CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hanni

UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 7-2-2010 10:58 AM | Show all posts
hehe..
akak jellybee dah jadi pakar rujuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 02:09 PM | Show all posts
Salam freshoren...Selamat menunaikan umrah semoga mendapat umrah yang mabrur InsyaAllah..

Perempuan dalam uzur tidak di benarkan (haram) tawaf di Baitullah dan masuk masjid. Tapi luar kawasan m ...
jellybee Post at 6-2-2010 19:48
Terima kasih kak..tuh lah,rase macam nakpegi kursus banyak kali la..rase nye kat sini x provide tapi kene cek dulu la tq yer kak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 06:36 PM | Show all posts
..tuh lah,rase macam nakpegi kursus banyak kali la..rase nye kat sini x provide tapi kene cek dulu la tq yer kak
freshoren Post at 7-2-2010 14:09


Salam.
Macam jellybee kata, pertama kali kami mengerjakan umrah, kami hadir kursus umrah 8x. Kali pertama samar2. Kali kedua masih kabur. Sehinggalah kali ke 8 baru confident. Itu pun bila kami buat umrah kali ke-dua, kami masih pergi lagi 2x kursus umrah. (BTW jellybee tu isteri saya)

Bukan apa ...... kami mahu betul2 memantapkan ilmu kami. Ialah, kita cetek ilmu, jadi kenalah berusaha. Serupa juga bila kami dapat tunai haji, pergi kursus 16 siri di Kelana Jaya anjuran Tabung Haji ....... di tambah dengan kursus 10 siri anjuran masjid berdekatan.

Kalau di KL :
Kursus umrah ada pada setiap hari sabtu (kecuali bulan puasa dan haji) jam 9-12 pagi di masjid Tabung Haji, di bahagian bawah bangunan Tabung Haji, jalan Tun Razak, KL . Sesiapa boleh hadir (percuma). Samada yg bakal pergi umrah mahupun kpd sesiapa saja yg nak cari ilmu. Tidak dihadkan kpd yg nak pergi umrah dgn Tabung Haji ataupun dgn sykt lain. Semua di jemput.

Walau apa2 pun, umrah mahupun haji, ia lebih kepada perbuatan, bukanbacaan. So jgnlah risau sangat. Dan yg paling penting, Utz selalu pesansupaya kita berdoa banyak2 agar umrah/haji kita dipermudahkan.

InshaAllah, semua akan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 06:53 PM | Show all posts
Terima kasih kak..tuh lah,rase macam nakpegi kursus banyak kali la..rase nye kat sini x provide tapi kene cek dulu la tq yer kak
freshoren Post at 7-2-2010 14:09



Salam, adikzarif setakat soalan yg mudah2 tu insyaAllah boleh la akak jawab kalau nak yg betul2 sahih kena refer kat ustaz/ustazah.

Pada freshoren satu lagi pengalaman akak  sebagai renungan kita bersama...Kekadang ada yang kata nak pergi umrah kursus dalam 1 hari dah boleh pergi..mmg betul tak kursus pun boleh pegi juga itupun dengan izin Allahs.w.t. Tapi bagi pendapat akak la kalau kita pergi kursus umrah banyak kali pun tak da masaalah kerana lagi banyak ilmu yg kita dapat lagi bagus utk kita. Supaya kita tak terleka dan lalai dalam amalan ibadah kita nanti. Bila kat tanah haram macam2 pendapat orang akan bagi tapi sebaik2nya refer betul2 kat mutawif atau ustaz itu lagi afdal. Jangan mudah terikut2 cakap dan perbuatan orang lain. Jangan ada perasaan was-was. Kena betul2 yakin..

Salah satunya pengalaman (dah lama dah lebih 9tahun) akak kat dalam masjidil haram ialah apabila di tegur oleh seorang jemaah dari Singapura semasa akak mengambil uduk kat tempat wuduk wanita. Beliau mengatakan kita tak boleh beruduk dengan air zam-zam. Tapi apa yang akak belajar daripada kursus2 sebelum tu mengatakan air zam-zam mmg boleh di buat wuduk. Kalau mengikut hukum akal kenapa kat tempat tu di tulis" tempat berwuduk" tapi akak meneruskan juga wuduk akak dan mengatakan padanya ustaz akak bilang boleh beruduk dengan air zam2. Malah kalau nak mandi pun boleh. Masa tu telaga zam-zam masih ujud kt dataran Kaabah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 07:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum~...baca topik nih dari mingu lepas..rasa x sabar2 lagi nak pegi..

