia, malah di seluruh dunia bagaimanapun kita akan cuba ikhtiar untuk merayu lagi kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambahkan kuota," katanya.

Pada majlis itu, Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling, turut menyampaikan sumbangan zakat TH kepada seramai 270 penerima dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bertujuan meringankan beban kewangan dan membantu dalam persediaan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:14 AM | Show all posts
Alhmadulillah, Syukur kehadrat Illahi. Rayuan saya untuk megerjakan haji bersama isteri telah diluluskan.
Baru dapat call dari Tabung Haji sebentar tadi. Inshaa Allah petang nanti ambil offer letter dan submit passport, gambar dan buku rekod kesihatan. Rasa terharu dapat jemputan ke tanah haram lagi walaupun baru mengerjakan umrah bulan lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:23 AM | Show all posts
mattj posted on 18-7-2013 09:14 AM
Alhmadulillah, Syukur kehadrat Illahi. Rayuan saya untuk megerjakan haji bersama isteri telah dilulu ...

Tahniah utk Mattj jugak..semoga mendapat haji yg mabrur. Semoga kita dapat bertemu kt Tanah Suci nanti..insyaAllah.. (begitu juga dengan Aziefa dn pasangan)..kot-kot boleh pekena teh ke kopi bersama..hehehe..
Last edited by haji_one on 18-7-2013 10:24 AM

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 10:49 AM | Show all posts
Haji_One, inshaa Allah ada rezeki kita berjumpa disana.
Girang hati saya hari ini dengan berita baik ini. Syukur sangat2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2013 11:03 AM | Show all posts
mattj posted on 18-7-2013 09:14 AM
Alhmadulillah, Syukur kehadrat Illahi. Rayuan saya untuk megerjakan haji bersama isteri telah dilulu ...

Alhamdulillah, hasrat dan doa dimakbulkan Allah. Semoga anda dan isteri akan dikurniakanNya haji mabrur dan semoga usia yang berbaki ini akan sentiasa dilindungi dan diberkatiNya. Insyaallah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2013 01:52 PM | Show all posts
aziefa posted on 17-7-2013 10:53 PM
Assalamualaikum...
Allahuakbar...2051..berapa agaknya umur masa tu..

W/salam. Pada 2051, umur kami dah banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2013 03:18 PM | Show all posts
aziefa posted on 17-7-2013 05:43 PM
Assalamualaikum ayahjoe...
Acikjie baru dpt surat hari ini...
Alhamdulillah rayuan husband menem ...

Alhamdulillah....subhanAllah. Mmg saya yakin Allah akan permudahlan urusan acikjie dgn husband sbb saya kenal hati budi acikjie. Mereka yang baik, berhemah dan pemurah mcm acikjie dgn husband in shaa Allah dipermudahkan segala urusan. Saya pon tumpang hepi.....utk acikjie kita bole ucapkan Selamat balik kampung sbb dia selalu rindukan Haramain...asal denga ada org nak gi umrah or pegi haji acikjie adalah antara yg paling excited......subhanAllah....itu satu anugerah......nnt kalu wat kenduri jgn lupa jemput kami .....dgn tak malunya..hehehe hehehehe
Last edited by ayahjoe on 18-7-2013 03:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 07:29 AM | Show all posts
Sesiapa yang dapat pergi Haji tahun ni untung sangat-sangat.Disebabkan Saudi dah umumkan pengurangan kuota 20%, banyak negara ambil langkah awal tak hantar jemaah kesannya kadar hotel sekitar Makkah turun lebih 150%.Jadi berkemungkinan besar bakal jemaah haji tahun ni dalam keadaan lapang & tak bersesak-sesak macam tahun sebelumnya kalau ramaipun mungkin ramai jemaah dari kalangan org Arab tempatan atau negara-negara teluk. Last edited by JuanM on 19-7-2013 07:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 09:05 AM | Show all posts
tahniah kpd yang terpilih utk menunaikan haji tahun ni... doa2kan kami juga dapat menunaikan haji dalam
jangka masa terdekat... semoga beroleh haji yang mabrur.. amin..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:24 AM | Show all posts
Tahniah utk semua yg dpt menunaikan haji tahun nie..
Saya baru pulang Ahad lepas... hari2 telek gmbr melepas rindu... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 10:56 AM | Show all posts
Terima kasih atas doa semua, especially Hang Jebat and Msvbnet.
JuanM, setiap insan yang terpilih semuanya rezeki jemputan dari Allah SWT,
Kita cuma berusaha dan Dia yang menentukannya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:16 AM | Show all posts
HangJebat61 posted on 16-7-2013 11:34 AM
Ni gi boleh, tapi avatar tu kena tutup aurat dulu. Ha..ha..ha..

