CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MonsieurX

PARIS, FRANCE

   Close [Copy link]
Post time 18-11-2011 03:39 PM | Show all posts
aku kalau ikutkan nak je naik cab kalau byk duit, cos nak angkot bagasi turun naik metro stn tu  ...
azre Post at 18-11-2011 15:26


azre..CC dah cancel ker belom..
kena pickpocket katner..

apa2 duit yg ada jangan masokkan kat dlm pocket jacket or pocket velakang seluar..
guna pocket depan azre..

ni la something yg paling tak best kat Paris ni.. be extra careful..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2011 04:54 PM | Show all posts
azre..CC dah cancel ker belom..
kena pickpocket katner..

apa2 duit yg ada jangan masokkan ...
LelaRentaka7 Post at 18-11-2011 15:39


aku suspect kat dlm trainmetro... silap sendiri sbb careless...
nanti aku letak journal travelog aku...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by azre at 18-11-2011 17:03

boleh ke ni aku paste travelog aku sini? maybe nanti aku sambung kat blogspot ...nak bukak blogspot senang skit...apa pun ni citer first day aku kat paris...

Day 01
Aku masuk ke dlm boarding area dlm pukol 12 malam, masuk boarding room dlm 5 minit, then dh panggil naik. Dlm kapal terbang tu hampir penuh jugak. Terkejut gak rupanya yg naik tu bukannya local Malaysian, tp boleh dikatakan hampir 80% adalah mat salleh, termasukla yg duduk kiri dan kanan aku. Mat salleh yg duduk kiri kanan aku tu orang Perancis, dtg melancong ke Malaysia dan Negara2 sekitar, spt bali dan thailand. Dan daripada pemerhatian aku pada perbualan penumpang2 yg lain, ramai gak  mat salleh dari Australia dan NZ yg transit di LCCT KL utk ke Paris. Kata mereka AAX murah. Bagus jugak la, ada jugak yg transit kat KL dlm 3 hari gitu, kurang2nya merancakkan kegiatan tourism di KL ni.  Aku cari gak muka2 melayu, tak Nampak la pulak, yg ade cina. Aku ada nampak satu family melayu, tp rupa2nya family dari Indonesia. Sempat la sembang dgn mat salleh sebelah aku. Flight take off agak lambat, kata pilot nak tunggu slot time utk take off. Dlm pukol 1 30 baru take off, sepatutnya 12 55. Delay hampir 40 minit. Sebelum take off tu, dlm flight tu rasa bahang panas, aku dah gelisah dah, dlm hati aku, apa ni AA, dah la take off lambat, bahang pulak tu. Tp bila flight dah steady kat atas langit, suhu dlm flight tu mmg comfortable dan agak dingin. Flight 13 jam lebih, sampai orly dlm pukol 3 ptg waktu Malaysia. Jam tgn aku takleh dipulas pulak jarumnye ketat sgt, terpaksa la aku adjust jam kat HP aje. Dlm flight meal serve 2 kali, aku pre-book international meal, dua2 leh tahan, not bad. Berbaloi la dgn harganya. So, aku suggest korang pre-book lah meal, sbb 13jam dlm tu mmg akan kelaparan.  Dlm flight kalau boring korang boleh rent inflight entertainment. Tp kalau bajet, duduk diam2. Most of the time, lampu dlm flight dipadamkan. Tp aku lepas dah puas tidor, aku mati kutu, sib baik ade bawak novel, dlm 50 pages gak la aku baca. Sampai orly, imigresen tak de masalah, dia tgk passport aku, terus dia chop. Rasanya passport Malaysia takde masalah sgt. Masa lalu kat control bagasi pun takde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by azre at 18-11-2011 17:07

