|
dah jadi buku ke citer ni?????
sbb tu takde sambungan kot |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm...dah naik cuti raya nie...
still x de n3 ke... |
|
|
|
|
|
|
|
la dah lama x masuk sini ingatkan ada sambungan rupanya tidak. betul kata hary dari mengandung baca cerita ni sampaikan dah bersalin tapi x habis - habis lagi. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by winter at 6-1-2010 23:54
Sambungan bab 16 yang lalu. Masih dalam proses pengeditan...plot/rangka cerita ni mmg dah complete tapi tak ditukar ke dalam bentuk penulisan lagi..Terima kasih semua atas sokongan yang diberikan. Tanpa anda semua siapalah saya..
“Anuar..” Akma tersenyum dalam debar. Tangan Suffian yang memegang bahunya ditolak ketepi. Suffian tidak berganjak, malahan pegangan tangannya itu bertambah kuat. Muka Akma pucat, tidak berdarah. Entah apa yang Anuar akan fikirkan tentang dirinya nanti.
“Saya pergi dulu…” kata Anuar lalu meninggalkan mereka bertiga disitu, tanpa sebarang reaksi. Anuar seolah-olah dingin seperti selalunya, seperti tidak mengenali Akma. Akma cuba untuk menerangkan perkara yang sebenarnya berlaku, tetapi dia hanya mampu berdiri. Kakinya seolah-olah sudah dipaku dengan ketatnya ke lantai.
Natasya terus masuk ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuatnya. Adakah Natasya turut merasa marah dengan apa yang terjadi?
Suffian meleraikan pegangan lantas tersenyum. Nampaknya apa yang berlaku sebentar tadi lebih baik daripada apa sudah yang dirancangnya sebelum ini. Walaupun Anuar tidak menunjukkan sebarang reaksi, dia tahu Anuar terkesan dengan apa yang dilihatnya. Memang jelas. Sekiranya berlaku perkara yang tidak disukai, Anuar pasti akan bertindak dingin. Siapa yang lebih mengenali Anuar kalau bukan kawan karibnya sendiri?
Akma berlari meninggalkan Suffian masuk ke bilik alatan untuk memulangkan projektor. Perasaan marah dan resah datang silih berganti. Sementara itu, Suffian mengekori dengan membawa fail-fail yang terjatuh tadi.
Setelah meletakkan projector dan menandatangani buku pemulangan alatan, Akma terus pulang semula ke tempat kerjanya tanpa mengendahkan Suffian. Akma berpura tidak mendengar walaupun berkali-kali Suffian memangil namanya.
“Akma!”
“Oi! Tak dengar ke orang panggil?”
Akma membuka semula komputernya untuk menyambung kerja. Belum sempat pun dia membuka dokumen yang ada, matanya tertancap pada bunga ros biru dan coklat yang terletak disebelah komputer. Bayangan wajah Suffian menerjah ke kotak fikirannya. Wajah lelaki yang sentiasa sengaja menimbulkan masalah terhadapnya. Dia lantas mengambil bunga tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah yang terletak tidak jauh dari tempat duduk. Pada masa yang sama Suffian tiba manyerahkan fail-fail kepada Akma.
“Taknak ke fail2 nie?” Tanya Suffian mengejek dengan perlahan.
“Letak aja atas meja,” jawab Akma tanpa memandang Suffian. Dia betul-betul hilang mood untuk melayan sesiapa terutama lelaki ini. Suffian masih lagi berdiri disebelahnya, tidak berganjak.
“Sayang buang bunga ni. Sapalah yang beri agaknya ya?” Tanya Suffian. Walaupun desas desus mengatakan dia yang memberinya kepada Akma, tetapi bukan dia yang menghadiahkan. Dia juga ingin tahu siapakah orangnya yang menjadi peminat rahsia Akma. . Adakah Anuar yang mengirimkannya? Mungkinkah?
Akma diam seketika sebelum bersuara.
“Jangan sekali-kali menghantar bunga dan coklat lagi kepada saya, faham?” arah Akma, dingin. Dia cukup yakin Suffian yang menghantar bunga dan coklat tersebut. Siapa lagi yang boleh disyaki selain daripada Suffian?