Ya setuju bebenau - setuju 200%
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2013 11:54 AM | Show all posts
mysaza89 posted on 17-7-2013 01:23 PM
assalam forumers

nk tanya sape gi umrah next week smpi awl bulan 8 ni? dh dpt kelulusan visa ke?
...

Wa'alaikum salam.

Awal-awal dulu dealine untuk apply visa umrah ialah 8 Julai 2013. Tapi sekarang mereka telah ubah kepada 15 Ramadhan. Jadi TA puan masih ada 5 hari lagi untuk cuba dapatkan visa umrah. Anyway saya suggest puan selalu semak dengan TA puan - kena pergi ke pejabat TA tu - bukan sekadar telefon saja. Ini merupakan langkah berjaga-jaga sebab sekarang ini tengah heboh diperkatakan tentang TA tipu bakal jemaah umrah. Baca  sini tentang beri TA tipu tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 10:29 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 19-7-2013 11:54 AM
Wa'alaikum salam.

Awal-awal dulu dealine untuk apply visa umrah ialah 8 Julai 2013. Tapi sekara ...

thanks for the info.. TA baru call semalam.. dia suh tunggu rabu depan.. harap2 sume brjalan lancar la.huhu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2013 11:42 AM | Show all posts
Alhamdulillah ..

Tahniah kepada yang dijemput menjadi tetamu haji tahun ni ..
Saya tumpang gembira ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 07:46 AM | Show all posts

Pembinaan jambatan di kawasan tawaf di sekeliling Kaabah, boleh membantu melancarkan pergerakan jemaah umrah yang dijangka semakin meningkat menjelang penghujung bulan Ramadan. - AGENSI

MEKAH 22 Julai - Jurucakap Kementerian Haji Arab Saudi, Hatim Qadi hari ini berkata, jambatan baharu yang dibina di kawasan tawaf (mataf) di sekeliling Kaabah akan dibuka kepada jemaah pada minggu ini.

Beliau bagaimanapun berkata, hanya orang kurang upaya dan warga emas yang dibenar menggunakan jambatan itu.

Menurutnya, jambatan yang dibina mengelilingi Kaabah itu boleh menempatkan 7,000 jemaah yang berkerusi roda untuk setiap jam.

"Dengan adanya jambatan tersebut, pergerakan di kawasan tawaf biasa akan menjadi lebih lancar kerana tidak akan ada lagi penggunaan kerusi roda," katanya yang dipetik oleh Arab News.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah meningkatkan persediaan untuk menerima berjuta-juta jemaah pada 15 hari terakhir Ramadan.

Dalam tempoh itu, umat Islam dari seluruh dunia akan berpusu-pusu mengerjakan umrah dan menunaikan solat sunat Tarawih di Masjidilharam.

Kira-kira lima juta jemaah dari dalam dan luar Arab Saudi dijangka menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan ini.

Umat Islam memilih untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Ramadan kerana Nabi Muhammad SAW pernah bersabda umrah pada bulan Ramadan menerima ganjaran sama dengan ibadah haji. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... u-ini#ixzz2ZoztgabD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 08:33 AM | Show all posts
transporter posted on 18-7-2013 01:52 PM
W/salam. Pada 2051, umur kami dah banyak.

InshaAllah kalau Allah dah panggil jadi tetamuNya, akan sampai sebelum 2051.Sekarang ni memang ler agak kritikal.
Hotel yang dibina sejak 2008 tak siap2, hotel baru pulak roboh.
Jemaah Malaysia pulak starting tahun 2005-2011, selesai haji & balik Malaysia berduyun-duyun nak daftar semula buat haji-tak puas katanya (haji yang wajib sekali).
Trend terkini disebabkan kuota haji lama, mak ayah pulak sibuk nak daftar haji untuk anak.Yang babypun didaftarkan sekali
InshaAllah siap semua-semua hotel tu + dah ada sekatan 5 tahun tak boleh daftar haji bila balik+- mungkin ada bakal jemaah yang bawah 15 tahun (tak cukup umur sebab mak ayah daftar cepat sangat), Insha Allah jadi tetamuNya sebelum 2051 malah kalau nak tahun depanpun boleh...kuasa Allah kun faya kun....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2013 08:39 AM | Show all posts
JuanM posted on 23-7-2013 08:33 AM
InshaAllah kalau Allah dah panggil jadi tetamuNya, akan sampai sebelum 2051.Sekarang ni memang ler ...

InshaAllah ...... amin, amin.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.239173 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list