Pastu aku gi ke kaunter information, beli tiket museum pass utk 2 hari 35CHF, dan metro carnet ticket 10 keping. Then aku tanya dia mana nak ambik bas ke nearest metro stn, kuar kat pintu J, platform 4. Beli tiket kat kaunter platform 4 tu, harga Euro6.90. mahal gak. Bas tertolak, kemudian dia berenti satu lagi bus stop kat Orly airport, kat situ kemain ramai penumpang naik, sampai kena berdiri. Lepas 20 minit, sampai ke Metro Stn Denfert Rechereau. Sepanjang perjalanan aku tgk pokok2 di paris masih berdaun, blum gugur sepenuhnya lagi. Sampai stn metro, semua penumpang turun itu last stop, aku jejak kaki ke bumi Paris buat kali kedua. Sejukkk...Dgn confident, aku mulakan misi jelajah aku sorang diri di bumi Europe dgn rasa sedikit suspen dan cuak (hehe), aku terus aku ke dlm metro stn, ambik metro ke stn St Michel Notre Dame kerana hotel aku berdekatan area situ. Sampai je sana, keluar dr metro stn, terus nampak Notre Dame, time tu orang masih lengang lagi, damai je rasa tgk kota paris yg indah tu dgn sungai Seine. First thing first, aku kena locate kedudukan dan orientation aku. Aku kuarkan map google earth location hotel yg aku dh print siap2, terpusing2 gak la memula tu carik orientation, clueless, disinilah perlukan kemahiran baca map....ah haa..aku dah dpt kenal mana arah hotel tu. Apa lagi, aku terus heret beg aku ke sana, rupanya tak jauh pun, tgk dlm google earth mcm jauh je. Nama hotel ni Hotel Marignan, location mmg terbaik, dekat dgn 2 metro station i.e. St Michel dan Maubert Mutualite (lebih dekat cuma 50m). Dekat dgn Notre Dame dan kawasan pedestrian shopping lane (area metro Saint Michel) yg happening waktu malam dan banyak kedai souvenier dan kedai kebab halal yg murah. Dan jugak agak dekat dgn Masjid terbesar di Paris iaitu di kawasan Place Monge. Aku jalan kaki je ke masjid ni, walaupun kalau ikutkan jaraknye selang 2 metro station. Hotel Marignan ni best, breakfast free, bilik memuaskan, walaupun agak kecik, tp selesa, katil dan cadar bersih, bantal 2 bijik yg comfortable, 2 helai towel yg bersih, ada tingkap yg boleh dibuka, almari, meja dan kerusi, satu sinki , cermin muka dan hair dryer. Shared toilet dan shower, tp condition shower mmg bersih dan memuaskan, dan tak jauh. Kawasan kejiranan hotel ni pun aman damai. Receptionist dia pun peramah. Harga bilik aku Euro54 kalau kat online, tp dia suruh aku byr Euro50je, so utk dua malam Euro100. Cuma yg tak best, takde lift.