“Sudahla Suffian. Cukuplah dengan sikap awak ni. Lebih baik jaga hati orang yang dah ada kat sisi awak tu. Kalo hilang, awak sendiri yang merana.”
“Awak cemburu?” tanya Suffian cuba memancing. Kalau benar Akma cemburu, tidak perlulah dia melaksanakan semua perkara yang telah dirancang sebelum ini. Lagi mudah kerjanya.
“Please…! Saya nak awak hentikan semua perkara yang awak buat ni. Saya tak berminat.” Terang Akma lagi, kali ini matanya memandang Suffian dengan pandangan yang tajam, jelas untuk menunjukkan dia tidak mahu perkara itu berterusan.
Suffian tersenyum lagi. Memang menjengkelkan Akma.
“You are quite an interesting lady.” Kata Suffian mempamirkan senyuman yang biasanya mencairkan ramai wanita. “Tak mahu bagi saya peluang? Mana tahu, kalau awaklah orang yang saya cari-cari? Atau lebih tepat lagi, sayalah orangnya untuk awak?” tambahnya lagi sambil menongkat dagu di pembahagi meja Akma.
“Bukankah Natasya orangnya untuk awak?” Tanya Akma kejap. Perbualan antara Anuar dan Suffian masih jelas diingatannya. Pengakuan Suffian yang tiada wanita dihatinya selain daripada Natasya. Dia cuba melihat reaksi Suffian setelah perkara itu dibangkitkan.
Suffian tergamam seketika apabila Akma menyebut nama Natasya. Adakah dia mengetahui sesuatu? Dia tidak pernah menceritakan perkara ini kepada sesiapa, kecuali pada ketika amarahnya yang keterlaluan pada Anuar beberapa hari yang lalu. Adakah Anuar menceritakan perkara tersebut kepada Akma? Mana mungkin?
“Nasihat saya, Suffian. Berhentilah daripada mempermainkan orang lain. Nanti awak sendiri yang menerima musibahnya. Awak pernah dengar orang kata, semua perkara yang kita buat pada orang lain akan terpalit semula pada diri kita sendiri? Pernah dengar?”
Akma memalingkan semula kerusi dan terus menyambung kerja yang terhenti sebentar tadi. Muka Suffian sudah memerah menahan geram. Dia cuba mengawal perasaan dan menenangkan diri. Dia menarik nafas dan menghembusnya keluar perlahan.
“You don’t know what I have planned, Akma,” bisik Suffian di dalam hati sambil dengan seyuman penuh erti. “You will be my next victim,” sambungnya lagi sebelum berlalu pergi.
###
Masuk sahaja ke dalam bilik, Anuar meletakkan beg dan terus berbaring di atas katil. Sejak petang tadi, bayangan peristiwa tadi tidak putus menganggu fikirannya. Dia tidak dapat bereaksi. Tergamam.
Bantal dipeluk sekuat hatinya. Apakah perasaan ini yang dirasainya? Sakit? Kecewa? Semuanya datang silih berganti. Berkecamuk. Mengapa dia perlu rasa kecewa? Mengapa hatinya merasa sedih dan terluka?
Argghh! Jerit hatinya dengan sekuat hati. Dia pernah merasa kecewa dan terluka ketika terputusnya hubungan antara dia dan Natasya pada suatu ketika dahulu. Perasaan yang dirasai ketika ini hampir serupa seperti itu. Apakah maknanya ini semua?
Adakah hatinya telahpun dicuri oleh seseorang? Adakah begitu? Dia tahu dia merasakan sesuatu yang berlainan tetapi adakah benar itu perasaanya? Hari-hari yang dilaluinya dengan kehadiran Akma memang manis. Seakan tidak mahu semuanya berakhir. Kadangkala tercubit sedikit rasa rindu, seringkali terbayang wajahnya. Adakah itu maknanya cinta? Adakah itu sebabnya perasaan kecewa dan terluka ini hadir? Anuar tidak dapat merungkai. Fikirannya kusut. Tetapi dia tahu Akma adalah seorang gadis yang amat istimewa buatnya.
Apakah yang berlaku antara Akma dan Suffian? Benarkah ada sesuatu di antara mereka? Dia perlu tahu. Dia perlukan jawapan ikhlas daripada Akma. Dia tahu Akma akan berlaku jujur dengannya.
