LELAKI ITU
Ada seorang lelaki
Dia amat aku kagumi
Orangnya segak, tampan berisi
Bicaranya lembut menyentuh hati
Kerjanya pemandu, waktu tak tentu
cari rezeki tuk anak dan ratu
biar berkongsi walaupun satu
suka menolong dan juga membantu
Lelaki itu pernah berpesan
susah dan miskin bukannya alasan
untuk berjaya dalam pelajaran
menentang gelombang mencari keberkatan
Kata lelaki itu lagi
Ilmu itu umpama perigi
semakin dalam ia di gali
semakin banyak yang kita terokai
Tapi kini lelaki itu telah pergi
Bertemu Pencipta Yang Maha Mengasihani
Namun jauh di sudut hati
Lelaki itu tetap aku kagumi
Pada Abah yang tiada lagi
Doa untukmu ku titip setiap hari
Pesanmu tersemat kukuh dihati ini
Buat bekalan di kemudian hari
Nukilan ini tatapan semua
Sebagai kenangan buat Ayahanda
LELAKI ITU ku karang buatnya
Tanda kasih dan ingatan selamanya
besh arrrr...aku copy karya oranggg... |