Waktu check in pukol 12 tgh hari, aku tinggalkan bag situ, kemudian aku terus mulakan misi aku gi jelajah paris, dgn muka tak cuci dan badan tak mandi (dan bawak beg galas yg berisi laptop yg sgt membebankan aku). Aku mmg tak suka berjalan masa first day, dimana terpaksa angkut beg galas yg berat sbb waktu check in lepas tgh hari, dan dgn badan tak mandi. Perkara yg sama berlaku masa aku gi seoul dulu. Tp nak wak cemana, terpaksa la, tak kan nak tunggu kat lobby hotel selama 4 jam. Hari pertama, aku target nak gi Montmarte dan sebelum tu singgah jap kat Notre Dame, sbb dh dekat. Kat Notre Dame, aku pusing2 tgk dr luar je, cantik la jugak, besar. Pagi2 hari dah panjang Q utk masuk. Aku pusing2 jap area situ, then aku masuk metro stn Cite utk ke Montmantre. Dlm train metro stn ni la berlaku perkara yg mmg paling ditakuti bila berlaku pada tourist, especially lone ranger tourist mcm aku ni! Mmg nightmare! Train yg pertama aku naik, aku dpt duduk, then tukar train lain aku terpaksa berdiri dan berasak2. Haaa...time ni la aku suspect wallet aku kena kebass!!!! Celaka betul. First day kat paris, wallet aku dh kena curik!! Tensen gila. Time dlm train aku tak perasan lagi, masa turun kat stn Anvers utk ke montmantre aku tak perasan lagi. Dlm hati masih seronok nak jelajah kota paris dan tgk montmantre tersergam kat atas bukit.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 05:03 PM | Show all posts
Masa nak naik montmantre tu aku dah gelisah skit bila tgk ramai sgt pak itam menunggu carik mangsa, celaka punyer pak itam, takde keje lain ke. Aku dh agak dah, mesti dia nak lilit tali kat tgn. Atas nasihat forumers sebelum ni, aku buat2 tak nampak dia walaupun dia tegur aku, terus aku lalu tanpa pedulikan dia. Selain group mat black tu, ade satu group lagi yg konon2 buat mcm satu survey, yg ni pun aku buat2 tak nampak gak, walaupun minah tu mcm agak pushy sampai dia tolak skit badan aku, sial. Dah sampai atas, org mmg ramai, aku belasah je masuk dlm montmatre tu, tgk apa ada kat dlm. Tak suka aku tgk suasana gereja, kelam, penuh patung2, mmg suasana yg seram dan sesat! Bila kuar aku jalan2 la kat jalan belakang yg ade jual2 painting, time ni la aku tersedar, wallet aku hilang!! Arhhh, damn!!! Shit!!!!  Aku dah mula cuak! Perkara yg paling aku takuti berlaku, dah berlaku kat aku! Wallet hilang! Cash money, 2 credit cards aku semua dlm tu. Celaka!! Cash aku ade la dlm 200 euro + 270CHF. Dkt2 Rm1500 gitu. Mujur aku ada asingkan separuh lagi cash aku kat tmpt lain! Tp credit card pulak takde, nak hrpkan cash yg ade, mmg just ngam2 utk aku tunggu hari nak pergi zurich je. Terus aku capai HP, aku call bank, buat aduan dan suruh block Credit card. Sib baik HP aku dah ade roaming dan battery masih byk. Mode aku masa tu mmg sedih gila, dan takut pun ade. Ye la aku sorang2 kat paris, kawan aku yg duk zurich tu masih ade kat Malaysia lagi. Masa tu aku rasa mcm down gila, nak jalan paris pun dh takde mood, terus aku piker nak balik hotel je...arghh..nak mengadu kat sapa ni?? Sib baik passport aku tak ilang. Masa nak balik tu, aku terserempak dgn sorang pelancong asia, muka mcm melayu, terus aku sapa, dia kata dr Indonesia, tanpa segan aku terus ckp wallet aku kena curi. Dia pun terpinga2. Masa tu aku rasa mcm nak share problem aku tu dgn someone, hanya tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Tp bila aku tgk muka dia mcm takut2 dan blur, aku pun ckp takpe nevermind, aku terus blah dan beri senyuman. Aku terus balik hotel. Sampai hotel aku kira cash money yg aku ada, dlm Euro 160 + 200CHF. Hmmm mmg cukop2 je sampai hari isnin. Sib baik train ke Zurich aku dah beli awal2. Aku byr hotel Euro 100, tinggal lagi Euro 60 + 200CHF. Malam ketiga nak kena byr hotel lagi Euro 54. Abis duit aku tu mmg tak cukop utk aku makan. Dlm kepala aku, kena makan biskut je la yg aku bawak dr Malaysia. Masa tu mood nak jalan2 kat paris dah deteriorate gila. Kat hotel aku BBM dan SMS kawan2 aku. Kemudian, baru aku teringat yg hotel utk mlm ke3 tu, dia dah charge kat Credit card aku, aku double check kat printing dia, haah mmg dia dah charge full masa booking day. Maknanya Euro60 tu boleh la aku guna utk makan. Lega. Tp aku risau gak kot2 hotel tu mmg blum charge lagi. Aku rasa sakit hati gila bila kenangkan wallet aku kena curik tu. Byk tu beb cash money yg ilang, Rm1500 + credit cards. Adoiii...geram je aku rasa. Aku pun salahkan diri sendiri gak sbb careless dan unprepared. Dulu masa aku pernah travel Europe, aku siap beli wallet nipis mcm tali pinggang tu, pakai underneath baju. Simpan duit dlm tu. Dan aku ada jugak buat Traveller’s Cheque, yg mana cheque ni kalau ilang buleh diganti by series number dan hanya owner yg dpt cashkan. Kali ni tah kenapa aku agak unprepared for the worst dan boleh jd careless pulak. Maybe aku busy dgn keje dan plan trip ni pun last minutes. Sepatutnya at least aku kena asingkan salah satu credit card aku tu. Pengajaran utk aku. Pengajaran yg amat pahit. Mlm tu aku tidor awal, sampai hotel pukol 1 ptg, aku mandi2, terus tidor sbb jetlag dan sbb mood dah down. Mlm tu aku dinner cuma biskut 2 keping. Takde selera nak makan, dan takde duit nak makan. Sedih gila. Hari pertama di paris yg pahit utk aku.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 11:45 PM | Show all posts
Reply 2151# azre