InsyaAllah saya dan suami berangkat 1/4-14/4 ikot pakaej dari cs travel..

doakan yer..ni 1st time pergi.perasaan ...
freshoren Post at 5-2-2010 15:36


Salam freshoren...seronoknye dgr orang nak kesana...mesti dah tak sabar2 kan...insyaallah sampailah tu nanti and lepas tu mesti termimpi2 nak kesana lagi..insyaallah...semuga dipermudahkan segala urusan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 07:21 PM | Show all posts
Salam UmmuAisyah...InsyaAllah sehat tubuh badan dan di murahkan rezeki oleh Allah s.w.t. boleh pergi sama2. Akak nie pun pergi umrah/haji atas tajaan suami. Kita nie surirumah sepenuh masa kalau p ...
jellybee Post at 5-2-2010 20:22


Salam...wahhh murahnya rezeki jellybee, suri rumah sepenuh masa tapi dah beberapa kali menjejakkan kaki dibumi Makkah dan Madinah..tulah yang dikatakan kita kesana atas jemputan Allah.  Saya ni kerja and setiap kali duit kami cukup aje, mesti hati melompat2 nak kesana tapi yg peliknyakan ada aje duit yang ntah tiba2 dari mana dtgnya setiap kali kami terfikir nak kesana...suratan atau kebetulan...yang pasti semua tu kerja Allah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2010 09:08 PM | Show all posts
2125# UmmuAisyah tq ummu aisyah..memang dah tak sabar2 sangat nak pegi..kalo nak tau,dari tahun lepas hubby ajak pergi tapi ade je halangan..jadi tahun nih memang berharap sangat takde halangan..InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:09 PM | Show all posts
Salam.
Macam jellybee kata, pertama kali kami mengerjakan umrah, kami hadir kursus umrah 8x. Kali pertama samar2. Kali kedua masih kabur. Sehinggalah kali ke 8 baru confident. Itu pun bila kami b ...
transporter Post at 7-2-2010 18:36
terima kasih uztaz..

saye bukan di kl..jadi kat tempat saye nih memang ada kursus 2 kali jer..InsyaAllah akan bgtau suami berkenaan ni..tq atas maklumat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 09:11 PM | Show all posts
Salam, adikzarif setakat soalan yg mudah2 tu insyaAllah boleh la akak jawab kalau nak yg betul2 sahih kena refer kat ustaz/ustazah.

Pada freshoren satu lagi pengalaman akak  sebagai renungan  ...
jellybee Post at 7-2-2010 18:53
tq kak..saye nih mudah was2..takot sungguh..

tq atas semula maklumat..terharu saya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 10:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum
Saya telah mengikuti kursus Haji & Umrah selama 4 minggu (iaitu setiap Sabtu)
Antara perkara yg saya ingin kongsi bersama ialah isu Niat Ihram Umrah Bersyarat. Niat bersyarat ini disyorkan kepada kaum Hawa (masalah Haid) dan juga kaum Adam/Hawa yang sering sakit-sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 10:51 PM | Show all posts
Niat Ihram Umrah Bersyarat adalah seperti berikut:

“Aku berniat mengerjakan umrah dan berihramlah dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan, maka pada ketika itu aku menjadi  halal dan bertahalullah aku kerana Allah Ta`ala.”
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 12:52 PM | Show all posts
Niat Ihram Umrah Bersyarat adalah seperti berikut:

“Aku berniat mengerjakan umrah dan berihramlah dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan, maka pada ketika itu aku menjadi  halal ...
qurota Post at 7-2-2010 22:51



Salam, qurota akak shorkan setiap wanita yang belum dtg haid membaca niat nie kerana kat tanah haram macam2 boleh jadi maklumlan perubahan cuaca dan makanan pun boleh buat hormon kita berubah.

Macam akak ari tu kalau nak ikutkan lambat lagi..tapi nak jadi cerita ada kawan tanya pasal niat bersyarat kt Jaranah akak pun ajarlah macam mana nak baca niat alih2 selesai wat umrah ptg tu datang pulak dia...terus menjangkit...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 04:05 PM | Show all posts
Lupa nak bagitau kengkawan masa kt masjidilharam akak dapat duit dari mak arab yg sedekah tu, balik sini baru teringat bila bukak beg sandang rupa2nye ada 20 riyal. 1 keping duit 10 riyal dan 2 keping duit 5riyal. MasyaAllah bila cium baunya wangi sungguh . Akak nak simpan jadi kenangan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:24 PM | Show all posts


Gambar dari Blog Ustaz Rahman yang menjadi Mutawif utk Tuanku Zara Isteri Raja Nazrin..
Beruntungnya Ustaz Rahman...asyik diberi kepercayaan oleh TH utk membawa VVIP..
Baru ni Ustaz Rahman bawa Tan Sri Muhyidin Yassin..
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:27 PM | Show all posts


Comelnya muka Tuanku Zara Salim Davidson Raja Puan Besar Perak ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 01:41 AM | Show all posts
2132# jellybee

Memang benar tu Kak Jellybee.

