kalau KB menang ABP tak kisah lagi..tp kalau SK belakang sikit menang tu..huh! isu moral pun org blh tutup mata..lelama jadi budaya kat Malaysia ni..
utk tak OT, I dont mind Fattzura tak menang..bukan sebab fans tak undi, kita dah buat yg terbaik pun..tapi nak bagitau..fattzura tu dah berada dalam kelas dan liga yg tersendiri.
dulu org kata kemenangan ABP tu macam badi..lepas menang mesti sendu..tapi bamtah tak sendu punnnnnnnnn
SEPETANG DI ONEMUSIC LIVE SESSION BERSAMA FABULOUS FAZURA
"Ramai juga yang bertanya saya minat sangat ke dengan Fazura? Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya dapat bertentang mata dengan Malaysia Sweetheart ini. Kali pertama adalah ketika saya menyertai program #KasiChance anjuran Wrigley's dimana ketika itu, Fazura merupakan juri jemputan. Kali kedua pula semasa acara syarikat telefon pintar Neffos.
Back to soalan kenapa saya minat dengan Fazura. Jawapan cliché adalah lakonan beliau sampai ke hati saya. Terus terang, saya nampak perubahan ketara lakonan beliau sejak dari filem pertamanya Bicara Hati (2004). Filem Pisau Cukur membuka mata saya terhadap lakonan Fazura dan sejak itu saya sentiasa mengikuti filem-filem yang dibintanginya. Antaranya Kami Histeria, J Revolusi, Gol & Gincu, Langit Cinta, Qaisy & Laila, Senario XX, Kayangan, Selamat Pagi Cinta, Lagenda Budak Setan dan banyak lagi."
"Perkara yang benar-benar membuat saya kagum akan Fazura adalah keramahan beliau. Tidak dibuat-buat. Beliau melayan peminat seperti satu keluarga. Malah setiap kali saya bertemu, beliau tidak sombong langsung. That is why peminat beliau cukup menganjungi dan menyayangi seorang yang bernama Fazura."