Itu yang paling aku risau time travelling. kalau jauh jer memang aku tak bawak wallet. semua masuk pouch atau gantung kat leher dan memang masuk dalam baju hatta kat Seoul yg dikatakan selamat tuh.. Europe ni memang bleh tahan aktif dia punya pickpocket, dan memang pro. My fren ambik trafalgar tour rasanya, one of the tourist hilang duit dalam pouch around GBP500 rasanya.. terrer siots, tapi aku bajet pouch dia bukan letak dalam baju..
bukak ler blog, boleh aku link kat blog aku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2011 12:13 AM | Show all posts
Reply  azre

Itu yang paling aku risau time travelling. kalau jauh jer memang aku tak bawak walle ...
divasweet_77 Post at 18-11-2011 23:45


Bukan bleh tahan aktif dia punya pickpocket, dan memang pro.. dah tahap kronik dah sbb banyak gagak ngan roma yg keja dia asik pedajal tourists jer.. banyak dah saya tgk cara2 dia nak curik duit kita..

Saya pakai baju t-shirt yg ada zip kat depan tu, yg org pegi haji pakai tu.. saya ambek atok saya punya..

harap2 kawan2 yg nak pegi ni be careful dan ini juga peringatan utk diri saya sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 12:39 AM | Show all posts
Reply 2153# LelaRentaka7

betul tu.. memang kat Europe selalu dipesan supaya berhati-hati especially dgn gypsies (Romani), beggars n con-artists.. dah ler kita ni bukan jenis beruang.. opss..  hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 12:45 AM | Show all posts
Reply  LelaRentaka7

betul tu.. memang kat Europe selalu dipesan supaya berhati-hati especially d ...
divasweet_77 Post at 19-11-2011 00:39


jenis beruangggg???
kalau ada experience cam azre tu leh la share kat sini supaya yg lain pon boleh la beringat dan hati2 bila deal ngan dorang ni..

Jangan bagi dorang ni sentuh kita walau sikit pon.. tapi kalau dah lam metro bila kita kena kepung ngan romani gypsy ni mmg la susah nak lepas dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:11 AM | Show all posts
Reply 2155# LelaRentaka7

Setakat ni Alhamdulillah tak pernah lagi la ada bad experience macam yang azre kene masa travelling. Mintak simpang sesangat. Selalu kena compare checklist ngan partner takut ada barang yang tertinggal. Dan selalu kita yg prepare everything hatta sampai ke party pack kita buat.. Apa dalam party pack?? hehe.. biasanya energy bars, candy, rain coat etc.
BTW, ada ker yg kena kepung ngan diorang dalam metro?? scary tuh, cemana nak elak ekk kalau dalam metro
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:25 AM | Show all posts
Reply  LelaRentaka7

Setakat ni Alhamdulillah tak pernah lagi la ada bad experience macam yang az ...
divasweet_77 Post at 19-11-2011 01:11



bila kita nak masok lam metro hati2 bila ada kumpulan bdk2 roma pompuan yg teenagers ni yg tolak2 dan masa tu kita tak sedar kita dah kena isolate from our friends.. kiri kanan dia himpit kita dan masa tu la tangan dia buat operasi..
lepas tu nnt next station dia turun.. tapi banyak lagi la scam dorang ni lam metro ni..

saya pon harap2 trip saya nnt di jauhkan dr benda2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:38 AM | Show all posts
Reply 2157# LelaRentaka7

Bila nak pegi??
Sib baik hari tu tak der la pulak kena macam tu.. cuma my fren kena hempet ngan hanjing jer dalam metro.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:42 AM | Show all posts
Reply  LelaRentaka7