Setiap permasalahan tu ada jalan keluarnya. Sekiranya sewaktu kita menunaikan umrah kita tidak berniat IHRAM BERSYARAT....tiba-tiba didatangi HAID...padahal lagi dua hari kita nak berangkat pulang....ini bermakna kita masih didalam ihram...dan pada masa yg sama kita tidak dapat menyempurnakan rukun-rukun umrah....jadi terpaksalah kita pulang ke Malaysia dalam pantang larang IHRAM. Menurut Ustaz itu lagi....sekiranya perkara begini terjadi kita terpaksalah menyembelih seekor kambing sebagai dam yang dikenali sebagai DAM IHSAR. Dam ini bertujuan untuk menghalalkan/mengeluarkan pantang larang ihram yg 13 belas tu. 
Permasalahan ini tidak akan timbul sekiranya kita BERNIAT IHRAM BERSYARAT...demikian kata-kata ustaz yang mengajar kursus haji & umrah yang saya ikuti tempohari

WALLAHUAKLAM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 01:46 AM | Show all posts
Seperkara lagi yang saya ingin konsi bersama adalah mengenai Qaul Marjuh Mazhab Syafie.

Keputusan Muzakarah Haji Muzakarah Haji yang ke 21 telah memutuskan:

Adalah tidak batal wudhu' Mazhab Shafie ketika berada di Tanah Haram Makkah jika bersentuhan lelaki dan perempuan yang halal berkahwin (ajnabi) dengan syarat tidak ada syahwat.


Berikut adalah keputusan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke 21

"Pandangan Mazhab Dalam Kes Batal Wudhu' : Pendapat Pilihan Berdasarkan Maslahat Jamaah Haji"

1. Rukshah adalah keringanan yang Allah berikan kepada umat Islamdalam melaksanakan perintah-perintah Allah di saat-saat ada darurah, masyaqqah atau haajah. Azimah pula ialah suatu kemestian melaksanakan perintah atau hukum Allah dalam apa keadaan sekalipun.

2. Memilih pendapat selain Mazhab Syafi'ie atau menerima pendapat Marjuh dalam Mazhab Syafi'ie di dalam melaksanakan ibadat boleh dianggapsebagai satu keringanan atau rukhsah.

3.Dalam isu batal wudhu' ketika mengerjakan tawaf, maslahat jemaah haji dapat dijamin, masy Jaqqah dan haraj mereka seperti kesesakkan ditempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan perempuan, ianya dapat dihindarkan dengan beralih dari pendapat  Syafi'ie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh dalam Mazhab Syafi'ie.

4. Jemaah Haji boleh menggunakan pendapat mengatakan tidak batal wudhu' jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat, berdasarkan hal-hal berikut:

4.1 Ianya adalah pendapat yang paling sederhana
4.2 Fuqaha Mazhab Syafi'ie pun ada yang berpendapat sedemikian sebagaimana yang disebutoleh Ibn Suraijdan Al-Rafi'ie.

WALLAHUAKLAM
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 08:21 AM | Show all posts
Seperkara lagi yang saya ingin konsi bersama adalah mengenai Qaul Marjuh Mazhab Syafie.

Keputusan Muzakarah Haji Muzakarah Haji yang ke 21 telah memutuskan:

Adalah tidak batal wudhu' Mazhab Shaf ...
qurota Post at 9-2-2010 01:46


dulu2 diajar bagi mengelak batal wuduk ni kita berwuduk ikut mazhab maliki
antara yg masih ingat dibasahi seluruh kepala kita bukan sekadar 3 helaian
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:52 AM | Show all posts
http://almakki.com.my/wp-content/uploads/2010/02/RIMG0782-1024x768.jpg

Gambar dari Blog Ustaz Rahman yang menjadi Mutawif utk Tuanku Zara Isteri Raja Nazrin..
Beruntungnya Ustaz Rahman...asyik dib ...
aziefa Post at 8-2-2010 23:24


memang haji rahman ada blognya...nak bawak tunku Zara...

famous haji rahman ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 09:52 AM | Show all posts
8/2/10

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.777322 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list