* * *
Akma melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai menonton televisyen. Dia perlu berbual dengan Kak Sarah. Banyak perkara yang didalam kepalanya sejak petang tadi. Sekurang-kurangnya Kak Sarah dapat membantunya dalam membuat keputusan.
Kedengaran suara esakan kecil apabila dia lalu dihadapan bilik Hani. Akma cuba mengintai dibalik pintu yang sedikit terbuka. Menangiskah dia?
“Kak Sarah. Hani sedih. Dah lama Hani bersabar. Hani sayangkan dia Kak Sarah. Kenapa dia buat Hani macam ni?”
Kak Sarah memujuk. Dia memegang dan mengusap belakang Hani yang masih lagi teresak-esak. Semakin lama semakin kuat.
“Hani tahu perangai dia yang suka bertukar wanita. Tapi Hani ingat, Hani dah dapat mengubah dia. Hanilah orangnya yang dapat mengubah hatinya. Kenapa dia masih tak berubah?” tangis Hani. Dia tidak mampu untuk menahan perasaan yang tertekan. “Kak Sarah, dialah cinta hati Hani. Hani tak pernah sayang orang seperti Hani sayangkan dia!”
“Banyak sabar, Hani,” pujuk Kak Sarah. Dia cuba menenangkan Hani.
Akma terkaku. Adakah Hani berbicara tentang Suffian? Siapa lagi kalau bukan Suffian. Apakah sebenarnya yang berlaku?
“Kak Sarah..Apa yang perlu Hani buat? Hani tak mahu berpisah. Hani tak mampu, Kak Sarah.”
Kak Sarah memujuk lagi. “Hani. Semua ini ada hikmahnya. Mana tahu kalau Hani berjumpa dengan orang yang lebih baik? Tenangkan diri, ya?”
Peristiwa petang tadi terus menggamit fikiran Akma. Begitu juga dengan kata-kata Suffian dengan Anuar tempoh hari. Adakah Suffian telah memutuskan hubungan dengan Hani? |
|
|
|
|
|
|
|
alhmadulillah ada pun smbungannya.. thanks winter.. winter mmg ramai follower kat sini, harap sgt winter tak hampakan peminat semua...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
alhmadulillah ada pun smbungannya.. thanks winter.. winter mmg ramai follower kat sini, harap sgt winter tak hampakan peminat semua...:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
2144# winter
yeaaayy..I luv uuu, winter |
|
|
|
|
|
|
|
dah ingat2 lupa cite ni..kena baca dari awal balik |
|
|
|
|
|
|
|
best dpt baca blk citer ni |
|
|
|
|
|
|
|
peace, dyea, nallepooh, bunick, iwimz,
tq so much! saya perasan korang ni lah antara yang rajin mereply msg kat blog ni...hehe..terima kasih bebanyak sebab sabar menanti update saya yang bertahun2 nie..even dah ada yg beranak dua kali..hehehe..
saya harap dapat update at least seminggu sekali...plot mmg dah complete..cuma nak tukar ke bentuk penulisan kreatif ni makan masa sikit..nak menulis nie kena ada mood yang sesuai...dapat je mood tu insyaAllah penulisan tu akan menarik..
akan dapatkah kukejar impian untuk menjadi penulis novel yang dibanggakan?
oklah dah mula melalut dah...update seterusnya dalam minggu nie..jumpa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
2152# bunick
bunick...
cepatnya mereply...kekeke..ye ye baiklah...akan kubuat lebih 5 pages ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengah tunggu winter upload citer ni.
x sabar rasanya.
inilah citer yg membawa iwimz masuk ke forum ni.
masa tu tgh boring, pastu kazen suruh baca novel ni kat forum,
terus melekat dengan novel lain sapai sekarang
keep good work winter |
|
|
|
|
|
|
|
mna winter ni.dh rabu dh nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk penulisan2u pun ok jugak kan...senang sikit nak baca...betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau masuk penulisan2u pun ok jugak kan...senang sikit nak baca...betul ke?
winter Post at 20-1-2010 15:59
msk n3 kt cni jek winter sbb kt opis aku kena blok penulisan2u. jenuh plak aku nk kna tggu blk umah br leh baca. n3 xde ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
2158# bunick hehehhe.. dah agak dah soalan itu akan ditanya...lom gie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|