CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: AdamBillionaire

[Dunia] V7 Kronologi Radar MH370

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2014 07:50 AM | Show all posts
troll tok moh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 07:51 AM | Show all posts
Acong posted on 12-3-2014 03:04 AM
kan semua dok spekurama lagi? kaa ko dah tau mana MH370 pi?

nie apa???

Dah diterangkan, gambar kiri tu separuh sahaja, gambar kanan full page. Bila letak bertindan, nampak kaki gambar kanan bersambung dengan gambar kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:51 AM | Show all posts
cloudy_83 posted on 12-3-2014 02:45 AM
dalam kes helios, ada sorang fa masih sedar. last2 tu dia pergi cockpit dan dia yang cuba kemudi k ...

tapi it was found out later FA tu takde kelayakan atau skill untuk piloting boeing 737...maybe flight control systemnya lain dari apa yg FA tu certified ..itu kata crash investigator la
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:51 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 12-3-2014 07:48 AM
Pasal terbang rendah ni.  Kalau jarak perjalan tu dekat logik la. Tapi sampai beribu2km.  Terpaksa p ...

dgn kekuasaan Allah, semua pun mungkin. Wallahu a'lam Last edited by gogo2 on 12-3-2014 07:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
Prosedur Keselamatan Pintu Masuk di KLIA di Pertikai





MH370 - Apa Jadi Dengan Prosedur Keselamatan Pintu Masuk Di KLIA?

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar turut merasa amat dukacita dan bersedih di atas kehilangan penuh misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak Sabtu lepas.

SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370. SAMM Muar sentiasa mendoakan agar keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa dipelihara Yang Maha Esa dan mengharapkan agar petunjuk-petunjuk yang dapat menyelesaikan krisis ini segera diperolehi. SAMM Muar juga berkongsi kesedihan anggota keluarga dan sanak saudara penumpang dan anak kapal MH370.

Sambil menghargai usaha dan tindakan pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan juga agensi-agensi lain dari dalam Negara dan antarabangsa, SAMM Muar juga ingin menarik persoalan bagaimana keadaan sistem pintu masuk sempadan Negara masih mudah dibolosi.

Bukanlah satu rahsia lagi, dalam krisis MH370 ini dua passport yang telah dilaporkan hilang oleh warga Itali dan Austria dapat membolosi dan menaiki pesawat malang tersebut. SAMM Muar menolak untuk mengaitkan sebarang spekulasi atau membuat rumusan awal mengenai teori mengapa dua individu tidak beridentiti ini menggunakan passport tersebut tetapi lebih kepada menarik perhatian mengenai tahap keselamatan kawalan pintu masuk sempadan Negara.

Beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat melihat bagaimana mudahnya pintu sempadan Negara ditembusi sama ada oleh individu, senjata api, dadah atau juga sindiket pemerdagangan manusia dan lain-lain.

SAMM Muar pernah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 5 Ogos 2013 yang menekankan betapa perlunya Kerajaan Pemerintah mengambil berat dan memandang serius mengenai tahap keselamatan dan kebocoran yang berlaku di pintu-pintu masuk sempadan Negara.

SAMM Muar juga mengambil maklum bahawa Yang Berhormat Saudara Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Kawasan Bakri pernah cuba untuk membawa usul berhubung kawalan pintu sempadan Negara pada 15 Jun 2011 sewaktu kejadian warga Singapura yang ditahan sewaktu cuba memasuki kembali Negara mereka selepas menjamu selera di Bandaraya Johor Bahru ketika itu.

Kes itu telah menunjukkan secara jelas bagaimana tahap keselamatan pintu sempadan Negara sehinggakan dua wanita tersebut boleh memasuki Negara kita tanpa dicop passport mereka oleh Imigresen.

Kerajaan Pemerintah tidak pernah mengambil berat dan serius berhubung perkara ini. Seharusnya apabila terjadi kejadian seperti kes warga Singapura dan juga penyeludupan dadah dan senjata api, Kerajaan Pemerintah lebih peka dan menilai semula tahap keselamatan pintu sempadan. Tambahan lagi, mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Dan kini, Perdana Menteri baru tersedar dari mimpi apabila terjadinya krisis malang ini dan baru hendak mengarahkan protocol keselamatan di KLIA disemak semula. Ia seharusnya dilakukan secara berkala semenjak daripada terjadi kes 2 warga Singapura itu.

Pemeriksaan mengejut terhadap pegawai-pegawai yang menjaga pintu sempadan Negara ini harus dilaksanakan untuk memastikan mereka tidak cuai dan lalai hingga terjadi perkara-perkara seperti ini. Membolosi pintu sempadan Negara dengan mudah tidak memberikan reputasi baik kepada Negara apatah lagi kita sekarang berada di dalam Tahun Melawat Malaysia 2014.

