Awkk...
Kita tidak akan biarkan
Awak terkapai sendirian
Ada kita hulurkan tangan
Andai kita tiada kekuatan
Menarik awak ke daratan
Biarlah kita turut terbenam dalam lautan
Jika itu yang awak inginkan...
awak
mampukah awak meredah ombak
sedaiakah awak lemas bersama
relakah awak tenggelam
bila awak tiada kekuatan lagi
lalu kita terdampar
atau tenggelam dilautan....
Awak...
Kita memang suka pantai dan lautan...
Demi melihat hebatnya alunan ombak..
Buat kita terasa cuak..
Kerana kita tidak tahu berenang..
Takut kita hilang dalam lautan terbentang..
Jika tangan awak ..kita pegang...
Mungkin bimbang kita berkurang...
Tapi kita ragu genggaman kita terlepas begitu....
awak
kita juga suka pada laut
diwaktu pagi
kita suka dengan bisikan ombak
tengahhari pula awak
kita suka merasa tiupan angin
terasa ia seperti memeluk kita
petangnya pula
kita suka pada ombak laut
buih buihnya seakan menari
dan seperti melakarkan sesuatu
berjalan pula diatas hamparan
buih, air dan pasir
seakan hilang semua kedukaan
untuk awak
jika takut dengan lautan
jangan berani bermain ombak
duduk saja ditepinya
sambil bermain dan membina istana pasir.....
awak...
lautan tidak sentiasa tenang
adakala gelora bertandang
adakala bayu lembut bertempik jua
adakala ombak menjadi tsunami bahaya...
awak
kita duduk membina istana pasir
meskipun kita tahu akan punah disapa ombak berdesir
tapi awak
kita akan bina semula istana
tidak kira berapa kali akan ranap
kita tetap tabah menghadap
kerana kita tahu dengan kekuatan kasih sayang kita
istana pasir akan teguh jua
walau tidak pada pandangan zahirnya
tapi terlihat di mata hati kita..............
Awak..
Walaupun kita berada di tempat berbeza
Waktu yang berlainan
Tetap jua menatap purnama nan sama
Tetap jua disinari suria yang sama
Tetap jua menghirup udara yang sama...
Awak...
Berapa pun tinggi ikhlas berdiri
Tetap jua harta rupa dikejari
Budi pekerti tulusnya hati seakan dilupai
Bagai tercampak ke tepi....
Awak..
Tatkala air pasang..darat dan laut seketika tenang
Apabila airnya surut..meninggalkan kesan berparut
..dan ada yang larut serta hanyut...
Awak
Ombak dan laut setia bertaut
Tiada ombak bermaknakah laut
Terkambus laut menguburkan ombak
Bagaimana penyair mengalunkan sajak
Awak..
Pada deruan angin ada doa mengiringi
Pada renyai merintik ada jua doa berbisik
Yang terbaik setiap saat berdetik....
JIWA akan sepi tanpa TEMAN.
HATI akan mati tanpa IMAN.
HARI ini adalah KENYATAAN,
SEMALAM adalah KENANGAN,
ESOK adalah IMPIAN.
Sucikan HATI,
Jernihkan PIKIRAN.
Awak
Kalau bisa kita ulangi semua kenangan
Mungkin ada janji yang terpatri
Mungkin ada mimpi yang kan menghiasi
Mungkin ada kota yang terbina atas dasar cinta suci
Awak
Pergi tanpa ada yang mengganti
Pergi tanpa jejak hingga kini
Sepi tanpa sebarang berita untuk kudengari
Hilang tanpa tanda untuk ku jejaki
Awak
ku pohon pada ILAHI
andai takdir itu milik-NYA
akan PASTI bertemu suatu ketika yang ABADI