Bila nak pegi??
Sib baik hari tu tak der la pulak kena macam tu.. cuma my  ...
divasweet_77 Post at 19-11-2011 01:38

nak pegi bulan doblas nnt..insyaAllah..
diva ada nak merepeat Paris lagi ker..{:4_243:}
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:45 AM | Show all posts
Reply 2158# divasweet_77

kena hempet ngan anjeng tu sbb dia bawak masok metro ker..
biasa la tu kan..tapi kalau anjeng tu dok dendiam ok ler..
takut dapat yang friendly tu susah sket ..asik nak suh kita pat kepala dia ajer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 01:52 AM | Show all posts
Reply 2160# LelaRentaka7

angan-angan nak repeat mau ada tapi poket nipis jer.. hehehe.. sejup tu bulan doblas. siang pun pendek. Bab hanjing tu memang tak dapek nak nolong. Dulu my fren naik KLM dari mana ntah, siap orang sebelah dia bawak naik anjing ala2 paris hilton punya. tensen minah tu. sib baik anjing tu jenis sivik jer.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2011 03:52 AM | Show all posts
Masa nak naik montmantre tu aku dah gelisah skit bila tgk ramai sgt pak itam menunggu carik mangsa,  ...
azre Post at 18-11-2011 03:03 AM


inilah antara benda me risau akan berlaku masa travel,
takpalah, next time u lebih berhati hati, me ambil cita ni
sebagai pedomen jugak, u simpan wallet
tu kat mana sebenarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2011 10:08 AM | Show all posts
As-Salam All...
Thread dah nak sampai page 100..
Siapa2 yg membuka thread sila letakkan info2 yg terkumpul spt nama hotel, places of interest, transportation, informative links yg telah di share di dalam thread di permualaan thread baru...

Pembuka thread boleh reserve bbrp post dan dengan demikian bertanggung jawab mengupdatekan info di bahagian depan..
sekiranya pembuka thread menghadapi kesulitan, boleh lah PM Mod untuk bantuan dan Mod akan postkan info tersebut di bahagian depan thread..

Sekian..TQ
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 12:44 PM | Show all posts
Masa nak naik montmantre tu aku dah gelisah skit bila tgk ramai sgt pak itam menunggu carik mangsa,  ...
azre Post at 18-11-2011 17:03



   ohh wow! what an experience! I could imagine how it felt for u...sebab kita teruja nak jalan2 kat sana tapi sebaliknya jadi kan..takpe itu buat pengajaran u next time and for us dalam forum ni..its good laa u could share it with  us...i mmg kalau gi paris seboleh2 akan avoid metro..sebab mmg byk pick pocket kat situ..i would prefer walking or naik bus..so far i byk jalan n ambik taxi..and mmg sentiasa rasa badan..sebab gantung purse nipis tu kat leher..tak kesah laa nampak dada tu bulky ke apa..sebab byk baca orang kene pick pocket..takuttttt
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 10:05 AM | Show all posts
Reply 2151# azre


woww azre better buka blog best baca your experience...

Btw my friend pun pergi kena pickpocket dlm train otw to amsterdam.. RM1,500 jugak la hilang and credit card and her blackberry. But then, nasib la tu duit kawan dia yg tempah brg kat dia.. so duit dia slmt. but still la kena ganti kat her friend tu kan.. huhu.. haih... takotnya!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 10:38 AM | Show all posts
just want to share my paris trip... saya dan hubby stay di TIM Hotel at Jue Rue on Line 6 at 90Euro per nite per room with breakfast,  sangat memudahkan utk first timer sbb hotel dekat dgn metro station dan hanya 1 stop ke Bir Hakim...nak jalan kaki ke Eiffel pun boleh...dan yg senangnya bila berada di Line 6 adalah senang nak ke mana nak ke RER C utk Versaille, RER A ke Disneyland atau RER B ke airport...di airport saya beli Navigo iaitu tiket utk 1 minggu utk cover zon 1 - 5 harga 33.40 Euro...sangat memudahkan sesi jelajah...balik sbb bag berat naik shuttle hotel 18Euro seorang...all in all our trip dah jadi mcm honey moon pulak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076046 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list