Segala peruntukan dan perbelanjaan besar yang telah dikeluarkan bagi memastikan kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan menjadi sia-sia sekiranya tahap keselamatan pintu sempadan Negara kita masih menjadi persoalan. Siapa yang ingin memperjudikan nyawa dan nasib mereka dengan menaiki pesawat daripada sebuah Negara yang mudah lolos seperti ini?

SAMM Muar masih terus berdoa dan mengharapkan agar pesawat MH370 ini tidak diancam oleh pengganas atau sebarang unsur-unsur seperti itu. SAMM Muar masih mengharapkan krisis ini akan berakhir dengan baik tanpa ada satu isu keselamatan antarabangsa yang akan menghakis potensi kita dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Namun, persoalan tahap keselamatan pintu sempadan negara perlu diberi perhatian yang serius.

Sekian,

Saiden Muslimin Ismail

Solidariti Anak Muda Malaysia Zon Muar


Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/03/prosedur-keselamatan-pintu-masuk-di.html#ixzz2vhXh1Uug

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 12-3-2014 07:48 AM
huu..tobat aku dah pening...hat official pun kuar statement belit mcm lidah keling. pastu deny pul ...

releks laa beng..aku faham..penderitaan ko sekarang ehe...aku rasa baik kita fikir pada misi mencari ni...dapat serpihan pun jadi laa...tu dah cukup nak jadi clue  pesawat ni dimana...pada pendapat aku..kena cari di darat juga...memandangkan ada org kata...mereka fon mangsa..ada plak line...line apa plak laa ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
Tok_Batin posted on 12-3-2014 07:27 AM
Statement RFM :

" The RMAF has not ruled out the possibility of an air turn back on a reciprocal  ...

Interpretation @ pemahaman reporter & forumer dlm ni mmg byk yg berbeza dr apa yg dimaksudkan dek DCA & depa yg lain2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
wartwan malaysia buat cite gosipp pandai la, lain kali kompem dulu sblm publish. ni mesti nak lariskan paper
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bateesta posted on 12-3-2014 09:48 AM
habis fa tu tak boleh contact menara kawalan atau gunakan sos ke

dah dia boleh bawk ...

dalam kes helios, fa tak dapat contact menara sebab sistem masih setkan pada menara take off, sedangkan masa tu dah sampai kawasan menara athens. fa tu pun macam dah blur2 sebab bila kurang oksigen, ada effect pada penglihatan mata dan kepala pening2.
mungkin nak switch comm. tu perlu dibuat manual dan tak pasti fa  MAS terlatih tak dalam situasi tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:52 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 12-3-2014 07:48 AM
huu..tobat aku dah pening...hat official pun kuar statement belit mcm lidah keling. pastu deny pul ...

mmg tulah brlaku sbnrnya bro

cuba tgk statement isamudin , ketua dca dan ketua polis negara , smua kontradik habis , sdgkan yg masa dorang bg statement tu , semua official statement tu , bkn pndangan peribadi

so bukan main2 wo...cth mcm jumlah pasport palsu , jumlah org yg booking tp tak naik pesawat , waktu sebenar last contact dgn mh370 dn jugak last kordinat mh370 , smua bg fakta berbeza2 , mmg smua x leh caya pnya

dn aku percaya , yg bos army ni pun dh kuarkan statement tu, skrg nak coverup je
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Acong posted on 12-3-2014 02:47 AM
dah update.....!!!

tang mana link?

sorry laju sgt xdan nak belek2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:53 AM | Show all posts
Bilal dakwa pesawat terbang rendah



Mohamat Naszeli Yahaya menceritakan bagaimana dia terkejut melihat sebuah pesawat yang tertera logo MAS terbang rendah dalam jarak yang amat dekat dengan bumbung rumahnya di Medan Lahat Baru, Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

IPOH 11 Mac - Seorang bekas polis, Mohamat Naszeli Yahaya mendakwa dia ternampak sebuah kapal terbang dipercayai MH370 merentasi kawasan perumahannya sekitar pukul 7 pagi Sabtu lalu.

Mohamat Naszeli, 61, yang merupakan bilal di masjid berdekatan rumahnya percaya pesawat itu adalah milik Malaysia Airlines (MAS) berdasarkan logo syarikat penerbangan itu di bahagian ekor pesawat tersebut.

Dia mendakwa, pesawat berkenaan terbang sangat rendah dipercayai kira-kira 100 ke 150 meter dari jarak penglihatannya yang berdiri di luar rumah.

"Ruang udara kawasan rumah saya memang menjadi laluan kapal terbang tetapi sepanjang 10 tahun sejak saya menetap di sini, tidak pernah saya nampak pesawat terbang serendah itu. Bunyinya juga sangat kuat sehingga menggegarkan rumah.

"Kebetulan waktu itu saya baru pulang menunaikan solat Subuh dari masjid dan sebaik sahaja sampai di rumah, saya nampak sebuah pesawat seperti mahu menjunam ke arah kawasan perumahan kami dengan pergerakan yang perlahan menyebabkan saya rasa takut.

"Bagaimanapun pesawat itu terus melepasi kawasan perumahan kami sebelum hilang daripada penglihatan setelah melepasi kawasan berbukit kira-kira tiga kilometer dari sini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Medan Lahat Baharu di sini hari ini.

Mohamat Naszeli memberitahu, ketika itu dia tidak mengesyaki apa-apa kerana tidak mengetahui mengenai kejadian kehilangan pesawat MH370 dan hanya beranggapan kemungkinan pesawat yang dilihatnya itu mengalami kerosakan kecil.

Walau bagaimanapun, selepas dia diberitahu mengenai kejadian kehilangan pesawat MH370 oleh adik iparnya pada petang hari yang sama, dia terkejut dan teringat mengenai kejadian pesawat terbang rendah di kawasan perumahannya.

"Saya bukan mereka-reka cerita, saya beritahu apa yang saya nampak. Saya tidak kata memang itu pesawat MH370 tetapi saya nampak logo MAS dan sama seperti gambar kapal terbang yang dipaparkan menerusi media.

"Saya berharap kejadian yang saya lihat itu sedikit sebanyak dapat membantu pihak berkuasa dalam merungkai kehilangan pesawat berkenaan. Bukan saya seorang yang nampak tetapi isteri imam di masjid yang tinggal berdekatan juga menyaksikan kejadian itu," jelasnya.

Tambah Mohamat Naszeli, dia percaya berdasarkan pergerakan pesawat itu yang melepasi bukit berdekatan rumahnya, hala pergerakannya adalah ke arah perairan Lumut dan Selat Melaka.

Ketika ditanya sama ada dia ada melihat kepulan asap atau kebakaran daripada pesawat itu, Mohamat Naszeli berkata, tiada apa yang pelik terhadap pesawat berkenaan melainkan terbang dalam ketinggian rendah serta bergerak perlahan.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140312/dn_06/Bilal-dakwa-pesawat-terbang-rendah#ixzz2vhXqDv9M
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:53 AM | Show all posts
naina posted on 12-3-2014 07:50 AM
WRtwn sgt dahagakan berita..ksian smpi pmbca berita dok ulang 2 cerita yg sama.walaupun ckit sgt..mm ...

bukan wartawan je...porumer pun sama...duk ulang tyg wasap,pic, fb, ttg spekulasi mh ni..
brunei pun dh hantar bantuan kan

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kambeng_masam posted on 12-3-2014 09:51 AM
tapi it was found out later FA tu takde kelayakan atau skill untuk piloting boeing 737...maybe fli ...

ya betul. sebab tu crash..
harap2 yang fa MAS ni ada training untuk handle flight boeing 777..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:54 AM | Show all posts
Bateesta posted on 12-3-2014 02:36 AM
pesawat yg sama , cuma tudm lambat bg statement , dah 3 hari bg buat statement, mmg tak lojik lang ...

dalam malaysia setakat minggu ni antara kenyataan official yang benar2 betul ialah NAJIB dengan ayam singgitnya jah rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:54 AM | Show all posts
naina posted on 12-3-2014 07:50 AM
WRtwn sgt dahagakan berita..ksian smpi pmbca berita dok ulang 2 cerita yg sama.walaupun ckit sgt..mm ...

Press Conference Malaysia banyak masalah:-

1) tak banyak diutarakan maklumat
2) maklumat yg sikit yg diutarakan pun ada yg silap

Kebodohan Malaysia terserlah dlm kes ni. Ai ni malu sangat ni. Camno Malaysia boleh teruk camni di persada antarabangsa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 07:54 AM | Show all posts
cloudy_83 posted on 12-3-2014 07:52 AM
dalam kes helios, fa tak dapat contact menara sebab sistem masih setkan pada menara take off, seda ...

dia blur , dia pitam , tp boleh pegang stering , dan kontrol pesawat

tp nk contact thru fon , sos atau push emergency button tak boleh, pelik aku bro
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:54 AM | Show all posts
Bateesta posted on 12-3-2014 07:32 AM
kalau tgk ptunjuk , dari radar detection , yg kali terakhir mh370 ni hilang di pulau perak kedah t ...

Maaf tanya bro. Kau juga etis kan? Bagi kau dan seangkatannya. Dlm masa gini yg mana dah agak2 nak mengalah pada keadaan. Apa korang buat?  kalau org yg ada agama dan percaya pd Tuhan mereka sekurang nya berdoa. Even manusia yg jenis kaki jenayah pun.


Terlanjur kau sebut dgn izin Allah soalan ni utk kau juga @gogo2 Last edited by zorrro_03 on 12-3-2014 07:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:55 AM | Show all posts
kambeng_masam posted on 12-3-2014 07:54 AM
dalam malaysia setakat minggu ni antara kenyataan official yang benar2 betul ialah NAJIB dengan ay ...



tu jelah statement betul wpun statement bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 07:55 AM | Show all posts
Vol ni aku dh surrender nak follow, tak larat nak skip ceta sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.508021 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list